Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif

English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan Laman Utama | Kembali Cari

Koleksi Ucapan Bekas


Perdana Menteri
Penyampai : TAN SRI MOHD SIDEK BIN HAJI HASSAN
Tun Abdullah Ahmad Badawi Tajuk : "ISU-ISU TADBIR URUS DAN INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM: DULU, KINI DAN
Tun Dr Mahathir Mohamad MASA DEPAN"
Lokasi : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh : 23-11-2006

Koleksi Ucapan Isteri Bekas


Perdana Menteri
Bismillahir rahmanir rahim
Tun Jeanne Abdullah

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera;

Koleksi Ucapan Bekas TPM

Y.A.B Datuk Musa Haji Aman


Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dato' Sri Najib Tun Razak Ketua Menteri Sabah

Koleksi Ucapan Bekas Ketua Y. B Datuk K.Y. Mustafa


Setiausaha Negara
Tan Sri Sidek Hassan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Tan Sri Samsudin Osman

Tan Sri Abdul Halim Ali


Y. Bhg. Datuk Seri Zulkipli bin Mat Noor
Tan Sri Ahmad Sarji Abdul
Hamid Ketua Pengarah Badan Pencegah Malaysia

Selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)

Pautan Ucapan

Perdana Menteri Y. Bhg. Dato’ Yaacob bin Hussin

Ketua Setiausaha Negara Ketua Pengarah MAMPU dan juga selaku

Setiausaha Bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai

Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK)

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,

Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri,

Ketua-Ketua Jabatan,

Ketua-Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun Persekutuan,

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia dan rahmat
Nya jua Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan 2006 ini dapat diadakan. Saya mengucapkan terima
kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah ini,
dengan tajuk yang amat menarik, iaitu “Isu-Isu Tadbir Urus Dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Dulu, Kini
Dan Masa Depan”.

PENGENALAN

2. Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, elok juga kalau kita dapat memahami mengenai 2 istilah penting

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 1/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
dalam tajuk ceramah ini, iaitu Tadbir Urus dan Integriti. Laporan Bank Dunia mengenai Tadbir Urus Korporat
(1994) mendefinisikan tadbir urus atau governance sebagai “the process through which institutions, businesses
and citizens’ groups articulate their interest, exercise their rights and obligations and mediate their differences”.
Manakala United Nations Development Program (UNDP) mendefinisikan “tadbir urus” sebagai “the exercise of
economic, political and administrative authority to manage”. Maka tadbir urus mengandungi mekanisme, proses
dan institusi dalam mana masyarakat dan organisasi menyuarakan kepentingan masing-masing, melaksanakan
hak dan tanggungjawab mereka, serta menyelesaikan dan mengimbangkan apa-apa perbezaan di antara
mereka.

3. Proses tadbir urus sahaja tidak mencukupi untuk memastikan anggota masyarakat menikmati kualiti hidup
yang diharapkan. Proses tadbir urus seharusnya diamalkan secara baik. Maka wujud istilah tadbir urus yang baik
atau good governance. Menurut World Conference on Governance (1999), tadbir urus yang baik ialah “a system
that is transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs”. Ciri-ciri
tadbir urus yang baik melibatkan semua pihak atau sektor, bermusyawarah untuk mencapai persetujuan
bersama, ada akauntabiliti, telus, responsif, cekap dan berkesan, adil dan saksama, serta menjunjung
kedaulatan undang-undang.

4. Integriti pula bermaksud “continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the quality of being
unimpaired; soundness” (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti, Institut Integriti Malaysia (IIM),
integriti memberi maksud “perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti
jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana”. Oleh itu, Integriti merupakan suatu
tahap, keadaan atau sifat yang sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau
penyelewengan, tiada rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi.
Maka wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama.

5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang baik mempunyai
elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan
integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik dalam masyarakat.

6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai aspek, seperti
hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan, keadilan sosial dan keselamatan diri,
dan berbagai lagi.

7. Oleh itu bagi tujuan ceramah saya ini, saya akan menumpukan kepada aspek integriti, bersesuaian dengan
tujuan dan tema Konvensyen ini. Antara lain, saya akan menyentuh tentang apakah isu-isu yang menggugat
integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali gus menjurus kepada usaha ke arah
memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan awam.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

8. Dalam proses tadbir urus, tiga sektor atau komponen memainkan peranan masing-masing dalam
pembangunan negara dengan matlamat untuk memperbaiki taraf kualiti hidup masyarakat, iaitu,

• Sektor Kerajaan, termasuk perkhidmatan awam;

• Sektor Swasta; dan

• Sektor Non-Government Organisations (NGO) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan. Ini termasuk orang awam,
media, serta kumpulan akademik yang lazimnya dipangggil civil society.

