14.kertas 2 Pep - Percubaan Selangor SPM 2016 - Soalan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

3757 / 2

Ekonomi
Asas
Kertas 2
Ogos
2016
2 jam

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR


PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

SET 1
EKONOMI ASAS
Kertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas Soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B.

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas kajang anda. Jawapan dalam kertas graf hendaklah
diikat dan dihantar bersama-sama kertas kajang pada akhir peperiksaan.

4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian
A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.

5. Markah yang diperuntukan bagi setiap soalan atau ceraian soalan yang ditunjukkan dalam
kurungan.

6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baru.

7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak termasuk halaman ini.

[Lihat sebelah

1
Bahagian A (75 markah)

Jawab tiga soalan sahaja

1 Gambar berikut merupakan sejenis barang dalam ekonomi.

(a) Apakah kesan jika barang tersebut disediakan oleh swasta? (4 markah)

(b) Jelaskan perbezaan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi


perancangan dari aspek berikut:

(i) Pemilikan sumber (2 markah)

(ii) Motif pengeluaran (2 markah)

(iii) Persaingan (2 markah)

(c) Gambar majalah berikut berkaitan dengan suatu sumber ekonomi.

Jelaskan kelebihan sumber ekonomi tersebut. (4 markah)

2
(d) Dialog berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan individu.

Ali, saya dengar awak dapat bonus


tiga bulan gaji. Bolehlah awak buat Tapi Mat, saya dan keluarga
bayaran deposit beli rumah? Awak bercadang untuk melancong
kan belum ada rumah lagi. ke Eropah.

(i) Bersetujukah anda dengan cadangan Ali?


Beri dua alasan. (4 markah)

(ii) Jelaskan prinsip perbankan Islam yang terlibat jika Ali membeli rumah
tersebut melalui pinjaman daripada Bank Islam. (4 markah)

(e) Mengapa individu perlu menyediakan belanjawan peribadi? (4 markah)

2 Jadual berikut menunjukkan upah wang bagi Encik Rosli dan harga purata
barang bagi tahun 2013 dan 2015.

Upah Wang Harga Purata Barang


Tahun
(RM) (RM)
2013 1200 52
2015 1300 70

(a) (i) Apakah rumusan anda berkaitan dengan upah benar Encik Rosli tahun
2013 dan 2015? (3 markah)

(ii) Jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap Encik Rosli. (5 markah)

3
(b) Gambar berikut berkaitan dengan dua buah institusi kewangan.

(i) Institusi kewangan manakah yang anda pilih untuk menabung?


Jelaskan jawapan anda secara terperinci. (4 markah)

(ii) Bezakan kedua-dua institusi kewangan tersebut. (6 markah)

(c) Jelaskan konsep berikut :

(i) Faedah sampingan (3 markah)

(ii) Pendapatan produktif (2 markah)

(iii) Upah benar (2 markah)

3 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis cukai.

(i) Adakah cukai tersebut boleh mempengaruhi permintaan individu?


Beri alasan. (4 markah)

4
(ii) Lukiskan keluk yang berkaitan dengan permintaan di (b)(i).
(3 markah)
(iii) Terangkan faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan individu.
(6 markah)
(b) Jadual berikut berkaitan kuantiti harga dan yang ditawar bagi suatu barang.

Barang Peratus perubahan kuantiti ditawar


Peratus perubahan harga

M 5.0

N 0.5

Jelaskan nilai keanjalan harga penawaran bagi barang M dan barang N.


(6 markah)

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Murni bagi tahun 2015.

Harga Seunit Jumlah keluaran Jumlah kos


(RM) (unit) (RM)

40.00 200 4 000.00

(i) Hitungkan jumlah keuntungan Syarikat Murni bagi tahun 2015.


(3 markah)

(ii) Jelaskan jenis hasil kerajaan yang disumbangkan oleh Syarikat Murni.
(3 markah)

5
4 (a) Jadual berikut menunjukkan penawaran firma bagi suatu barang.

Penawaran (unit)
Harga(RM)
Firma P Firma Q
4.00 12 18
6.00 24 26

Lukiskan pembentukan keluk penawaran pasaran. (4 markah)

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan pasaran buruh.

PUTRAJAYA: Cadangan pengambilan seramai 1.5 juta pekerja Bangladesh


untuk bekerja di negara ini bukan kehendak kerajaan sebaliknya atas permintaan
pihak industri, persatuan dan dewan perniagaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
Pada masa sama beliau berkata, kerajaan akan memastikan bahawa keutamaan
pekerjaan kepada rakyat tempatan tetap didahulukan walaupun pengambilan
pekerja asing tertakluk kepada permintaan industri bagi sektor-sektor yang
dibenarkan.

