(522473620) Undang-Undang Petanque 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PETANQUE

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS 1 MALAYSIA


PERINGKAT NEGERI SABAH 2015

1.0 PERATURAN RASMI


Peraturan-peraturan ini hanyalah diguna pakai berasaskan dengan “ The Federation Internationali
de Petanq et Jeu Provecal at Rotterdam, September 1984 “.

2.0 PERATURAN AM
Peraturan pertandingan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan Am Karnival Permainan
Pendidikan Khas 1 Malaysia peringkat Negeri 2015.

2.1 Permainan ini adalah untuk :-

2.1.1 2 pemain melawan 2 pemain ( Double )


Untuk Double, pemain akan menggunakan tiga bola setiap pemain dan enam bola
keseluruhannya.

2.2 Setiap pasukan mesti menghantar 2 orang pemain. 2 orang pemain serta seorang Pengurus dan
jurulatih. Seorang pemain boleh mewakili 1 pasukan sahaja.

2.2.1 Pertandingan ini tidak mengikut kategori umur terbuka yang mana umur pemain
mestilah tidak melibihi 18 tahun

2.2.2 Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu lelaki dan perempuan

2.3 Semua ahli pasukan mestilah berada ditempat pengundian sebelum perlawanan dimulakan.

2.4 Pasukan yang tidak hadir selepas 5 minit dipanggil oleh pengadil, maka pasukan tersebut akan
dikira kalah. Bagi pasukan yang tidak penuh ahli mereka boleh memulakan perlawanan tanpa
menunggu rakan mereka tetapi tidak boleh menggunakan bola mereka.

2.5 Perlawanan dikira bermula apabila jek telah dibaling secara sah dan masa 25 minit untuk
peringkat kumpulan diperuntukan. Pertukaran pemain tidak dibenarkan sepanjang perlawanan
berlangsung.

2.6 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan perlawanan/gelanggang semasa perlawanan sedang


berjalan tanpa kebenaran pengadil.

2.7 Setiap pemain dilarang daripada menukar bola atau jek semasa perlawanan. Pengecualian boleh
dibuat atas sebab-sebab berikut :-
2.7.1 Bola tidak ditemui
2.7.2 Jek tidak ditemui

2.8 Sekiranya bola pecah menjadi dua atau kepingan yang banyak, kepingan terbesar dikira sebagai
penanda kedudukan apabila tiada lagi bola untuk dimainkan. Sekiranya ada lagi bola untuk
dimainkan, kepingan terbesar diganti oleh bola yang sama jejari dan beratnya. Peraturan yang sama
juga berlaku pada jek.

2.9 Sekiranya jek telah dilontar dan bola pertama telah ditempatkan oleh pasukan mula, pihak
lawan mempunyai hak untuk mencabar kesahan jek tersebut, tetapi sekiranya pihak lawan telah
memainkan bola tersebut, jek itu telah pun sah dan sebarang bantahan tidak lagi diterima.

2.10 Jek tidak sah jika :-

Karnival Permainan Pendidikan Khas 1 Malaysia Negeri Sabah 1


2.10.1 Jarak lontaran kurang dari 6 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.2 Jarak lontaran lebih 10 meter dari bucu terdekat bulatan

2.10.3 Jek tersebut mestilah lebih 1 meter dari batasan gelanggang

2.10.4 Jek keluar dari batasan gelanggang semasa permainan

2.10.5 Tidak sah bagi Jek yang terapung dalam air

2.10.6 Apabila Jek yang dilontar tidak ditemui

2.11 Jek adalah sah atas garisan sempadan.

2.12 Pemain adalah dilarang dari meratakan, mengalih atau memenyekkan apa-apa benda atas
padang gelanggang. Pemain hanya boleh memenuhi lubang yang dibuat oleh bola akhir yang
dibaling.

2.13 Sekiranya Jek terkeluar dari gelanggang :-

2.13.1 Kedua-dua pasukan mempunyai bola untuk dimainkan dalam pusingan itu dikira batal.

2.13.2 Sekiranya satu pasukan sahaja mempunyai bola untuk dimainkan, jadi pasukan ini boleh
memperolehi sebanyak mana mata selagi ia mempunyai bola untuk dimainkan.

