Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 66

C1381/ UNIT 1/ 1

OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami Sejarah dan Perkembangan


Profesyen Ukur Bahan

OBJEKTIF KHUSUS

Menerangkan sebab-sebab perkembangan dan


kepentingan profesyen Ukur Bahan.
Menyatakan secara ringkas perkembangan
pengukuran dan penilaian di United Kingdom semasa
abad ke 19.
Menyatakan secara ringkas penggunaan tawaran
persaingan dan peranan Senarai Kuantiti.
C1381/ UNIT 1/ 2

1.0 PENGENALAN

Dalam unit 1 anda akan mempelajari berkaitan dengan perkembangan


dan kepentingan profesyen Ukur Bahan, sejarah ringkas perkembangan
profesyen Ukur Bahan di United Kingdom, perkembangan bidang Ukur
Bahan di Malaysia dan Singapura, tawaran persaingan dan peranan
senarai kuantiti, perkembangan kaedah pengukuran piawai (SMM ),
aturan dan kegunaan senarai kuantiti, jenis elemen dan tukang, senarai
kuantiti (Bill Of Quantities), item terukur, perbezaan am antara matabenda
isipadu, keluasan, panjang dan nombor, perbezaan antara pengumpulan
dan ringkasan, kaedah pengukuran piawai Malaysia (SMM2) serta elemen
senarai kuantiti dan perbezaannya dengan trade senarai kuantiti.

Di samping itu, anda juga akan mengetahui secara lebih mendalam


berkaitan dengan Profesyen Juru Ukur Bahan serta tugas-tugas yang
berkaitan dengannya.
C1381/ UNIT 1/ 3

Apakah profesyen
Juru Ukur Bahan ?

1.1 PERKEMBANGAN DAN KEPENTINGAN PROFESYEN UKUR BAHAN.

Profesyen Ukur Bahan merupakan profesyen yang baru di dalam industri


binaan di Malaysia, berbanding dengan profesyen-profesyen yang lain.

Secara ringkasnya profesyen Ukur Bahan adalah satu profesyen yang


mana tugasnya menentukan punca-punca binaan di dalam industri binaan
digunakan seekonomi yang mungkin dengan menyediakan pengurusan
kewangan dan perkhidmatan perundingan kos kepada gunawan dan ahli-
ahli profesyen yang lain.
C1381/ UNIT 1/ 4

Juru Ukur Bahan ini berasal


daripada mana dan
bagaimana profesyen ini boleh
berkembang di Malaysia ?

1.2 SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PROFESYEN UKUR BAHAN


DI UNITED KINGDOM

Profesyen Ukur Bahan telah wujud di United Kingdom sejak abad ke 17


lagi. Pada masa tersebut ia tidak dijalankan oleh Jurukur Bahan yang
mahir yang berkerja sepenuh masa di dalam bidang tersebut tetapi
dijalankan oleh Arkitek atau tukang-tukang yang mahir dalam satu-satu
pertukangan (craftmens). Selepas peristiwa kebakaran besar di London
(great fire of London), banyak bangunan-bangunan yang musnah perlu
dibina semula.
C1381/ UNIT 1/ 5

Akitek banyak dihujani dengan kerja-kerja mereka bentuk dan


menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja-
kerja pengukuran.

Banyak kerja-kerja pengukuran bangunan telah diserahkan kepada


beberapa tukang yang mahir untuk membuat pengukuran sehingga
mereka bertindak lebih kepada tugas Juru Ukur Bahan daripada kerja
mereka yang asal iaitu tukang.

Keperluan kepada perkhidmatan Juru Ukur Bahan bertambah dengan


pertukaran cara-cara pembayaran dalam pembinaan satu-satu bangunan.

Di dalam sistem tradisional, gunawan akan membuat pembayaran ke atas


bahan-bahan binaan setelah bahan-bahan binaan tersebut tiba di tapak
bina dan bayaran untuk buruh-buruh dibuat berasaskan bayaran harian
selama kerja-kerja pembinaan tersebut berjalan.

Firma Juru Ukur bahan yang pertama sekali diketahui ditubuhkan ialah
Henry Cooper & Son of Reading di England pada tahun 1785. Manakala
pertubuhan juru ukur ditubuhkan pada tahun 1794 dengan 16 orang ahli
dan dikenali sebagai kelab jurukur-jurukur ( Surveyors Club ). Tahun 1868
Intitution Surveyor ditubuhkan, kini The Royal Institution of Chartered
Surveyor (RCIS) dan pada tahun 1922 lahirlah Kaedah Pengukuran
Piawai untuk kerja bangunan ( Standart Method Of Measurement of
Building Works- SMM ). Kaedah ini masih lagi digunakan sehingga
sekarang dan edisi yang terbaru ialah SMM 7 (1988).
C1381/ UNIT 1/ 6

Hari ini dalam


sejarah……..

1.3 PERKEMBANGAN BIDANG UKUR BAHAN DI MALAYSIA DAN


SINGAPURA

Profesyen Ukur Bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930 an.
Ini adalah hasil dari penghijrahan beberapa Jurukur Bahan dari United
Kingdom ke Singapura. Firma Ukur Bahan yang pertama ditubuhkan
adalah firma Ukur Bahan Waters and Watson pada tahun 1932 sehingga
Januari 1942 iaitu apabila perang meletus.

Selepas perang dunia kedua tamat, barulah profesyen Ukur Bahan timbul
dan berkembang hasil dari penjajahan Inggeris di Malaya. Kerajaan
Malaya pada ketika itu telah menubuhkan Bahagian Ukur Bahan di
Jabatan Kerja Raya tetapi kerja-kerjanya adalah terhad.

Pada tahun 1960, cawangan RICS telah menghasilkan SMM for Building
Works for use in the Federation of Malaya, Singapore and Borneo. Tahun
1961 tertubuhnya Institution of surveyors (Malaya) yang dibahagikan
C1381/ UNIT 1/ 7

kepada 3 bahagian iaitu Ukur Tanah, Ukur Bahan dan Amalan Pengukuran
Am.

Profesyen ukur bahan:


- menentukan punca-punca binaan di dalam industri
binaan digunakan seekonomi yang mungkin
- menyediakan pengurusan kewangan dan
perkhidmatan perundingan kos

Profesyen Ukur Bahan wujud di United Kingdom sejak


abad ke 17.
Firma Juru Ukur Bahan yang pertama ditubuhkan Ialah
Henry Cooper & Son of Reading di England dalam tahun
1785. Tahun 1868 Intitution Surveyor ditubuhkan, kini The
Royal Institution of Chartered Surveyor (RCIS).

Pada tahun 1922 lahirlah Kaedah Pengukuran Piawai untuk


kerja bangunan ( Standart Method Of Measurement of
Building Works- SMM ).

Profesyen Ukur Bahan telah wujud di Malaysia pada awal


tahun 1930 an
Pada tahun 1960, cawangan RICS telah menghasilkan
SMM for Building Works for use in the Federation of
Malaya, Singapore and Borneo.
Tahun 1961 tertubuhnya Institution of Surveyors (Malaya)
yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Ukur Tanah,
Ukur Bahan dan Amalan Pengukuran Am.
C1381/ UNIT 1/ 8

SEBELUM ANDA MEMPELAJARI INPUT


YANG SETERUSNYA, PASTIKAN ANDA
DAPAT MEMAHAMI INPUT INI TERLEBIH
DAHULU
C1381/ UNIT 1/ 9

ARAHAN
PASTIKAN ANDA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH DENGAN
TEPAT TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN
INPUT SEBELUM TERUS KE BAHAGIAN PENILAIAN KENDIRI………
SEKIRANYA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, ANDA DIKEHENDAKI
MENGULANGI BAHAGIAN INPUT.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

AKTIVITI 1A

1.0 Apakah Profesyen Juru Ukur Bahan ?

1.1 Profesyen Ukur Bahan merupakan profesyen yang baru di dalam industri
binaan di Malaysia, ia wujud di United Kingdom sejak abad……….

a) Ke 18
b) Ke 17
c) Ke 16
C1381/ UNIT 1/ 10

1.2 Firma Juru Ukur Bahan pertama ditubuhkan ialah……..


a) Waters and Watson
b) Henry Coopers
c) Henry Cooper & Son of Reading

1.3 Pada tahun berapakah Pertubuhan Juru Ukur ditubuhkan dan ia dikenali
sebagai……..
a) 1794 dikenali sebagai Surveyors Club
b) 1868 dikenali sebagai Institution Surveyors
c) 1784 dikenali sebagai Serveyors Club

1.4 Tahun 1868 Institution Surveyor ditubuhkan, kini dikenali sebagai ……


a) The Royal Institution of Chartered Surveyor-RICS
b) Standard Method Measurement
c) Surveyors Club

1.5 Pada tahun berapakah Profesyen Juru Ukur bahan telah wujud di
Malaysia?
a) Awal tahun 1930 an
b) Akhir tahun 1930 an
c) Awal tahun 1920 an

1.6 Bilakah firma Juru Ukur Bahan yang pertama ditubuhkan ?


a) Pada tahun 1932 sehingga Januari 1942
b) Pada tahun 1923 sehingga Februari 1942
c) Pada tahun 1932 sehingga Januari 1943
C1381/ UNIT 1/ 11

Jawapan kepada aktiviti 1A

1.0 Profesyen Ukur Bahan merupakan profesyen yang baru di dalam industri
binaan di Malaysia, berbanding dengan profesyen-profesyen yang lain.