Sumber : Berita Harian online Khamis 11 Februari 2016

(i) Jelaskan kesan situasi tersebut ke atas pasaran buruh. (3 markah)

(ii) Jelaskan kesulitan pengambilan buruh asing berbanding dengan


pengambilan buruh tempatan. (5 markah)

6
(c) Rajah berikut menunjukkan aliran wang dalam aliran pusingan ekonomi dua
sektor.

Bayaran faktor pengeluaran


Pasaran
X

FIRMA ISIRUMAH

Pasaran
Y
Perbelanjaan penggunaan

(i) Apakah pasaran Y? (1 markah)


(ii) Bezakan pasaran X dengan pasaran Y. (6 markah)

(d) Rajah berikut berkaitan harga minyak mentah dunia bagi tahun 2014-2015.

USD

(i) Jelaskan jenis komposisi eksport bagi minyak mentah di Malaysia?


(2 markah)
(ii) Terangkan kesan jika Malaysia terus bergantung kepada eksport tersebut
pada masa hadapan? (4 markah)

7
5 (a) Terangkan cara kerajaan memperolehi pinjaman daripada institusi kewangan
dalam negeri . (6 markah)

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan imbangan pembayaran Malaysia bagi tahun
2012 (RM juta)

Butiran 2012
Akaun Semasa 57 348
Akaun Modal dan Kewangan - 22 878
Kesilapan dan Ketinggalan - 30 579
Aset Rizab 3 891

(i) Hitungkan imbangan pembayaran Malaysia tahun 2012. (3 markah)

(ii) Jelaskan maksud aset rizab RM 3 891 juta tersebut. (2 markah)

(c) Jelaskan sekatan perdagangan antarabangsa yang berikut:

(i) tarif (3 markah)

(ii) embargo (2 markah)

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan nilai Ringgit Malaysia.

Pada awal tahun ini nilai ringgit merosot sebanyak 6.3 peratus dari
setahun lepas berbanding dolar AS.

Sumber : Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

(i) Terangkan fungsi Bank Pusat mengawal situasi tersebut. (4 markah)

(ii) Jelaskan kesan situasi ke atas imbangan dagangan Malaysia.


(5 markah)

8
Bahagian B (25 markah)

Soalan ini wajib dijawab

Kampung Cempaka
merupakan sebuah kampung
yang berada di pedalaman.
Jalan utama dari bandar ke
kampung tersebut ialah melalui
sungai. Penduduk kampung
sudah lama memohon agar
kerajaan membina jalanraya
dan jeti baru di kampung
tersebut. Kerajaan telah
menganggarkan kos bagi
kedua-dua projek berkenaan
bernilai lebih RM 5 bilion.
Baru-baru ini kerajaan telah
mengumumkan untuk
membina jalanraya dengan
peruntukan sebanyak RM 3
bilion.
Penduduk kampung telah
mengambil kesempatan untuk
menambah pendapatan
dengan terbinanya jalanraya
tersebut. Ada yang terlibat di
sektor utama dan sektor
kedua.

Selepas lima tahun. ada di antara penduduk kampung yang telah berjaya menjadi
usahawan. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) ingin
menggalakkan lagi pembangunan di kampung tersebut. Salah satu daripada saranan
pihak JKKK ialah menggalakkan penduduk menceburi bidang perniagaan.
Bagaimanapun majoriti penduduk menghadapi masalah kekurangan modal. Justru itu,
pihak JKKK telah memanggil pihak bank dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi
membantu penduduk kampung untuk memulakan perniagaan.

9
Ramai penduduk kampung telah memulakan perniagaan berasaskan hasil
kampung. Bilangan peniaga yang semakin ramai telah meningkatkan persaingan.
Tambahan lagi produk yang dihasilkan terdiri daripada kategori yang sama iaitu
kerepek dan kuih muih yang tahan lama. Akan tetapi suasana perniagaan sebegini
telah banyak mendatangkan kebaikan kepada pengguna dan pelancong yang
berkunjung ke kampung tersebut.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan kedua-dua projek tersebut?


(5 markah)

(b) Jelaskan jenis perbelanjaan kerajaan yang terlibat (3 markah)

(c) Jelaskan kesan pembinaan projek tersebut kepada penduduk tempatan.


(4 markah)

(d) Dengan contoh yang sesuai, bandingkan peluang kerjaya di kedua-dua sektor
tersebut. (6 markah)

(e) Jelaskan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh bank dan agensi kerajaan
tersebut? (4 markah)

(f) Bersetujukah anda suasana perniagaan di kampung tersebut telah memberi


kebaikan kepada pengguna dan pelancong?
Beri alasan anda . (3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

10
11

You might also like