2.13.3 Tiada pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, kemudian pusingan ini terbatal.

2.13.4 Sekiranya Jek dipukul atau diberhentikan oleh penonton atau pengadil, ia kekal tempat ia
berhenti.

2.13.5 Sekiranya Jek yang sedang bergerak itu diberhentikan oleh pihak lawan, bolehlah dia
memilih untuk meninggalkan Jek itu dikedudukan baru atau meletakkan kembali ditempat asal
dengan syarat ia telah ditandai terlebih dahulu.

2.13.6 Apabila Jek dipukul lebih dari 3 meter atau kurang dari 3 metar, Jek tersebut dikira sebagai
tidak sah.

2.14 Pihak lawan tidak boleh berjalan, bercakap, memberi isyarat atau mengganggu pemain yang
hendak memulakan permainan. Hanya ahli pasukan yang boleh berada antara bulatan dan jek
tersebut.

2.15 Tidak seorang pun dibenarkan berlatih semasa perlawanan sedang berjalan.

2.16 Apabila Jek dibaling, pemain mempunyai satu minit untuk memainkan bola mereka.

2.17 Pemain yang memainkan bola selain dari bolanya akan diberi amaran. Bola yang dimainkan
dianggap sebagai tidak sah tetapi seboleh-bolehnya diganti segera
2.18 Pemain tidak dibenarkan membasahkan bola dan Jek mereka.

3.0 PENGIRAAN MATA

3.1 Untuk mengira mata, adalah dibenarkan untuk mengalih bola atau apa-apa benda yang berada
diantara Jek dan Bola. Walaubagaimanapun, kedudukan bola yang dialihkan itu hendaklah ditanda
dan seterusnya diletakkan kembali selepas mengukurnya. Sekiranya tali ukur tidak sesuai untuk
mengukur, sepasang angkup ( Caliper ) boleh digunakan.

3.2 Tugas mengira mata ialah tugas pemain yang melontarkan bola akhir atau salah seorang dari
ahli pasukannya. (Pengadil yang bertugas)

3.3 Sekiranya kedua-dua pasukan tidak bersetuju terhadap keputusan pengukuran itu, pengadil
Karnival Permainan Pendidikan Khas 1 Malaysia Negeri Sabah 2
akan dipanggil dan keputusannya adalah muktamad.

3.4 Apabila tiba diakhir perlawanan, bola yang diambil sebelum wujudnya persetujuan bersama
akan dikira batal sekiranya kedudukannya tidak ditandai.

3.5 Sekiranya ada pemain menggerakkan bola atau jek semasa mengukurnya, mata yang diperolehi
dikira batal. Sebarang dua bola dari pihak yang berlawanan sama jaraknya dari atau menyentuhi
jek, pemain itu dikira batal seandainya tiada lagi bola untuk dimainkan.

3.6 Seandainya kedua-dua pasukan masih ada bola untuk dimainkan, pasukan yang memainkan
bola terakhir akan bermain semula sehinggalah pertukaran berlaku.

3.7 Sekiranya satu pasukan mempunyai bola untuk dimainkan, mereka akan bermain dengan tujuan
mendapatkan mata.

3.8 Pengiraan mata pertandingan akan dikira sekiranya sistem liga digunakan
3.8.1 13 mata pusingan awal sehingga peringkat suku akhir
3.8.2 13 mata di peringkat separuh akhir dan akhir

3.9 Pengiraan mata pertandingan


3.9.1 Menang (3 mata)
3.9.2 Kalah (0 Mata)

4.0 Pemilihan Gelanggang Pertandingan


4.1 Untuk pusingan pertama, kedua dan suku akhir gelanggang akan ditentukan oleh pihak
penganjur

4.2 Bagi pusingan separuh akhir dan akhir cabutan undi (wakil pemain) bagi memilih gelanggang
pertandingan

5.0 PENGUKURAN

5.1 Apabila ukuran secara tampak tidak sesuai dalam kes tertentu, pita ukur diperlukan untuk
memastikan bola yang menang.

5.2 Apabila mengukur, letakkan hujung pita tersebut kepada bola dan ukuran yang diambil disisi jek
mengadap bola yang diukur itu.

5.3 Sebarang bola yang berada dilaluan yang diukur mestilah dialihkan dan ditandai. Kemudiannya
hendaklah diletakkan kembali ke tempat asalnya selepas mengukur.

Karnival Permainan Pendidikan Khas 1 Malaysia Negeri Sabah 3

You might also like