Secara ringkasnya profesyen Ukur Bahan adalah satu profesyen yang


mana tugasnya menentukan punca-punca binaan di dalam industri binaan
digunakan seekonomi yang mungkin dengan menyediakan pengurusan
kewangan dan perkhidmatan perundingan kos kepada gunawan dan ahli-
ahli profesyen yang lain.

1.1 b) Ke 17

1.2 c) Henry Cooper & Son of Reading

1.3 a) 1974 dikenali sebagai Surveyors Club

1.4 a) The Royal Institutiton of Chartered Surveyor – RICS

1.5 a) Awal tahun 1930 an

1.6 a) Pada tahun 1932 sehingga Januari 1942


C1381/ UNIT 1/ 12

Bagaimana
Kontraktor dapat
projek ?

1.4 TAWARAN PERSAINGAN DAN PERANAN SENARAI KUANTITI

Tawaran persaingan membolehkan semua Kontraktor diberi


peluang untuk membuat tawaran dan mengerjakan satu-satu projek
itu mengikut satu asas yang adil iaitu berdasarkan kepada tawaran
tersebut. Sesuatu tawaran boleh dibuat berdasarkan kepada dua
cara iaitu Senarai Kuantiti dan Senarai Kadar Harga.

1.4.1 Senarai Kuantiti (Bills of Quantities)

Senarai kuantiti merupakan satu dokumen yang


mengandungi data-data tentang cara kerja, jenis, mutu serta
jumlah bahan-bahan yang diperlukan dan juga kerja-kerja
C1381/ UNIT 1/ 13

sampingan yang terlibat di dalam melaksanakan satu-satu


projek itu.

Rujuk Borang 1.4.1 : Contoh Helaian Senarai Kuantiti

Senarai kuantiti disediakan oleh Juru Ukur Bahan


berdasarkan kepada lukisan-lukisan Arkitek, Jurutera dan
sebagainya di mana Kontraktor akan meletakkan harga
mengikut elemen-elemen dan menjumlahkan semuanya
menjadi jumlah harga kontrak.

Cara ini menyediakan satu asas yang sama bagi semua


pemborong dan seterusnya menghasilkan satu persaingan
yang adil antara Kontraktor-Kontraktor dalam memasuki
sesuatu tawaran.

Di antara kegunaan Senarai Kuantiti kepada ahli-ahli binaan


adalah :-

 asas rujukan utama kepada semua ahli-ahli


yang terlibat dalam sesuatu projek dari
peringkat awal hingga projek itu siap.
 memudahkan Kontraktor meletakkan harga
bagi sesuatu projek.
 mempastikan Kontraktor yang memasuki
sesuatu tawaran menggunakan maklumat dari
asas yang sama.
C1381/ UNIT 1/ 14

 dapat membantu Kontraktor dalam merancang,


membuat pesanan dan mendapatkan buruh
untuk sesuatu projek.
 sebagai bahan penganalisaan atau
perbandingan kos untuk projek-projek yang
akan datang.
 sebagai bahan dalam penyediaan bayaran
kemajuan dan akaun akhir.

Rajah 1.4.1 : Contoh helaian Senarai Kuantiti


Sumber : SMM 2 Practice Manual, ISM, Malaysia.

1.4.2 Senarai Kadar Harga


Senarai Kadar Harga merupakan kenyataan-kenyataan yang
bersangkutan dengan kerja-kerja yang bakal dijalankan dalam
sesuatu projek binaan. Ia digunakan bagi projek fast track, yang
tidak mempunyai banyak masa di dalam penyediaan dokumen
tawaran. Pada dasarnya ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
Senarai Kuantiti.

Apabila ketetapan diambil untuk membuat tawaran berdasarkan


Senarai Kadar Harga, Arkitek akan menyediakan lukisan-lukisan
serta penentuan yang bersangkutan manakala Juru Ukur Bahan
C1381/ UNIT 1/ 15

akan menyediakan senarai untuk elemen-elemen yang terdapat di


dalam lukisan-lukisan tersebut.

Kuantiti sementara (Provisional Quantities) bagi elemen-elemen itu


dimasukkan dan Kontraktor dikehendaki mengisi kadar harga bagi
setiap elemen yang disenaraikan. Harga sementara yang diperolehi
akan digunakan untuk memilih Kontraktor yang layak bagi projek
tersebut.

Senarai kuantiti disediakan oleh Juru Ukur Bahan berdasarkan


kepada lukisan-lukisan Arkitek dan Jurutera.

Kontraktor akan meletakkan harga di dalam Senarai Kuantiti


mengikut elemen-elemen dan menjumlahkan semuanya menjadi
jumlah harga kontrak.

Senarai Kadar Harga merupakan kenyataan-kenyataan yang


bersangkutan dengan kerja-kerja yang akan dijalankan dalam
sesuatu projek binaan dan perlu dihargakan oleh pihak Kontraktor.

SEBELUM ANDA MEMPELAJARI INPUT


YANG SETERUSNYA, PASTIKAN ANDA
DAPAT MEMAHAMI INPUT INI TERLEBIH
DAHULU
C1381/ UNIT 1/ 16

ARAHAN
PASTIKAN ANDA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH DENGAN
TEPAT TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN
INPUT SEBELUM TERUS KE BAHAGIAN PENILAIAN KENDIRI………
SEKIRANYA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, ANDA DIKEHENDAKI
MENGULANGI BAHAGIAN INPUT.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

AKTIVITI 1B

1.1 Berikan definisi Senarai Kuantiti .

1.2 Berikan definisi Senarai Kadar Harga.

1.3 Nyatakan kegunaan Senarai Kuantiti kepada ahli-ahli binaan.


C1381/ UNIT 1/ 17

1.4 Berdasarkan kefahaman anda apakah yang dimaksudkan dengan tawaran


persaingan ?

1.5 Senaraikan maklumat-maklumat berikut dalam bentuk Senarai Kuantiti.

Description :
Precast concrete : concrete cube strength 60N/mm2 at age 28 days.
- 12m long, complete with head and shoe – no
- Total driven length – m
- Pile extension – No
- Pile extensions, not exceeding 3.00m length – m

Jawapan kepada aktiviti 1B

Jawapan anda mestilah mengandungi elemen-elemen berikut :

1.1 Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen yang mengandungi data-data


tentang cara kerja, jenis, mutu serta jumlah bahan-bahan yang
diperlukan dan juga kerja-kerja sampingan yang terlibat di dalam
melaksanakan satu-satu projek itu.

1.2 Senarai Kadar Harga merupakan kenyataan-kenyataan yang


bersangkutan dengan kerja-kerja yang bakal dijalankan dalam sesuatu
projek binaan. Pada dasarnya ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan
Senarai Kuantiti.

1.3 Di antara kegunaan Senarai Kuantiti kepada ahli-ahli binaan adalah :-


 Asas rujukan utama kepada semua ahli-ahli yang terlibat
dalam sesuatu projek dari peringkat awal hingga projek itu
siap.
C1381/ UNIT 1/ 18

 Memudahkan Kontraktor meletakkan harga bagi sesuatu


projek.
 Mempastikan Kontraktor yang memasuki sesuatu tawaran
menggunakan maklumat dari asas yang sama.
 Dapat membantu Kontraktor dalam merancang, membuat
pesanan dan mendapatkan buruh untuk sesuatu projek.
 Sebagai bahan penganalisaan atau perbandingan kos untuk
projek-projek yang akan datang.
 Sebagai bahan dalam penyediaan bayaran kemajuan dan
akaun akhir.

1.4 Tawaran persaingan membolehkan semua kontraktor diberi peluang untuk


membuat tawaran dan mengerjakan satu-satu projek itu mengikut satu
asas yang adil iaitu berdasarkan kepada tawaran tersebut. Sesuatu
tawaran boleh dibuat berdasarkan kepada dua cara iaitu Senarai Kuantiti
dan Senarai Kadar Harga.

