Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

DIMENSIKOOP

Peranan Pengguna,
Kerajaan Dan Koperasi
Farahaini Mohd Hanif
Pusat Konsultasi dan Penyelidikan

Kenaikan harga barangan keperluan sejak akhir-akhir ini memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya. Isu kenaikan harga barang ini secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih tinggi. Secara
teorinya semakin tinggi kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna tersebut. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan
pendapatan benar dan keadaan ini akan menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada
kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli dan juga kualiti hidup mereka.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi akan memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila
masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan tepung.
Inflasi juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian
dalam pasaran.

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Feb 2014 sehingga Januari 2015 menunjukkan kenaikan keseluruhan sebanyak
0.5 peratus. Kenaikan ini adalah lebih ketara apabila dilihat pada barangan makanan dan minuman bukan alkohol serta
minuman alkohol dan tembakau iaitu masing-masing pada kadar 2.7 peratus dan 10.6 peratus pada tempoh yang sama. Bagi
warga kota yang berhadapan dengan kos sara hidup yang sememangnya tinggi, kenaikan ini turut memberi kesan yang lebih
mendalam terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila
peningkatan pendapatan tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Faktor-faktor Kenaikan Harga Barangan

Harga adalah satu nilai tukar sesuatu barangan pasaran disebut juga sebagai harga keseimbangan
mahupun perkhidmatan dalam nilai ringgit dan (equilibrium).
sen. Harga merupakan salah satu elemen penting
dalam pemasaran sesuatu produk kerana harga Faktor terpenting dalam pembentukan harga adalah
yang ditetapkan akan menentukan nilai jualan dan kekuatan permintaan dan penawaran. Permintaan dan
keuntungan yang diperoleh oleh sesuatu organisasi, penawaran akan berada dalam keseimbangan pada
hasil daripada jualan produk atau perkhidmatan harga pasaran jika jumlah yang diminta sama dengan
tersebut. Penetapan harga yang terlalu tinggi akan jumlah yang ditawarkan. Harga yang terbentuk untuk
mengurangkan jualan, namun jika harga diletakkan suatu barang dan perkhidmatan merupakan hasil
terlalu rendah ia akan mengurangkan keuntungan interaksi antara penjual dan pembeli. Harga yang
yang diperoleh. terjadi sangat dipengaruhi oleh kuantiti barang yang
ditransaksikan. Dari aspek pembeli (permintaan)
Harga yang telah dipersetujui oleh kedua belah semakin banyak barang yang ingin dibeli akan
pihak disebut harga pasaran. Pada harga tersebut meningkatkan harga, sementara dari aspek penjual
jumlah barang yang ditawarkan sama dengan jumlah (penawaran) semakin banyak barang yang akan dijual
barang yang diminta. Dengan demikian harga akan menyebabkan turunnya harga.

BIL. 46 JULAI 2015 29


DIMENSIKOOP

eksport makanan adalah satu perkara yang amat kritikal


untuk memastikan pengguna mendapat barangan yang
berkualiti dengan harga yang berpatutan.

2. Harga Ditentukan oleh Struktur Pasaran

Kerajaan tidak melaksanakan kawalan harga ke atas


semua barangan kerana Malaysia mengamalkan Sistem
Ekonomi Terbuka iaitu harga pasaran akan dipengaruhi
oleh permintaan dan penawaran. Persaingan yang sengit
Rajah 1: Model Permintaan dan Penawaran
dalam kalangan peniaga akan menyebabkan penurunan
Model permintaan dan penawaran menujukkan bagaimana harga barangan kerana pengguna mampu untuk
harga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran sesuatu memilih peniaga yang menawarkan harga yang lebih
barangan. Apabila keluk penawaran meningkat dari D1 ke D2,
rendah. Namun jika terdapat monopoli dalam kalangan
tetapi penawaran kekal, harga juga akan meningkat dari P1
ke P2 peniaga, harga barangan akan dimanipulasikan kerana
kurangnya pesaing.

