Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

BELAJAR BERMAIN CATUR

Terjemahan buku Terry Marris Disember 2004

ISI KANDUNGAN

1. King dan Queen


2. Rook
3. Bishop
4. Pawn
5. Knight
6. Cara Bermain

PENGENALAN

Catur ialah permainan peperangan. Anda mempunyai buah-buah catur iaitu King, Queen dan
Knights (Kuda). Setiap buah catur mempunyai cara pergerakan khusus. Anda perlu buah-buah
catur musuh untuk melemahkan pertahanan pihak lawan. Target anda adalah untuk menyerang
buah King pihak lawan sehingga ia tidak boleh membuat sebarang pergerakan pada papan
catur.

Permainan catur bermula di India pada kurun ke-5 dan sekarang ianya telah dimainkan di
seluruh dunia. Kini terdapat pertandingan catur di peringkat kelab, peringkat negeri, peringkat
kebangsaan dan peringkat dunia untuk mencari pemain catur terhandal.

Kebolehan bermain catur adalah satu kemahiran yang dipandang tinggi untuk kemasukan ke
universiti kerana pemain catur mampu untuk memberi tumpuan, berfikir secara logik dan
mampu menyelesaikan masalah.

1
PAPAN CATUR

Dua orang pemain akan duduk berhadapan antara satu sama lain.

Peraturan :

Petak putih pada papan catur mesti berada di sebelah kanan pemain.

Petak putih di sebelah kanan pemain.

Petak putih di sebelah kanan pemain.

2
QUEEN

Buah Queen adalah buah yang kedua tertinggi dalam set catur. Ianya berbentuk tiara yang
tajam hujungnya seperti dalam gambar.

Peraturan :

Buah Queen mesti bemula di petak tengah paling belakang mengikut warna buah.

Buah Queen hitam berada di petak hitam.

Buah Queen putih berada di petak putih.

Buah-buah catur Queen hitam dan putih mesti bermula dengan kedudukan bertentangan pada
papan catur.

INGAT! Buah putih sentiasa memulkan pergerakan pertama.

3
Pergerakan

Buah Queen boleh bergerak ke mana-mana petak secara lurus dan menyerong (garisan lurus)
selagi tidak ada buah catur lain yang menghalang pergerakannya. Buah Queen tidak boleh
digerakkan melompati buah catur yang lain.

Pergerakan Queen

4
KING

Buah King adalah buah catur yang paling tinggi dalam set catur. Biasanya ia mempunyai tanda
palang di kepalanya. Tiara yang mempunyai tanda palang mewakili buah King seperti dalam
gambar.

Peraturan :

Buah King bermula di petak tengah barisan belakang dan berada di sebelah buah Queen.

Buah King berada di sebelah buah Queen.

Buah King berada di sebelah buah Queen.

Buah-buah King hitam dan putih mesti berada pada kedudukan bertentangan antara satu sama
lain.

5
Pergerakan

Buah King hanya boleh bergerak satu petak pada satu masa di mana-mana arah.

Pergerakan Buah King

6
PERMAINAN 1

Satu Queen dan dua King.

Peraturan :

Lambung syiling dan tentukan siapa yang bermain buah putih.

Susun papan dan buah catur dengan buah King putih, Queen putih dan King hitam seperti
gambar di bawah.

Kedudukan permulaan.

Peraturan :

Buah putih sentiasa melakukan pergerakan pertama terlebih dahulu.

Pemain menggerakkan buah catur secara bergilir-gilir.

7
CHECK

Peraturan

Sekiranya anda menggerakkan buah catur anda menyerang secara terus pada buah King pihak
lawan anda mesti menyebut CHECK!

Check

Serangan dilakukan oleh Queen Putih secara menyerong ke arah King Hitam kerana buah
Queen Putih boleh bergerak pada garisan petak tersebut untuk menyerang King hitam. Pemain
buah Queen Putih mesti menyebut CHECK!.

8
Peraturan

Sekiranya buah King anda telah dicheck oleh pihak lawan, anda mesti menggerakkan buah King
anda ke petak yang selamat pada pergerakan anda seterusnya.

Pemain buah hitam menggerakkan King ke petak yang selamat.

Anda boleh menggerakkan buah King ke petak yang selamat.

9
Queen putih digerakkan ke sebelah King hitam. Pemain buah putih perlu sebut Check!

Sekarang giliran pemain buah hitam.

