Ulasan Artikel Pertama 2017.

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SGDU 5074 Strategic Management In Education 1

WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

Ulasan Artikel.

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DAN TAHAP EFIKASI GURU.

Baharuzaini Baharin
Faculty of education, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Hisham Adnan
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Hanif Mohd Zin
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Norhisyam Kamaludin
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Azlin Norhaini Mansor
Personalized Education Research Group, Faculty of Education,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengenalan.
Artikel ini merupakan hasil kajian oleh Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham
Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam Kamaludin dan Azlin Norhaini Mansor dari
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap gaya kepimpinan guru besar
dan tahap efikasi guru. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru
besar dan tahap efikasi guru serta hubungan antara keduanya. Hasil dapatan yang akan
diperolehi akan mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Gaya
Kepimpinan Instruksional, Transformasional dan demokratik dengan tahap efikasi guru.

Isu dan Persoalan Kajian.

Pengkaji berpendapat bahawa terdapat perkaitan yang relevan antara gaya


kepimpinan guru besar dan tahap efikasi guru. Ini kerana guru besar merupakan watak
utama yang memainkan peranan dalam membimbing sekolah ke arah pencapaian
pendidikan yang cemerlang ( Ali & Mohamed, 2016).

Pengkaji memulakan artikel ini dengan penerangan tentang konsep gaya kepimpinan
dan tahap efikasi guru dalam merealisasikan dasar serta matlamat pendidikan negara.
Pengkaji mengenalpasti dan membincangkan perbezaan antara gaya kepimpinan tradisional
dan gaya kepimpinan moden, yang menjadi pilihan amalan dalam kalangan guru besar.
Penulis juga mengupas hubungan antara gaya kepimpinan guru besar serta tahap efikasi
guru di mana terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan terutama tentang gaya
kepimpinan guru besar serta tahap efikasi guru dalam mencapai matlamat pendidikan
negara.

Isu utama yang dibangkitkan oleh pengkaji adalah ciri – ciri kepimpinan guru besar
yang mempengaruhi pembangunan kapisiti guru di sesebuah sekolah. Ia bermaksud
kemampuan dan kebolehan guru dalam meningkatkan pencapaian murid ( Aziah &
Abdullah, 2009). Guru besar pula seharusnya berfikiran kreatif dan bersifat keterbukaan
dalam segala pengurusan pentadbiran sekolah. Dalam artikel ini, menunjukkan bahawa
gaya kepimpinan tradisional seperti autokratik dan laissez-faire tidak lagi relevan untuk
digunapakai sebagai gaya kepimpinan sekolah abad ke-21. Ini kerana persaingan yang
SGDU 5074 Strategic Management In Education 2
WAN ROZIMI BIN WAN HANAFI

amat sengit pada masa ini, justeru warga sekolah seharusnya mempunyai kebolehan untuk
bersaing di peringkat antarabangsa.

Guru besar seharusnya memainkan peranan sebagai pemimpin untuk memotivasi


dan mengiktiraf semua warga sekolah, iaitu guru sebagai aset yang paling penting bagi
menunjukkan potensi masing-masing.

Penulis juga menyatakan tahap efikasi guru turut dijadikan sebagai isu untuk
mencapai dasar dan matlamat pendidikan negara. Antara isu yang dibangkitkan adalah
usaha guru dalam mengatasi kelemahan pencapaian akademik murid serta pendekatan
pengajaran guru dalam meningkatkan pencapaian akademik. Penulis menbuktikan tahap
efikasi guru dikatakan tinggi sekiranya seorang guru tersebut menunjukkan usaha yang
berkesan dalam mengembangkan potensi murid dan meningkatkan pencapaian murid (
Awanis, Ainunmadiah & Siti Noor, 2016 ). Seorang guru yang mempunyai tahap efikasi yang
tinggi akan berusaha melaksanakan tugas pengajaran melalui pelbagai pendekatan dan
aktiviti.

Metodologi Kajian.

Penulis ada menyatakan dengan jelas mengenai strategi kajian jurnal ini. Instrument
kajian terdiri daripada 34 item yang diukur menggunakan skala likert lima mata secara
dalam talian. Tahap efikasi guru pula terdiri daripada 3 konstruk yang terdiri daripada 12
item keseluruhannya dimana ianya juga diukur dengan menggunakan skala likert lima mata.
Maklum balas yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package
for Sosial Science (SPSS) secara deskroptif dan inferensi.

Kelebihan dan Kekurangan.

Secara keseluruhannya, artikel ini merupakan satu penulisan yang informatif kerana
telah mendedahkan kepada pengkaji pelbagai jenis gaya kepimpinan selain gaya
kepimpinan tradisional. Contohnya gaya kepimpinan transformasi dan instruksional
merupakan gaya kepimpinan yang moden di mana ia adalah lebih relevan dengan budaya
sekolah abad ke-21, sebaliknya gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik dan laissez-
faire merupakan gaya kepimpinan tradisioanal di mana ciri-ciri gaya kepimpinan bersifat
umum dan tidak relevan lagi dengan pengurusan pendidikan abad ke-21.

Terdapat juga kekurangan dalam artikel ini iaitu perbincangan artikel ini hanya
berasaskan hasil kajian gaya kepimpinan dan tahap efikasi guru di sebuah sekolah luar
bandar di Gua Musang sahaja. Oleh itu, keputusan dan perbincangan ini tidak dapat
digeneralisasikan kepada semua situasi sekolah rendah di Malaysia.

Kesimpulan.

Pengkaji mendapati dapatan kajian artikel ini mengesahkan bahawa terdapat


hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan dengan tahap efikasi guru di sekolah
rendah luar Bandar di Gua Musang. Walau demikian, pada keseluruhannya ia tidak dapat
dijadikan sebagai satu fakta yang boleh diaplikasikan dalam semua situasi dan jenis sekolah
rendah di luar Bandar kerana ia merupakan satu kajian yang berdasarkan kepada sekolah
tersebut sahaja. Namun demikian, hakikat bahawa gaya kepimpinan guru besar merupakan
antara faktor yang boleh mempengaruhi tahap efikasi guru juga tidak boleh dinafikan.

You might also like