Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

KAEDAH PEMBIAKAN SECARA SEKS


Pembiakan secara seksual merujuk kepada pengeluaran anak benih menggunakan
biji benih yang bernas yang dihasilkan oleh sesuatu tumbuhan melalui sistem
reproduktifnya. Ini adalah kaedah utama tumbuhan membiak secara semula jadi.
Kebanyakan tanaman hiasan semusim dan dua musim dibiakkan dengan mudah
menggunakan biji benih. Rumput halaman juga biasanya dibiakkan melalui biji benih.
Pembiakan menggunakan biji benih biasanya murah dan mudah bagi menghasilkan
anak pokok dalam jumlah yang banyak. Penjagaan tumbuhan yang berasal daripada
biji benih juga tidak begitu rumit. Pembiakan secara seksual melibatkan pertukaran
bahan genetik di antara dua induk untuk menghasilkan satu generasi baru. Maka
umumnya, anak pokok yang dihasilkan jarang mempunyai sifat yang sama dengan
pokok induk. Variasi genetik perlu jika tujuan pembiakan adalah untuk mendapatkan
baka baru yang mempunyai ciri yang berbeza atau lebih elok daripada induknya.
Walau bagaimanapun kaedah ini kurang sesuai jika tujuan utama pembiakan ialah
untuk mendapatkan tanaman yang sekata berdasarkan kepada ciri yang terpilih. Biji
benih adalah permulaan fizikal bagi pembiakan secara seksual. Ovul yang terdapat
di dalam ovari tidak akan menjadi biji benih, kecuali setelah sel gamet betina yang
terdapat di dalamnya bersatu dengan sel gamet jantan daripada debunga. Dua
proses penting iaitu pendebungaan dan persenyawaan perlu berlaku sebelum biji
benih terbentuk.

KEBAIKAN KELEMAHAN

Murah dan
Tidak menurunkan
menghasilkan
baka yang tulin
banyak pokok

Menyediakan Terdapat masa


pokok penanti rehat (dormancy)

Menghasilkan Masa yang panjang


baka-baka baru untuk matang

Kadangkala terhasil
hibrid yang lebih
cergas berbanding Bermusim
pokok induk
2. KAEDAH PEMBIAKAN SECARA ASEKS
Pembiakan secara aseksual bermaksud pengeluaran anak pokok baru dari bahagian
pokok selain daripada biji benih. Kaedah ini menggunakan bahagian vegetatif pokok
untuk menghasilkan anak pokok yang serupa dari segi genetiknya seperti pokok
induk atau dengan kata lain menghasilkan klon. Keupayaan menghasilkan anak
pokok yang lengkap berasaskan dua sifat yang ada pada sel tumbuhan. Pertama
sifat totipotensi iaitu setiap sel tumbuhan yang hidup mengandungi maklumat genetik
yang perlu untuk melengkap bahagian tumbuhan sehingga membentuk anak pokok
baru. Kedua, penyahbezaan iaitu keupayaan sel yang telah membeza atau matang
untuk kembali ke keadaan meristematik atau muda untuk memulakanpertumbuhan
baru. Kaedah pembiakan aseksual termasuk menggunakan keratin ranting, daun dan
batang, belahan rumpun, dan kaedah cantuman seperti cantuman mata tunas,
cantuman baji dan sandingan.

KEBAIKAN KELEMAHAN

TiPemindahan
Boleh mendapat
penyakit lebih
pokok yang
mudah terutama
seragam
oleh virus

Tidak semua jenis


Menyerupai induk tumbuhan boleh
yang dipanggil klon dibiak dengan cara
ini

Cepat Masa yang panjang


berbunga/berbuah untuk matang

Sesetengah
Boleh dibiak kaedah
sepanjang tahun memerlukan
kemahiran teknikal
yang agak rumit

Dapat dibiak
dengan banyak
dalam satu masa
MEMBANDING BEZA PEMBIAKAN ASEKS DAN PEMBIAKAN SEKS

