Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 230

Pengenalan tentang tempat pelancongan di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dan istimewa. Di Malaysia terdapat banyak
tempat pelancongan dan tempat bersejarah yang menarik untuk dijadikan destinasi
pelancongan kepada pengunjung sama ada pengunjung tempatan atau pelancong asing. Hal ini
kerana Malaysia mempunyai alam semulajadi yang indah dan unik.

Kedudukan Malaysia sebagai sebuah semenanjung yang menganjur dari tanah besar Asia
memberikan satu keistimewaan yang tersendiri. Tambahan pula, Malaysia dikelilingi oleh Laut
Cina Selatan dan Selat Melaka. Oleh itu, Malaysia mempunyai pantai yang bersih dan memutih
seperti Pantai Teluk Chempadak di Pahang , Pantai Chenang di Langkawi dan sebagainya.

Pantai yang terdapat di Malaysia


Di samping itu, negara kita juga mempunyai pulau-pulau yang indah yang menjadi destinasi
pelancongan para pelancong. Pulau-pulau yang terdapat di Malaysia seperti Pulau Pangkor,
Pulau Perhentian di Terengganu dan lain-lain lagi.

Pulau yang indah di Malaysia

Kawasan pergunungan dan tanah tinggi di Malaysia juga dimajukan oleh kerajaan Malaysia
untuk dijadikan destinasi pelancongan yang menarik. Antara contoh tanah tinggi di Malaysia
ialah Tanah Tinggi Cameron Highlands, Bukit Fraser, Bukit Bendera dan sebagainya.

Tanah Tinggi yang dijadikan sebagai destinasi pelancongan

Selain itu, Malaysia juga mempunyai dan mengekalkan tempat-tempat yang bersejarah yang
ditinggalkan semasa penjajahan kuasa asing pada zaman dahulu. Tempat-tempat bersejarah
kini juga telah dijadikan sebagai destinasi pelancongan yang menarik supaya para pelancong
boleh lebih memahami tentang tempat-tempat bersejarah di negara kita. Antara contoh bandar
bersejarah ialah Bandar raya Bersejarah Melaka dan Georgetown.

Contoh tempat pelancongan dan tempat bersejarah di Malaysia


Kesimpulannya, Malaysia memang merupakan sebuah negara yang boleh dijadikan destinasi
pelancongan para pelancong tempatan dan pelancong asing. Banyak lagi tempat-tempat akan
diperkenalkan lagi supaya orang ramai dapat lebih mengetahui dan memahami tempat-tempat
pelancongan di negara kita.Tempat-tempat pelancongan dan bersejarah ini harus kita pelihara
bersama-sama agar dapat mengekalkan keindahan dan keunikan Malaysia.

😱[GILA!] 12 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi View Macam Overseas ✈.

Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?

Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di
luar negeri tu.
Kredit :blinkthasn.blogspot.my
Saya Nak Tahu
 1Selfie Sakan – Macam Di Bolivia
 2Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun
 3Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia
 4Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)
 5Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)
 6Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England
 7Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand
 8Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea
 9Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis
 10Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika
 11Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai
 12Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja
Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.
Jom tengok satu-satu.

Selfie Sakan – Macam Di Bolivia


Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana
langit, mana bumi.

Kredit :www.sini.com.my
Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.

Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.
Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In
The Sky.

Kredit :www.facebook.com
Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.
Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
Kos : RM 65 (15 orang ke atas)
Cara datang: Contact FB Calvin Ho

Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun

Kredit :chillout-soulout-freakout.blogspot.my
Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang
bermusim, ada yang sepanjang tahun.

Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.
Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.

Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia


Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.
Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.

Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara
tempat yang famous.
Kredit :mauhorng.com
Bezanya kita ada lembuuuu ….
Kredit :mauhorng.com
Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
Kos : Percuma

Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia


Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke Kundasang.

Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi
bajet cuma ke cukup ke Sabah.
Kredit :angugulife.com
Satu yurt boleh muat 4 orang. Tapi tak sesuai untuk keluarga atau honeymoon ya?

Sebab memasak sendiri. Yurt pun mungkin berbau sebab cuaca sejuk tapi lembab.

Aihh .. kata nak rasa jadi Monggol kejap?

