Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas

1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi

Sumber
ekonomi
Kehendak terhad
manusia
tidak terhad

Ilmu ekonomi blh ditakrif sebagai satu bidang sains sosial yg


mengkaji bagaimana manusia memperuntukkan sumber
ekonomi yang terhad utk memenuhi kehendak yg tidak
terhad.

 Contoh situasu yg menggambarkan sumber ekonomi terhad berbanding dgn kehendak


manusia yg tidak terhad:

(a) Ahmad ingin membeli sebuah beg tangan dan seluar jeans tetapi
wangnya tidak mencukupi.

(b) Pengeluaran industri makanan terhad berbanding permintaan makanan


yg tinggi.

(c) Bilangan ladang getah terhad berbanding keperluan getah yg tinggi.


BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan

Kehendak
manusia

Sumber
ekonomi

Masalah kekurangan merujuk kpd situasi di mana


sumber ekonomi yg sedia ada tidak mencukupi utk
memenuhi kehendak manusia yg tidak terhad.

 Kehendak manusia merupakan keinginan manusia utk memiliki sesuatu brg atau
perkhidmatan utk mencapai kehidupan yg lebih selesa.

 Kehendak manusia adalah x terhad kerana kehendak baharu akan timbul apb kehendak yg
sedia ada telah dipenuhi.

 Kehendak manusia x dpt dipenuhi kesemuanya krn masalah kekurangan sumber ekonomi.

 Masalah kekurangan menyebabkan unit ekonomi terpaksa membuat pilihan utk mencapai
matlamat ekonomi masing2.

Info ekonomi: Perbezaan antara keperluan dgn kehendak individu


Keperluan Kehendak
Keperluan merujuk kpd keinginan individu Kehendak merujuk kpd keinginan individu
terhadap brg dan perkhidmatan utk menjalankan terhadap brg dan perkhidmatan utk mencapai
kehidupan. keselesaan dan kemewahan hidup.
Brg keperluan mempunyai unsur kemestian, iaitu Brg kehendak mempunyai unsur kemewahan dan
harus dipenuhi terlebih dahulu. pelbagai pilihan.
Harga brg keperluan adalah dibawah kawalan Harga brg kehendak adalah di luar kawalan
kerajaan. kerajaan.
Brg keperluan tidak mempunyai brg pengganti. Brg kehendak mempunyai brg pengganti yg byk.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Unit-unit ekonomi

Individu / Isi rumah Firma Kerajaan


Unit ekonomi

En.John Kilang Y Parlimen

Definisi Unit ekonomi yg terdiri Unit ekonomi yg Unit ekonomi yg


drpd seorang atau merancang penggunaan memerintah sesebuah
sekumpulan individu yg faktor pengeluaran utk negara.
tinggal dlm sebuah rumah menghasilkan brg dan
dan membuat keputusan perkhidmatan.
ekonomi bersama.

Kekurangan Kekurangan sumber Kekurangan faktor Kekurangan sumber


pendapatan. pengeluaran hasil.

Matlamat Membuat pilihan Membuat pilihan Membuat pilihan


berdasarkan brg atau berdasarkan projek berdasarkan projek
pilihan
perkhidmatan yg dpt pelaburan yang dapat pembangunan yg dpt
memberikan kepuasan yg memberikan keuntungan memberikan kebajikan
maksimum. yang maksimum. masyarakat yg
maksimum.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1.3 Faktor Pengeluaran

Faktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yg diperlukan utk menghasilkan


brg atau perkhidmatan. Faktor pengeluaran terdiri drpd tanah, buruh, modal
dan usahawan.

Tanah Buruh

a. Sumber anugerah alam semula jadi yg a. Individu yg menyumbangkan tenaga


tidak dikeluarka oleh manusia. mental atau fizikal dlm pengeluaran.

b. Merangkumi sumber2 yg blh diperbaharui b. Terdiri drpd buruh mahir (doktor,


(tapak tanah, pokok hutan) dan sumber2 yg akauntan) dan buruh tidak mahir (buruh
tidak blh diperbaharui (sumber galian). kasar, pekerja pembersihan).

c. Ganjaran kpd pemilik tanah ialah sewa. c. Buruh mahir ialah buruh yg mempunyai
kelayakan akademik dan mempunyai latihan
profesional dlm bidang tertentu.

d. Buruh tidak mahir ialah buruh yg


berpendidikan rendah dan tidak mempunyai
kemahiran dlm bidang tertentu.

e. Ganjaran kpd buruh ialah upah.


BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Usahawan Modal

a. Individu yg berperanan menggabungkan a. Wang atau alatan spt mesin dan jentera yg
dan menyelaraskan sumber2 ekonomi utk digunakan dlm proses pengeluaran utk
menghasikan brg atau perkhidmatan. menghasilkan sesuatu brg atau
perkhidmatan.

b. Ciri2 seorang usahawan ialah kreatif, b. Cth modal ialah jentera, peralatan dan
inovatif, rajin dan sanggup menghadapi bahan mentah.
risiko.

c. Ganjaran kpd usahawan ialah untung. c. Ganjaran kpd modal ialah faedah.

1.1.4 Takrif Kos Lepas

Kos lepas ialah pulangan yg mungkin drpd brg atau perkhidmatan


kedua terbaik yg terpaksa dilepaskan apb membuat sesuatu pilihan.

 Oleh sebab masalah kekurangan, setiap pilihan yg dibuat akan menyebabkan pilihan lain
terpaksa dilepaskan. Maka wujudnya kos lepas.

 Bbrp cth kos lepas dlm kehidupan:

(a) Seorang pelajar terpaksa mengorbankan siaran langsung bola sepak


kerana menggunakan masa tersebut utk mengulang kaji mata pelajaran.

(b) Seorang petani terpaksa melepaskan penamanan jagung kerana tapak


tanah yg dimilikinya digunakan utk penamanan tebu.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas

Kehendak Kekurangan

• Farhan mendapat wang saku sby • Buku dan bola keranjang masing2
RM 20. berharga RM 20.

• Dia ingin membeli sebuah buku • Wang saku Farhan tidak cukup utk
dan sebiji bola keranjang memiliki kedua-dua brg itu.
• Farhan terpaksa membuat pilihan
antara dua brg itu kerana
kekurangan wang.

RM20 RM20

RM 20

Kos lepas Pilihan


• Berikutan pilihan Farhan, kos • Farhan telah memilih bola
lepas yg terlibat ialah keranjang kerana memberikan
kepuasan yg mungkin kepuasan yg lebih tinggi
diperoleh drpd buku. berbanding buku.

• Dia terpaksa menangguhkan


pembelian buku.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1.6 Masalah Ekonomi


Individu Firma Kerajaan
• Kekurangan pendapatan • Kekurangan faktor • Kekurangan hasil
wang pengeluaran negara.

• Contoh: • Contoh: • Contoh:


Ana mempunyai wang Syarikat XY memiliki Kerajaan negeri Johor
Kekurangan sby RM10 dan ingin beli modal sby RM5 juta dan mempunyai peruntukan
kad prabayar telefon ingin membuka sebuah sebanyak RM10 juta
bimbit bernilai RM10 kilang perabot bernilai dan bercadang untuk
serta beli buku komik RM4 juta serta sebuah melebarkan jln raya
berharga RM8. kilang pakaian bernilai dengan kos bernilai
RM5 juta. RM8 juta serta
membina kompleks
sukan rakyat bernilai
RM10 juta.

• Memilih brg atau • Memilih projek • Memilih projek


perkhidmatan yg dpt pelaburan yg dpt pembangunan yg dpt
memaksimumkan memaksimumkan memaksimumkan
kepuasan. keuntungan. kebajikan
masyarakat.
Pilihan • Contoh: • Contoh: • Contoh:
Ana memilih buku Syarikat XY memilih Kerajaan negeri Johor
komik kerana projek kilang perabot memilih projek
memberikan kepuasan kerana memberikan melebarkan jln raya krn
yang lebih tinggi keuntungan yg lebih memberikan kebajikan
berbanding kad prabayar tinggi berbanding kilang masyarakat yg lebih
telefon. pakaian. tinggi berbanding
kompleks sukan rakyat.

