Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PANDUAN PERATURAN DI STOR PJK (PENDIDIKAN

JASMANI & KESIHATAN )


PANDUAN PERATURAN DI STOR PJK (PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN )

1. PASTIKAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA GURU


PENDIDIKAN JASMANI SEBELUM MENGAMBIL PERALATAN SUKAN YANG
DIPERLUKAN.DILARANG MENGAMBIL PERALATAN SUKAN TANPA KEBENARAN.
2. SILA BERATUR KETIKA BERADA DIHADAPAN PINTU BILIK STOR PJK.
3. SETIAP PERALATAN SUKAN YANG DIAMBIL PERLULAH DI REKOD KE DALAM
BUKU REKOD PENGGUNAAN STOR PJK.
4. SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN, ELAKKAN DATANG KE STOR PJK
DENGAN BERSENDIRIAN TANPA MEMAKLUMKAN PADA GURU PENDIDIKAN
JASMANI.
5. SETIAP PERALATAN SUKAN HENDAKLAH DIKEMBALIKAN DAN DILETAKKAN
MENGIKUT SUSUNAN ASALNYA. PIHAK STOR PJK BERHAK MEMINTA TUNTUTAN
GANTI RUGI DARIPADA KELAS TERBABIT ATAS SEGALA KEROSAKAN ATAU
KEHILANGAN PERALATAN SUKAN YANG DIGUNAKAN.
6. PASTIKAN PINTU SENTIASA DITUTUP SEBELUM BEREDAR UNTUK MENGELAKKAN
KEHILANGAN PERALATAN SUKAN.
7. AMALKAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEBERSIHAN STOR
PJK,KUTIP SAMPAH APABILA TERNAMPAK DI PERSEKITARAN DAN BUANG IA KE
DALAM TONG SAMPAH.
8. PASTIKAN SEMUA SUIS DITUTUP SEBELUM BEREDAR KELUAR.
onday, November 1, 2010

LAPORAN PBS MAJOR PJ


2.0 LAPORAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH
Semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari di SK Temin, saya
telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan laporan
tugasan. Antara aspek yang perlu saya laporkan adalah seperti berikut :

2.1 Menyemak sukatan pelajaran dan perkaitannya dengan rancangan tahunan PJ di sekolah

Berdasarkan pemerhatian dan proses refleksi bersama guru PJ di sekolah ini, saya mendapati
bahawa P&P PJ dijalankan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Berikutan semasa saya menjalani PBS ini merupakan pada bulan
Ramadhan, maka P&P PJ telah digantikan dengan Pendidikan Kesihatan (PK). Maka guru telah
menggunakan sukatan pelajaran PK untuk mengajar murid-murid. Dari aspek rancangan tahunan PJ
di sekolah ini, ia selaras dengan sukatan pelajaran yang telah dirancang oleh KPM. Segala topik yang
diajar adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran. Di dalam rancangan tahunan PJ di sekolah ini,
pihak panatia telah menyusunnya dengan baik iaitu dengan meletakkan P&P PK pada bulan
Ramadhan. Ini langkah yang bijak untuk mengelakkan murid berasa penat dan menggalakkan murid
berpuasa. (contoh sukatan pelajaran dilampirkan di bahagian lampiran.)

2.2 Mengenalpasti bidang / unit pembelajaran yang diajar berkaitan dengan tunjang pembelajaran.

Semasa menjalani PBS, saya berkesempatan melihat proses P&P PK yang dijalankan kepada kelas
tahun dua. Unit pembelajaran yang diajarkan oleh guru ialah tunjang kesihatan. Guru mengajar
murid mengenai tajuk ‘Kesihatan Diri & Keluarga’

Gambar 2.2 (a) P&P Pendidikan Kesihatan

Gambar 2.2 (b) Topik Kesihatan Diri & Keluarga

Gambar 2.2 (c) Buku teks PJPK

2.3 Membuat refleksi berkaitan huraian sukatan pelajaran dan perancangan tahunan.

Secara keseluruhannya, huraian sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh KPM dan perancangan
tahunan sekolah ini saling berkaitan dan selaras dengan kehendak KPM seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Perancangan tahunan sekolah ini telah dirancang
dengan bijak oleh panatia PJ. Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan, guru diminta mengajar topik
di bawah tunjang kesukanan dan kesihatan. Oleh yang demikian, guru tidak perlu mengadakan P&P
di padang. P&P pada bulan Ramadhan dijalankan di dalam bilik darjah untuk mengelakkan murid
berasa letih dan menggalakkan murid berpuasa. Pada bulan lain, P&P dijalankan mengikut sukatan
pelajaran terutamanya berkaitan dengan tunjang kecergasan.