1.5 Senarai Kuantiti yang telah diisi berpandukan maklumat yang diberi.
C1381/ UNIT 1/ 19

1.5 KAEDAH PENGUKURAN PIAWAI (Standart Method of Measurement)

Kaedah pengukuran piawai adalah untuk menyediakan satu kaedah dan


unit yang piawai kepada pengukuran satu-satu elemen bangunan. Unit
dan cara-cara kuantiti bahan yang diukur dari lukisan-lukisan Arkitek,
Jurutera dan sebagainya adalah berdasarkan kepada kaedah tersebut
(SMM) dan seterusnya kuantiti bahan yang diukur dimasukkan ke dalam
Senarai Kuantiti dengan unit-unit tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang tertentu Juru Ukur Bahan akan
menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk memilih cara-cara yang
sesuai dalam mengukur sesuatu elemen bangunan.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam SMM 2 seperti berikut :-


C1381/ UNIT 1/ 20

Section A, General Rules, Clause A.1 Introduction

This standard method of measurement provides a uniform basis for


measuring building works and embodies the essentials of good practice
but more detailed information than is required by this document shall be
given where necessary (e.g. in descriptions or preambles, certain
specification information including limits on tolerance imposed by the
designer) in order to define the precise nature and extent of the required
work. This standard method of measurement shall apply equally to both
proposed and executed works.

Kaedah pengukuran piawai ini menyediakan satu asas yang piawai untuk
mengukur kerja bangunan dan mewujudkan kelaziman kerja yang baik
tetapi maklumat lebih terperinci daripada SMM hendaklah diberi apabila
diperlukan (contohnya dalam keterangan, preambles, maklumat
penentuan tertentu termasuklah had/toleransi yang diberikan oleh
perekabentuk) untuk mentafsirkan dengan tepat keadaan dan had kerja
yang diperlukan. Kaedah pengukuran piawai ini mestilah digunakan untuk
kerja-kerja yang dicadangkan dan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

Section A, General Rules, Clause A.3 Measurement

1. Unless the term metre used in this document is preceded by the


words square or cubic it shall be deemed to be linear.

Melainkan istilah meter digunakan dalam dokumen ini yang di dahului


dengan perkataan persegi atau isipadu ialah linear.
C1381/ UNIT 1/ 21

2. Unless otherwise stated, works shall be measured net as fixed in


position and each measurement shall be taken to the nearest
10mm (i.e. 5mm and over shall be regarded as 10mm and less than
5mm shall be disregarded). this rule shall not apply to any
dimensions stated in descriptions.

Melainkan dinyatakan, kerja mestilah diukur dengan tepat bersesuaian


dengan kedudukannya dan setiap pengukuran mestilah diambil hampir
kepada 10mm (5mm dan lebih mestilah dianggap 10mm dan kurang
daripada 5mm mestilah diabaikan). Peraturan ini tidak digunakan kepada
mana-mana dimensi yang dinyatakan dalam keterangan.

3. Unless otherwise stated, where minimum deductions of voids are


dealt with in this document they shall refer only to openings or wants which
are within the boundaries of measured areas. openings or wants which are
at the boundaries of measured areas shall always be the subject of
deduction irrespective of size.

Melainkan dinyatakan, penolakkan untuk bukaan (opening) hanya dalam


lingkungan kawasan yang diukur sahaja. Bukaan di atas lingkungan
kawasan yang diukur tidak dikira.

4. The use of hyphen between two dimensions in this document or in


a bill of quantities shall mean a range of dimensions exceeding the
first dimension stated but not exceeding the second.

Penggunaan tanda sempang ( - ) antara dua dimensi di dalam dokumen


ini atau Senarai Kuantiti bermaksud had ukuran melebihi ukuran pertama
C1381/ UNIT 1/ 22

dinyatakan tetapi tidak lebih daripada ukuran kedua (contohnya : 10 –


15mm bermaksud melebihi 10mm tetapi tidak melebihi 15mm)

SMM – STANDART
METHOD OF
MEASUREMENT

1.6 ATURAN DAN KEGUNAAN SENARAI KUANTITI, JENIS ELEMEN DAN


TUKANG (TRADE).
C1381/ UNIT 1/ 23

Di dalam menyediakan dokumen tender berdasarkan Senarai Kuantiti


terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengambil ukuran
kuantiti iaitu berdasarkan elemen bangunan dan juga tukang (trade).

Pemilihan kaedah tersebut berdasarkan kepada jenis dan kesesuaian


sesuatu projek pembinaan.

Kaedah elemen bangunan paling digemari digunakan pada masa


sekarang kerana ia mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis projek. Ini
disebabkan pengukuran kuantiti akan dibuat mengikut elemen-elemen
bangunan sebagaimana senarai di muka surat sebelah :-

A. Substructure
A/1 Pilling
A/2 Work Below Lowest Floor Finish (WBLFF)
- Pile Cap/Footing
- Column Stump
- Ground Beam
- Ground Floor

B. Superstructure
B/1 Frame
- Column/Stiffener
- Upper Beam/Roof Beam
B/2 Upper Floor
- 1st. floor
- 2nd floor
- etc
C1381/ UNIT 1/ 24

B/3 Roof
- Roof structure/ Roof construction
- Roof finishes
B/4 Stairs
B/5 External Wall
B/6 Doors
- Internal Doors
- External Doors
- Ironmongery
B/7 Windows
- Internal Windows
- External Windows
- Ironmongery
B/8 Internal wall & Partition

C. Finishes
C/1 Internal/External Wall Finishes
C/2 Internal/External Floor Finishes
C/3 Internal/External Ceiling Finishes

D. External Works
D/1 Site Works
- Demolition Works
- Site Clearance
- Earth Works
D/2 Surface Treatment
- Road & Carparks
- Paved Area
- Turfing
C1381/ UNIT 1/ 25

- Landscaping
D/3 Site Enclosure & Divisions
- Fencing & Gates
D/4 Drainage
- Foul Drainage
- Surface Drainage
- Inhoff Tank/Septic Tank
- Inspection Chamber
D/5 Plumbing
- Domestic
- Water Main Reticulation

Kaedah Trade pula hanya sesuai digunakan untuk bangunan yang


mempunyai rekabentuk yang sama pada setiap unit pembinaan dan bagi
pembinaan yang mempunyai senarai item yang sedikit. Sebagai
contohnya projek pembinaan rumah teres, rumah pangsa dan pembinaan
jalanraya. Senarai Trade adalah sebagaimana berikut :-

Section A - General Rules


Section B - Preliminaries
Section C - Demolition
Section D - Excavation and Earthwork
Section E - Pilling and Diaphragm Walling
Section F - Concrete Work
Section G - Brickwork and Blockwork
C1381/ UNIT 1/ 26

Section H - Underpinning
Section J - Masonry
Section K - Waterproofing and Asphalt Work
Section L - Roofing
Section M - Woodwork
Section N - Structural Steelwork
Section P - Metalwork
Section Q - Plumbing and Mechanical Engineering Installation
Section R - Electrical Installation
Section S - Floor, wall and Ceiling Finishing
Section T - Glazing
Section U - Painting and Decorating
Section V – Drainage
Section W – Fencing, Turfing and Plainting

SENARAI KUANTITI!
NAK SEDIA DALAM
BENTUK ELEMAN KE
TRADE ?

BQ = BILL OF
QUANTITIES = SENARAI
KUANTITI
C1381/ UNIT 1/ 27

1.7 Senarai Kuantiti (Bills Of Quantities)

1.7.1 Pengenalan

Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen yang disediakan oleh Juru


Ukur Bahan dan mengandungi data-data mengenai cara kerja, jenis, mutu
serta jumlah bahan-bahan yang diperlukan bagi sesuatu projek
pembinaan. Kuantiti bahan-bahan yang dimasukkan dalam Senarai
Kuantiti diukur berdasarkan cara-cara yang telah ditetapkan dalam
Kaedah Pengukuran Piawai (SMM2)

Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam SMM 2 seperti berikut :-

Section A, General Rules, A.2 Bills Of Quantities

1. Bills of quantities shall fully describe and accurately represent the


quantity of the works to be carried out. Work which cannot be
measured shall be given as a provisional sum. Work the extent of
which is not known shall be described as provisional or given in a
bill of approximate quantities.
C1381/ UNIT 1/ 28

Senarai Kuantiti mestilah diterangkan sepenuhnya mempersembahkan


dengan tepat kualiti dan kuantiti kerja yang akan dibuat. Bagi kerja yang
tidak boleh diukur hendaklah dikira sebagai ‘Jumlah Sementara’
(provisional sum). Bagi kerja yang tidak diketahui handnya hendaklah
diterangkan sebagai ‘Sementara’ (provisional) atau diletakkan dalam
Senarai Anggaran Kuantiti (Bill Of Approximate Quantities)

2. Rules of measurement adopted for work not covered by these rules


shall be stated and such rules shall as far as possible conform with
those given in this document for similar work.