Lokasi : Kundasang, Sabah


Kos : RM 300 satu yurt
Cara Ke Sini : Tempah di MrSabah

Kagum Tengok Rumah A Shape (Macam Di Australia)


Nak tengok orang surfing di Bondi Beach, Sydney sambil makan fish and chips tepi laut?

Maaf. Malaysia belum ada tarikan tahap begitu. Tapi kalau setakat rumah homestay gaya rumah
pantai Australia, boleh lah ke tempat menarik Melaka ini.
Kredit :www.facebook.com
Ini Masbro Paya Rumput. Satu rumah boleh muat sampai 6 orang.
CUBA NI JUGA : 😰 Omai! Ini Rahsia 3 Tempat Percutian Popular Malaysia (Yang
Hangpa Tak Tahu)

Rumah dalam kawasan berpagar. Siap dengan microwave, air-cond dan peti sejuk.
Nak mandi ada swimming pool.

Lokasi : Paya Rumput, Melaka


Kos : RM 280 sebuah rumah
Cara Ke Sini : Tempah di Masbro Village
Apa? Melaka panas?

Kalau nak rasa lebih sejuk, datang yang di Sabah ini.


Kredit :www.panoramio.com
Tapi ini untuk yang suka adventure. Sebab ini tempat camping. Sejuk nya? Adohai tak perlu
cerita lah bila pagi-pagi.

Cuma harganya… batuk! batuk!

Lokasi :Mount Kinabalu Training Camp, Sabah


Kos : RM 680++
Cara Ke Sini: Tempah di Airbnb

Jimat Duit Pi Pulau Gojes (Macam Di Maldives)


Ramai isteri yang buat suami pecah hati sebab asyik cakap — bila lah kita nak pi Maldives
bang?

Adek sayang, kalau setakat suasana laut macam Maldives, ada kat Malaysia.

Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai nampak dasar laut – macam Maldives.
Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya.

Jadi kita ambil contoh sikit saja.

Kredit :www.facebook.com
Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Dalam negeri Pahang ni.

Ingat Pahang asyik Cameron sahaja ye?


Lokasi : Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Kos : Dari RM 750++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Mersing, Johor
Kalau Terengganu, ada Pulau Redang.
Dah kat sini, buat apa lagi? Menyelam lah.
Lokasi : Laguna Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu
Kos : Dari RM 700++ sebilik
Cara Ke Sini: Naik bot dari Jeti Syahbandar, Kuala Terenggganu.
Kalau Sabah, jangan cakaplah. Banyak pulau dan pantai yang menganga kita tengok. Sebab
airnya aduhai mempesona sungguh.

Jadi kita ambil sikit saja contoh kawasan Sabah yang macam Maldives — Bohey Dulang.
Kredit :www.beritabaru.info
Pulau Bohey Dulang ini tak ada resort. Cuma orang datang untuk tengok pemandangan yang
macam kat bawah ni …

Kredit :www.borneoholidays.com.my
Nak ke sini, kena cergas sebab nak daki bukit. Dan kos pun tak murah. Tapi pemandangan
memang lumayan.

Lokasi : Pulau Bohey Dulang, Sabah


Kos : RM 600++ satu bot
Cara Ke Sini: Ambil bot di jeti Sempoerna.

Rasa Makan Scones Sambil Cakap Sejuknya – Macam Di England


Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau
setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat.

Ini 2 contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England.
Dan yang kat bawah .

Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam …


Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya?

Lokasi : 30th Mile Ringlet, Bertam Valley, Cameron Highlands


Kos : RM 78 untuk minum petang
Cara Ke Sini : Tempah di Lakehouse
Nak lebih class? Satu lagi hotel gaya British di Cameron. Tapi ini jauh lebih mewah sebab di
bawah YTL.

Ada yang nak piknik?


Lokasi : Tanah Rata, Cameron Highlands
Kos : RM 500
Cara Ke Sini : Tempah bilik di Cameron Highlands Resort
Cukup je dua. Walaupun sebenarnya ada banyak lagi yang gaya macam di England.
Menangis Tengok Gunung Hijau – Macam Di New Zealand

Kredit :www.thegoodsonjourney.com
Tu – brader tu kat Malaysia tau. Bukan New Zealand.