2.4 Membuat pemerhatian pengajaran guru Pendidikan Jasmani

Selama lima hari menjalani PBS di sekolah ini, saya sempat mengikuti dua sesi pengajaran dan
pembelajaran PK yang dijalankan oleh dua orang guru PJ di sekolah ini. Berikut adalah laporan bagi
kedua-dua sesi P&P PK yang saya ikuti :
Sesi P&P satu :
Gambar 2.4 (a) Sesi P&P PJPK tahun dua

Gambar 2.4 (b) Sesi P&P PK

Gambar 2.4 (c) Guru mempelbagaikan teknik pengajaran

Gambar 2.4 (d) Murid mengambil bahagian secara aktif

Gambar 2.4 (e) Murid menyalin nota yang diberikan guru

Gambar 2.4 (f) Murid melukis gambar berpandukan buku teks PJPK

Sesi P&P pertama yang saya ikuti adalah bersama Encik Zulkifli bin Daud. Beliau merupakan guru
senior dalam matapelajaran PJ. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam matapelajaran PJ
ini. Pada ketika saya membuat pemerhatian, beliau telah menjalankan P&P di bawah tunjang
kesihatan iaitu topik ‘Kesihatan Diri & Keluarga’. Topik ini berkaitan dengan mengenali tubuh
badan. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati cara pengajaran beliau amat menarik. Walaupun
P&P beliau hanya menggunakan ‘kapur & papan hitam’, namun beliau berjaya menarik minat murid
untuk menumpukan perhatian terhadap P&P. Suara beliau yang kuat dan jelas membolehkan murid-
murid mendengar dengan baik. Murid-murid kelihatan ceria sepanjang P&P beliau. Buktinya murid-
murid bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam setiap aktiviti kelas seperti menjawab
pertanyaan guru apabila guru bertanyakan soalan. Masing-masing berebut-rebut untuk ke hadapan
kelas dan menjawab pertanyaan guru. Selain daripada guru bertanyakan murid beberapa soalan
berkaiatan dengan topic yang diajarkan pada hari tersebut, terdapat juga murid-murid yang rajin
mengajukan soalan kepada guru apabila mereka tidak memahami sesuatu perkara.

Sesi P&P kedua:

Gambar 2.4 (f) Sesi P&P PJPK tahun satu

Gambar 2.4 (g) Sesi P&P PJPK sesi kedua

Gambar 2.4 (h) Murid mengambil bahagian dalam P&P

Sesi P&P kedua ini lebih menarik. P&P PK ini P&P ini dibawah seliaan Puan Wan Suhaila binti Wan
Hamzah. Beliau merupakan guru dari program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan baru
bertugas sebagai guru selamasatu tahun. Walaupun pengalaman beliau dalam bidang perguruan
masih cetek, namun ternyata lepasan KPLI ini mampu mengendalikan P&P dengan baik. Pada 30
minit yang pertama, guru memperkenalkan topik yang ingin diajarkan kepada murid iaitu di bawah
tunjang kesihatan iaitu tajuk Kesihatan Diri & Keluarga berkaitan penjagaan kesihatan anggota
badan. Murid mengambil bahagian dalam sesi P&P dengan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh
guru. Guru menyenaraikan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di papan hitam untuk
disalin oleh murid dan guru memberi penerangan tentang kedua-dua jenis makanan tersebut. Guru
juga memantau kesihatan gigi murid dan menasihatkan murid agar menjaga kesihatan gigi.

Pada 30 minit berikutnya, untuk mengelakkan murid berasa bosan dengan P&P, guru membawa
murid ke makmal komputer. Di situ guru telah menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berbentuk
tayangan slide multimedia dan nyanyian lagu. Guru memaparkan gambar kesan apabila tidak
menjaga kesihatan tubuh badan untuk merangsang murid menjaga kesihatan badan.Kemudian guru
meminta murid-murid menyatakan kesan lain. Selepas itu, untuk membuatkan murid lebih ingat dan
faham kepada isi pembelajaran yang disampaikan pada sesi tersebut, guru mengajar murid
menyanyi. Lagu yang dipilih berkaiatan dengan topik yang diajar pada sesi P&P tersebut. Murid-
murid kelihatan begitu terhibur dengan aktiviti tersebut.
(rakaman sesi P&P ini dilampirkan di bahaguan lampiran dalam bentuk cakera padat)

Gambar 2.4 (i) P&P PJPK di makmal komputer

Gambar 2.4 (j) Tayangan slide multimedia

2.5 Mengenalpasti kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru semasa mengajar

Berdasarkan pemerhatian terhadap kedua-dua sesi P&P PJPK yang saya ikuti, antara teknik yang
digunakan oleh guru kepada kelasnya ialah teknik arahan. Guru memberi arahan kepada murid
untuk mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta meletakkannya di atas meja. Apabila guru
mengarahkan murid untuk berdiri dan melakukan aktiviti regangan, murid mengikut arahan guru
setelah melihat demonstrasi oleh guru. Selain itu, teknik penyelesaian masalah juga diterapkan
dalam P&P PJPK tersebut. Sebagai contoh, guru mengajukan pertanyaan kepada murid mengenai
fungsi jantung dan paru-paru. Murid-murid cuba berfikir tentang fungsi jantung dan paru-paru
kemudian menyatakannya kepada guru.