• Kepuasan yg mungkin • Keuntungan yg mungkin • Kebajikan


drpd barangan kedua drpd projek pelaburan masyarakat yang
terbaik yg terpaksa kedua terbaik yg mungkin drpd projek
dilepaskan. terpaksa dilepaskan. pembangunan kedua
terbaik yg terpaksa
Kos Lepas dilepaskan.

• Contoh: • Contoh: • Contoh:


Kepuasan yg mungkin Keuntungan yang Kebajikan masyarakat
diperoleh drpd kad mungkin diperoleh yg mungkin diperoleh
prabayar telefon. daripada pembukaan drpd pembinaan
kilang pakaian. kompleks sukan rakyat.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Keluk kemungkin pengeluaran (KKP)


ialah satu keluk yg menggambarkan
had maksimum gabungan dua brg yg
dpt dihasilkan dgn menggunakan
semua faktor pengeluaran yg sedia ada
pd tingkat teknologi tertentu.

 Kajian tentang KKP perlu mengambil kira 4 andaian berikut:


(a) Ekonomi hanya menghasilkan 2 jenis brg.
(b) Tingkat teknologi tetap.
(c) Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.
(d) Faktor pengeluaran adalah tetap dari segi kualiti dan kuantiti.

Brg Brg
Kombinasi perkilangan pertanian
(unit) (unit)
A 0 10
B 1 9
C 2 7
D 3 4
E 4 0

 Berdasarkan rajah di atas:


(a) Titik A : Semua faktor pengeluaran digunakan utk menghasilkan brg
pertanian sahaja iaitu sby 10 unit.
(b) Titik E : Semua faktor pengeluaran digunakan utk menghasilkan brg
perkilangan sahaja iaitu sby 4 unit.
(c) Titik B,C dan D : Menunjukkan kombinasi pengeluaran brg perkilangan dan
pertanian pd pelbagai tingkat pengeluaran.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Masalah kos lepas


Sebarang titik kombinasi pengeluaran yg berada di sepanjang kelik kemungkinan
pengeluaran adalah dianggap cekap kerana telah menggunakan faktor pengeluaran sedia
ada dgn sepenuhnya.

Setiap pilihan akan menyebabkan masalah kos lepas. Penambahan dlm pengeluaran
sesuatu brg hanya blh dilakukan dgn melepaskan sebahagian pengeluaran brg lain.

Kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran.

Rumusnya,

𝑝𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑦𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛


𝑘𝑜𝑠 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 =
𝑝𝑒𝑟𝑢𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑦𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ

Contoh pengiraan kos lepas:


Pergerakan Kos lepas
9 − 10
Titik A ke titik B = −1
1−0

7−9
= −2 Tanda negatif menunjukkan bentuk
Titik B ke titik C 2−1 keluk kemungkinan pengeluaran yg
4−7 mempunyai kecerunan negatif.
Titik C ke titik D = −3
3−2

0−4
Titik D ke titik E = −4
4−3

Berdasarkan pengiraan di atas, didapati kos lepas adalah semakin meningkat. Hal ini
menunjukkan lebih byk brg pertanian yg terpaksa dilepaskan utk tambahan seunit brg
perkilangan.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Info ekonomi: Jenis KKP


Bentuk KKP yg cembung menunjukkan kos Bentuk KKP yg lurus mecerun ke bawah
lepas yg semakin meningkat. menunjukkan kos lepas yg malar.

Ketidakupayaan ekonomi
 Ketidakupayaan ekonomi ditunjukkan oleh sebarang titik kombinasi pengeluaran di luar
lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran.

 Berdasarkan gambar rajah di bawah, titik E menunjukkan ketidakupayaan ekonomi.

 Ketidakupayaan ekonomi blh dicapai jika berlakunya:


 Peningkatan teknologi
 Pertambahan dlm faktor pengeluaran
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Ketidakcekapan ekonomi
 Ketidakcekapan ekonomi ditunjukkan oleh sebarang titik kombinasi pengeluaran di dlm
lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran.