Sebab sama macam England, banyak tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand.

Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Left memang perkara enteng!

Kredit :www.facebook.com
Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan
pemandangan gunung dan kabus.

CUBA NI JUGA : Ini Hotel Butik Penang Yang Awesome Untuk Bajet Bawah RM 150 --
Chulia Heritage 😰

Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Terbaek dari
ladang.
Lokasi : Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah
Kos : RM 5
Cara datang: Contact FB Desa Dairy Farm
Yang di atas itu ladang.

Yang ini pula kawasan Kampung Himbaan, Bundu Tuhan, Ranau Sabah — Hounon Ridge
Farmstay & Camping yang sangatlah femes.

Kredit :theruka.com
Duduk minum teh petang-petang.
Kredit :www.facebook.com
Lokasi : Hounon Ridge Farmstay & Camping, Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau,
Sabah
Kos : RM 160++ (rumah utk 4 orang)
Cara datang: Contact FB Hounon Ridge
Ada yang hampir sama kat Kluang, Johor.

Cuma tak berkabus. Dan gunung tak sehebat di Sabah.


Dan bukan lembu New Zealand. Tapi kambing.
Kredit :www.facebook.com
Lokasi : Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13, Jalan Batu Pahat
Kluang
Kos : RM 48 seorang (tour 3 jam)
Cara datang: Contact Laman UK Agro Resort

Rasa Demam Kpop – Macam Di Korea


Dulu demam Winter Sonata. Lepas tu demam Running Man.

Sekarang demam sebab selalu makan meggi saja sebab menabung nak pergi ke Korea.

Tak mampu tak mengapa. Jom cuti-cuti Malaysia kat tempat ini.
Kredit :adibfoto.blogspot.my
Kata orang macam di Manami Island.
Kredit :adibfoto.blogspot.my
Sayangnya yang datang, perangai tak macam orang Korea. Tapi macam orang Malaysia.

Akibatnya, sampah dah mula bersepah.

Lokasi : Taman pokok Rhu di Pantai Senok, Tawang, Bachok, Kelantan


Kos : Percuma

Minum Kopi, Layan Bangunan Cantik – Macam Di Perancis


Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih. Sebab tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya.

Namanya Colmar Tropicale.


Kredit :www.flickr.com
Cuaca lebih sejuk dari di KL. Jadi, ada sikit rasa macam di Perancis.
Kredit :www.flickr.com
Siap dengan clown busking kat tengah jalan.
Kredit :www.flickr.com
Bila sudah ke sini, pakai baju sejuk. Lepas tu lilit shawl.
Kredit :aldevaran.wordpress.com
Macam brader sorang ni.

Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia


Kos : RM 60 seorg
Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Tidur Dalam Teepees – Macam Di Amerika


Tempat menarik di Port Dickson ini macam Amerika — zaman koboi lawan Red Indian.
Kredit :hepymoments.blogspot.my
Nak merasa tidur dalam khemah Red Indian boleh. Nak naik kuda boleh.

Siapa yang dah ke sini angkat tangan!

Lokasi : Eagle Ranch Resort, Port Dickson


Kos : RM 150 ++
Cara Ke Sini: Tempah dengan Eagle Ranch Resort
Langut Tengok Kurma – Macam Di Dubai

Kredit :panoramio.com
Kali ini kita pergi ke destinasi macam di Timur Tengah. Sebab siap ada pokok kurma yang segar
bugar.

Ini Masjid Al-Bukhari di Alor Setar, sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
Kredit :bigdogdotcom.wordpress.com
Bila dah datang, jangan selfie saja. Masuk solat ye?

Lokasi : Masjid Albukhary, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah


Kos : Percuma

Nganga Tengok Air – Macam Di Kemboja


Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang out of this world yang selalunya ada di Kemboja. Dan
beberapa tempat istimewa lain di dunia.

Tapi jarang nampak di Malaysia — ombak laut jadi biru.


Kredit :kaki.sini.com.my
Pemandangan ini ada terjadi di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak.

Ada juga di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan,
fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai lain di Miri.
Efek ini jadi bila malam. Kata orang, sebab plankton.

Jadi, nak tanya.

