Kertas Kerja Penubuhan Persatuan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG


06700, ALOR STAR, KEDAH.

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ‘’PERSATUAN PENCINTA


ALAM” SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH
KEBANGSAAN KUBOR PANJANG, 06700, ALOR STAR, KEDAH.

TAHUN:

2018

PEMOHON:

FARAH NABILAH BINTI ABD MAJID

GURU PENASIHAT PERSATUAN PENCINTA ALAM,

SK KUBOR PANJANG, ALOR STAR.

‘TOGETHER WE SUSTAIN OUR EARTH’

1
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Kelab/ Persatuan Persatuan Pencinta Alam


Sinopsis Persatuan Pencinta Alam merupakan satu asas
pendedahan bagi generasi muda untuk
menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh
generasi yang akan datang di samping memupuk
sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid
selaras dengan kehendak dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah.
Penyertaan Murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
Guru Penasihat Farah Nabilah binti Abd Majid
Alamat Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah,
Malaysia.
Kategori Persatuan Hobi dan Rekreasi.

1.0 LATAR BELAKANG


Persatuan Pencinta Alam adalah usaha terancang pihak Sekolah Kebangsaan
Kubor Panjang untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan
perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Persatuan
Pencinta Alam ini membolehkan penglibatan aktif pelajar bagi menimbulkan semangat
berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta mengelakkan diri
daripada terjebak dalam kegiatan tidak sihat. Secara umumnya, kegiatan Ko-
kurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan
minat mereka terhadap pelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu
diisi bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian,
masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang
semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu
menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan
sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

2
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN


2.1 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam
semula jadi.
2.2 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN


3.1 Menyemai nilai cinta alam sekitar dalam kalangan murid.
3.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari kehidupan flora dan
fauna.
3.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula
jadi dalam konteks yang berbeza.
3.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan
kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya
terjadi.
3.5 Mengamalkan budaya kitar semula dan guna semula dalam kalangan
pelajar seperti menggunakan tayar terpakai untuk menanam bunga.
3.6 Melahirkan rasa minat belajar dalam kalangan pelajar.
3.7 Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan pelajar.
3.8 Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan
jantina.
3.9 Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society).
3.10 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam
sekitar.
3.11 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.
3.12 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi.

4.0 RASIONAL PENUBUHAN


4.1 Belum pernah ditubuhkan di peringkat sekolah rendah sebelum ini.
4.2 Menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk
menghargai dan menyayangi alam sekitar.
4.3 Menjadi aktiviti bagi mengisi masa lapang murid kerana kebanyakan
murid menginap di asrama dan tinggal di rumah panjang berdekatan
3
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

dengan sekolah dan mengelakkan murid daripada merayau di kawasan


sekolah tanpa melakukan sebarang aktiviti berfaedah.
4.4 Ingatlah amaran Allah dalam Surah an-Naziaat ayat 30-33 yang
bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan
penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-
tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi)
sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu
dan binatang ternakan kamu.” Nabi SAW pula berpesan yang
bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu
sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis
riwayar Muslim).
4.5 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek
potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke aras pembinaan
dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni
dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5.0 MOTTO
Menjaga alam dengan penuh rasa cinta.

6.0 VISI
Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi
menjamin kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini
dan akan datang.

7.0 MISI
Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang
baik dalam proses pembangunan negara.

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


8.1 Persatuan adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-
undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
(Malaysian Nature Society).

4
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

8.2 Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan


Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
8.3 Objektif persatuan akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman,
lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
8.4 Tumpuan aktiviti adalah atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli:
i. Mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii. Mendapatkan maklumat yang perlu
iii. Memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai.

9.0 JAWATANKUASA DAN PELAKSANAAN


Jawatankuasa “Persatuan Pencinta Alam” akan terdiri daripada:

Penasihat : Farah Nabilah binti Abd Majid


Pengerusi : Muawiyah bin Abdullah
Naib Pengerusi : Murtadho bin Fajar
Setiausaha : Nor Akma binti Muhd Yassin
Bendahari : Muhamah Fateh bin Muhamah Jamal

1) Ketua Kumpulan : 1. Suria binti Johari


2. Aqilah binti Ibrajah
3. Alif Ikmal bin Zainuddin
4. Khulafa’ bin Geniey
5. Shalwin Owinlee bin Samli

5
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERSATUAN PENCINTA ALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG
NO. PENDAFTARAN
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT


a) Nama persatuan : Persatuan Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Kubor
Panjang.
b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah Darulaman.

PERATURAN 2: KESETIAAN ALAM SEKITAR

2.1 Memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia

2.2 Mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan


2.3 Melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah.

PERATURAN 3: LOGO DAN PENGERTIAN

3.1 Bumi melambangkan penyatuan antara seluruh alam sekitar dengan


manusia.
3.2 Daun melambangkan keindahan tumbuhan semula jadi yang perlu
dipelihara dan dipulihara.