Peraturan pengukuran bagi kerja yang tidak termasuk di dalam peraturan


ini mestilah dinyatakan dan peraturan itu mestilah sedapat mungkin
disesuaikan menurut mana-mana yang diberikan di dalam dokumen ini
bagi kerja yang sama.

Senarai Kuantiti mengandungi bahagian-bahagian berikut :

BORANG TENDER

SYARAT-SYARAT TENDER

SYARAT-SYARAT KONTRAK
C1381/ UNIT 1/ 29

KEHENDAK-KEHENDAK PERMULAAN

KERJA-KERJA PENDAHULUAN

PENENTUAN

SENARAI KUANTITI

WANG PERUNTUKAN SEMENTARA

LAMPIRAN

INGAT ! KANDUNGAN SENARAI


KUANTITI

KANDUNGAN SENARAI KUANTITI SECARA TERPERINCI

 Borang Tender (Form Of Tender)


Digunakan oleh Kontraktor untuk memasukkan harga tawaran yang mana
ia setuju dalam menyiapkan sesuatu projek.

 Syarat-syarat Tender (Condition Of Tendering)


Merupakan dokumen yang mengandungi beberapa syarat yang perlu
diberi perhatian sebelum pemborong memasuki sesuatu tawaran
C1381/ UNIT 1/ 30

 Syarat-syarat Kontrak (Form of Contract)


Merupakan satu dokumen piawai yang digunakan dalam industri binaan di
Malaysia. terdapat tiga jenis borang kontrak iaitu Borang Kontrak Setara
JKR 203 dan 203A yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya untuk
kegunaan projek kerajaan, Borang Kontrak CIDB yang dikeluarkan oleh
Construction Industrial Development Board of Malaysia dan Borang
Kontrak Setara PAM yang dikeluarkan oleh Persatuan Arkitek Malaysia
yang banyak digunakan bagi projek swasta.

 Kehendak-kehendak Permulaan (Preambles)


Mengandungi keterangan-keterangan mengenai bahan-bahan dan mutu
kerja yang terdapat di dalam Penentuan Kerja serta memendekkan
keterangan dalam lajur keterangan kerja (description column) di dalam
kertas dimensi. Jika terdapat istilah as described atau as specified di lajur
keterangan kerja, ini merujuk kepada kehendak-kehendak permulaan.

 Kerja-kerja Pendahuluan (Preliminaries)


Merupakan satu senarai yang mengandungi maklumat–maklumat yang
diperlukan oleh Kontraktor untuk meletakkan harga-harga dan seterusnya
melaksanakan kerja-kerja kontrak. Dalam kerja-kerja pendahuluan,
terdapat pecahan-pecahan perkara yang dapat membantu Kontraktor
dalam meletakkan harga. Pecahan-pecahan ini ada yang perlu dihargakan
dan ada yang tidak perlu dihargakan.

Contoh pecahan yang tidak perlu dihargakan adalah seperti :

 Scope of works
 Location and access to site
C1381/ UNIT 1/ 31

 Form of contract
 Schedule of condition of ontract
 Advertisement etc.

 Penentuan (Spesification)
Merupakan satu jadual arahan kepada Kontraktor beserta dengan rujukan
tertentu seperti cara-cara bagaimana kerja akan dilaksanakan atau
disiapkan. Mengandungi keterangan-keterangan mengenai bahan-bahan
dan mutu kerja yang lengkap. lazimnya ditulis oleh Juru Ukur Bahan hasil
pengumpulan maklumat dari lukisan Arkitek, Jurutera dan sebagainya.

 Senarai Kuantiti (Bills Of Quantities)


Merupakan senarai yang mengandungi keterangan-keterangan mengenai
butiran beserta kuantiti tiap-tiap elemen bangunan dalam sesuatu projek
pembinaan. Kuantiti tiap-tiap bahan diukur dari lukisan-lukisan Arkitek,
Jurutera dan sebagainya. Kontraktor akan meletakkan harga bagi tiap-tiap
butiran dan bahan bagi seluruh elemen bangunan. Jumlah harga dalam
senarai ini merupakan jumlah kos bagi projek tersebut dan jumlah ini
dibawa ke Borang Tender.

 Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum) Dan Wang Kos Prima


(Prime Cost Sum)

Section A, General Rules,A.8 Provisional Or Prime Cost Sums

Where this document requires provisional or prime cost sum to be given in


accordance with this claus, the choice of terms shall be made in conformity
with the following definitions unless otherwise provided in the conditions of
contract :
C1381/ UNIT 1/ 32

Jika dokumen memerlukan peruntukan sementara dan Wang Kos Prima


seperti dinyatakan mengikut keperluan fasal ini, pemilihan istilah hendaklah
dibuat bersesuaian dengan definisi berikut melainkan jika terdapat peruntukan
lain dalam syarat-syarat kontrak :

(a) The term ‘provisional sum’ is defined as a sum provided for work or for
cost which cannot be entirely be foreseen, defined or detailed at the time
the tender documents are issued.

Istilah ‘Peruntukan Sementara’ bermaksud jumlah wang yang


diperuntukan bagi kerja atau kos yang tidak dapat dilihat, dinyatakan atau
diterangakn semasa dokumen tender dikeluarkan.

(b) The term ‘Prime Cost Sum’ shall mean a sum provided for work or
services to be executed by a nominated subcontractor, a government or
statutory authority for materials or for materials or goods to be obtained
from a nominated supplier. Such sum shall be deemed to be exclusive of
any profit required and/or attendance to be provided by the main
contractor and provision shall be made for the addition thereof where
applicable.

Istilah ‘Wang Kos Prima’ bermaksud jumlah wang yang diperuntukkan


bagi kerja atau perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh Sub-kontraktor
Dinamakan, kerajaan atau pihak berkuasa untuk bahan atau barang yang
akan diperolehi daripada pembekal dinamakan. Jumlah tersebut mestilah
tidak termasuk apa-apa keuntungan dan/atau caj layanan untuk Kontraktor
Utama dan peruntukan ini perlu dibuat sebagai tambahan apabila
dirasakan perlu.
C1381/ UNIT 1/ 33

Jumlah tersebut hendaklah tidak termasuk apa-apa keuntungan yang


diperlukan oleh Kontraktor Utama dan peruntukan hendaklah diambil kira
untuk tambahan tersebut.

Wang Peruntukan Sementara merupakan jumlah yang diperuntukan bagi


kerja-kerja atau untuk kos yang mana tidak dapat dilihat atau ditentukan
pada masa sesuatu dokumen tender dikeluarkan.

Manakala Wang Kos Prima merupakan jumlah yang diperuntukkan untuk


kerja-kerja atau perkhidmatan yang akan dijalankan oleh Kontraktor kecil
yang dilantik atau badan-badan berkuasa atau untuk bahan-bahan yang
akan dihantar oleh pihak pembekal yang dilantik. Jumlah peruntukan
tersebut adalah tidak termasuk apa-apa keuntungan untuk pihak
Kontraktor utama dan ia adalah dikehendaki memberikan keuntungan
yang akan diambil dalam bentuk peratusan iaitu berapa peratus dari
jumlah peruntukan Wang Kos Prima.

 Lampiran (Appendices)
Merupakan bahagian yang memberikan rujukan kepada pemborong-
pemborong tentang perkara-perkara seperti fasal-fasal penting yang
terdapat di dalam syarat-syarat kontrak, pindaan syarat-syarat kontrak,
perubahan turun-naik harga, jadual kemasan, senarai lukisan, senarai
nama pengeluar bahan yang diluluskan dan sebagainya.

JANGAN LUPA
KANDUNGAN
SENARAI
KUANTITI !
C1381/ UNIT 1/ 34

 Kaedah pengukuran piawai adalah untuk menyediakan satu


kaedah dan unit yang piawai kepada pengukuran satu-satu
elemen bangunan.
C1381/ UNIT 1/ 35

 Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengambil


ukuran kuantiti di dalam penyediaan senarai kuantiti iaitu
berdasarkan elemen bangunan dan juga tukang (trade).

 Senarai kuantiti merupakan satu dokumen yang mengandungi


data-data mengenai cara kerja, jenis, mutu serta jumlah bahan-
bahan yang diperlukan bagi sesuatu projek pembinaan.