Check

10
Kedudukan Check. Giliran buah Hitam.

Pemain Buah Hitam boleh mengalahkan Queen Putih dan tidak dicheck dengan cara :

Gerakkan King hitam ke petak Queen putih. (King hitam mengalahkan Queen putih)

Queen putih akan terkeluar dari permainan.

King hitam ‘makan’ Queen putih

11
Peraturan :

Buah-buah King tidak boleh berada pada petak yang bersebelahan antara satu sama lain.

Buah-buah King tidak boleh berada bersebelahan.

Ini adalah kedudukan yang paling dekat untuk kedua-dua buah King bertemu pada papan catur.
Mesti ada sekurang-kurangnya satu petak kosong di antara kedua-dua buah King.

12
Kedudukan Check. Giliran buah Hitam.

King Hitam mesti digerakkan supaya tidak dicheck.

King hitam tidak boleh ‘makan’ Queen putih kerana Queen putih dilindungi oleh King putih.
Ingat! King Hitam dan King Putih tidak boleh diletakkan bersebelahan. Maka, King Hitam tiada
pilihan lain selain bergerak ke petak lain untuk selamat dari dicheck.

13
CHECKMATE

Checkmate ialah kedudukan di mana buah King telah dicheck dan tidak dapat bergerak ke
mana-mana petak lain untuk melepaskan diri.

Checkmate

King Hitam tidak boleh bergerak ke King Hitam tidak boleh bergerak ke
petak ini kerana ia akan dicheck oleh petak ini kerana buah King tidak
Queen Putih. boleh berada bersebelahan.

Checkmate Checkmate

14
STALEMATE

Kedudukan : Giliran buah Hitam. King Hitam tidak dicheck dan tidak dapat bergerak ke mana-
mana petak kerana akan dicheck oleh pihak lawan.

Stalemate

Tidak boleh bergerak ke sini – Check! Tidak boleh bergerak ke sini – Check! Tidak boleh bergerak ke sini – Check!

Stalemate Stalemate Stalemate

Peraturan :

Anda tidak boleh mengerakkan King anda untuk dicheck oleh pihak lawan.

Sekiranya ianya adalah giliran anda untuk menggerakkan buah dan anda tidak boleh
menggerakkan King anda ke mana-mana petak tanpa dicheck oleh pihak lawan, maka
perlawanan telah tamat. Ianya dikira seri. Keadaan ini dipanggil STALEMATE.

15
CUBALAH BERMAIN!

1) Susun buah catur seperti di muka surat 7.


2) Tentukan siapa bermain buah Putih dan buah Hitam.
3) Buah putih memulakan permainan.
4) Gerakkan buah catur secara bergilir-gilir.
5) Putih menang sekiranya dapat checkmate Hitam dalam 20 langkah atau kurang.
6) Hitam menang sekiranya Putih tidak dapat checkmate Hitam dalam 20 langkah atau
kurang.
7) Ianya seri sekiranya Hitam tidak dapat menggerakkan King tanpa dicheck (stalemate).
8) Main dalam 4 pusingan.
9) Bergilir-gilir bermain buah Putih.

TIPS :

Putih – Gerakkan Queen hampir dengan King Hitam supaya ia tidak dapat bergerak jauh,
kemudian gerakkan King anda selangkah demi selangkah untuk membantu Queen.

Selamat mencuba dan semoga anda seronok bermain!

16
ROOK

Buah Rook kelihatan seperti Castle (Istana).

Peraturan :

Setiap pemain mempunyai 2 Rook.

Rook bermula di petak paling hujung pada papan catur.

Kedudukan Rook pada permulaan permainan.

17
Pergerakan : Rook boleh bergerak secara menegak atau melintang sama ada ke depan atau ke
belakang pada papan catur.

Pergerakan Rook

18
Buah King akan mudah dicheckmate sekiranya dua buah Rook berada di hujung papan.

Checkmate

19
PERMAINAN 2

Dua Rook dan Satu King

Susun papan catur dengan dua Rook Putih dan satu King Hitam. Mulakan permainan dengan
King HItam berada di petak tengah dan Rook putih berada di kedudukan permulaan.

Kedudukan buah catur untuk Permainan 2

Tentukan pemain yang bermain buah Putih. Putih memulakan permainan. Gerakkan buah
secara bergilir-gilir. Putih menang sekiranya Hitam berjaya dicheckmate dalam 10 langkah atau
kurang. Main dalam 4 pusingan. Bergilir-gilir bermain buah Putih.

TIPS :

Putih – paksa King Hitam untuk bergerak ke tepi papan selangkah demi selangkah.

