Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: SJHK3132 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 3


Ambilan: Jun 2015
Nama Kursus: Pendidikan Inklusif
Kumpulan: Sejarah

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Akademik 5 Mac 2018 9 Mac 2018
2. Penulisan Rancangan Pendidikan 26 Mac 2018 30 Mac 2018
Individu
3. Pembinaan bahan bantu mengajar 2 April 2018 6 April 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif. (C2, PLO1)


2. Menghuraikan secara kritis pelaksanaan dan faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan
program pendidikan inklusif di sekolah. (C4, PLO3, CTPS1)
3. Menganalisis peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif. (C4, PLO3, CTPS2)
4. Merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran yang berada di dalam
kelas aliran perdana dengan membuat rujukan daripada pelbagai sumber. (C6, A2, PLO3 ,
PLO6, CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep, matlamat, dasar pendidikan inklusif dan menganalisis pelaksanaan,


faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan serta peranan dan tanggungjawab pihak-pihak
tertentu dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Sejarah di
sekolah rendah.
2. Menyediakan satu Rancangan Pendidikan Individu(RPI) untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran/masalah penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran
Sejarah di dalam kelas aliran perdana di sekolah rendah.
3. Menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran/masalah penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran
Sejarah di dalam kelas aliran perdana di sekolah rendah.
Murid Berkeperluan Khas(MBK) memerlukan satu bentuk pendidikan yang khusus dan perlu
dirancang serta dilaksanakan supaya murid-murid ini dapat menjalani pembelajaran seperti
mana kanak-kanak lain. Murid-murid berkeperluan khas berkefungsian tinggi yang dapat
menyesuaikan diri dengan kurikulum dan pentaksiran arus perdana digalakkan memasuki
program pendidikan inklusif. Murid-murid ini yang berkefungsian sederhana dan rendah pula
akan menghadiri Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) yang dihadiri oleh mereka ini di
kelas khas di sekolah-sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Manakala murid-murid
ini yang berkefungsian rendah digalakkan untuk belajar di sekolah pendidikan khas dengan
menggunakan kurikulum yang dibina khusus.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK(INDIVIDU)-100%(WAJARAN 20%)

Menjelaskan konsep, matlamat, dasar pendidikan inklusif dan menganalisis pelaksanaan,


faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan serta peranan dan tanggungjawab pihak-pihak
tertentu dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Sejarah di
sekolah rendah.

TUGASAN 2 : PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU(INDIVIDU)


–100%(WAJARAN 20%)

Menyediakan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk kanak-kanak bermasalah


pembelajaran/masalah penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran Sejarah
di dalam kelas aliran perdana di sekolah rendah.

TUGASAN 3 : PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR(INDIVIDU)-100%(WAJARAN 20%)


Dengan merujuk kepada Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang disediakan, hasilkan satu
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran/masalah
penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran Sejarah di dalam kelas aliran
perdana di sekolah rendah.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Kerja kursus ini terdiri daripada tiga tugasan utama.


2. Markah keseluruhan kerja kursus ialah 60 %. Wajaran markah untuk Tugasan 1 adalah
20%, Tugasan 2 adalah 20% dan Tugasan 3 adalah 20 %.
3. Tugasan perlu menampakkan keaslian, bersifat ilmiah, kritis dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).
4. Amalan plagiat dilarang sama sekali.
5. Tugasan hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu.
6. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya American Psychological Association(APA).
7. Bertaip menggunakan langkau 1.5,font Arial dan saiz 11
8. Format penulisan muka depan tugasan hendaklah dituliskan maklumat-maklumat yang
berikut:
 Nama Pelajar
 Angka Giliran
 No. Kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Tugasan Projek
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh Hantar

9. Borang Maklum Balas Tugasan perlu disertakan bersama-sama tugasan.


10. Tugasan hendaklah dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan markah tugasan.
11. Panduan spesifik untuk setiap tugasan adalah seperti berikut :

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK(INDIVIDU)-100%(WAJARAN 20%)

i. Tugasan ini adalah tugasan individu.


ii. Panjang tugasan ialah 600 patah perkataan.
iii. Tarikh mula dan hantar adalah seperti mana yang telah ditetapkan.
iv. Penulisan tugasan ini perlu diolah dengan sistematik yang melibatkan Bahagian
Pengenalan, Bahagian Utama dan Penutup.
v. Bahagian Pengenalan memerlukan pelajar membuat satu overview tentang
Pendidikan inklusif
vi. Bahagian Utama memerlukan satu penjelasan tentang konsep, matlamat, dasar
pendidikan inklusif dan menganalisis pelaksanaan, faktor-faktor yang mempengaruhi
kejayaan serta peranan dan tanggungjawab pihak-pihak tertentu dalam pelaksanaan
program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
vii. Bahagian Penutup memerlukan pelajar membuat satu rumusan keseluruhan tentang
konsep dan pelaksanaan pendidikan inklusif. bagi mata pelajaran Sejarah di sekolah
rendah.
viii. Aspek/Kriteria Penilaian melibatkan aspek-aspek penguasaan isi kandungan,
kualiti analisis, bahasa dan sumber rujukan serta elemen kemahiran insaniah

TUGASAN 2 : PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU(INDIVIDU)


–100%(WAJARAN 20%)

i. Tugasan ini adalah tugasan individu.


ii. Pelajar perlu menyediakan satu Rancangan Pendidikan Individu(RPI) untuk
seorang murid sahaja iaitu sama ada untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran atau masalah penglihatan atau masalah pendengaran yang
mengikuti pembelajaran Sejarah di dalam kelas aliran perdana di sekolah rendah
iii. Tarikh mula dan hantar adalah seperti mana yang telah ditetapkan.
iv. Aspek/Kriteria Penilaian melibatkan aspek-aspek format penulisan, keperluan
kurikulum, penguasaan isi kandungan dan elemen kemahiran insaniah

TUGASAN 3 : PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR-100%(WAJARAN 20%)

i. Tugasan ini adalah tugasan individu.


ii. Pelajar perlu menghasilkan hanya satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) berdasarkan
Rancangan Pendidikan Individu(RPI) yang disediakan dalam Tugasan 2
iii. Tarikh mula dan hantar adalah seperti mana yang telah ditetapkan.
iv. Aspek/Kriteria Penilaian melibatkan aspek-aspek keperluan kurikulum,
kesesuaian bahan, inovatif dan kreativiti serta elemen kemahiran insaniah

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________________ _____________________________
(Nama: ZAINUN BIN JOHARI ) (Nama: CHIN KUANG TIU )
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

______________________________________
(Nama: SHAMSIR ALAM BIN MOHD ARSHAD)

Ketua Jabatan

You might also like