Rajah 1, menunjukkan model permintaan dan Di Malaysia, melalui Akta Kawalan Harga
penawaran. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang 1946, terdapat mekanisme penetapan harga secara
kepada berlakunya peningkatan harga di Malaysia, campur tangan langsung oleh pihak kerajaan yang
antaranya: dipanggil mekanisme harga ditadbir. Mekanisme ini
dilaksanakan kepada dua kumpulan barangan iaitu
1. Permintaan Tinggi terhadap Barangan Makanan kumpulan barangan pertama dan kumpulan barangan
Import kedua. Kumpulan barangan pertama ialah barangan
yang tersenarai di bawah akta itu sendiri seperti beras,
Kebanyakan makanan import mempunyai permintaan tepung, daging, gula, gas dan bahan api iaitu harga
yang tinggi disebabkan oleh kedudukan negara runcit barangan berkenaan akan ditentukan oleh pihak
Malaysia yang bukan merupakan sebuah negara kerajaan. Manakala kumpulan barangan kedua pula
pengeluar makanan. Oleh itu, negara terpaksa ialah barangan yang memerlukan kelulusan kerajaan
mengimport makanan dari luar negara yang mengawal sebelum harga barangan tersebut diubah. Sebagai
sepenuhnya harga berdasarkan pelbagai faktor contoh, barangan dalam kategori bekalan air, elektrik,
termasuk cuaca. Menurut statistik dari Kementerian tembakau, dan perkhidmatan pengangkutan.
Pertanian dan Industri Asas Tani, pada 2014 sahaja,
negara terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion Namun, penetapan harga melalui kuasa pasaran
hanya semata-mata untuk tujuan mengimport dilihat sebagai alternatif yang lebih berdaya saing. Ini
makanan. Kebergantungan Malaysia terhadap negara adalah kerana, pengguna akan menjadi lebih berhati-
lain untuk bekalan makanan meletakkan negara dalam hati dalam perbelanjaan mereka berikutan harga sesuatu
pergolakan harga pasaran dunia. barangan atau perkhidmatan itu akan sentiasa berubah.
Situasi ini akan menuntut sikap pengguna supaya lebih
Perubahan iklim dunia yang mengancam pengeluaran berjimat cermat dan menghargai sumber yang terhad
hasil tani, telah memberi kesan kepada negara yang serta dengan sendirinya dapat memupuk sikap tidak
sedang mengurangkan eksport bahan makanan untuk membazir.
memenuhi permintaan tempatan. Sebagai contoh,
apabila negara Vietnam dilanda bencana banjir beberapa Kebimbangan pengguna dalam penetapan harga
tahun yang lepas, negara itu telah mengurangkan eksport melalui kuasa pasaran ialah apabila berlaku kenaikan
beras, akibatnya membawa kepada pengurangan jumlah harga yang melampau atau tidak rasional. Kenaikan
beras yang dihasilkan. Bagi negara pengeluar gandum harga jualan akibat daripada peningkatan kos
pula, musim kemarau yang berlarutan membawa pengeluaran bukanlah sesuatu perbuatan yang salah.
kepada pengurangan pengeluaran gandum. Oleh Namun, kenaikan harga tersebut perlulah setara dengan
itu, bagi mencapai keseimbangan dalam import dan struktur kos sesuatu barangan berkenaan.