20
PERMAINAN 3

Satu Rook dan dua King

Susun papan catur dengan King Hitam, King Putih dan Rook putih berada pada kedudukan
normal (permulaan permainan). Putih menang sekiranya King Hitam dapat dicheckmate dalam
25 pergerakan buah putih atau kurang. Main dalam 4 pusingan.

Checkmate

21
BISHOP

Bishop biasanya mempunyai alur pada salah satu bahagian tepi atasnya. Bentuk bishop ialah
seperti dalam gambar.

Peraturan :

Setiap pemain mempunyai 2 dua bishop.

Bishop bermula di petak bersebelahan King dan Queen.

Kedudukan Bishop pada permulaan permainan.

22
Pergerakan :

Bishop boleh bergerak menyerong secara lurus sahaja seperti dalam gambar. Bishop yang
bemula pada petak hitam sekiranya digerakkan akan berada di petak hitam juga. Begitu juga
sekiranya bermula dengan petak putih, ia akan berada di petak putih juga.

Pergerakan Bishop.

23
King pihak lawan boleh dicheckmate oleh dua Bishop dan King di sudut papan catur.

Checkmate

24
PERMAINAN 4

Dua Bishop dan dua King

Susun papan catur dengan dua Bishop Putih, King Putih dan King Hitam sepeti dalam gambar.

Kedudukan permulaan buah catur untuk Permainan 4.

Tentukan siapa yang bermain buah Putih. Putih memulakan permainan. Gerakkan buah catur
secara bergilir-gilir. Putih menang sekiranya Hitam berjaya dicheckmate dalam 30 langkah atau
kurang. Main dalam 4 pusingan. Bergilir-gilir untuk bermain buah Putih.

TIPS :

Putih – paksa King Hitam bergerak ke sudut papan selangkah demi selangkah.

25
PAWN

Pawn adalah buah catur terkecil dan ringkas dalam set buah catur.

Peraturan :

Setiap pemain mempunyai 8 Pawn.

Pawn bermula di petak hadapan King dan Queen.

Kedudukan buah Pawn pada permulaan permainan.

26
Pergerakan :

Buah Pawn biasanya boleh bergerak satu petak sahaja pada satu masa tetapi ia boleh
digerakkan dua petak pada pergerakan pertamanya. Pawn tidak boleh bergerak secara
berundur.

Pergerakan Pawn.

27
Peraturan :

Buah pawn yang berjaya sampai ke petak barisan belakang pihak lawan boleh ditukar kepada
buah Queen atau mana-mana buah yang diingini oleh pemain.

Buah Pawn ini telah berjaya sampai ke petak barisan belakang pihak lawan. Ia ditukar kepada
buah Queen.

Buah Pawn ditukar (naik pangkat ) kepada buah Queen.

Seorang pemain boleh mempunyai lebih daripada satu buah Queen di atas papan catur pada
masa yang sama. Anda boleh menggunakan Rook yang diterbalikkan sebagai mewakili Queen
sekiranya tiada buah Queen yang boleh digunakan pada masa itu.

28
Peraturan :

Buah Pawn biasanya boleh mengalahkan buah pihak lawan dengan menggerakkannya ke
hadapan catur secara menyerong.

Pawn Putih mengalahkan Rook Hitam.

29
Peraturan :

Buah Pawn boleh mengalahkan (‘makan’) buah Pawn lawan yang bergerak dua petak pada
pergerakan pertamanya sekiranya buah Pawn lawan itu berhenti pada kedudukan selari
dengannya. Pergerakan ini dipanggil en passant (in passing).

Pawn putih mengalahkan Pawn Hitam

30
PERMAINAN 5 – PERMAINAN PAWN

Susun papan catur dengan dua baris buah Pawn seperti dalam gambar.

Kedudukan permulaan untuk Permainan 5.

Tentukan siapa yang bermain buah Putih. Putih memulakan permainan. Gerakkan buah catur
secara bergilir-gilir. Anda menang sekiranya :

- Anda berjaya mengalahkan semua buah Pawn pihak lawan.


- Buah Pawn anda berjaya sampai ke barisan belakang pihak lawan.
- Pihak lawan tidak boleh menggerakkan buah caturnya (legal move) tetapi anda boleh.

Permainan tamat sekiranya ;

- Kedua-dua pemain bersetuju untuk keputusan seri atau


- Kedua-dua pemain tidak boleh mengerakkan buah catur (legal move)

31
KNIGHTS

Buah Knight adalah berbentuk kuda.