6
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

3.3 Orang melambangkan ahli persatuan sentaiasa bersatu hati dan


seiringan dalam menjaga alam sekitar.
3.4 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.
3.5 Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau
tanah.
3.6 Warna putih melambagkan keikhlasan serta kesucian.

PERATURAN 4: LIRIK LAGU

TAJUK LAGU: BANGKIT


Kami persatuan pencinta alam,
Bersatu menjaga keseimbangan,
Janganlah kita mengahncurkannya,
Tidak kira siang dan malam.

Teruskan perjuangan yang mulia,


Hasrat murni sentiasa diamalkan,
Hidupkan keceriaan alam,
Supaya kekal sejahtera.

Warna flora sungguh indah,


Berdiri teguh di atas gunung,
Bunyi fauna mengusik jiwa,
Sinaran cahaya yang menyerlah.

Menjaga alam yang tersayang,


Marilah kita bersatu jiwa,
Tidak kira kaum atau agama,
Menjaga alam yang tercinta.

7
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERATURAN 5: PENYERTAAN SASARAN

Murid Tahap Dua SK Kubor Panjang yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5
dan 6.

PERATURAN 6: KEAHLIAN

6.1 Terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja tanpa mengira bangsa,
agama, jantina dan kelas sosial pelajar.

6.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.

6.3 Ali-ahli mesti menerima dan bersetuju dengan Perlembagaan yang


ditetapkan.

6.4 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti persatuan.

6.5 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab


dalam kemajuan persatuan.

6.6 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

6.7 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 7: PAKAIAN

7.1 Sesi perjumpaan mingguan: Pakaian seragam sekolah

7.2 Sesi aktiviti persatuan : -Baju-T dan seluar trek sukan

-Kasut dan berstokin.

PERATURAN 8: WAKTU PELAKSANAAN

Setiap hari Rabu pada pukul 2.30 petang. (Waktu tidak tetap dan tertakluk
kepada sebarang perubahan).

8
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERATURAN 9: LOKASI PERJUMPAAN


Kelas Tahun 5

PERATURAN 10: GURU PENASIHAT


10.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
10.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
10.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

PERATURAN 11: AHLI JAWATANKUASA

11.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

11.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi
manakala ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

11.3 Pemilihan ahli jawatankuasa dipilih berdasarkan sistem demokrasi iaitu


melalui undian majoriti.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah


menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

11.5 Ahli Jawatankuasa induk hendaklah terdiri daripada:

11.5.1 Penaung Guru Besar


11.5.2 Guru Penasihat 1
11.5.3 Guru Penasihat 2

11.6 Ahli Jawatankuasa Murid hendaklah terdiri:-

11.6.1 Pengerusi
11.6.2 Naib Pengerusi
11.6.3 Setiausaha
11.6.4 Bendahari
11.6.5 AJK Publisiti
11.6.7 AJK Dokumentasi

9
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

11.6.8 AJK Peralatan


11.6.9 AJK Kebersihan dan Keselamatan
11.6.10 AJK Keceriaan

PERATURAN 12: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


12.1 Pengerusi

12.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab


atas kesempurnaan semua mesyuarat.

12.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala


keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

12.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam


melaksanakan tugas atau aktiviti.
12.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

12.2 Naib Pengerusi


12.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
12.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
12.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
12.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

12.3 Setiausaha

12.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


12.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan
kegiatan persatuan.
12.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan dan aktiviti.
12.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
12.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti persatuan.
12.3.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

10
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

12.4 Bendahari

12.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


persatuan.

12.4.2 Menyimpan semua resit, buku rekod, wang keluar masuk


dan mengumpul wang.
12.4.3 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab atas
kesahihannya.
12.4.4 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
12.4.5 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
12.4.6 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
12.4.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

12.5 Ahli Jawatankuasa Publisiti

12.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema.


12.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan
sekolah.
12.5.3 Menghias segmen Persatuan Pencinta Alam pada papan
kenyataan.
12.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

12.6 Ahli Jawatankuasa Dokumentasi

12.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti


kelab.

11
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

12.7 Ahli Jawatan Kuasa Peralatan

12.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk


perjumpaan atau aktiviti.

12.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan.

12.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak


hilang.

12.8 Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan dan Keselamatan

12.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan


mengemas tempat perjumpaan.

12.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan


bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas perjumpaan
diadakan.

12.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa


aktiviti.

12.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar.

12.9 Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan

12.9.1 Mengetuai pemikiran konsep untuk menceriakan kawasan


sekolah.

12.9.2 Membuat lakaran idea tentang hiasan bagi tujuan keceriaan.

12.9.3 Menyenaraikan alatan yang sepatutnya dan kemudian


diserahkan kepada AJK Peralatan.

12
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERATURAN 13: KEWANGAN

13.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang


diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak
RM 3.00 seorang sebulan.
13.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti yang
dijalankan.
13.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.