Antara banyak-banyak tarikan Malaysia kat atas itu, mana satu yang buat hangpa kagum sangat?
Destinasi

43 Tempat Percutian Menarik di Malaysia

Oleh Ihsan Nasir Pada April 24, 2016

23.6k
SHARES
FacebookTwitter
“Ada tak tempat menarik selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti?”

Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat
menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita
dapat kepuasan penuh semasa bercuti.

Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat
menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita
dapat kepuasan penuh semasa bercuti.

Hasil dari misi peribadi saya mencari tempat penginapan luarbiasa semasa bercuti nanti, saya
telah menyusun senarai 43 tempat percutian menarik di Malaysia.
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan
berlainan.

Mungkin anda mencari pengalaman bermalam diatas kapal, camping dibawah langit malam
dihias bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah
disentuh manusia, pasti boleh anda alami di salah satu resort yang tersenarai di bawah.

Kandungan [tunjuk]

43. Villaku, Pahang

Villaku Residences yang terletak di Balok Kuantan ini merupakan dua villa yang telah
digabungkan menjadi satu.

Setiap Villa boleh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang peribadi yang tersendiri.

Lokasi dan rekebentuk Villa yang menarik membuat tempat ini ideal untuk bercuti bersama
keluarga, rakan-rakan atau boleh digunakan untuk majlis seperti perkahwinan tepi pantai.
Apabila anda sudah puas mandi swimming pool, anda boleh ke pantai yang hanya beberapa
langkah dari laut yang tenang.

Alamat: Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang.

Telefon: +6019 266 9669

Facebook: Villaku Residence

Instagram: Villaku Residence

Laman Web: villakuresidence.com.my

42. Tadom Hill Resort, Selangor


Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga yang berbaloi untuk bercuti bersama
rakan–rakan, Tadom Hill Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.

Anda boleh menjumpai Tadom Hill Resort di Banting Selangor. Jika anda sedar resort ini
sudahpun menjadi viral di media sosial.
Ini kerana pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet
terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh
dijumpai di sana. Nak mengelakkan panas matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada
disitu.

Alamat : Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia

Telefon :

 Reception (9am – 10pm) – +6012 522 5908


 Reservation (9am – 5pm) – +6012 522 5728

Facebook : Tadom Hill Resort

Instagram : Tadom Hill Resort

Laman Web : tadomhillresorts.com

41. Fig Tree Hill, Pulau Pinang


Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama
keluarga. Hanya 15 minit drive dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda
lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Alamat : Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Telefon : +6019 362 0270

Facebook: Fig Tree Hill Resort

Instagram: Fig Tree Hill Resort

Laman Web: figtreehill-resort.com

40. Sailors Rest, Pahang


Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda perlu ke Sailor’s
Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang
tamu yang tersendiri.
Jika tidur diatas air bukan didalam agenda anda, anda boleh memilih untuk bermalam di chalet
atau berkelah di kawasan kemah yang disediakan.

Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Telefon : +6012 360 9227 | 603-4292.7036

Laman Web: sailorrest.com

39. Casabrina Villa, Pahang


Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang
merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu.

Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta
alam yang mengutamakan keselesaan.

Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang
menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.

Telefon : +6016 980 3222

Facebook: Casabrina Villa’s

Instagram: Casabrina Villa’s

Laman Web: casabrina.net

38. Malihom, Pulau Pinang

Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal
semasa anda disana, Malihom Retreat mungkin apa yang anda carikan.
Malihom Retreat pulau pinang ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti
yang menarik dekelilingi pokok-pokok hijau.

Alamat : Kiri N/t 168 Bukit Penara Mukim 6, Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia

Telefon : +604 261 0190

Facebook: Malihom Retreat

Instagram: Malihom Retreat

Laman Web: malihom.com

37. Idaman House, Pahang


Idaman House ini terletak di Tanarimba Janda Baik, hanya 35 kilometer dari pusat bandar Kuala
Lumpur.