SEBELUM ANDA MEMPELAJARI INPUT


YANG SETERUSNYA, PASTIKAN ANDA
DAPAT MEMAHAMI INPUT INI TERLEBIH
DAHULU

ARAHAN
PASTIKAN ANDA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH DENGAN
TEPAT TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN
INPUT SEBELUM TERUS KE BAHAGIAN PENILAIAN KENDIRI………
C1381/ UNIT 1/ 36

SEKIRANYA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, ANDA DIKEHENDAKI


MENGULANGI BAHAGIAN INPUT.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

AKTIVITI 1C

1.1 Berikan definisi kaedah pengukuran piawai

1.2 Berikan definisi Senarai Kuantiti.

1.3 Senarai Kuantiti mengandungi beberapa bahagian, nyatakan bahagian-


bahagian berikut.

1.4 Jelaskan perkara-perkara berikut :-

a. Wang Peruntukan Sementara


b. Wang Kos Prima.

Jawapan kepada aktiviti 1C

Jawapan anda mestilah mengandungi elemen-elemen berikut :


C1381/ UNIT 1/ 37

1.1 Kaedah pengukuran piawai adalah untuk menyediakan satu kaedah dan
unit yang piawai kepada pengukuran satu-satu elemen bangunan. Unit
dan cara-cara kuantiti bahan yang diukur dari lukisan-lukisan Arkitek,
jurutera dan sebagainya adalah berdasarkan kepada kaedah tersebut
(SMM) dan seterusnya kuantiti bahan yang diukur dimasukkan ke dalam
senarai kuantiti dengan unit-unit tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang tertentu Juru Ukur Bahan akan
menggunakan kebijaksanaannya sendiri untuk memilih cara-cara yang
sesuai dalam mengukur sesuatu elemen bangunan.

1.2 Senarai kuantiti merupakan satu dokumen yang disediakan oleh Juru Ukur
Bahan dan mengandungi data-data mengenai cara kerja, jenis, mutu serta
jumlah bahan-bahan yang diperlukan bagi sesuatu projek pembinaan.
Kuantiti bahan-bahan yang dimasukkan dalam senarai kuantiti diukur
berdasarkan cara-cara yang telah ditetapkan dalam Kaedah Pengukuran
Piawai (SMM).

1.3 Kandungan Senarai Kuantiti :


a) Penentuan (Specification)
b) Senarai kuantiti (Bill of Quantities)
c) Wang Peruntukan Sementara dan Wang Kos Prima
(Provisional Sum and Prime Cost Sum)
d) Borang Tender (Form of Tender)
C1381/ UNIT 1/ 38

e) Syarat-syarat tender (Condition of Tendering)


f) Kehendak-kehendak permulaan (Preambles)
g) Kerja-kerja pendahuluan (Preliminaries)
h) Lampiran (Appendices)

1.4 Wang Peruntukan Sementara merupakan jumlah yang diperuntukan bagi


kerja-kerja atau untuk kos yang mana tidak dapat dilihat atau ditentukan
pada masa sesuatu dokumen tender dikeluarkan.

Manakala Wang Kos Prima merupakan jumlah yang diperuntukkan untuk


kerja-kerja atau perkhidmatan yang akan dijalankan oleh Kontraktor kecil
yang dilantik atau badan-badan berkuasa atau untuk bahan-bahan yang
akan dihantar oleh pihak pembekal yang dilantik. Jumlah peruntukan
tersebut adalah tidak termasuk apa-apa keuntungan untuk pihak
Kontraktor utama dan ia adalah dikehendaki memberikan keuntungan
yang akan diambil dalam bentuk peratusan iaitu berapa peratus dari
jumlah peruntukan Wang Kos Prima.

1.8 ITEM TERUKUR (MEASURED ITEM)


C1381/ UNIT 1/ 39

Perkara penting dalam kerja pengukuran ialah item. Ia boleh diukur


dengan keterangan kerja yang lengkap seperti yang ditetapkan
mengikut panduan SMM. Item boleh dipecahkan kepada tiga
bahagian :-

Keterangan (description)

Keterangan adalah apa yang ditulis berdasarkan apa yang


diukur.

Contoh : 150mm thick vibrated reinforced concrete grade 30


in floor slab.

Kuantiti (quantity)

Kuantiti adalah hasil pengiraan sesuatu ukuran yang diambil.

Contoh : Meter padu (M3), Meter Persegi (M2) dan Meter (M).

Unit (unit of measurement)


C1381/ UNIT 1/ 40

Unit adalah ukuran sesuatu item yang diukur dan ia


merupakan unit matrik yang menggunakan simbol SI
(International SI symbol).
Lazimnya simbol bagi unit adalah :-
- no, nos atau nr (indicating `enumeration', i.e simple
counting up).
- m (metre- linear measurement)
- m2 atau ms (square metre - superficial area measurement).
- m3 atau mc (cubic metre - volumetric measurement)
- item (itemised measurement)
- kg (kilogramme - measurement by weight)

Dalam kerja penulisan keterangan kerja, perlu di ambil perhatian


bahawa :

(i) Angka dan unit ukuran tidak boleh digabungkan.


Contoh: 33 m, 563 mm (bukannya 33m, 563mm)

(ii) dalam angka bersiri, hanya diperlihatkan satu


unit ukuran sahaja.
Contoh : 15 X 50 mm (bukan 15 mm X 50 mm)

(iii) unit ukuran yang digunakan hendaklah sama.


Contoh: 5320 X 93 mm (Bukan 5.320 m X 93 mm)

1.9 PERBEZAAN AM ANTARA MATABENDA ISIPADU, KELUASAN,


PANJANG DAN NOMBOR
C1381/ UNIT 1/ 41

Proses mengambil ukuran adalah proses yang amat penting di dalam


penyediaan Senarai Kuantiti bagi menentukan ketetapan kuantiti dan
huraiannya.

Pengambilan ukuran mestilah dibuat secara sistematik dan teliti serta


mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.

Susunan yang piawai untuk pengukuran kuantiti ialah :

i. Panjang
ii. Lebar
iii. Dalam/Tinggi

Perbezaan am antara matabenda isipadu, keluasan, panjang dan nombor


adalah seperti :

Isipadu

Tiga ukuran yang perlu di ambil dan dicatatkan iaitu panjang, lebar dan
dalam/tinggi. Di bawah set ukuran tersebut perlu dilukiskan garis pemisah.

Keluasan

Dua ukuran yang perlu di ambil dan dicatatkan iaitu panjang dan lebar. Di
bawah kedua-dua ukuran yang dicatitkan, dilukiskan satu garisan
pemisah.

Panjang
C1381/ UNIT 1/ 42

Satu ukuran sahaja di ambil dan dicatatkan iaitu panjang. Di bawah tiap-
tiap satu ukuran yang dicatitkan, dilukiskan satu garis pemisah.

Nombor

Cuma jumlah bilangan benda binaan yang perlu dicatitkan. Di bawah


setiap bilangan dilukiskan satu garisan pemisah.

1.10 PERBEZAAN ANTARA PENGUMPULAN DAN RINGKASAN.

Pengumpulan dan ringkasan merupakan bahagian di mana semua kadar


harga item terukur dijumlahkan dan akhirnya menjadi jumlah harga
kontrak.

Ia di ambil daripada beberapa item bagi sesuatu elemen yang dijumlahkan


dan di bawa ke bahagian pengumpulan. Dari pengumpulan ia di bawa
pula ke bahagian ringkasan di mana kesemua elemen bangunan
dijumlahkan dan kemudian akan dibawa ke borang tender.

SILA RUJUK SENARAI


KUANTITI UNTUK
SEMAKAN PERKARA DI
ATAS.

1.11 ATURAN DAN KEGUNAAN KAEDAH PENGUKURAN PIAWAI


MALAYSIA (SMM2) DALAM MEMBUAT SENARAI KUANTITI.
C1381/ UNIT 1/ 43

Kaedah Pengukuran Piawai Malaysia yang digunakan di dalam


penyediaan Senarai Kuantiti bermula pada 1hb. Oktober, 2001
menggunakan Standart Method Of Measurement 2 dan sebelum berkuat
kuasa tarikh tersebut Standart Method Of Measurement 1 telah digunakan
semenjak tahun 1960.

Aturan dan kegunaan Kaedah Pengukuran Piawai Malaysia (SMM2) di


dalam penyediaan Senarai Kuantiti telah dinyatakan di dalam SMM 2
sebagaimana Section A, General Rules, clause A.1, A.2, A.3 and A.4.

Rajah 1.11 menunjukkan Buku Panduan SMM 2

Rajah : 1.11 :
Buku Panduan SMM 2.

