Jurnal Praktikum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : Ke - 5

Minggu Praktikum : Kelima


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 2 Ogos 2017
Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Bilik Darjah

1. Masalah / Peristiwa
Setelah 5 minggu saya berada dan mengajar di sekolah SK Jalan Batu ini, saya mendapati
masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan
kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek
penting dalam menjalani pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor (2008), beliau
mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta untuk
mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Salah satu aspek
yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana
fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada
tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti
teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah
atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada
dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2. Analisis
. Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh kesedaran murid
tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah. Masalah ini
juga timbul akibat daripada tingkah laku sesetengah murid yang kurang memberikan
kerjasama dalam melaksanakan jadual tugasan yang telah disediakan di dalam bilik darjah.
Mereka tidak mempedulikan dan bertanggungjawab atas tugasan yang telah diamanahkan.
Mereka beranggapan bahawa jadual tugasan hanya sekadar memaparkan tugasan setiap
murid. Saya juga memerhatikan bahawa murid mempunyai sikap malas dalam diri dan tiada
sifat sukarela untuk membersihkan kelas masing-masing.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Tempat pembelajaran yang harmoni dan tenang akan menyumbang kepada suasana yang
seronok kepada murid untuk memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk membendung masalah ini, terdapat
beberapa langkah yang akan saya laksanakan:
1. Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan
di sekeliling mereka sebelum sesi PdP dilaksanakan.
2. Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia
untuk sesi PdP.
3. Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan.
4. Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya
boleh dan bersesuaian.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah
dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
5. Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang baik akan menyebabkan iklim yang kondusif serta membantu
murid dalam tugasan yang diberikan pada setiap awal tahun dan mengembangkan budaya
tanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama
mereka. Pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan
penyusunan bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran.
Suasana fizikal mampu mengalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab
inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :___________________ Tandatangan :___________________

Nama :___________________ Nama :___________________

Tarikh :___________________ Tarikh :___________________

You might also like