PERATURAN 14: SUMBER KEWANGAN

14.1 Yuran ahli


14.2 Bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
14.3 Tabung Amanah Sekolah
14.4 Aktiviti persatuan
14.5 Penaja dari badan bukan kerajaan

PERATURAN 15: PERANCANGAN AKTIVITI

15.1 Program Alam Sekitar: 1 MURID 1 POKOK

15.2 Pertandingan Kelas Mesra Alam

15.3 Ceramah Go Green

15.4 Kempen Go Green

15.5 Membuat kraftangan daripada bahan kitar semula

15.6 Pameran kraftangan

15.7 Membuka gerai jualan

15.8 Tayangan video dokumentari

15.9 Sukaneka

15.10 Gotong-royong perdana

13
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

15.11 Lawatan sambil belajar

15.12 Jamuan akhir tahun

15.13 Program sekolah dalam taman

15.14 Program penanaman menggunakan baja organic

15.15 Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok


dari sepsis yang sesuai.

15.16 Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok

15.17 Projek membuat baja kompos

15.18 Penubuhan stesen pembelajaran

15.19 Penyelenggaraan taman dan alatan

PERATURAN 16: KEHADIRAN/ PENYERTAAN

16.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


oleh persatuan sepanjang tahun.

16.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut


dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal
berbuat demikian.

PERATURAN 17: PERATURAN-PERATURAN

17.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

17.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

17.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

14
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERATURAN 18: TINDAKAN DISIPLIN

18.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan


tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

18.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

18.2.1 Amaran lisan

18.2.2 Amaran bertulis

18.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan
keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 19: PINDAAN PERLEMBAGAAN

19.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

19.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli


jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

19.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.

19.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan


disahkan oleh Guru Besar.

PERATURAN 20: PEMBUBARAN

Guru Besar SK Kubor Panjang diberi kuasa unruk membubarkan persatuan jika
didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

15
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

PERATURAN 21: HAL-HAL LAIN


21.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
21.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

15 PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan ‘Persatuan Pencinta Alam’ merupakan satu asset
yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pelajar
seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang
dijalankan. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Persatuan
Pencinta Alam mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu
dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas cadangan ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah kerana Persatuan
Pencinta Alam dapat memberikan manfaat dan pelbagai pengalaman yang
bermakna kepada para murid SK Kubor Panjang. Semoga perkara yang baik
ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.
Sekian, terima kasih.

16
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

Disediakan oleh,

(FARAH NABILAH BINTI ABD MAJID)


Guru Penasihat Persatuan Pencinta Alam,
Sek. Keb. Kubor Panjang.

Tarikh: ……….................
Disemak oleh, Disahkan oleh,

(DEWI KASTURI BINTI MUHAMAD) (ABU BAKAR BIN ALI)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
Sek. Keb. Kubor Panjang. Sek. Keb. Kubor Panjang.

Tarikh: ………………….. Tarikh: ……………........

17
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

18
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

Persatuan Pencinta Alam,


Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah. Tel: 04-4376808
________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SKKP
Tarikh : 10 Januari 2018
Guru Besar,
SK Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN PENCINTA ALAM

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Persatuan Pencinta Alam SK Kubor
Panjang berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada
permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak


tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

(FARAH NABILAH BINTI ABD MAJID)


Guru Penasihat,
b.p. Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam
SK Kubor Panjang,.

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kubor Panjang.

19
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

Persatuan Pencinta Alam,


Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah. Tel: 04-4376808
_________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SKKP 5985(2)


Tarikh : 7 Januari 2018

Guru Penasihat,
Persatuan Pencinta Alam,
Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang,
06700, Alor Star,
Kedah.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN PENCINTA ALAM

Dengan hormatnya surat tuan SKKP 5985(2) bertarikh 7 Januari 2018 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan
(4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196,
bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan penubuhan Persatuan
Pencinta Alam SK Kubor Panjang.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-


Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh
empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(ABU BAKAR BIN ALI)


Guru Besar,
SK Kubor Panjang,
Kedah.

20
KERTAS CADANGAN PERSATUAN PENCINTA ALAM 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus sekolah. Pahang: PTS Publications &
Distributors.

Chan Ngai Weng. (2016). Pembangunan, pembandaran dan peningkatan bahaya dan
bencana air di Malaysia: isu, pengurusan dan cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit
USM.

Malayan Nature Society. (2006). Penyertaan awam dalam membuat keputusan


berkaitan isu persekitaran. Kuala Lumpur: Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Md. Zuki Hashim. (2007). Cara kerja efektif: panduan untuk pengurus, ketua jabatan
dan penyelia. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Mohd. Ismail Othman. (2006). Undang-undang untuk pengetua & guru besar. Kuala
Lumpur: PTS Professional Pub.

Rahmah Biak. (2006). The “kelab pencinta alam sekitar (PALSO) for schools in
Sarawak: an evaluation. Kuala Lumpur: Conference publication.

21

You might also like