1.12 ELEMEN SENARAI KUANTITI DAN PERBEZAANNYA DENGAN


TRADE SENARAI KUANTITI.
C1381/ UNIT 1/ 44

Elemen bangunan boleh didefinisikan sebagai bahagian-bahagian


bangunan yang dikelaskan mengikut fungsi-fungsinya :
Elemen senarai kuantiti adalah seperti berikut :

A. Substructure
A/1 Pilling
A/2 Work Below Lowest Floor Finish (WBLFF)
- Pile Cap/Footing
- Column Stump
- Ground Beam
- Ground Floor
B. Superstructure
B/1 Frame
- Column/Stiffener
- Upper Beam/Roof Beam
B/2 Upper Floor
- 1st. floor
- 2nd floor
- etc
B/3 Roof
- Roof structure/ Roof construction
- Roof finishes
B/4 Stairs
B/5 External Wall
B/6 Doors
- Internal Doors
- External Doors
- Ironmongery

B/7 Windows
- Internal Windows
C1381/ UNIT 1/ 45

- External Windows
- Ironmongery
B/8 Internal wall & Partition
C. Finishes
C/1 Internal/External Wall Finishes
C/2 Internal/External Floor Finishes
C/3 Internal/External Ceiling Finishes
D. External Works
D/1 Site Works
- Demolition Works
- Site Clearance
- Earth Works
D/2 Surface Treatment
- Road & Carparks
- Paved Area
- Turfing
- Landscaping
D/3 Site Enclosure & Divisions
- Fencing & Gates
D/4 Drainage
- Foul Drainage
- Surface Drainage
- Inhoff Tank/Septic Tank
- Inspection Chamber

E. Plumbing
- Domestic
- Water Main Reticulation
C1381/ UNIT 1/ 46

Trade Senarai Kuantiti sebagaimana SMM 2 mengandungi beberapa


pecahan bahagian mengikut skop sesuatu kerja. Iaitu :

Section A - General Rules


Section B - Preliminaries
Section C - Demolition
Section D - Excavation and Earthwork
Section E - Pilling and Diaphragm Walling
Section F - Concrete Work
Section G - Brickwork and Blockwork
Section H - Underpinning
Section J - Masonry
Section K - Waterproofing and Asphalt Work
Section L - Roofing
Section M - Woodwork
Section N - Structural Steelwork
Section P - Metalwork
Section Q - Plumbing and Mechanical Engineering Installation
Section R - Electrical Installation
Section S - Floor, wall and Ceiling Finishing
Section T - Glazing
Section U - Painting and Decorating
Section V – Drainage
Section W – Fencing, Turfing and Plainting
C1381/ UNIT 1/ 47

Kaedah Elemen dan Trade ini digunakan di dalam menyusun item-item


yang diukur di dalam pengukuran kuantiti dan menjurus di dalam
penyediaan Senarai Kuantiti.

Perbezaan di antara kedua-dua kaedah tersebut ialah dari segi susunan


item, penggunaan mengikut kesesuaian jenis projek, rekabentuk
bangunan dan penetapan jenis senarai kuantiti yang akan dihasilkan.

Kaedah Elemen akan digunakan bagi bangunan yang rekabentuk dan


ruang yang tidak sama seperti pejabat, manakala bagi kaedah Trade pula
sesuai digunakan bagi bangunan yang mempunyai rekabentuk yang
seragam seperti rumah teres.

SEBELUM ANDA MEMPELAJARI INPUT


YANG SETERUSNYA, PASTIKAN ANDA
DAPAT MEMAHAMI INPUT INI TERLEBIH
DAHULU
C1381/ UNIT 1/ 48

Item boleh dipecahkan kepada tiga bahagian :-


(a) Keterangan (description)
(b) Kuantiti (quantity)
(c) Unit (unit of measurement)

Susunan yang standart untuk pengukuran kuantiti ialah :


1. Panjang
2. Lebar
3. Dalam/Tinggi

Perbezaan di antara kaedah trade dan elemen ialah dari segi


susunan item, penggunaan mengikut kesesuaian jenis projek,
rekabentuk bangunan dan penetapan jenis Senarai Kuantiti
yang akan dihasilkan.
C1381/ UNIT 1/ 49

ARAHAN
PASTIKAN ANDA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH DENGAN
TEPAT TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN
INPUT SEBELUM TERUS KE BAHAGIAN PENILAIAN KENDIRI………
SEKIRANYA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN, ANDA DIKEHENDAKI
MENGULANGI BAHAGIAN INPUT.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA.

AKTIVITI 1D

1.1 Perkara penting dalam kerja pengukuran ialah item. Ia boleh diukur
dengan keterangan kerja yang lengkap seperti yang ditetapkan mengikut
panduan SMM. Item boleh dipecahkan kepada tiga bahagian. Nyatakan
bahagian-bahagain tersebut.

1.2 Unit adalah ukuran sesuatu item yang diukur dan ia merupakan unit metrik
yang menggunakan symbol S.I. Nyatakan simbol bagi unit tersebut.

1.3 Nyatakan perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penulisan


keterangan kerja.
1.4 Berdasarkan kefahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan
pengumpulan dan ringkasan.
C1381/ UNIT 1/ 50

1.5 Nyatakan perbezaan am antara matabenda isipadu, keluasan, panjang


dan nombor.

1.6 Senarai kuantiti mengandungi beberapa bahagian, nyatakan bahagian-


bahagian berikut.
C1381/ UNIT 1/ 51

Jawapan kepada aktiviti 1D

Jawapan anda mestilah mengandungi elemen-elemen berikut :

1.1 Perkara penting dalam kerja pengukuran ialah item. Ia boleh diukur
dengan keterangan kerja yang lengkap seperti yang ditetapkan mengikut
panduan SMM. Item boleh dipecahkan kepada tiga bahagian :-

(a) Keterangan (description)

Keterangan adalah apa yang ditulis berdasarkan apa yang


diukur.

(b) Kuantiti (quantity)

Kuantiti adalah hasil pengiraan sesuatu ukuran yang diambil.

(c) Unit (unit of measurement)


C1381/ UNIT 1/ 52

1.2 Unit adalah ukuran sesuatu item yang diukur dan ia merupakan unit metrik
yang menggunakan simbol SI (International SI symbol).
Lazimnya simbol bagi unit adalah :-
- no, nos atau nr (indicating `enumeration', i.e simple counting
up).
- m (metre- linear measurement)
- m2 atau ms (square metre - superficial area measurement).
- m3 atau mc (cubic metre - volumetric measurement)
- item (itemised measurement)
- kg (kilogramme - measurement by weight)

1.3 Dalam kerja penulisan keterangan kerja, perlu diambil perhatian bahawa :

(i) Angka dan unit ukuran tidak boleh digabungkan.


Contoh: 33 m, 563 mm (bukannya 33m, 563mm)

(ii) dalam angka bersiri, hanya diperlihatkan satu


unit ukuran sahaja.
Contoh : 15 X 50 mm (bukan 15 mm X 50 mm)

(iii) unit ukuran yang digunakan hendaklah sama.


Contoh: 5320 X 93 mm (Bukan 5.320 m X 93 mm)
C1381/ UNIT 1/ 53

1.4 Pengumpulan dan ringkasan merupakan bahagian di mana semua kadar


harga item terukur dijumlahkan dan akhirnya menjadi jumlah harga
kontrak.

Ia di ambil daripada beberapa item bagi sesuatu elemen yang dijumlahkan


dan di bawa ke bahagian pengumpulan. Dari pengumpulan ia di bawa
pula ke bahagian ringkasan di mana kesemua elemen bangunan
dijumlahkan dan kemudian akan dibawa ke borang tender.

1.5 Perbezaan am antara matabenda isipadu, keluasan, panjang dan nombor


adalah seperti :

Isipadu

Tiga ukuran yang perlu di ambil dan dicatatkan. Di bawah set ukuran
tersebut perlu dilukiskan garis pemisah.

Keluasan

Dua ukuran yang perlu di ambil dan dicatatkan. Di bawah kedua-dua


ukuran yang dicatatkan, dilukiskan satu garisan pemisah.

Panjang

Satu ukuran sahaja di ambil dan dicatatkan. Di bawah tiap-tiap satu


ukuran yang dicatatkan, dilukiskan satu garis pemisah.
C1381/ UNIT 1/ 54

Nombor

Cuma jumlah bilangan benda binaan yang perlu dicatitkan. Di bawah


setiap bilangan dilukiskan satu garisan pemisah.

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya…

SOALAN 1-1

Jurukur Bahan mula wujud apabila berlakunya kebakaran di London yang


dikenali sebagai Great fire of London pada abad ke-17.

Huraikan perkembangan Profesyen Juru Ukur Bahan secara global.