30 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

Oleh itu, penguatkuasaan perlu memainkan peranan pada penghujung tahun 2014 yang melihatkan kenaikan
dalam memastikan peniaga tidak menindas pengguna. harga makanan seperti sayuran dan hasil perikanan yang
Ini kerana, sering berlaku peniaga cenderung mengambil naik secara mendadak di negeri-negeri tersebut.
kesempatan untuk menaikkan harga barang apabila
kerajaan mengumumkan penyelarasan subsidi. Sebagai 5. Sikap Peniaga
contoh, apabila kerajaan membuat penyelarasan kepada
harga gula dengan kenaikan harga sebanyak 30 peratus, Terdapat peniaga yang bersikap tamak serta sering
segelas teh tarik tidak sepatutnya dinaikkan harga mencari alasan untuk menaikkan harga barang. Demi
dengan kadar yang sama. Ini kerana sebahagian kecil mengaut keuntungan yang lumayan, terdapat peniaga
sahaja penggunaan gula dalam penyediaan minuman yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan
tersebut. barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak
masak dan tepung. Mereka enggan menjual barangan
3. Kejatuhan Nilai Mata Wang Ringgit keperluan tersebut lalu menimbulkan suasana panik
dalam kalangan pengguna yang beranggapan stok
Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, barangan tersebut telah habis di pasaran. Apabila ini
nilai mata wang Malaysia telah jatuh menjunam. berlaku peniaga akan menaikkan harga barangan
Peniaga negara kita terpaksa mengimport pelbagai tersebut untuk mengambil untung secara berlebihan.
barangan dari luar negara dengan mata wang asing.
Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga Kegiatan mengambil untung yang berlebihan ini dapat
dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga dilihat dengan lebih jelas apabila peniaga amat pantas
barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan
di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa apabila berlakunya kenaikan harga minyak, tol ,
menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang tarif elektrik dan air. Walaupun sesetengah kenaikan
Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan mempunyai justifikasi seperti kenaikan tambang
bahawa sebagai pengguna, kita perlu membeli pelbagai pengangkutan akibat kenaikan harga minyak, namun
keperluan dari luar negara kerana barang tersebut tidak kadar yang dikenakan adalah terlampau tinggi dan tidak
dapat dihasilkan di dalam negara. berkadaran dengan nilai kenaikan harga minyak, tol, tarif
elektrik dan air. Sikap tidak bertanggungjawab peniaga
4. Bencana Alam ini merupakan masalah utama yang memberi kesan
negatif kepada kemajuan sosioekonomi masyarakat itu
Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang sendiri.
berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.
Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga Selain sikap peniaga, peranan orang tengah juga
sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi penting dalam rangkaian produk dan perkhidmatan
pernah mencecah RM8 sekilo manakala cili merah terutamanya barangan makanan. Mereka bertindak
juga mencecah harga sehingga RM15 sekilo sebagai dalam menentukan harga dan bekalan barang yang di
harga runcit. Sejak kebelakangan ini, negara pengeluar jual di pasaran. Orang tengah ini biasanya berada dalam
makanan terutama negara seperti Thailand, Rusia, India kedudukan yang amat selesa kerana mereka menjana
dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang keuntungan besar daripada kedua-dua pihak pengeluar
berkaitan dengan pemanasan global. Ini menyebabkan dan pengguna.
hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan.
Akibatnya, kerajaan negara berkenaan terpaksa Terdapat orang tengah yang bertindak sebagai kartel
mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan dengan membeli barang pada harga yang rendah
seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan daripada pengeluar dan menjual semula barangan
lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan tersebut pada harga yang tinggi kepada pengguna
di pasaran antarabangsa turut meningkat. Sehubungan dengan memberi alasan kos pengendalian dan
itu, rakyat Malaysia terpaksa membeli barang makanan pemasaran merupakan punca kenaikan besar harga
yang semakin mahal harganya. Malaysia juga turut barang tersebut. Operasi kartel ini harus dikaji dengan
mengalami masalah bencana alam apabila berlakunya lebih teliti kerana ia akan menjadi penghalang kepada
tanah runtuh di Cameron Highland dan banjir besar di kemasukan pasaran tempatan dan mengurangkan
Kelantan dan beberapa negeri pantai timur yang lain persaingan.

BIL. 46 JULAI 2015 31


DIMENSIKOOP

6. Perkembangan Populasi Dunia di bawah perjanjian General Agreement on Trade in


Services (GATS). Malaysia turut terikat secara undang-
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik undang untuk mengurangkan perlindungannya ke atas
Malaysia menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia pasaran domestik.
mencatatkan populasi sebanyak 30.4 juta sehingga
Disember 2014. Manakala jumlah populasi dunia GATS bertujuan untuk mempromosikan perdagangan
pada tahun 2015 adalah dijangka seramai 7.2 bilion global dan mengalihkan halangan perdagangan dengan
dan diramalkan terus meningkat sehingga 20 peratus menggalakkan penswastaan. Daripada pengalaman
dengan menjadikan jumlahnya 8.4 bilion menjelang yang lepas kita dapat melihat bahawa penswastaan
2050 seperti yang dilaporkan dalam Laporan United berkait langsung dengan peningkatan harga barangan.
Nation Population Division. Implikasi dari GATS juga telah menyebabkan pasaran
menjadi lebih agresif dan berdaya saing tinggi.
Peningkatan populasi penduduk ini sudah pasti
diiringi dengan peningkatan keperluan makanan. Ini Pada masa yang sama, barangan luar negara telah
menimbulkan masalah kerana kesan pencemaran alam memasuki pasaran tempatan dengan harga yang cukup
dan pemanasan bumi akan mengurangkan bekalan kompetitif yang menyebabkan pengguna pada ketika
makanan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh ini lebih cenderung untuk boros dalam perbelanjaaan.
dunia. Jika ini terus berlaku, maka generasi akan datang Kemudahan kredit seperti kad kredit dan skim
akan berhadapan dengan krisis bekalan makanan. bayaran mudah mengakibatkan pengguna kadang
Implikasi daripada penawaran bekalan makanan dunia kala berbelanja secara berlebihan atas jenama dan
yang terganggu telah menyebabkan harga makanan teknologi. Dalam jangka masa yang panjang, situasi ini
global meningkat secara mendadak. Akibat daripada akan menggalakkan pengguna untuk berbelanja secara
krisis makanan dunia yang berlaku pada tahun 2009 hutang. Kesan langsung daripada pasaran pengguna
telah menyaksikan lebih sejuta manusia pernah berada yang terlalu aktif ini akan mengakibatkan kenaikan
dalam keadaan kelaparan di seluruh dunia. harga barang dan perkhidmatan kerana wujudnya
permintaan yang tinggi.