Tambahan lagi, guru juga menggunakan teknik pembelajaran koperatif iaitu murid dibahagikan
kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli yang berbeza keupayaan ke arah mencapai
objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Buktinya, guru membahagikan murid kepada dua
kumpulan dan setiap kumpulan diminta menyenaraikan makanan berkhasiat dan makanan tidak
berkhasiat. Murid-murid bekerjasama untuk mendapatkan jawapan bagi soalan guru tersebut.

2.6 Memerihalkan pengelolaan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran

Ketika pemerhatian dijalankan, saya mendapati bahawa guru berjaya mengelolakan kelas dengan
baik. Pada permulaan sesi P&P, guru cuba untuk meransang murid untuk lebih menumpukan kepada
topik yang disampaikan. Sebagai contoh, ketika topik mengenali tubuh badan iaitu jantung, guru
meminta murid mengenggam tangan kanan dan memberitahu murid bahawa saiz jantung manusia
adalah sebesar segenggam tangan. Kemudiannya guru meminta murid meletakkan genggaman
tangan tersebut ke bahagian tengah dada (sedikit ke kiri). Ini menunjukkan bahawa guru telah
memberikan arahan dengan baik dan mampu dilakukan oleh murid. Selain itu, kawalan kelas adalah
baik. Sewaktu guru memberikan penerangan di hadapan kelas, murid memberikan perhatian kepada
guru. Cuma terdapat beberapa murid yang mengambil peluang ke bahagian belakang kelas untuk
mengasah pensil. Perlakuan murid tersebut segera ditegur oleh guru. Pada sesi akhir P&P, guru cuba
meransang murid untuk mengingati topik yang diajarkan pada hari tersebut dengan menggunakan
set induksi yang menarik. Sebagai contoh, guru menggunakan BBM berbentuk slide multimedia
berkaitan topik yang diajar. Selain itu, guru meransang murid dengan nyanyian lagu. Murid-murid
kelihatan terhibur dan apabila guru mengajukan soalan berkaitan topik yang diajar, murid dapat
menjawab dengan baik. Ia menunjukkan murid memahami topik yang diajarkan pada hari tersebut.

2.7 Melaporkan pencapaian objektif dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Setelah dua sesi P&P yang telah saya ikuti, saya mendapati kedua-dua P&P telah mencapai objektif
dari segi kognitif dan afektif. Namun, aspek psikomotor tidak dapat dicapai kerana P&P tersebut
merupakan P&P PK yang mana P&P dijalankan di dalam bilik darjah. Buktinya, aspek kognitif dapat
dilihat apabila guru mengajukan soalan berkaitan fungsi jantung dan paru-paru, murid-murid dapat
menyatakan fungsi-fungsi tersebut dengan betul. Murid-murid juga dapat menyenaraikan makanan
yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Bagi aspek afektif pula, ia dapat dilihat
sewaktu murid-murid berbaris dengan teratur ketika bergerak menuju ke makmal komputer.
Tambahan pula, sewaktu guru meminta murid menyanyikan lagu secara serentak, nilai kerjasama
memberikan keseragaman dalam nyanyian tersebut.

2.8 Mengenalpasti masalah guru dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi oleh guru PJ di sekolah ini. Masalah pertama ialah
ketika mengajar kemahiran gimnastik. Ini kerana sekolah ini tidak mempunyai peralatan yang cukup
seperti tilam gimnastik, belantan, dan papan lombol. Jadi, murid-murid tidak dapat mempelajari
kemahiran yang menggunakan alatan tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, guru bolehlah
menghasilkan alatan ubahsuai yang mirip kepada alatan sebenar. Selain daripada itu, pengajaran
kemahiran gimnastik agak terbatas kerana di sekolah ini tidak terdapat guru yang pakar dalam
bidang gimnastik. Sehubungan dengan itu, kemahiran tersebut diajar sekadar yang termampu
dilakukan oleh guru. Maka, demonstrasi tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Masalah kedua ialah pengajaran PJPK kepada murid tahun satu terutamanya kepada kelas terakhir.
Murid-murid kelas tersebut rata-ratanya tidak tahu membaca dan mengeja. Mereka merupakan
murid-murid yang mengikuti program LINUS di sekolah ini. Kesukaran untuk mengajar terjadi apabila
guru menggunakan buku teks kerana mereka tidak dapat membaca. Oleh yang demikian, bagi
menangani masalah ini, guru perlu menggunakan pendekatan yang berbeza untuk memastikan murid
dapat memahami isi pembelajaran. Antara pendekatan yang digunakan ialah guru mengajar sesuatu
topik dalam unit yang kecil dan berulang-ulang kali supaya muri-murid dapat mengingati apa yang
diajar. Selain itu, guru menggunakan BBM yang sesuai seperti slide multimedia dan nyanyi lagu
untuk meransang murid.

Masalah ketiga agak serius iaitu tiada P&P PJPK diajarkan kepada murid tahun enam sekolah ini.
Waktu P&P PJPK bagi murid tahun enam di sekolah ini digantikan dengan P&P subjek peperiksaan.
Masalah ini bukanlah berpunca daripada guru PJ di sekolah ini, tetapi ia merupakan arahan daripada
pihak pentadbiran sekolah. Maka guru PJ tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa akur dengan
kehendak pihak pentadbiran sekolah.