SOALAN 1-2

Tawaran Persaingan biasanya dikemukakan untuk memilih Kontraktor yang layak


untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
C1381/ UNIT 1/ 55

Jelaskan dua cara Tawaran Persaingan yang boleh dikeluarkan dan


perbezaannya.

SOALAN 1-3

Di dalam Senarai Kuantiti terdapat bahagian yang dinamakan sebagai kehendak-


kehendak permulaan (Preambles) dan kerja-kerja Pendahuluan (Preliminaries),
Bezakan dengan jelas kedua-dua istilah tersebut.

SOALAN 1-4

Bezakan amalan pengukuran mengikut kaedah trade dan elemen . Berikan tiga
contoh untuk setiap satu daripadanya.

SOALAN 1-5

Huraikan perkara-perkara berikut :


i. Provisional Sums Cost
ii. Prime Cost Sums

SOALAN 1-6

Berdasarkan pengetahuan anda mengenai tugas-tugas seorang Juru Ukur


Bahan. Bincangkan kepentingan profesyen tersebut di dalam industri binaan.
C1381/ UNIT 1/ 56

SOALAN 1-7

Jelaskan perbezaan di antara Senarai Kuantiti dan Senarai Kadar Harga.

SOALAN 1-8

Jelaskan fungsi dan peranan Juru Ukur Bahan di firma perunding dan Kontraktor.

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika `YA’ , sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 1-1

Banyak kerja-kerja pengukuran bangunan telah di serahkan kepada beberapa


tukang yang mahir untuk membuat pengukuran sehingga mereka bertindak lebih
kepada tugas Juru Ukur Bahan daripada kerja mereka yang asal iaitu tukang.

Keperluan kepada perkhidmatan Juru Ukur Bahan bertambah dengan pertukaran


cara-cara pembayaran dalam pembinaan satu-satu bangunan. Di dalam sistem
tradisional, majikan akan membuat pembayaran ke atas bahan-bahan binaan
setelah bahan-bahan binaan tersebut tiba ditapak bina dan bayaran untuk buruh-
buruh dibuat berasaskan bayaran harian selama kerja-kerja pembinaan tersebut
berjalan.
C1381/ UNIT 1/ 57

Firma Juru Ukur Bahan yang pertama sekali diketahui ditubuhkan ialah Henry
Cooper & Son of Reading di England dalam tahun 1785.

Pertubuhan Juru Ukur ditubuhkan dalam tahun 1794 dengan 16 orang ahli dan
dikenali sebagai kelab jurukur-jurukur (Surveyors Club).

Tahun 1868 Intitution Surveyor ditubuhkan, kini The Royal Institution of


Chartered Surveyor - RCIS .

SAMB. JAWAPAN 1-1

Pada tahun 1922 lahirlah Kaedah Pengukuran Piawai untuk kerja bangunan
(Standart Method Of Measurement of Building Works- SMM) dan kaedah ini
digunakan sehingga sekarang dan versi yang terbaru ialah SMM 7 (1988).

Perkembangan Ukur Bahan Di Malaysia dan Singapura

Profesyen Ukur Bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930 an hasil
dari penghijrahan beberapa Juru Ukur Bahan dari United Kingdom ke Singapura.

Firma Ukur Bahan yang pertama ditubuhkan adalah firma Ukur Bahan Waters
and Watson pada tahun 1932 sehingga Januari 1942 iaitu apabila perang
meletus.

Manakala kewujudannya di Malaya berkembang hasil dari penjajahan Inggeris di


Malaya selepas perang dunia ke-dua.

Kerajaan Malaya diketika itu telah menubuhkan Bahagian Ukur Bahan di Jabatan
Kerja Raya tetapi kerja-kerjanya adalah terhad.
C1381/ UNIT 1/ 58

Pada tahun 1960, cawangan RICS telah menghasilkan SMM for Building Works
for use in the Federation of Malaya, Singapore and Borneo.

Tahun 1961 tertubuhnya Institution of Surveyors (Malaya) yang dibahagikan


kepada tiga bahagian iaitu Ukur Tanah, Ukur Bahan dan Amalan Pengukuran
Am.

JAWAPAN 1-2

SENARAI KUANTITI (BILLS OF QUANTITIES)

Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen yang mengandungi data-data tentang


cara kerja, jenis, mutu serta jumlah bahan-bahan yang diperlukan dan juga kerja-
kerja sampingan yang terlibat di dalam melaksanakan satu-satu projek itu.

Senarai Kuantiti disediakan oleh Juru Ukur Bahan berdasarkan kepada lukisan-
lukisan Arkitek, Jurutera dan sebagainya di mana Kontraktor akan meletakkan
harga mengikut elemen-elemen dan menjumlahkan semuanya menjadi jumlah
harga kontrak.

Cara ini menyediakan satu asas yang sama bagi semua Kontraktor dan
menghasilkan satu persaingan yang adil antara semua Kontraktor.

Di antara kegunaan Senarai Kuantiti kepada ahli-ahli binaan adalah :-

a. Asas rujukan utama kepada semua ahli-ahli yang terlibat dalam


sesuatu projek dari peringkat awal hingga projek itu siap.
b. Memudahkan Kontraktor meletakkan harga bagi sesuatu projek.
c. Mempastikan Kontraktor yang memasuki sesuatu tawaran
C1381/ UNIT 1/ 59

menggunakan maklumat dari asas yang sama.


d. Dapat membantu Kontraktor dalam merancang, membuat
pesanan dan mendapatkan buruh untuk sesuatu projek.
e. Sebagai bahan penganalisaan atau perbandingan kos untuk projek-
projek yang akan datang.
f. Sebagai bahan dalam penyediaan bayaran kemajuan dan akaun
akhir.

SAMB. JAWAPAN 1-2

SENARAI KADAR HARGA


Senarai Kadar Harga merupakan kenyataan-kenyataan yang bersangkutan
dengan kerja-kerja yang bakal dijalankan dalam sesuatu projek binaan. Ia
digunakan bagi projek fast track, yang tidak mempunyai banyak masa di dalam
penyediaan dokumen tawaran. Pada dasarnya ia mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan Senarai Kuantiti.

Arkitek akan menyediakan lukisan-lukisan serta penentuan yang bersangkutan


manakala Juru Ukur Bahan akan menyediakan senarai untuk elemen-elemen
yang terdapat di dalam lukisan-lukisan tersebut.

Kuantiti Sementara (Provisional Quantities) bagi elemen-elemen itu dimasukkan


dan Kontraktor dikehendaki mengisi kadar harga bagi setiap elemen yang
disenaraikan. Harga sementara yang diperolehi akan digunakan untuk memilih
Kontraktor yang layak bagi projek tersebut.

JAWAPAN 1-3
C1381/ UNIT 1/ 60

1. A. Senarai Permulaan
i) Kaedah pengukuran setara mengandungi benda binaan,huraian,dan
syarat-syarat pembinaan.
Perkara yang disenaraikan :
(a) Huraian skop kerja,namaorang yang terlibat dan definisi istilah
yang digunakan dalam senarai kuantiti.
(b) Jenis borang kontrak,tajuk syarat-syarat kontrak dan tambahan
kepada syarat-syarat kontrak.
(c) Peruntukan bagi menjaga keselamatan orang ramai dan harta
awam.

SAMB. JAWAPAN 1-3

(d) Peruntukkan insurans.


(e) Peruntukan bagi air,elektrik,telefon,pengawalan,pejabat
tapak,tempat tinggal pekerja,pengiklanan perkara yang
diperlukan sebelum dan semasa kerja dijalankan.

B. Kerja-Kerja Pendahuluan
i) Melibatkan aspek kewangan kontrak.
ii) Menerangkan butir-butir kerja pendahuluan yang perlu diperuntukan
seperti nama pihak yang berkontrak,keterangan kerja,peruntukan
air,bekalan elektrik,telefon,kerja sub kontrak yang dilantik,bahan dari
pembekal yang dilantik,perlindungan kerja,pembersihan tapak setelah
kerja dilakukan,dan peruntukkan di luar jangkaan.

JAWAPAN 1-4

Kaedah Trade dan Elemen, perbezaan di antara kedua-dua kaedah tersebut


ialah dari segi susunan item, penggunaan mengikut kesesuaian jenis projek,
rekabentuk bangunan dan penetapan jenis senarai kuantiti yang akan dihasilkan.
C1381/ UNIT 1/ 61

Kaedah Elemen akan digunakan bagi bangunan yang rekabentuk dan ruang
yang tidak sama seperti pejabat, manakala bagi kaedah Trade pula sesuai
digunakan bagi bangunan yang mempunyai rekabentuk yang seragam seperti
rumah teres.