SENARIO DAHULU

9. Beberapa tahun selepas merdeka, perkhidmatan awam dianggap sebagai enjin penggerak kepada proses
pembangunan negara. Perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting untuk memacu pembangunan
sosioekonomi dan pembangunan negara. Ketika itu sektor swasta belum lagi pesat membangun seperti kini.
Sektor swasta hanya beroperasi mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Trafik informasi lebih
berbentuk sehala di mana Kerajaan mengeluarkan arahan atau dasar, dan ianya dilaksanakan oleh sektor swasta.

10. Bermula dekad lapan puluhan, kita bersepakat supaya sektor swasta juga dijadikan enjin penggerak utama
kepada proses pembangunan negara, tidak lagi semata-mata peranan sektor awam. Sektor awam pula beralih
memainkan peranan sebagai regulator dan fasilitator. Apabila Kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan dan
Malaysian Incorporated, penekanan diberikan kepada meningkatkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk
mempergiatkan lagi proses pembangunan negara.

11. Dahulunya, kewujudan sektor NGO atau civil society tidak begitu menonjol. Suara-suara mereka ketika itu
tidak selantang seperti kini. Pergerakannya juga kurang organized. Penglibatan NGO tidak dianggap penting.

SENARIO MASA KINI

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 2/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
12. Kini tahap kesedaran, kepekaan dan keprihatinan anggota masyarakat telah meningkat. Mereka tahu dan
mengamalkan hak-hak mereka secara aktif dan terbuka. Suara-suara daripada sektor NGO atau civil society ini
mula didengar dan diambil kira dalam membuat dasar atau mengatur program dan aktiviti Kerajaan. Apabila
Kerajaan memperkenalkan Wawasan 2020 dan agenda pembangunan negara diteruskan dalam rancangan
Malaysia lima tahun, peranan ketiga-tiga sektor ini dalam satu sinergi menjadi semakin penting.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

13. Selepas kejatuhan pemerintahan komunis pada tahun lapan puluhan dan kemudiannya krisis kewangan pada
tahun sembilan puluhan, isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menjadi agenda penting di
peringkat global. Antara pengajaran yang diperoleh daripada kedua-dua perkembangan ini ialah rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan wujud berleluasa kerana sistem pengurusan dan pentadbiran yang tidak
demokratik, tidak telus, tiada akauntabiliti dan keadilan serta pegawai yang menjalankan tugas tidak beretika
dan berintegriti.

14. Globalisasi dan liberalisasi perdagangan merupakan satu lagi cabaran getir pada masa kini. Ianya menuntut
agar perdagangan dan perniagaan bersaing sama rata dalam suasana “level playing field”. Keadaan ini menuntut
supaya jentera pentadbiran Kerajaan dan sektor swasta mengamalkan integriti di dalam semua sistem
pengurusan dan pentadbiran yang mengutamakan ketelusan, akauntabiliti, keadilan, predictability, kecekapan
dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan agar mempunyai daya saing global yang tinggi. Ini adalah
elemen-elemen penting yang dapat mencegah peluang dan ruang kepada perlakuan rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan.

TEKANAN DAN DESAKAN ANTARABANGSA

15. Rasuah merupakan satu-satunya isu integriti yang banyak dibincangkan. Kita sedia maklum bahawa rasuah,
salah guna kuasa dan penyelewengan akan menghalang pembangunan negara, meluaskan jurang kemiskinan,
mengurangkan daya saing negara, melemahkan sistem pentadbiran dan akhirnya menjejaskan pencapaian
matlamat meningkatkan kualiti hidup sejagat. Adalah penting usaha-usaha memerangi rasuah dan mengukuhkan
integriti dijadikan sebagai budaya, oleh kerana ia adalah penyumbang besar terhadap pencapaian wawasan
negara kita.