3.0 LAPORAN PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

Tugasan ini memerlukan saya berkomunikasi dengan panitia PJ di sekolah ini untuk mendapatkan
beberapa maklumat mengenai pengurusan panitia PJ sekolah. Berikut merupakan aspek yang perlu
saya laporkan :

3.1 Membuat pemerhatian pengurusan Panitia PJ di sekolah

Menerusi pemerhatian dan soal selidik yang telah saya jalankan, saya berpendapat bahawa
pengurusan panitia sekolah ini berada pada tahap sederhana sahaja. Ini kerana sewaktu saya
meminta laporan tentang pengurusan panitia ini, saya mendapati panitia ini hanya mengadakan
mesyuarat satu tahun sekali iaitu pada awal januari sahaja. Selain itu, fail pengurusan juga tidak
dikemaskini dan ia menyukarkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti yang
dijalankan oleh panatia ini. Menurut ketua panitia, Encik Zulkifli bin Daud, matapelajaran PJ di
sekolah ini dianak tirikan oleh pihak pengurusan kerana beranggapan bahawa matapelajaran teras
ataupun peperiksaan lebih penting, maka pihak pengurusan tidak begitu mengambil berat kepada
pencapaian murid sekolah ini dalam matapelajaran PJ. Namun, guru-guru PJ sekolah ini tetap
komited dalam P&P PJPK kepada murid-murid sekolah ini.

3.2 Membuat pemerhatian berkaitan pengurusan dan peraturan stor sukan dan stok kelengkapan
sukan.

Saya telah berkesempatan untuk membuat pemerhatian dan kaji selidik berkaitan pengurusan dan
peraturan stor sukan dan stok kelengkapan sukan. Pengurusan stor sukan sekolah ini agak baik
walaupun kelengkapan sukannya tidak mencukupi. Stor sukan ini mempunyai sistem pinjaman
peralatan yang tersusun. Sebelum meminjam peralatan sukan, guru yang ingin menggunakan
peralatan tersebut diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman
peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut, guru diminta
menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam buku rekod yang sama.

Gambar 3.2 (a) Stor Sukan SK Temin

Gambar 3.2 (b) Buku rekod pinjaman peralatan sukan

Gambar 3.2 (c) Rekod pinjaman dan pemulangan

Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar, terdapat panduan dan
peraturan yang telah ditetapkan kepada sesiapa yang ingin menggunakan stor sukan ini. Satu papan
yang ditulis panduan dan peraturan di stor PJK telah digantung di bahagian luar stor sukan ini untuk
memudahkan murid atau guru membaca dan memahami peraturan sebelum menggunakan peralatan
dari stor sukan ini. Antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah:

(1) Pastikan mendapat kebenaran dari guru Pendidikan Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil
peralatan sukan dari stor.
(2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan dating ke stor bersendirian tanpa memaklumkan kepada
guru Pendidikan Jasmani.
(3) Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang menyalahgunakan
peralatan-peralatan tersebut.
(4) Untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian peralatan sukan, pastikan pintu stor sentiasa
tertutup setiap kali sebelum beredar.
(5) Pastikan suis eletrik ditutup setiap kali sebelum beredar.

Gambar 3.2 (d) Panduan dan peratutan stor PJK

Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat hanya pada tahap minimum.
Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada di dalam stor ini. Maka, sesi P&P PJ agak
terganggu kerana kekurangan peralatan. Namun, susun atur peralatan-peralatan tersebut kemas dan
tersusun. Peralatan juga dilabelkan dengan label yang betul. Oleh kerana kekurangan ruang,
peralatan unit kokurikulum seperti peralatan perkhemahan juga diletakkan sekali di dalam stor ini.

Gambar 3.2 (e) Susun atur peralatan sukan

Gambar 3.2 (f) Peralatan sukan yang tidak mencukupi

Gambar 3.2 (g) Peralatan yang disusun kemas

Gambar 3.2 (h) Skitel

Gambar 3.2 (i) Rak yang kekurangan alatan


Gambar 3.2 (j) Peralatan yang rosak

Gambar 3.2 (k) Carta bergambar

Gambar 3.2 (l) Pembahagi antara stor sukan dan stor kokurikulum

Dari aspek stok kelengkapan sukan, saya telah cuba mendapatkan rekod pembelian dan juga rekod
lupus kira peralatan sukan daripada pihak pengurusan stor sukan, namun kerana kekangan masa,
mereka tidak berkesempatan untuk menunjukkan rekod-rekod tersebut kepada saya. Namun,
menurut mereka, setiap peralatan baru yang dibeli dan peralatan lama yang rosak dan perlu dilupus
kira, mereka akan mencatatkannya di dalam rekod untuk tujuan audit pada setiap hujung tahun.
3.3 Membuat pemerhatian kelengkapan kemudahan prasarana sukan di sekolah.