Amalan pengukuran mengikut kaedah trade(Tukang)


Contoh:
Section D - Excavation and Earthwork
Section E - Pilling and Diaphragm Walling
Section F - Concrete Work

SAMB. JAWAPAN 1-4

Amalan pengukuran mengikut kaedah Elemen


Kerja pengukuran yang mengikut bahan binaan
Contoh :
A. Substructure
A/1 Pilling
A/2 Work Below Lowest Floor Finish (WBLFF)
- Pile Cap/Footing
- Column Stump
- Ground Beam
- Ground Floor

B. Superstructure
B/1 Frame
- Column/Stiffener
- Upper Beam/Roof Beam

JAWAPAN 1-5
C1381/ UNIT 1/ 62

i. Provisional Sums Cost . ( Wang Peruntukkan Sementara )


Jumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau kos yang tidak dapat dilihat,
dinyatakan atau diterangkan semasa Dokumen Tender dikeluarkan .

ii. Prime Cost Sums. ( Wang Kos Prima)


Jumlah Wang Peruntukkan bagi kerja atau perkhidmatan-perkhidmatan yang
akan diusahakan oleh Sub-Kontraktor yang dilantik. Jumlah tersebut hendaklah
tidak termasuk apa-apa keuntungan yang diperlukan oleh Kontraktor utama dan
peruntukkan hendaklah diambil kira tanggunggan tersebut.

JAWAPAN 1-6

Kepentingan Profession Ukur Bahan Kepada Industri Binaan :

Profession Ukur Bahan merupakan satu profession yang baru dalam industri
binaan di Malaysia, berbanding dengan profession-profession lain. secara
ringkas profession Ukur Bahan adalah satu profession yang mana tugasnya
menentukan punca-punca binaan yang digunakan seekonomi yang mungkin
dengan menjadikan pengurusan kewangan dan perkhidmatan perundingan kos
kepada gunawan dan ahli-ahli profession yang lain.

Profession Ukur Bahan juga memberi nasihat mengenai kos kepada pelanggan
mengenai projek yang dicadangkan berdasarkan kepada pelan-pelan awal
supaya bangunan dibina dengan had kewangan yang ada. Kajian kemungkinan
mengenai sesuatu projek juga akan dijalankan oleh Juru Ukur Bahan. Lantaran
daripada itu, Jurukur Bahan juga menyediakan dokumen tawaran yang lengkap
dan mencadangkan jenis kontrak yang sesuai digunakan.
C1381/ UNIT 1/ 63

Jurukur Bahan juga berunding dengan Kontraktor-Kontraktor terpilih dan


membuat cadangan ke atas tender dan analisisnya serta aktiviti-aktiviti selepas
kontrak, berdasarkan perkara-perkara yang akan disediakan oleh kontrak.

JAWAPAN 1-7

Perbezaan di antara Senarai Kuantiti dan Senarai Kadar Harga.

Senarai Kuantiti (Bills of Quantities)

 Merupakan satu dokumen yang mengandungi data-data tentang cara kerja,


jenis, mutu serta jumlah bahan-bahan yang diperlukan dan juga kerja-kerja
sampingan yang terlibat dalam melaksanakan satu-satu projek itu.
 Disediakan oleh Juru Ukur Bahan berdasarkan lukisan-lukisan Arkitek,
Jurutera dan sebagainya di mana pemborong akan meletakkan harga
mengikut elemen-elemen dan menunjukkan semuanya menjadi jumlah harga
kontrak.
 Cara ini menyediakan satu asas yang sama bagi semua pemborong dan
seterusnya menghasilkan satu persaingan yang adil antara pemborong-
pemborong dalam memasuki sesuatu tawaran.
C1381/ UNIT 1/ 64

Senarai Kadar Harga


 Senarai Kadar Harga merupakan kenyataan-kenyataan yang
bersangkutan dengan kerja-kerja yang bakal dijalankan dalam sesuatu
projek binaan.

 Ia digunakan bagi projek fast track, yang tidak mempunyai banyak masa di
dalam penyediaan dokumen tawaran. Pada dasarnya ia mempunyai ciri-
ciri yang sama dengan Senarai Kuantiti.

 Apabila ketetapan diambil untuk membuat tawaran berdasarkan Senarai


Kadar Harga, Arkitek akan menyediakan lukisan-lukisan serta penentuan
yang bersangkutan manakala Juru Ukur Bahan akan menyediakan
senarai untuk elemen-elemen yang terdapat di dalam lukisan-lukisan
tersebut.

SAMB. JAWAPAN 1-7


Kuantiti sementara (Provisional Quantities) bagi elemen-elemen itu
dimasukkan dan Kontraktor dikehendaki mengisi kadar harga bagi setiap
elemen yang disenaraikan. Harga sementara yang diperolehi akan digunakan
untuk memilih Kontraktor yang layak bagi projek tersebut.

 Sistem ini mempunyai banyak keburukan yang mana ia tidak begitu sesuai
dijalankan. Di antara keburukannya ialah:
a) Menyulitkan pihak majikan dalam menyediakan peruntukan yang
sewajarnya kerana kos sebenar bangunan tidak diketahui.
b) Disebabkan ia tidak mempunyai kuantiti, kemungkinan kos projek itu
akan bertambah dari anggaran awal.
c) Sukar untuk menentukan tawaran mana yang layak untuk diterima .
d) Mengambil masa yang lama untuk menganalisa tiap-tiap kadar harga.
C1381/ UNIT 1/ 65

JAWAPAN 1-8

Fungsi dan peranan Juru Ukur Bahan di firma perunding/majikan :


- Berperanan mengawal kos selain daripada penyediaan Senarai Kuantiti (cost
control)
- Membuat anggaran kasar kos kerja bangunan di peringkat awal serta
memberi nasihat bahan-bahan pilihan, jenis bahan dan aspek-aspek
kewangan kontrak.
- Perancangan kos semasa peringkat merekabentuk projek, memastikan yang
majikan mendapat nilai yang terbaik di mana angka tender adalah sekitar
peruntukan majikan (satu risalah tentang projek yang telah siap hendaklah
ada)
- Pemilihan tender dan menghargakan senarai kuantiti serta melaporkan
tawaran yang diperolehi diketahui oleh Juru Ukur Bahan yang mengeluarkan
Senarai Kuantiti tersebut. Pemilihan Kontraktor biasanya daripada harga yang
paling rendah .

SAMB. JAWAPAN 1-8

Laporan prestasi biasanya dibuat untuk mengetahui tentang :


- mutu kerja
- mutu bahan yang digunakan
- laporan kewangan
- keadaan di tapak bina
- pembinaan mengikut pelan asal
- masalah yang dihadapi dan tindakan yang diambil
- tidak berlakunya penyelewangan di dalam pembinaan dan sebagainya

- Rundingan harga dengan kontraktor bagi kontrak rundingan dan berurusan


dalam kontrak Turnkey oleh Juru Ukur Bahan dan pelbagai kontrak lagi iaitu :-
1. Kontrak Perundingan
2. Turnkey
3. Cost. Plus
C1381/ UNIT 1/ 66

- Penilaian kemajuan kerja dan membuat cadangan yang sepatutnya kepada


Kontraktor termasuk nasihat atas kesan kewangan yang ada apabila projek
siap . Setiap bulan Juru Ukur Bahan akan membuat tinjauan ke tapak bina.
- Penyediaan akaun akhir setelah penyiapan projek pada masa ini, Kontraktor
boleh membuat tuntutan terakhir.
- Nasihat atas kesan-kesan kewangan dan kontrak dari tuntutan –tuntutan
Kontraktor, Juru ukur Bahan akan menambahkan perbelanjaan setelah 50%
kerja dijalankan.
- Memberi dan menganalisa kos setiap peringkat pembangunan projek
daripada peringkat bawah tanah.

SAMB. JAWAPAN 1-8

Juru Ukur Bahan yang bekerja dengan Kontraktor


- Bergantung kepada saiz/organisasi kontraktor. Biasanya Kontraktor yang
besar mewujudkan bahagian ukur bahan yang dikendalikan sendiri oleh Juru
Ukur Bahan di sini adalah berbeza.
- Syarikat yang kecil tugasnya ialah penyediaan senarai kuantiti, persetujuan
pengukuran dengan majikan, pengumpulan maklumat kos dan bahan binaan
untuk anggaran yang akan datang.
- Senarai bahan untuk kerja, jadual kerja dan kos bulanan kerja yang akan
datang.
- Bagi syarikat/firma yang besar, tugas Juru Ukur Bahan adalah lebih rumit lagi
dan mencabar kerana tugas tersebut telah dikhususkan kepada bidang ukur
bahan di bawah bahagian yang diwujudkan.

You might also like