Untuk Pencinta Alam Semulajadi, Janda baik mempunyai spektrum spesis tumbuhan dan
hidupan liar yang luas.
Di sini anda dapat rumah persendirian 5 bilik yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Dari
balkoni bilik anda akan melihat pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia. Sesuai
untuk Weekend Getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 20750 Kampung Bukit Tinggi, Pahang,

Telefon: +603 2730 9988

Laman Web: avillionprivatecollection.com

36. Masbro Village, Melaka


Kepada suka bergambar, ini mungkin destinasi terbaik untuk anda. Terletak di kawasan Paya
Rumput Melaka, Masbro Village ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa
dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia.

Hotel Butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan
penginapan anda selesa.
Hanya 7 kilometre dari pusat bandar bersejarah Melaka, tempat ini bagus jika anda menjari
tempat picturesque yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di melaka.

Alamat : Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka

Telefon : +6013 313 6872

Facebook: Masbro Village

Instagram: Masbro Village

35. Philea Resort, Melaka


Philea resort merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik yang terletak di Durian
Tunggal Melaka. Resort ini merupakan salah satu pilihan popular apabila orang
mencari penginapan di Melaka.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah kolam renang, sauna, kelab kanak-kanak,
pusat kecantikan, padang golf dan spa. Resort ini juga berhampiran dengan Zoo Melaka.

Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75350 Melaka, Malaysia

Telefon : +606 289 3399

Facebook: Philea Resort

Instagram: Philea Resort

Laman Web: phileahotel.com.my

34. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor


Templar Park Rainforest Retreat ini menjadi destinasi utama pilihan pelancung luar Negara yang
mencari destinasi Eco Tourism yang tidak jauh dari Bandar Kuala Lumpur.
Hanya 40 minit memandu dari pusat bandar, resort yang terletak di tengah-tengah hutan simpan
Kancing ini memberi anda peluang untuk lari dari kesibukan bandar tanpa berjalan jauh. Sesuai
untuk percutian hujung minggu yang singkat.

Alamat : 24, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Telefon : +6012 220 5033

Facebook: Templer Park Rainforest Reserve

Instagram: Templer Park Rainforest Reserve

Laman Web: tprr.net

33. Desa Balqis, Melaka


Desa Balqis menawarkan peluang untuk anda bermalam di rumah kampung melayu tradisional
yang terletak di tepi pantai.
Terletak di Kuala Tinggi Melaka, tempat penginapan menarik ini sesuai untuk mereka yang
mencari resort yang luas untuk beristirehat bersama keluarga yang bertema tradisional melayu
sambil menikmati suasana bercuti di tepi pantai.

Alamat : Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

Telefon : +60 3-4022 7728

Facebook: Desa Balqis

Instagram: Desa Balqis

Laman Web: desabalqis.com

32. Tanah Aina Farouq, Pahang


Lagi satu destinasi percutian popular yang bertemakan Eco Tourism adalah Tanah Aina Farouq
Raub Pahang.

Anda boleh pilih untuk bermalam di dalam bilik persendirian atau jika anda lebih
suka adventure anda boleh bermalam di dalam kemah yang disediakan.
Selain dari Tanah Aina Farouq Ada 3 lokasi lain dibawah urusan Tanah Aina iaitu:

 Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong Pahang


 Tanah Aina Farhana di Desaru Johor
 Tanah Aina Fareena di Karak Pahang

Alamat : Tanah Aina Farouq – Lot 798, Jalan Tras Raub Pahang

Telefon : +603 5512 1006

Facebook: Tanah Aina Farouq

Instagram: Tanah Aina Farouq

Laman Web: tanahaina.com

31. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan


Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun
Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian.

Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan
orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di
dusun ini.
Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu
dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia.

Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini,
hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.

Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Facebook: The Dusun

Instagram: The Dusun

Laman Web: thedusun.com.my

30. Limas Tiga, Melaka


Lagi satu lokasi percutian suasana kampung tradisional yang lengkap dengan segala kemudahan
moden. Resort Limas Tiga Umbai, Melaka ini pasti memukau sesiapa yang memilih untuk
bermalam di sini.
Homestay peribadi yang dikhaskan untuk tetamu beragama Islam ini hanya mengambil masa
perjalanan 2 jam dari Kuala Lumpur.

Resort ini dibahagikan kepada 3 rumah yang berasingan dan setiap rumah mempunyai 2 bilik
tetamu yang luas. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, bilik karaoke dan
Wifi.

Alamat : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka