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapati sekolah ini mempunyai
prasarana asas yang cukup seperti padang dan trek balapan. Namun, saya berpendapat bahawa
penyelenggaraan prasarana-prasarana tersebut agak kurang. Sebagai contoh, ketika pemerhatian
dijalankan, padang ditumbuhi rumput yang tebal dan kemuncup yang banyak. Selain itu, tiang gol
bola sepak juaga tidak mempunyai jaring. Tiang gol bola jaring pula tidak dipacakkan dengan
selamat, tetapi ia disendal dengan batu besar. Keadaan tersebut amat berbahaya kepada murid-
murid terutama ketika mereka bermain bola jaring kerana mungkin ada di antara mereka akan
tersepak atau tersadung pada batu tersebut dan akan mengakibatkan kecederaan. Trek balapan
didapati agak kabur garisannya. Ini mungkin kerana ia telah lama disiapkan dan rumput yang tebal
juga menjadi salah satu sebab garisan trek tersebut agak tidak kelihatan.

Gambar 3.3 (a) Padang

Gambar 3.3 (b) Tiang gol yang tidak berjaring

Gambar 3.3 (c) Tiang bola jaring yang disendal batu

Gambar 3.3 (d) Rumput tebal dan kemuncup

Sekolah ini mempunyai taman permainan yang mempunyai beberapa prasarana yang boleh
digunakan untuk P&P PJ seperti palang sejajar, buaian, jongkang-jongket dan banyak lagi.

Gambar 3.3 (e) Palang sejajar

Gambar 3.3 (f) Palang

Gambar 3.3 (g) Buaian

Gambar 3.3 (h) Jongkang-jongket

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, selama empat hari saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
SK Temin, saya mendapati bahawa sesi P&P Pendidikan Kesihatan (PK) di sekolah ini berjalan
dengan baik secara amnya. Namun, bagi meningkatkan keberkesanan dalam sesi P&P PK, guru
bolehlah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik minat murid-murid menumpukan perhatian
kepada isi pembelajaran seterusnya memahami dan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari
dalam kehidupan seharian mereka.

Antara inisiatif yang boleh diambil oleh guru ialah guru bolehlah menggunakan set induksi yang lebih
baik agar murid teransang untuk menumpukan perhatian terhadap sesi P&P. Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang mantap juga dapat membantu dalam usaha menarik minat murid kerana dengan BBM
yang menarik, ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid bahkan dapat memastikan isi
pembelajaran yang disampaikan diingati oleh murid-murid.

Selain itu, dari aspek peralatan sukan yang tidak mencukupi, salah satu cara untuk mengatasi
masalah tersebut ialah dengan mereka alatan ubahsuai yang mirip kepada peralatan yang sebenar.
Sebagai contoh, sekiranya kayu pemukul besbol tidak mencukupi atau tiada, guru boleh
menghasilkan kayu pemukul daripada gulungan surat khabar. Manakala, bola pula boleh dihasilkan
menggunakan gumpalan kertas. Peralatan sebegini mungkin lebih menarik minat murid-murid
kerana ia adalah hasil kekreatifan guru mereka. Mungkin juga guru boleh meminta murid-murid yang
menghasilkan peralatan ubahsuai tersebut dan pastinya murid-murid akan lebih menghargai barang
yang mereka hasilkan sendiri.

Posted by PJTHEPIONEER at 12:32 AM


Pengurusan stor dan stok amat penting dalam sesebuah organisasi termasuklah di
sekolah, walaupun peralatan atau barangan yang di kenali sebagai aset, harta modal dan
barang luak yang dibeli dan digunakan di sekolah tidaklah seperti mana yang ada di
Kementerian, Jabatan atau Pejabat Pelajaran. Penyelengaraan stor dan stok yang baik dan
berkesan akan menjimatkan kewangan. Peruntukan kewangan yang banyak digunakan untuk
membeli aset, inventori dan barang luak, oleh itu ianya harus diuruskan dengan baik.
Pengurusan stor dan stok yang baik juga mencerminkan kecekapan pentadbir dan
kakitangannya.

Suatu sistem pengurusan stor dan stok yang cekap dan berkesan adalah perlu bagi
menjamin penyenggaraan, penjagaan dan pengawalan barang-barang kerajaan agar
berkeadaan baik dan sempurna ( Kementerian Kewangan Malaysia- Panduan
Perbendaharaan –Tatacara Pengurusan Stor, 1982 ).

Dalam pengurusan stor dan stok terdapat pekeliling perbendaharaan yang


menerangkan kepentingan dan tatacara pengurusannnya dan menjadi tanggungjawab
pengawai pengawal atau dalam hal sekolah pengetua/guru besar bertanggung jawab untuk
memastikan ianya diuruskan dengan cekap dan berkesan. Bila sahaja disebut stor dan stok
ianya melibatkan kewangan, oleh itu jelas sekali pengurusan stor dan stok adalah dibawah
kawalan Kementerian Kewangan. Setiap kementerian, jabatan, sekolah harus akur akan
arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Pekeliling
Perbendaharaan.