 Berdasarkan gambar rajah di bawah, titik D menunjukkan ketidakcekapan ekonomi.

 Kombinasi pengeluaran ini dpt dihasilkan tetapi dianggap kurang cekap kerana faktor
pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.

 Ketidakcekapan ekonomi menyebabkan pembaziran faktor pengeluaran.

Kuiz 1: Penyelesaian:

1. Nyatakan 2 konsep penting dlm definsi


ekonomi.

2. Apakah maksud kehendak manusia?

3. Jelaskan matlamat unit ekonomi berikut


sms membuat pilihan.
(a) isi rumah
(b) firma
(c) kerajaan
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Kuiz 2: Penyelesaian:

1. Apakah maksud faktor pengeluaran?

2. Nyatakan 4 jenis faktor pengeluaran serta


contohnya.

Kuiz 3: Penyelesaian:

1. Apakah maksud kos lepas?

2. Apakah kaitan antara masalah kekurangan,


pilihan dan kos lepas?

Kuiz 4: Penyelesaian:
Jadual di bawah menunjukkan pelbagai
kombinasi keluaran yg blh dihasilkan oleh
sebuah kilang perabot.
Meja Kerusi
kombinasi
(unit) (unit)
A 48 80
B 56 65
C 64 45

Hitung kos lepas bg kilang perabot jika


berlaku pertukaran kombinasi keluaran drpd:
(a) A ke B
(b) A ke C
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

1.2.1 Masalah Asas Ekonomi


 Masalah asas ekonomi dlm sistem ekonomi wujud akibat drpd masalah kekurangan,
pilihan dan kos lepas.

Hubungan antara masalah ekonomi dgn masalah asas ekonomi

Sumber Kehendak
Masalah kekurangan manusia
ekonomi
terhad tidak terhad

Masalah pilihan

Masalah kos lepas

Masalah asas ekonomi

Masalah asas
Penentuan Penyelesaian
ekonomi
Apa yg hendak Penentuan jenis brg atauDiselesaikan berdasarkan permintaan
dikeluarkan perkhidmatan yg hendak dikeluarkan atau cita rasa masyarakat
Berapa yg hendak Kuantiti brg atau perkhidmatan yg Bergantung kpd permintaan
dikeluarkan hendak dikeluarkan. masyarakat
Bagaimana hendak Teknik atau cara pengeluaran brg Berdasarkan harga relatif faktor dan
dikeluarkan atau perkhidmatan teknik pengeluaran yg paling cekap
Firma akan meruju kpd agihan
Corak agihan brg atau perkhidmatan
Utk siapa dikeluarkan pendapatan atau kuasa beli
dlm ekonomi
masyarakat.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Info ekonomi: Teknik pengeluaran

Dlm menyelesaikan masalah “bagaimana hendak dikeluarkan”, sesebuah firma blh memilih
sama ada menggunakan kaedah berintensifkan buruh atau berintensifkan modal
berdasarkan kecekapaan dan harga relatif antara faktor buruh dan modal.

Keadah intensif buruh Kaedah intensif modal

• Melibatkan lebih byk penggunaan buruh • Melibatkan lebih byk penggunaan mesin dlm
dlm proses pengeluaran berbanding dgn proses pengeluaran berbanding dgn jumlah
jumlah mesin yg digunakan. buruh yg digunakan.
• Cth, penamanan padi menggunakan lebih • Cth, kilang kereta menggunakan kaedah
ramai buruh dlm akt pengeluaran padi. automasi dan jentera utk menggantikan tenaga
buruh dlm pengeluaran kereta.
• Cth negara yg mempunyai penduduk yg • Negara maju spt Singapura dan Jepun
ramai spt Indonesia dan China krn menggunakan kaedah ini krn masalah
mempunyai bekalan buruh yg ramai dan kekurangan tenaga buruh dan mempunyai
murah. tingkat teknologi yg tinggi.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.2.2 Sistem Ekonomi


 Akt pengeluaran sesebuah negara adalah utk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat
negara berkenaan.

 Terdapat 3 sistem ekonomi yg diamalkan di seluruh dunia:


I. Sistem ekonomi pasaran bebas / kapitalis / “laissez-faire”
II. Sistem ekonomi perancangan pusat / sosialis / komunis
III. Sistem ekonomi campuran

Sis. Eko pasaran bebas Sis. Eko perancangan pusat Sis. Eko campuran

Hong Kong Cuba Jepun

• Pengguna dan pengeluar • Kerajaan mempunyai hak • Sis.eko yg menggabungkan


bebas membuat keputusan mutlak dlm membuat ciri2 kelebihan sis.eko
ekonomi tanpa campur keputusan ekonomi. pasaran bebas dan sis.eko
tangan kerajaan. perancangan pusat.
• Harga pasaran sesuatu • Cth negara ialah Korea • Peruntukan sumber ekonomi
barangan ditentukan oleh Utara, Cuba (古巴) dan adalah bergantung kpd
mekanisme pasaran / kuasa Venezuela(委内瑞拉) mekanisme harga dan
pasaran iaitu interaksi antara keputusan kerajaan. Kerajaan
kuasa permintaan dan kuasa akan campur tangan jika
penawaran dlm pasaran. berlaku ketidakstabilan dan
penyelewengan dlm akt
ekonomi.
• Cth negara ialah Hong Kong, • Cth negara ialah Malaysia,
Singapura, New Zealand, Jepun dan Thailand.
Switzerland dan Australia.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Info ekonomi: Tujuan kerajaan campur tangan dlm ekonomi


 Menyediakan barang awam
 Menstabilkan ekonomi
 Memastikan agihan pendapatan yg adil
 Mengawal harga barang
 Mengawal pengeluaran brg atau perkhidmatan
 Menggalakkan pengeluaran brg melalui subsidi dan pemberian insentif
 Mengurangkan kesan luaran negatif

Perbandingan ciri2 antara sistem2 ekonomi


Ciri2 utama Sis. Eko pasaran Sis. Eko perancangan
Sis. Eko campuran
bebas pusat
Bebas dimiliki oleh Dimiliki secara mutlak Bebas dimiliki oleh individu /
Pemilikan
individu / swasta oleh kerajaan swasta tetapi faktor pengeluaran
faktor
tertentu hanya dimiliki oleh
pengeluaran
kerajaan.
Penentu Individu / firma Kerajaan Kerajaan dan individu / firma
kehendak
Individu / firma bebas Individu / firma tidak Individu / firma bebas membuat
Pembuat membuat pilihan bebas membuat pilihan pilihan tetapi penggunaan dan
pilihan pengeluaran barangan tertentu
dikawal oleh kerajaan
Penentu Ditentukan oleh Ditentukan oleh Ditentu oleh mekanisme pasaran
harga mekanisme pasaran kerajaan dan kerajaan
Persaingan bebas dan Tiada persaingan Persaingan sihat kerana dikawal
hebat antara pengeluar kerana kerajaan oleh kerajaan.
Persaingan
merupakan pengeluar
tunggal
Motif Memaksimumkan Memaksimumkan Mengimbangi motif keuntungan
ekonomi keuntungan kebajikan masyarakat dan kebajikan masyarakat
Contoh Hong Kong, Amerika Cuba, Korea Utara Malaysia, Jepun, Kanada
negara Syarikat
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Kelebihan dan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas dan perancangan pusat

Sis. Eko Pasaran Bebas Sis. Eko Perancangan Pusat


1. Kepuasan individu & masyarakat 1. Barang awam dan kebajikan
Kelebihan

dimaksimumkan masyarakat diutamakan


Krn individu bebas memilih dan Kerajaan mengeluarkan brg dan
memiliki barangan yang diingini. perkhidmatan yg diperlukan oleh
Kesannya, kepuasan masyarakat secara masyarakat utk memaksimumkan
keseluruhan juga dpt ditingkatkan. kebajikan masyarakat. Penguatkuasaan
peraturan dan undang2 memberi
perlindungan kpd pengguna dan
mengurangan kesan luaran negatif spt
pencemaran alam

2. Kebebasan melakukan kegiatan 2. Agihan pendapatan yg seimbang


ekonomi
Pengguna dan pengeluar bebas Jurang perbezaan pendapatan adalah
membuat keputusan dlm peruntukan kecil krn kerajaan memastikan agihan
faktor pengeluaran tanpa sebarang pendapatan yg adil dan sama rata dlm
halangan drpd kerajaan. kalangan masyarakat.