Langkah Mengatasi Isu Kenaikan Harga Barang

Isu kenaikan harga barang boleh diatasi jika semua


pihak memainkan peranan masing-masing dalam
membendung masalah ini daripada terus berleluasa.
Ini adalah kerana kenaikan harga barang yang tidak
terkawal akan menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,
sosial dan politik yang boleh mengancam keharmonian
Rajah 2: Populasi Malaysia sehingga Disember 2014 negara.

Kesan Globalisasi i) Peranan Kerajaan

Globalisasi memberi impak terhadap perubahan cara Penetapan harga barangan yang dikawal sepanjang
perniagaan yang dijalankan pada masa ini. Jumlah masa oleh kerajaan untuk barangan seperti minyak
perdagangan global terutamanya bagi barangan masak, gula, tepung gandum dan gas LPG. Sementara
makanan adalah sangat besar dan terdapat peningkatan itu, terdapat juga harga barangan yang dikawal pada
yang signifikan dalam kuantiti makanan dan jenis musim-musim perayaan tertentu seperti Skim Kawalan
makanan yang didagangkan. Malaysia merupakan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena Hari Raya,
negara yang menganggotai World Trade Organization Tahun Baru Cina, Hari Krismas, Deepavali dan Hari
yang terikat dengan beberapa perjanjian global, dan Gawai.

32 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan keuntungan. Adalah penting untuk kerajaan Malaysia
Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah mengambil memastikan jaminan sekuriti makanan yang merujuk
pelbagai langkah dan juga menguatkuasakan akta-akta kepada kewujudan bekalan makanan dan kemampuan
seperti Akta Kawalan Harga dan Pencatutan serta Akta untuk merperolehnya adalah antara syarat penting
Persaingan, gerakan pematuhan tanda harga, menambah untuk melayakkan Malaysia mencapai status negara
baik jaringan pengedaran serta mempertingkatkan maju menjelang 2020.
penglibatan hypermarket dan koperasi. Sepanjang
tempoh Ops Harga dilaksanakan sehingga 7 Mei 2015, Pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kecekapan
sebanyak 476,756 premis perniagaan telah diperiksa pasaran produk terutamanya produk makanan dengan
dan mencatatkan 3,007 kes di seluruh negara. mengurangkan penglibatan dan peranan orang tengah
dalam pengedaran makanan. Konsep ‘pasar tani’ adalah
Bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, KPDNKK satu contoh baik dalam menghapuskan penglibatan
juga telah melaksanakan: orang tengah dan perlu diperluaskan di seluruh
Malaysia. Ini akan memudahkan pengeluar menjual
a) Kempen penurunan harga yang telah dilancarkan barangan mereka secara terus kepada pengguna dan
oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Januari 2014. mereka akan dapat menikmati produk tani yang
Kempen ini turut melibatkan lebih 957 buah pasar bermutu pada harga yang berpatutan.
raya di seluruh negara dan penjimatan yang di
tawarkan meliputi lebih 4,000 jenis barang keperluan
rumah. ii) Peranan Pengeluar/Peniaga dan Organisasi