Peraturan :

Setiap pemain mempunyai dua buah Knight.

Buah Knight bermula di petak bersebelahan buah Rook.

Kedudukan buah Knight pada permulaan permainan.

32
Pergerakan :

Buah Knight bergerak dengan mmbentuk huruf L iaitu;

- Dua petak ke hadapan (atau belakang) kemudian satu petak ke bahagian tepi ATAU
- Satu petak ke hadapan (atau belakang) dan dua petak ke bahagian tepi.

Pergerakan Knight.

33
Peraturan :

Buah Knight adalah satu-satunya buah catur yang boleh melompat di atas buah catur yang lain.

Knight boleh melompat dia atas buah catur yang lain.

Dalam gambar di atas, Knight Putih telah bergerak melompat buah Pawn di hadapan mereka
tanpa menggerakkan Pawn. Namun, buah pawn mesti digerakkan terlebih dahulu sekiranya
ingin menggerakkan buah yang lain seperti Bishop dan Rook.

34
PERMAINAN 6

Setiap pemain mempunyai 2 Rook dan 1 King.

PERMAINAN 7

Setiap pemain mempunyai 2 Bishop dan 1 King.

PERMAINAN 8

Setiap pemain mempunyai 2 Knights dan 1 King.

PERMAINAN 9

Setiap pemain mempunyai 1 Queen dan 1 King.

PERMAINAN 10

Setiap pemain mempunyai 2 Knight, 2 Bishop dan 1 King.

PERMAINAN 11

Setiap pemain mempunyai 1 Queen, 2 Rook dan 1 King.

35
CARA BERMAIN

RANKS DAN FILES

Petak melintang dipanggil rank dan petak menegak dipanggil file. Petak menyerong seperti
dalam gambar dipanggil diagonal.

Setiap petak mempunyai label tersendiri. Rank dilabelkan menggunakan nombor bermula dari
nombor 1 hingga 8 di bahagian petak putih pada papan. File dilabelkan dengan huruf a hingga
h.

Petak putih pada sebelah kanan dipanggil h1.

Bahagian buah Putih sebelah kiri dipanggil Queen’s-side dan bahagian sebelah
kanan dipanggil King’s-side.

Bahagian Queen’s-side ialah bahagian di mana kedua-dua Queen bermula.

36
NILAI BUAH CATUR

Setiap buah catur mempunyai bersamaan dengan buah Pawn.

Buah catur Simbol Nilai


Queen Q 9
Bishop B 3
Knight N 3
Rook R 5
Pawn P 1

Buah Knight dan Bishop bersamaan dengan nilai 3 Pawn. Rook lebih bernilai daripada Bishop.

King adalah beyond value.

37
MENYERANG, MENGALAHKAN DAN BERTAHAN

Tujuan utama permainan ini ialah untuk mengalahkan King pihak lawan. Anda boleh
melemahkan pertahanan pihak lawan dengan mengalahkan (‘makan’) buah-buah caturnya.

Dalam diagram berikut, Rook Putih boleh mengalahkan Bishop Hitam.

Rook Putih boleh bergerak ke c5, d5 atau e5. Ia tidak boleh bergerak ke g5 atau h5. Tetapi, ia
boleh mengalahkan (‘makan’) Bishop Hitam di f5. Bishop Hitam terkeluar dari papan permainan
dan Rook menggantikan tempatnya.

38
Rook Putih dalam diagram dibawah juga boleh mengalahkan Bishop di petak f5 tetapi mungkin
pemain tidak mahu kerana Knight menjaga Bishop.

Sekiranya Putih mengalahkan (makan) Bishop, Knight Hitam akan mengalahkan (makan) Rook
Putih di petak f5. Putih boleh menukar Rook kepada Bishop. Rook mempunyai nilai 5 pawn
sementara Bishop hanya bernilai 3 Pawn. Oleh itu, Putih akan kehilangan nilai 2 Pawn.

Semua buah catur mengalahkan (‘makan’) buah catur lain sama dengan cara pergerakan
mereka kecuali buah Pawn. Buah Pawn bergerak kehadapan tetapi ‘makan’ buah catur lain
secara menyerong.

39
CASTLING

Castling ialah menggerakkan King ke posisi selamat dengan menukar tempat dengan buah Rook
dalam satu pergerakan.

King digerakkan dua petak menghala ke arah Rook dan Rook digerakkan melepasi King dan
diletakkan pada petak di sebelah King. Ini dikira sebagai satu pergerakan.