3. Insentif utk bekerja lebih keras 3. Pengeluaran secara berskala besar


Individu bermotivasi tinggi dan Kerajaan ialah pemilik faktor dan
berusaha dgn lebih keras krn diberi pengeluar tunggal dlm pasaran. Oleh
kebebasan utk mengumpul kekayaan. itu, kerajaan blh mewujudkan firma
awam yg besar utk mengeluaran brg
atau perkhidmatan secara besar-
besaran. Kesannya, harga brg atau
perkhidmatan adalah lebih rendah.

1. Agihan pendapatan yg tidak setara 1. Kurang motivasi dan insentif


Kelemahan

bekerja keras
Kebebasan mengumpul kekayaan Individu tidak mempunyai insentif utk
menyebabkan jurang pendapatan yg bekerja keras kerana tidak dibenarkan
semakin besar antara golongan kaya mengumpul kekayaan. Firma juga
dan miskin. tidak berusaha utk menghasilkan
produk yg invatif krn tidak dpt
menikmati keuntungan
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
2. Mewujudkan ketidakstabilan 2. Pilihan individu terhad
ekonomi
Penentuan harga oleh kuasa pasaran Kerajaan menentukan jenis brg dan
mengakibatkan ketidakstabilan dlm perkhidmatan yg dikeluarkan tanpa
ekonomi iaitu masalah inflasi dan mengambil kira cita rasa dan kehendak
kemelesetan ekonomi. masyarakat.

3. Kebajikan sosial diabaikan 3. Keusahawanan individu terhad


Kemudahan kebajikan awam spt Ekonomi kurang berkembang krn ciri2
rumah kos rendah dan kemudahan keusahawanan spt kreativiti dan
awam tidak disediakan krn tidak inovatif yg mendorong kpd penciptaan
menguntungkan. brg atau perkhidmatan yg baharu tidak
diberi keutamaan.

1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi


Masalah
Sis. Eko pasaran Sis. Eko perancngan
Asas Sis. Eko campuran
bebas pusat
Ekonomi
Apa yg Ditentukan oleh Ditentukan secara • Brg ekonomi ditentukan oleh
hendak mekanisme pasaran mutlak oleh kerajaanmekanisme pasaran
dikeluarkan • Brg awam ditentukan oleh kerajaan
Berapa yg Ditentukan oleh Ditentukan secara • Brg ekonomi ditentukan oleh
hendak mekanisme pasaran mutlak oleh kerajaan mekanisme pasaran
dikeluarkan • Brg awam ditentukan oleh kerajaan
Bagaimana Cara pengeluaran yg Cara pengeluaran yg • Bg brg ekonomi, cara pengeluaran
hendak paling cekap / paling cekap dan yg paling cekap / meminumkan kos
dikeluarkan meminimumkan kos memaksimumkan pengeluaran / memaksimumkan
pengeluaran / kebajikan masyarakat keuntungan akan dipilih
memaksimumkan akan dipilih • Bg brg awam, cara pengeluaran yg
keuntungan akan paling cekap dan memaksimumkan
dipilih kebajikan masyarakat akan dipilih.
Utk siapa Ditentukan oleh Ditentukan dan • Brg ekonomi akan diagih mengikut
dikeluarkan corak agihan diagihkan oleh corak agihan pendapatan
pendapatan / kuasa kerajaan secara adil masyarakat
beli masyarakat dan sama rata • Brg awam akan diagih oleh
kerajaan kpd semua individu.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.2.4 Ekonomi Islam


 Merupakan sistem ekonomi campuran di mana perilakunya diatur berdasarkan aturan
agama Islam.
 Ekonomi Islam berlandaskan Al-Quran (可兰经) dan Hadis (圣训).
 Cth negara ialah Arab Saudi.