b)
Kementerian turut melaksanakan “Anugerah Selain daripada peranan kerajaan, adalah penting untuk
Kedai Harga Patut” (AKHP) bagi memberi lebih setiap peniaga mahupun organisasi yang terlibat dalam
pilihan kepada pengguna untuk memilih kedai yang pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan
menawarkan harga barangan yang berpatutan dan supaya lebih jujur dan amanah dalam menjalankan
perkhidmatan yang baik. aktiviti perniagaan masing-masing. Sikap ingin
mengaut keuntungan yang melampau (profiteering)
c) Selain itu, kerajaan telah mewujudkan 131 buah sering ditunjukkan oleh peniaga dan merupakan satu
“Kedai Rakyat 1 Malaysia” (KR1M) yang masalah besar dan kompleks pada masa kini. Masalah
menawarkan sebanyak 397 produk berjenama 1 mengaut keuntungan ini sering dikaitkan dengan
Malaysia pada kadar harga yang lebih rendah peranan orang tengah dan kartel.
sehingga 50 peratus berbanding barangan sama yang
berjenama. Adalah penting untuk pengeluar memilih saluran
pemasaran pengguna yang boleh meminimumkan
d)
Terdapat juga program “Kedai Kain Rakyat 1 kos dan sekaligus dapat mengekalkan harga yang
Malaysia” (KKR1M) yang menjual sebanyak 219 berpatutan kepada pengguna. Saluran pemasaran
jenis pakaian dan tekstil pada harga 10 hingga 70 membawa maksud pihak yang terlibat secara langsung
peratus lebih murah daripada barangan yang sama atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan
kualiti. Pada masa ini, sebanyak 22 buah KKR1M sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna.
telah beroperasi di Malaysia. Secara ringkasnya, wujud saluran pemasaran yang
dapat memastikan produk yang diperlukan berada
Selain itu, kerajaan juga perlu menfokuskan semula tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, dengan
kepada pelan pembangunan mega untuk pertanian yang kuantiti yang diharapkan. Rajah 3 menunjukkan
tertumpu kepada pengeluaran makanan asas seperti empat jenis saluran pemasaran yang sering digunakan
padi, sayuran dan buah-buahan dan bukannya hanya oleh pengeluar. Semakin banyak saluran yang perlu
tertumpu untuk membangunkan tanaman seperti getah dilalui oleh sesuatu produk, maka semakin tinggi kos
dan kelapa sawit. Kerajaan juga perlu menformulasikan barangan tersebut dan seterusnya akan mengakibatkan
polisi pertanian yang mencerminkan keperluan dan harga barangan akan meningkat. Sekiranya kebanyakan
kehendak rakyat Malaysia dan bukannya secara spesifik barang atau perkhidmatan boleh dibeli terus daripada
kepada keperluan swasta yang lebih mementingkan pengeluar seperti yang ditunjukkan dalam Saluran 1,