16. Dalam pada itu, kita juga harus peka terhadap beberapa driving force yang lain. Pertama, daripada tekanan
antarabangsa. Tekanan antarabangsa dimanifestasikan dalam berbagai bentuk. Antaranya ialah, menarafkan
negara sama ada bersih daripada rasuah atau sebaliknya melalui Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipelopori
oleh Transparency International (TI). Indeks ini digunakan oleh golongan perniagaan antarabangsa, khususnya
para pelabur, untuk memutuskan sama ada pelaburan mereka selamat serta boleh memperoleh keuntungan jika
membuat pelaburan di negara berkenaan. Ini kerana, rasuah kepada mereka merupakan kos tambahan dan
business environment yang tidak menentu atau unpredictable.

17. Walaupun kedudukan atau ranking sesebuah negara tidak mencerminkan keadaan sebenar tahap rasuah
yang berlaku di negara tersebut, namun berdasarkan kepada skor oleh Transparency International, Malaysia yang
memperoleh purata skor 5 sejak tahun 1995, belum boleh dikatakan berada di kedudukan yang selesa.

18. Kedua, tekanan daripada mayarakat antarabangsa untuk memerangi rasuah, meningkatkan ketelusan dan
integriti. Contohnya pertubuhan Asia Pacific for Economic Cooperation (APEC) yang mana Malaysia merupakan
sebuah negara anggota. Pertubuhan ini menekankan kepada keperluan meningkatkan ketelusan dalam peraturan
dan sistem, bagi merangsang dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara anggota serta mewujudkan
budaya integriti dalam urusan perniagaan. Malaysia telah menandatangani United Nations Convention Against
Corruption (UNCAC) yang kini merupakan instrumen antarabangsa yang diterima pakai oleh semua negara
anggota. Apabila proses meratifikasi dibuat, negara kita perlu melaksanakan peruntukan-peruntukan yang
terkandung di dalam UNCAC secara domestik dan kerjasama antarabangsa. Malaysia juga telah setuju terima
dan melaksanakan Pelan Tindakan ADB-OECD (Asia Development Bank – Organization for Economic Co-operation
and Development) Anti-Corruption Initiative for Asia and the Pacific.

19. Lain-lain tekanan atau desakan datang daripada World Trade Organization, World Bank, international donors
dan pelabur-pelabur asing yang juga menuntut ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam sistem pentadbiran
negara, khususnya aspek perolehan Kerajaan, perundangan, dasar, peraturan dan prosedur. Semua ini menjurus
kepada matlamat supaya Malaysia yang menganggotai pertubuhan atau kesepakatan tersebut memperhebatkan
lagi usaha membasmi gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam negara melalui langkah-
langkah meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan memperkukuhkan integriti dalam sistem pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

ISU-ISU INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

20. Terdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap
dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan berpendirian zero
tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi menanganinya. Namun begitu, berdasar

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 3/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan menunjukkan peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat
paling banyak diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang awam,
ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai tangkapan berkaitan
rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan awam ditangkap berbanding sektor
swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan
Kerajaan amnya.

21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan awam yang diterima
oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai kelewatan perkhidmatan awam semakin
menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan
memberi perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka
peluang kepada perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa
jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti, maka perlu sogok
pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang kecekapan, salah guna kuasa dan
penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan
mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada
kelemahan sistem, yang mana jika tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan
rasuah dan salah guna kuasa.

22. Isu integriti juga telah dibangkitkan di dalam laporan Ketua Audit Negara. Teguran yang lazim disebut ialah
mengenai kelemahan dalam pengurusan kewangan, pengurusan hasil, perancangan dan pemantauan, serta
mengawal perbelanjaan. Ini mengakibatkan kerugian dan krisis keyakinan terhadap Kerajaan, dan sekali gus
mencemarkan imej perkhidmatan awam. Ketua Audit Negara juga menegur mengenai “..... recurring weaknesses
in financial management reflect that the actions taken to overcome the various issues raised by the Auditor
General were neither comprehensive nor implemented on a continuous basis.”

Para hadirin yang dihormati sekalian,

PUNCA RASUAH YANG MENJEJASKAN SISTEM INTEGRITI

23. Sebelum saya menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperkukuhkan sistem integriti di
dalam perkhidmatan awam, saya ingin mengambil sedikit masa untuk menghuraikan tentang faktor-faktor yang
menjadi punca kepada berlakunya rasuah ataupun yang membuka peluang kepada pegawai untuk melakukan
rasuah. Seperti yang telah saya sebut tadi, gejala rasuah merupakan isu pokok yang sentiasa menggugat
integriti. Oleh itu, sebaiknya kita memahami punca gejala ini.