Arab Saudi

 Ciri2 utama ekonomi Islam


(a) Sebagai sebahagian drpd keseluruhan sistem hidup Islam
• Objektif ekonomi Islam adalah utk mencapai al-Falah iaitu kebahagian di dunia
dan akhirat.
• Ekonomi Islam mengutamakan keseimbangan antara keuntungan dan kebajikan
sosial.
• Segala keputusan ekonomi berpandukan Al-Quran dan Hadis.
• Faktor pengeluaran adalah hak milik mutlak Allah S.W.T dan manusia bertindak
sbg pemengang amanah. Individu blh menggunakan faktor pengeluaran utk mencari
kekayaan berlandaskan hukum Islam. Pembaziran dan penyalahgunaan faktor
pengeluaran adalah dilarang.

(b) Wujud persaingan yg adil dan saksama antara individu


• Pengeluar bebas bersaing utk mengeluarkan barangan ekonomi yg halal. Persaingan
antara pengeluaran harus bersifat sihat.
• Kerajaan akan campur tangan jika berlaku persaingan yg melampau utk
mengelakkan pembaziran sumber, kuasa monopoli dan penindasan terhadap pihak
tertentu.

(c) Keseimbangan antara kepentingan indivivdu dan masyarakat


• Prinsip kesederhanaan dan bukan penindasan amat ditekankan dlm kegiatan
ekonomi.
• Kepentingan masyarakat lebih diutamakan berbanding dgn kepentingan individu.
• Kerajaan mengeluarkan brg awam kpd semua individu.
• Kerajaan mengutip zakat drpd individu yg cukup syarat dan menggunakannya utk
membantu golongan yg kurang mampu.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Kuiz 6: Penyelesaian:
Penyataan di bawah mengenai pengeluaran
Syarikat Jaya.
Syarikat Jaya menerbitkan 30 000 buku rujukan
Ekonomi utk pelajar sekolah dgn meggunakan
mesin yg diimport dr Jepun.

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan


penyelesaian bg masalah asas ekonomi berikut:
(a) apa yg hendak dikeluarkan
(b) berapa yg hendak dikeluarkan
(c) bagaimana hendak dikeluarkan
(d) utk siapa dikeluarkan

Kuiz 7: Penyelesaian:
(a) nyatakan 3 ciri sistem ekonomi pasaran bebas

(b) nyatakan dua kelebihan dan kelemahan dlm


sistem ekonomi pasaran bebas.

Kuiz 8: Penyelesaian:

1. Bezakan sis.eko perancangan pusat dgn


sis.eko pasaran bebas dr aspek berikut:
(a) Pemilikan faktor pengeluaran
(b) Penentu kehendak

2. Nyatakan 2 kelebihan dan kelemahan


sis.eko perancangan pusat.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Kuiz 9: Penyelesaian:

1. nyatakan 3 tujuan campur tangan kerajaan

2. nyatakan 3 ciri sis.eko campuran

Kuiz 10: Penyelesaian:


Maklumat berikut mengenai brg kawalan
Gula, garam dan tepung merupakan brg
kawalan. Peniaga yg gagal mematuhi harga yg
ditetapkan akan dikenakan tindakan undang2

Pada pendapat anda, mengapakan kerajaan perlu


mengawal harga barang tersebut dlm pasaran?

Kuiz 11 Penyelesaian:
Bandingkan cara penyelesaian sis.eko pasaran
bebas dan sis.eko perancangan pusat bagi masalah
asas ekonomi berikut:

(a) apa yg hendak dikeluarkan


(b) berapa yg hendak dikeluarkan
(c) bagaimana hendak dikeluarkan
(d) utk siapa dikeluarkan.

Kuiz 12: Penyelesaian:

1. nyatakan 3 ciri keistimewaan dlm ekonomi


Islam.

2. nyatakan satu contoh negara yg mengamalkan


ekonomi Islam.

You might also like