BIL. 46 JULAI 2015 33


DIMENSIKOOP

Saluran 1 Pengeluar Pengguna

Saluran 2 Pengeluar Peruncit Pengguna

Saluran 3 Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna

Saluran 4 Pengeluar Pemborang Peruncit Pengguna

Rajah 3: Saluran Pemasaran Pengguna

pengguna akan dapat menikmati harga yang jauh lebih menjadi keperluan kepada setiap pengguna telefon
rendah berbanding dengan barangan yang terpaksa pintar.
melalui pelbagai peringkat seperti di Saluran 4.
Pada hujung 2014, terdapat 3.36 juta pelanggan
iii) Peranan Rakyat Sebagai Pengguna kediaman merangkumi hampir 53 peratus daripada
jumlah isi rumah melanggan perkhidmatan ASTRO.
Pengguna pada masa kini harus menilai kembali Dengan kos bulanan pakej termurah adalah sekitar
perbelanjaan yang dibuat dan seharusnya menumpukan RM 40, kebanyakan pengguna membayar purata bil
kepada perbelanjaan mengikut keperluan sahaja. sebanyak RM 100 sebulan. Ini merupakan contoh
Aktiviti yang membazir seperti meminum arak, perbelanjaan yang boleh dielakkan atau dikurangkan.
berjudi dan merokok seharusnya dihentikan kerana Pengurangan dalam perkhidmatan ini membolehkan
bukan sahaja mahal tetapi membahayakan kesihatan. penjimatan setiap bulan dibuat dan wang tersebut boleh
Sekiranya seseorang itu membelanjakan RM 30 digunakan untuk membiayai keperluan asas harian.
seminggu untuk membeli rokok, maka dalam setahun Pengguna juga boleh melakukan penjimatan dengan
beliau telah membelanjakan hampir RM 1,560 yang bercucuk tanam sayur-sayuran contohnya untuk
boleh dijadikan simpanan, pelaburan ataupun untuk menjimatkan perbelanjaan harian. Cadangan ini pernah
membiayai insurans kesihatan. dipraktikkan pada tahun 1970-an melalui rancangan
Buku Hijau. Pengguna juga digalakkan untuk
Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan
menunjukkan lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia perbelanjaan minyak petrol.
meninggal dunia dalam setahun akibat daripada
aktiviti merokok atau meminum arak dan ramai
lagi yang menderita kerana penyakit berkaitan arak
seperti kerosakan hati, keganasan domestik mahupun
Kajian oleh Kementerian
kemalangan yang disebabkan pemandu mabuk. Kesihatan Malaysia
menunjukkan lebih
Selain itu, perbelanjaan yang boleh dikurangkan
daripada 10,000 rakyat
adalah seperti perbelanjaan atas telefon pintar.
Berdasarkan statistik suku tahun ke-4 (2014) oleh Malaysia meninggal dunia
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM), dalam setahun akibat
pengguna di Malaysia menghantar hampir 49.5 juta daripada aktiviti merokok
SMS dalam tempoh sepanjang tahun 2014. Sekiranya
setiap SMS dicaj sebanyak 10 sen, ini bermakna rakyat
atau meminum arak dan
Malaysia membelanjakan RM 49.5 juta hanya untuk ramai lagi yang menderita
perkhidmatan SMS, ini tidak termasuk perbelanjaan kerana penyakit berkaitan
panggilan dan pelan data Internet untuk menggunakan
arak seperti kerosakan hati
kemudahan Whatsapp, Facebook, Instagram dan
aplikasi-aplikasi dalam talian lain yang kini hampir

34 BIL. 46 JULAI 2015


DIMENSIKOOP

iv) Peranan Koperasi dalam Mengatasi Kenaikan Kesimpulan


Harga Barang
Secara keseluruhannya, peningkatan harga barang
Dalam usaha sama yang lebih menyeluruh, pengguna adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk
juga boleh membentuk koperasi pengguna dengan sesebuah negara terutamanya penduduk yang
objektif penubuhannya yang lebih menjurus kepada berpendapatan sederhana dan rendah. Kebanyakan
memberi barangan dan perkhidmatan yang lebih penduduk di Malaysia hari ini menjalankan kerja
berkualiti kepada ahli dan bukannya atas dasar sampingan semata-mata untuk menampung kenaikan
keuntungan semata-mata. Koperasi pengguna boleh harga barang dan perkhidmatan. Peningkatan harga
menyediakan barangan dan perkhidmatan yang barang adalah tidak sejajar dengan peningkatan
setanding dengan apa yang ditawarkan di pasaran tetapi dalam kenaikan gaji kerana hampir keseluruhan gaji
pada harga yang lebih murah dan berpatutan. diperuntukkan untuk membeli keperluan barangan
harian, membayar sewa rumah atau pinjaman
Di luar negara, terdapat banyak koperasi pengguna perumahan dan kenderaan.
yang berjaya seperti Koperasi Mondragon di Sepanyol,
JA Zenchu di Jepun dan The UK Cooperative di United Gaji minimum sebanyak RM 900 adalah tidak
Kingdom. Koperasi pengguna boleh membantu sektor mencukupi sekiranya hanya seorang daripada ahli
pertanian terutamanya dengan membekalkan pengguna keluarga yang bekerja. Kemungkinan implikasi negatif
terus dengan barangan segar dan keperluan asas dari akan terus menjadi barah kepada masyarakat kita
pembekal tanpa perlu melalui mekanisme pasaran. Jika pada hari ini kerana ibu bapa sibuk mencari nafkah
koperasi boleh berurusan terus dengan pengeluar tanpa sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik
menggunakan orang tengah, maka kenaikan harga anak di rumah. Walau bagaimanapun, pengguna perlu
barang akan dapat dikurangkan. Koperasi juga boleh melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk
menjadi agen pemasaran barangan keperluan, ahli-ahli melakukan perubahan besar kepada gaya hidup mereka
koperasi yang mengeluar atau menghasilkan barangan mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka dalam
boleh terus menjual produk mereka kepada koperasi. berbelanja.
Pemasaran, pembungkusan dan pengedaran produk
akan diuruskan sepenuhnya oleh koperasi. Ini bukan Sehubungan itu, pihak pengeluar/peniaga dan
sahaja akan menguntungkan koperasi tetapi juga ahli organisasi juga perlu bersama-sama dalam membantu
koperasi secara spesifik dan pengguna secara amnya. golongan pengguna dan pihak kerajaan untuk mengatasi