24. Menurut Professor John Hogarth (Law Faculty, Universtiy of Canada), rasuah berpunca dari sifat tamak
(greed) dan kerana wujud peluang (opportunity). Setiap orang memerlukan basic needs seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal; tetapi ada yang mahukan lebih daripada itu, sedangkan dia tidak mampu. Ini
merupakan sifat tamak. Orang seperti ini boleh terjerumus kepada perlakuan rasuah bagi memenuhi kehendak
nafsunya.

25. Manakala itu, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam sistem kawalan
dalaman. Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi sedangkan pelanggan
berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera. Keadaan ini boleh mewujudkan peluang rasuah di mana
pelanggan tadi terpaksa menyogok untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat.

26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan sistem”. Dalam keadaan di mana seseorang itu
mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa budi bicara yang amat luas
kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia
tidak perlu accountable atau bertanggungjawab ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang
kepadanya untuk menyalah guna kuasa atau terlibat dengan rasuah.

27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi kesalahan menjalankan
perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang
Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar saman – sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima
RM25,000. Kuasa monopoli dan kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam
membuat keputusan. Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan
melakukan rasuah.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

PENDEKATAN DAN LANGKAH UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM INTEGRITI DALAM JABATAN

28. Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan mudah berlaku kerana si pelaku menganggap perlakuan
rasuah mendatangkan high rewards dan low detection risk. Oleh itu untuk mencegahnya, langkah-langkah
pemulihan ke atas sistem kawalan dalaman hendaklah mewujudkan satu situasi di mana perbuatan rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan memberi low rewards dan high detection risk, dan seterusnya “heavy penalty”.

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 4/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
Dengan demikian, si pelaku tidak akan berani untuk melakukan rasuah.

29. Dalam hubungan ini, saya ingin meminta Ketua-Ketua Jabatan mengambil tindakan disiplin yang tegas
terhadap pegawai-pegawai yang didapati tidak berintegriti serta terlibat dengan perlakuan rasuah mahupun salah
guna kuasa. Adalah tidak memadai untuk mengenakan “Amaran Pentadbiran” sahaja. Bagi kes-kes yang serius,
tindakan menahan gaji, turun pangkat atau lain-lain tindakan yang wajar hendaklah dikenakan. Ini menunjukkan
keseriusan Kerajaan dalam menangani perlakuan tidak berintegriti di kalangan anggota Perkhidmatan Awam.

30. Dalam pada itu, sistem “reward” perlu juga dilaksanakan. Bagi pegawai-pegawai yang berintegriti tinggi,
tekun dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas, mereka hendaklah diberikan ganjaran
sewajarnya seperti kenaikan pangkat, berkursus di luar negara dan sebagainya.

31. Pada prinsipnya untuk memastikan sistem integriti dalam perkhidmatan awam berkesan, pelaksanaan sistem
itu sendiri harus ke arah mewujudkan suasana dan budaya integriti. Dengan lain perkataan, in order to create an
integrity system in the public service, the system itself must work towards promoting integrity. Untuk itu, prinsip-
prinsip nilai atau elemen integriti perlu ada dalam sistem seperti ketelusan, akauntabiliti dan lain-lain nilai murni
sejagat. Ianya perlu dipatuhi dan diamalkan sepanjang masa oleh semua pihak di dalam sistem itu.

32. Usaha pemantapan sistem integriti dalam jabatan boleh dilaksanakan melalui serampang dua mata iaitu:
pertama, kawalan ke atas sistem atau system control dan kedua, mengurus integriti pegawai sebagai pelaksana
sistem.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

KAWALAN KE ATAS SISTEM

33. Kawalan sistem merupakan suatu mekanisme yang dirangka bagi mencegah atau menutup ruang serta
peluang yang menjadi punca kepada berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain
kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan atau organisasi. Ia juga bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan mengukuhkan integriti
pegawai. Contohnya, mengadakan tatacara kerja yang jelas, telus dan accountable serta mempunyai mekanisme
“check and balance”.

34. Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal sistem operasi jabatan adalah dengan
menyediakan dasar, undang-undang, prosedur serta tugasan yang jelas dan mudah difahami oleh pegawai dan
kakitangan. Sekiranya terdapat peruntukan undang-undang, peraturan atau prosedur yang kabur, tidak praktikal,
tidak relevan atau lapuk, maka ianya hendaklah dipinda dan dikemas kini sewajarnya supaya boleh
dikuatkuasakan dengan jelas dan tegas. Selain itu, hendaklah dipastikan undang-undang dan peraturan tidak
memberi tompokan kuasa, yang akhirnya wujud kuasa monopoli sehingga boleh membuka peluang kepada
rasuah dan salah guna kuasa.

35. Segala dasar jabatan, arahan dan penurunan kuasa hendaklah dibuat secara bertulis agar lebih telus dan
berakauntabiliti. Piagam pelanggan jabatan hendaklah sentiasa disemak dan dikemas kini supaya perkhidmatan
yang diberi adalah sama seperti yang dijanjikan. Di mana mungkin, semua maklumat berhubung jabatan perlu
dipamerkan di dalam laman web jabatan masing-masing untuk tatapan dan pengetahuan umum bagi
memastikan “keterbukaan” dan ketelusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan jabatan kepada pelanggan
dan orang ramai.

36. Selain itu, Ketua Jabatan perlu peka kepada “warning signs”, serta mempunyai sikap sensitif kepada
corruption inidicators atau simptom rasuah. Contoh-contoh “warning signs” ini adalah seperti, pegawai
mempunyai gaya hidup yang lebih daripada pendapatan; pegawai gagal menjelaskan punca perolehan harta atau
kemewahan; kerap berurusan di luar tanpa sebab yang munasabah; suka berahsia mengenai tindakan dan suka
bekerja berseorangan; dan pembekal atau kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain, melainkan
pegawai yang tertentu sahaja. Dari masa ke semasa, integrity testing terhadap kakitangan perlu dijalankan.
Contohnya, dengan menyamar dan menelefon pegawai untuk menawarkan rasuah atau meminta bantuan secara
melanggar peraturan jabatan.

37. Ketua Jabatan juga perlu menggalakkan whistle blowing secara beretika, iaitu dengan menggalakkan orang
awam atau pegawai dalaman memberi maklumat tentang penyelewengan, tetapi perlu juga dipastikan ianya
berlaku tanpa melibatkan sebarang unsur hasad dengki atau fitnah. Jabatan juga perlu ada garis panduan
mengenai whistle blowing dan ada perlindungan sewajarnya kepada whistle blowers. “Speaking up policy” perlu
juga digalakkan dengan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas supaya usaha penambahbaikan atau
pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera.

38. Ketua Jabatan juga perlu mewujudkan sistem check and balance; frequent monitoring, and audit spot
checks. Adakan penilaian secara berkala ke atas kemahiran dan keupayaan pegawai, serta memberi latihan bagi
meningkatkan kecekapan. Ini adalah bagi mengelakkan pegawai kurang mahir atau kurang pengetahuan
menggunakan budi bicara apabila membuat keputusan. Selain itu, adalah penting untuk mengenal pasti
corruption risk areas dalam jabatan, dan juga pegawai yang terdedah kepada risiko rasuah. Antara bidang tugas

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 5/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
yang berisiko melibatkan pembelian/pembekalan, kawalan barangan pejabat, kontrak dan tender,
penguatkuasaan dan penyeliaan,dan prosedur perakaunan. Langkah-langkah pencegahan perlu dirangka bagi
mengurangkan risiko tersebut.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

MENGURUS INTEGRITI PEGAWAI

39. Walaupun telah ada sistem kerja yang teratur dan kemas, namun kelemahan dan penyelewengan boleh
wujud disebabkan oleh kemerosotan nilai dan integriti pegawai yang bertindak sebagai pelaksana sistem
tersebut. Oleh itu pendekatan dan program-program tertentu bagi mengurus integriti pegawai perlu dilaksanakan
sewajarnya. Antara aspek penting yang perlu diutamakan dalam konteks ini ialah mengukuhkan integriti melalui
pembudayaan nilai-nilai murni.

40. Dalam perkhidmatan awam, terdapat dua set nilai murni untuk dibudayakan. Pertama ialah nilai teras. Nilai
teras merupakan nilai sepunya (shared values) perkhidmatan awam yang perlu diamalkan oleh semua
kakitangan perkhidmatan awam. Nilai teras mengandungi enam nilai murni sejagat iaitu amanah, bijaksana,
benar, telus, adil dan bersyukur.

41. Kedua ialah nilai kembangan atau nilai sokongan. Ia merupakan nilai tambahan bersesuaian dengan tugas
teras atau aktiviti induk agensi. Nilai kembangan perlu ditentukan oleh setiap agensi. Contohnya, di Kementerian
Pendidikan, kakitangan yang paling ramai terdiri dari guru; oleh itu salah satu nilai kembangan yang sesuai
diamalkan oleh guru di Kementerian berkenaan ialah “penyayang” kerana pengamalan nilai ini dapat membantu
mencapai objektif Kementerian untuk mendidik dan membentuk pelajar agar menjadi insan berguna.

42. Kod Etika juga merupakan satu instrumen pengurusan yang bertindak untuk mengawal tingkah laku pegawai
agar mengikut nilai dan etika yang telah ditentukan oleh jabatan semasa melaksanakan tugas. Setiap agensi
hendaklah memastikan Kod Etika Jabatan antara lain mengandungi aspek-aspek penting seperti enam nilai teras
perkhidmatan awam; nilai kembangan jabatan; aspek mencegah conflict of interest; aspek whistle blowing dan
kerahsiaan identiti whistle blower; aspek mempromosi kemahiran dan ilmu; serta prinsip akauntabiliti. Kod Etika
Jabatan hendaklah dijelaskan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan, agar ada keseragaman dari segi
tafsiran, pemahaman dan pengamalannya.

43. Bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan membudayakan nilai dan etika perkhidmatan awam secara
berterusan, maka perlu diwujudkan sistem pengiktirafan kepada mereka yang berkenaan. Bagi memastikan
pengiktirafan pegawai dibuat dengan adil, maka langkah-langkah sewajarnya perlu diambil, seperti mewujudkan
jawatankuasa penilaian dan pemilihan; mengadakan kriteria yang telus dan saksama; dan dihebahkan kepada
semua pegawai agar peluang untuk dipertimbangkan atau pencalonan diberi sama rata.

44. Dalam pada itu juga, program pemulihan perlu diwujudkan. Langkah pertama ialah mengenal pasti
kelemahan pegawai, dan langkah kedua ialah mengambil tindakan pemulihan sewajarnya sama ada melalui
program latihan, putaran kerja, kaunseling dan sebagainya.

Hadirin yang dihormati,

CABARAN MASA DEPAN

45. Cabaran utama masa depan ialah mengekalkan tadbir urus yang baik dalam suasana yang berubah-ubah di
samping menghadapi persaingan terutamanya di peringkat antarabangsa kerana kehendak pelanggan juga turut
berubah-ubah. Selain itu cabaran dan ancaman globalisasi kian menjadi nyata. Daya saing negara perlu
dipertingkatkan melalui usaha-usaha meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang merupakan ciri-ciri
utama bagi tadbir urus yang baik. Oleh itu usaha berterusan juga diperlukan untuk memastikan tahap integriti
yang tinggi bagi perkhidmatan dan pegawai sentiasa dipelihara.

46. Masa depan juga memperlihatkan gandingan kerjasama ketiga-tiga sektor iaitu sektor awam, swasta dan
NGO terus dipertingkatkan. Suasana kerja lebih berbentuk participatory. Dalam hubungan ini cabaran yang akan
wujud ialah bagaimana dapat ketiga-tiga sektor ini membina kesepakatan bagi memacu pembangunan negara.

47. Pembangunan pesat dunia ICT mengakibatkan transaksi dan pergerakan informasi berlaku dengan begitu
pantas. Bentuk dan perlakuan jenayah turut menjadi borderless, seperti penghantaran wang rasuah keluar
negara melalui electronic funds transfer. Pengesanan jenayah dan wang hasil rasuah menjadi bertambah rumit.
Keadaan ini memerlukan negara membasmi jenayah termasuk rasuah secara kerjasama antarabangsa melalui
bilateral dan multilateral arrangements.

48. Oleh itu juga, kapasiti dan keupayaan pegawai awam hendaklah selari dengan perkembangan semasa dan
perubahan yang datang secara tidak menentu. Pegawai perlu berpandangan lebih global dan holistik terhadap
sesuatu isu agar dapat menanganinya dengan berkesan dan menyeluruh. Walau apa pun cabaran, desakan,

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 6/7
3/2/2018 Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif
serangan dan tekanan ekonomi, sosial atau politik yang perlu kita tentang dan tepis; selagi kita melakukannya
secara berintegriti, Insya Allah kita tetap akan berdiri dengan teguh.

Sekian,

Wabillahittaufiq walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami menerima 3,988,084 kunjungan sejak 17 Disember 2008


Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
�2018 Hakcipta Terpelihara SMPKE, Pejabat Perdana Menteri

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=sidek&id=3745 7/7

You might also like