Oleh kerana ia melibatkan wang kerajaan, ia menjadi tanggungjawab dan amanah bagi
ketua jabatan atau pengetua/gurubesar untuk menguruskannya dengan cekap dan berkesan
agar tidak berlaku pembaziran dan salahguna. Selain daripada ketua jabatan atau
pengetua/gurubesar, pegawai atau guru yang menguruskannya juga mesti bertanggungjawab
dan menguruskannya dengan cekap dan berkesan.

Pengurusan Stor merupakan satu aspek Pengurusan Kewangan yang penting. Barang-
barang dalam stor merupakan modal terikat yang tidak menghasilkan faedah berbanding
dengan wang yang di simpan dalam bank.Pengurusan Stor-Stor Kerajaan berasaskan
Panduan Perbendaharaan - Tatacara Pengurusan Stor dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009

Definisi Penyelenggaraan

Ditafsirkan sebagai satu kombinasi tindakan atau langkah-langkah yang diambil untuk
mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan selamat.

Definisi Stor

Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,


pengendalian dan pengeluaran stok .

Stor Kerajaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-


(a) Stor Pusat
(i) Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang kepada
pelanggan melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian,
cawangan dan unit.

(ii) Antara contoh Stor Pusat ialah Stor Material Spesifik (SMS) PDRM dan
Depoh Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.

(b) Stor Utama

(i) Stor yang menyedia, mengurus dan membekal barang-barang untuk


keperluan pelanggan-pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan
dan agensi.

(ii) Antara contoh Stor Utama ialah Stor Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Hospital dan Stor Utama Bekalan Pejabat bagi
Kementerian/Jabatan.

(c) Stor Unit


(i) Stor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka
pendek atau guna terus bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan kepada
pelanggan akhir.

(ii) Antara contoh Stor Unit ialah stor pejabat, cawangan,bahagian, bengkel, wad,
makmal, dapur, dispensari, domestik, sekolah dan unit-unit kecil lain
seumpamanya. ( Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009)

Di sekolah stor yang ada boleh dikategorikan sebagai stor unit yang mana barang-
barang digunakan dalam jangka masa pendek atau barang luak, selain daripada ada juga
barang-barang atau peralatan yang digunakan terus contohnya seperti alat-alat bantuan
mengajar. Peralatan pejabat biasanya disimpan dalam ruang atau bilik yang dikhaskan,
dimana terdapat almari atau kabinet bagi menyimpannya. Alat bantuan mengajar pula
biasanya disimpan di pusat sumber, makmal sains, bengkel atau bilik-bilik khas.

Definisi Stok

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, Stok bermaksud barang-


barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk
bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti, keselamatan, makmal, bengkel, dapur, sukan,
pertanian, latihan, penyiaran, domestik, dokumen atau buku yang dikawal dan sebagainya.

Objektif Pengurusan Stor

Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi
memastikan:-
a. Memastikan stok barang-barang sentiasa kedapatan (readily available )
seperti dan apabila dikehendaki oleh pelanggan. Stok sentiasa ada apabila
dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan

b. Menyimpan barang cara terbaik dengan memberi perlindungan, penjagaan dan


penyelenggaraan sewajarnya semasa dalam simpanan. Kualiti stok sentiasa
terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan
yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

Fungsi Stor

Fungsi stor ialah memberi perkhidmatan bekalan kepada pelanggan dengan melaksanakan
tugas-tugas berikut:-

(a) Menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan memperaku


serahan barang-barang oleh pembekal.

(b) Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yangditetapkan dengan


menggunakan ruang stor secara optimum.

(c) Menjaga dan menyelenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh digunakan.

(d) Mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan.


(e) Menyelenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara
tepat, teratur dan kemaskini.
(f) Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok
mengikut paras yang ditetapkan.

(g) Mengendali pembungkusan dan penghantaran stok kepada pelanggan.

(h) Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenalpasti sebarang


kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang,
luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak.

(i) Menyediakan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta


penyelenggaraan kebersihan stor.

(j) Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obselete, rosak,


luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak
bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan
mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.

(k) Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang.

Pengurusan Organisasi Stor

Organisasi sesebuah Stor Pusat atau Utama hendaklah seberapa praktik mempunyai empat
bahagian utama iaitu:-

(a) Bahagian Bekalan, Kawalan dan Akaun.

(b) Bahagian Terimaan.

(c) Bahagian Simpanan.


(d) Bahagian Bungkusan dan Penghantaran.

Stor Utama dan Stor Unit yang tidak dapat mempraktikkan keempat-empat bahagian utama
seperti di atas maka aktiviti tersebut boleh dijalankan secara berpusat mengikut bilangan
pegawai yang bersesuaian dengan bebanan tugas bagi stor tersebut (Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009)

Pengurusan Kawalan Stok

Pengurusan kawalan stok bertujuan memastikan paras keperluan yang betul dari segi
kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pengguna/pemesan. Ia juga mengambil
kira penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang
terlibat.

Pengurusan kawalan stok yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah
antaranya ketiadaan stok dapat dielakkan dan keperluan pemesan dapat dipenuhi.

Penggunaan modal yang lebih ekonomik serta kurangnya wang terikat dalam bentuk stok.
Dalam hal ini perhatian lebih tertumpu kepada barang-barang yang tinggi kadar
pengeluarannya. Stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunaan, rosak dan

usang dapat dikurangkan. Ruang simpanan juga dapat dioptimumkan.

Penerimaan

Pegawai Stor/penerima hendaklah:-

 Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois

 Semak dan menghitung kuantiti yang diterima


 Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut
spesifikasi, dalam keadan baik dan cukup kuantitinya.

 Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan


dalam baucar penerimaan barang-barang.

 Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam Kad KawalanStok/Kad Petak/Lejar


dengan secepat mungkin.

Merekod Stok

Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang
telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan
fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok.

Jenis-Jenis Rekod

Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan oleh Pegawai Stor dengan
mematuhi penggunaan rekod.

Penyimpanan

Penyimpanan dalam stor hendaklah mengamalkan konsep 5s iaitu sisih, susun, sapu,
seragam dan sentiasa amal. Amalan ini dipraktiskan supaya stok tidak mudah rosak, senang
dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum.Penyimpanan melibatkan perkara-perkara
berikut :

Pengeluaran
Setiap pengeluaran barang-barang dari stor hendaklah dibuat hanya setelah
dibenarkan oleh Pegawai Stor. Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan arahan bertulis
kepada Pegawai Stor memberi kuasa kepadanya meluluskan pengeluaran barang-barang
stor. Setiap pengeluaran hendaklah dicatatkan dalam kad petak dan kad stok dengan serta
merta supaya baki sentiasa kemaskini.

Setiap barang yang dikeluarkan perlu disertai dengan Borang Permintaan Barang-
Barang dan Pegawai Stor hendaklah memastikan borang penerimaan dikembalikan selepas
barang-barang diakui terima.Semua pesanan barang-barang untuk stor gunasama (stor pusat)
hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pemesanan Pengeluaran Barang-barang
(Kew. PS-10. Bagi pesanan dalam Jabatan sahaja satu borang direka sendiri oleh Jabatan
boleh digunakan.

Pemeriksaan

Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan mengenal
pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang,
luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan susulan dapat diambil.

Keselamatan dan kebersihan

Keselamatan dan kebersihan stor hendaklah sentiasa dijaga dan perkara ini harus
diambil berat olewh ketua jabatan dalam memastikan barangan atau peralatan tahan dan tidak
rosak. Keselamatan juga harus dititikberatkan dalam memastikan tidak berlaku kehilangan
atau kecurian barangan dari stor. Stor juga perlu dilengkapkan dengan sistem kawalan
kebakaran yang sesuai dan memadai seperti fire alarm, smoke detector, water sprinkler dan
lainlain. Alat-alat pemadam api seperti fire extinguisher dan hose reel perlu ditempatkan di
kawasan strategik dan diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat mengikut
peraturan yang berkuatkuasa

Pelupusan
Pelupusan merupakan satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,
simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. untuk memastikan jabatan tidak
menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan. Pelupusan juga dilakukan
untuk mendapatkan hasil pulangan yang terbaik, menjimatkan ruang simpanan/pejabat dan
membolehkan aset milik Kementerian/Jabatan dipindahkan ke Kementerian/Jabatan yang lain.
Kuasa untuk meluluskan pelupusan terbahagi kepada dua peringkat iaitu Perbendaharaan dan
Kementerian/Jabatan.

Pengurusan/Penyelenggaraan stor dan stok di sekolah

Di sekolah tugas ini biasanya akan dijalankan oleh ketua panitia, guru
penyelenggaraan, guru aset, guru pusat sumber dan pembantu tadbir. Mereka ini
bertanggungjawab memesan, menerima, memeriksa serta menyelengara bekalan tersebut.
Prosedur yang digunakan di sekolah adalah sepertimana arahan perbendaharaan mengenai
tatacara pengurusan stok.

Pengurusan/penyelenggaraan di sekolah adalah lebih sukar kerana kebanyakannya


dikendalikan oleh guru atau pembantu tadbir, berbanding di jabatan atau kementerian ada
pegawai atau pembantu tadbir yang menjaga dan mengurus stor dan stok. Kekangan kerja
khasnya guru yang mana tugas hakiki mereka adalah mengajar menjadi masalah bagi mereka
untuk menguruskannya dengan baik dan berkesan.