BIL. 46 JULAI 2015 35


DIMENSIKOOP

masalah kenaikan harga barang dan perkidmatan ini. boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dengan
Mereka perlu memastikan bukan hanya mementingkan bertindak sebagai agen pemasaran dan pengedaran
keuntungan sahaja, tetapi perlu mengambil kira terus kepada pengguna untuk mengurangkan kos
kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Ini boleh sesuatu produk atau perkhidmatan.
dianggap sebagai satu tanggungjawab sosial yang
perlu dipikul bersama. Pihak pengeluar boleh memilih Kerajaan semestinya mempunyai tanggungjawab
saluran pemasaran yang menguntungkan mereka dan dalam membantu golongan yang berhadapan dengan
juga pengguna. Penggunaan ejen atau orang tengah kesulitan hidup akibat kenaikan harga barang dan
hanya akan meningkatkan kos barangan, oleh itu perkhidmatan secara melampau serta berterusan
pihak pengeluar boleh memilih untuk memasarkan melalui mekanisme pengawalan dan penguatkuasaan
terus barangan mereka kepada pengguna. garis panduan dan undang-undang yang telah digubal
untuk tujuan tersebut. Di samping itu, pemberian
Pengguna juga boleh menubuhkan koperasi subsidi dalam bentuk subsidi harga, Bantuan Rakyat
sebagai entiti perniagaan yang lebih mementingkan Satu Malaysia (BR1M) dan bantuan-bantuan lain
kepentingan anggota di samping mengaut keuntungan diharap akan diteruskan untuk mengurangkan beban
yang kemudiannya disalurkan semula kepada anggota rakyat dalam mengharungi kenaikan harga barang
dalam bentuk dividen, rebat dan lain-lain. Koperasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Rujukan

Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad., & Mohammad Fadzli Hashim. (2011). Kesan kitaran ekonomi terhadap
peningkatan kadar indeks jenayah di Malaysia. (Jilid 1). Dicapai daripada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/
perkemVI/PERKEM2011-1-3B5.pdf.

Hazayani Zakaria. (2014, Disember 13). Harga barang naik masalah kehidupan rakyat-UMcedel. Utusan Online.
Dicapai daripada http://www.utusan.com/Berita_Ekonomi/20131213/be_22/Harga-barang-naik-masalah-
kehidupan-rakyat-UMcedel/.

Jabatan Perangkaan Malaysia.(2015). Indeks harga pengguna Malaysia. Dicapai daripada https://www.statistics.
gov.my/dosm/index.php?r=column/pdfPrev&id=RkF4OXMwM05XNC9Ha3IxcTVCZHJCQT09.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.(2014). Perangkaan agromakanan 2014. Dicapai daripada
http://www.moa.gov.my/documents/10157/010b6921-c643-421d-aef1-29ae379f6f85.

Mohammad A.Hamid.(2014, Disember 3). Kenaikan harga barang : di mana kesudahannya?. Utusan Online.
Dicapai daripada http://www.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20131203/dn_15/Kenaikan-harga-barang-dimana-
kesudahannya/#ixzzQEWbR.

Muhammad Hisyam Mohamad.(2014). Peranan pengguna dalam menangani masalah kenaikan harga barangan
dan perkhidmatan. Berita Harian Online. Dicapai daripada http://www.beritaharian/com.my/ekonomi/peranan-
pengguna-dalam-menangani-masalah-kenaikan-harga-barangan-dan-perhidmatan/.

Noor Hartini Saari .(2014). Implikasi kenaikan kos sara hidup gugat kebahagian. Dicapai daripada http://www.ikim.
gov.my/index.php/ms/utusan-malaysia/8835-implikasi-kenaikan-kos-sara-hidup-gugat-kebahagiaan.

36 BIL. 46 JULAI 2015

You might also like