Dalam sistem pembiakan seks dan aseks tanaman (sayur-sayuran) terdapat


beberapa perbezaan yang dapat dikenalpasti. Sebagai contoh, cili padi (pembiakan seks)
dan ubi keledek (pembiakan aseks). Kriteria perbezaan dapat dilihat daripada aspek
tempoh kematangan. Cili akan mula berbunga seawal 60-75 hari selepas tempoh
penanaman dan akan dikutip hasilnya pada awal pagi atau lewat petang (suhu rendah)
manakala ubi keledek mengambil masa selama 4 bulan untuk matang dan dituai. Kedua-dua
sayuran ini melakukan pembiakan bagi kelangsungan spesisnya.

Seterusnya, perbezaan yang dapat dikenalpasti adalah dari aspek kaedah


penanaman. Sebagai contoh sayur bayam hijau yang membiak secara seks melalui biji
benih memerlukan proses penjarangan iaitu selepas 14 hari bijih benih ditabur manakala
bawang merah yang membiak secara asek (bebawang) tidak memerlukan proses
penjarangan sebaliknya bebawang yang telah dipotong perlu direndam dahulu dengan
menggunakan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang. Dalam
masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mula mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong
dengan betul.

Tambahan lagi, perbezaan seterusnya ialah dari aspek memungut hasil. Bagi
sayuran kangkung (pembiakan seks) ianya dapat dituai dalam masa yang singkat.
Kangkung boleh dituai dalam masa 30 hari selepas tempoh penanaman. Untuk mencapai
kualiti yang optimum, penuaian perlu dilakukan dengan cermat kerana batang dan daun
kangkung agak rapuh dan mudah patah. Bagi halia (pembiakan aseks), masa yang
diperlukan untuk menuai adalah selama 4 hingga 5 bulan. Sekiranya halia lambat dituai,
ianya akan terdedah lama kepada cahaya matahari dan akan kehilangan banyak air. Kualiti
halia akan merosot.

Aspek yang terakhir ialah cara pembajaan. Sayur sawi (pembiakan seks) perlu dibaja
selang dua minggu secara semburan atau siraman. Tanah juga perlu digembur akan
kandungannya sebati. Manakal bagi ubi kayu (pembiakan aseks) tidak memerlukan baja
yang terlampau banyak . Pada amnya, ubi kayu perlu dibaja dengan sebatian (12:12:17:2).
Pembiakan bermaksud keupayaan tanaman menghasilkan zuriat atau benihnya bagi
membolehkannya menambah dan menyambung kelangsungan hidup spesisnya di muka
bumi agar tidak pupus selamanya. Terdapat dua jenis kaedah pembiakan tanaman hiasan
iaitu kaedah pembiakan secara seks dan keadah pembiakan secara aseks. Berikut adalah
rumusan bagi perbezaan pembiakan seks dan pembiakan aseks:

Pembiakan Seks Perkara Pembiakan Aseks


Bijih benih Cara pembiakan i. Semula jadi:
 rayapan
 belahan
 umbisi
 bebawang
 rizom
 tuber

ii. Buatan
 Cantuman
 markot(Tut)
 keratan
 pembiakan rumpun
Berbeza daripada pokok Kandungan genetik Sama dengan pokok induk
induk
Lama Tempoh bebunga atau Singkat
mengeluarkan hasil
Sukar ditentukan Kualiti hasil Terjamin dan boleh
ditentukan
Tidak sekata Pertumbuhan Sekata
Boleh dibiakkan dalam Kuantiti pembiakan Tidak boleh dibiakkan secara
kuantiti yang banyak banyak
Sawi, salad, kangkung, Contoh tanaman  Rayapan- Episcia
bayam, cili cuperata
 Tuber- keladi,
kentang
 Rizom- halia
 Bebawang- bawang

You might also like