Prosedur pembelian stok/barangan di sekolah adalah seperti berikut :

Masalah-masalah dalam pengurusan stor dan stok

Dalam menyelenggara dan mengurus stor dan stok terdapat beberapa masalah yang dihadapi
antaranya adalah seperti berikut :

i. Kekurangan dan ketidaksuaian infrastruktur;

ii. Ruang stor tidak mencukupi/kurang ekonomik;

iii. Pengurusan/pengendalian rekod kurang memuaskan;

iv. Perolehan dibuat tanpa perancangan;


v. Penerimaan barang-barang dibuat tanpa diuji kualiti atau disemak spesifikasi;

vi. Pemeriksaan tidak/jarang dilakukan;

vii. Cara penyimpanan/susunatur kurang memuaskan;

viii. Pegangan stok berlebihan;

ix. Kurang pengetahuan/kemahiran dalam pengurusan stor

x. Perolehan tidak dirancang dan perolehan tidak mematuhi peraturan.

xi. Penerimaan barang tanpa ujian kualiti.

xii. Pemeriksaan dan verifikasi stok tidak di laksanakan mengikut jadual.

xiii. Penyimpanan barang tidak teratur.

xiv. Pegangan stok berlebihan.

xv. Kekurangan kakitangan dan kemahiran dalam bidang Pengurusan Stor.

xvi. Kurang penyeliaan oleh pihak pengurusan atasan

xvii. Kelewatan tindakan pelupusan.

xviii. Kehilangan barang stor terus berlaku.

xix. Bangunan stor tidak sempurna, ruangan sempit, kekurangan peralatan stor dan
pengendalian

Pengurusan Stor Dan Stok Efektif

Langkah-langakah yang perlu diambil dalam menentukan pengurusan yang cekap dan
berkesan serta efektif adalah seperti berikut :

i. Bekalan barang dari stor sentiasa kedapatan

ii. Stor berupaya menyedia maklumat dan data berkualiti.

iii. Tiada berlaku kekurangan/kehilangan ke atas barang-barang kecuali kekurangan yang


dibenarkan.

iv. Stor menjalin hubungan yang mesra dan pro-aktif dengan pelanggan dan
Bhg.Kewangan/Perolehan dan pembekal-pembekal.
v. Stor sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

vi. Pegawai kakitangan stor berkeupayaan mengemukakan isu dan masalah pengurusan stor
serta syor penyelesaian secara profesional.

Kesimpulan

Penyelenggaraan stor dan stok yang cekap dan berkesan amat penting demi menjaga
peruntukan kerajaan.Satu kombinasi tindakan atau langkah-langkah perlu diambil untuk
mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan
selamat. Tanggungjawab penyelenggaraan stor dan stok di sekolah bukan sahaja terletak di
bahu Guru Besar tetapi melibatkan semua pihak, dengan pengurusan yang baik segala sumber
yang ada, akan dapat digunakan secara optimum dan sekolah sudah tentu akan cemerlang
secara “total”.

Masalah yang sering timbul di sekolah adalah tiada pegawai khas yang mengurus
harta modal, aset alih, stor dan stok. Beban tugas ini biasanya akan dijalankan oleh guru yang
sememangnya menghadapi beberapa masalah seperti kekangan masa, kerana seperti sedia
maklum, guru tersebut tugas hakikinya adalah mengajar dan beliau perlu masuk kelas untuk
mengajar. Oleh itu, kadang-kadang rekod tidak “up to date” kerana masalah masa. Selain
daripada itu mereka juga kurang pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan stor dan
stok.

Dalam mengatasi masalah penyelenggaraan stor dan stok di sekolah, demi untuk
pengurusan yang cekap dan efektif, langkah proaktif yang boleh diambil oleh Kementerian
Pelajaran adalah dengan mewujudkan perjawatan Pembantu Tadbir khas untuk
mengurus/menyelia/menyelenggara harta modal, aset alih, stor dan stok di sekolah-sekolah.
Berdasarkan jumlah sekolah yang banyak di seluruh Malaysia ianya melibatkan berbillion
ringgit, oleh itu sudah sampai masanya Kementerian/Kerajaan mewujudkan perjawatan ini
untuk menguruskannya, jika tidak lama-kelamaan ianya akan tidak terurus dan menyebabkan
kerosakan dan pembaziran wang kerajaan.

Rujukan

o Buku Tatacara Pengurusan Stor, Perbendaharaan Malaysia, 2009

o Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007


Pengurusan Stor

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang
pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan
jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan
jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari
semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Ciri-ciri stor pengurusan stor
pendidikan jasmani:

a. Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

b. Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan
kemas kini.

c. Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru d. Buku catatan
barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.

e. Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali


setahun.

f. Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

a. Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan
alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih
kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan
jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

b. Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.
Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang
disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan
proses menyimpan dan mengambil barang.

c. Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran
dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan
mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga
memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

d. Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.
Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan
alat-alat yang tahan panas akan rosak.

e. Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada
alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor
perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.
f. Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak
bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu
di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

g. Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan
dan pengguna.

Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

• Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

• Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian
bawah rak simpanan.

• Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke
bawah.

• Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering
sebelum di simpan bagi mengelak karat.

• Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh
menyebabkan kecederaan kepada kita.

• Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.
Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain
tunggu di luar.

• Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering
sebelum di simpan bagi mengelak reput.

• Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat
kuasa.

• Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

• Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

h. Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita
ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani
perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat
dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina
dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi
dengan mudah.

i. Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan
pendidikan jasmani mudah rosak.

Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru
yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita
perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan
barang-barang pendidikan jasmani rosak.

Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut
contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

- See more at: http://www.zairedin.com/2010/11/pengurusan-stor-pendidikan-


jasmani.html#sthash.faEj9VVc.dpuf

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

You might also like