Sekarang King berada di kawasan selamat dan Rook boleh menyertai perlawanan. Pergerakan
ini boleh dilakukan di kedua-dua bahagian.

Anda boleh castle sekiranya;

- Kedua-dua King dan Rook belum pernah digerakkan.


- King tidak berada dalam kedudukan check, tidak akan dicheck sekiranya melakukan
pergerakan dan tidak melompat petak yang dicheck.

40
MENANG, KALAH DAN SERI

Sekiranya satu buah catur menyerang King dan King dicheck, anda mesti melepaskan diri
sekiranya boleh. Anda tidak boleh melakukan pergerakan yang menyebabkan anda akan
dicheck.

Gambar di bawah menunjukkan King Hitam telah dicheck dan tidak boleh bergerak. Ini dipanggil
checkmate dan Putih menang perlawanan.

41
Sekiranya giliran Putih yang bergerak dalam gambar, Putih akan mengerakkan Queen ke petak
g7 : CHECKMATE!

Dan sekiranya giliran Hitam untuk bergerak...buah Hitam tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Semua petak yang King Hitam boleh pergi telah diserang. Harus diingat, King Hitam tidak boleh
bergerak ke petak dan dicheck, walaupun giliran Hitam untuk bergerak. Situasi ini dipanggil
Stalemate dan permainan telah tamat. Ianya adalah SERI.

Anda juga boleh mendapat keputusan SERI sekiranya ;

- Kedua-dua pihak tiada buah catur yang mencukupi untuk checkmate. Contohnya; King
vs King, K vs K+N atau K vs K+B atau K+N+N.
- Posisi yang sama diulang dalam permainan sebanyak 3 kali (dengan pergerakan yang
sama).
- Setelah 50 pergerakan (50 pergerakan oleh Putih dan 50 pergerakan oleh Hitam) tanpa
sebarang tangkapan (makan) dilakukan dan tanpa mengerakkan Pawn.

Kadang-kadang bila berlaku keadaan di mana satu pihak melakukan satu siri serangan check
dan pihak lawan tidak dapat melepaskan diri. Ini kadang kala dipanggil sebagai perpetual check,
tetapi ia adalah draw by agreement (kedua-dua pihak bersetuju untuk seri).

42
Sekiranya anda telah kehilangan banyak buah catur dan anda tahu bahawa pihak lawan akan
menang anda dibenarkan untuk menyerah kalah. Ini dipanggil resign.

SIKAP BERMAIN CATUR

Sekiranya anda telah menyetuh buah catur anda mesti menggerakkan buah catur tersebut.
Sekiranya anda mengerakkan buah catur dan melepaskannya, gerakan itu tidak boleh ditarik
balik.

ANgkat buah catur hanya apabila anda sudah pasti di mana hendak meletakkannya dan
lakukannya secara terus.

Letakkan buah catur di tengah-tengah petak. Sekiranya anda ingin menyentuh buah catur tetapi
tidak berniat untuk menggerakkannya, sebut I adjust (atau j’adoube) sebelum anda menyentuh
buah cater tersebut.

Bersalamlah sebelum bermain dan selepas permainan tamat. Sentiasa senyap dan duduk
dengan tenang. Jangan melakukan apa-apa perbuatan yang mungkin mengganggu konsentrasi
pihak lawan. Perkataan yang anda boleh sebut hanyalah chech, checkmate atau I resign.

PERINGKAT PERMAINAN CATUR

Pada peringkat awal,pergerakan buah catur di barisan belakang di bawa ke hadapan dipanggil
sebagai opening. Semasa opening, anda haruslah cepat mengeluarkan buah catur anda untuk
mendapat kawalan dalam permainan.

Peringkat seterusnya ialah middlegame, di mana semua buah catur sudah dikeluarkan dan
menyerang. Kawal bahagian tengah dan cuba mengalahkan buah pihak lawan (tanpa nilai atau
dengan pertukaran nilai) dan cuba untuk checkmate King dengan menyerangnya.

Peringkat terakhir ialah endgame. Pada peringkat ini banyak buah catur telah ditukar dan
kedua-dua pihak boleh mengharap untuk memaksa checkmate pihak lawan. Kedua-dua pihak
juga berusaha untuk menukar (promote) Pawn masing-masing untuk mendapat kelebihan utuk
menyerang King pihak lawan.

LANGKAH SETERUSNYA

Anda akan semakin pandai bermain catur dengan rajin berlatih!

SEMOGA BERJAYA!

43

You might also like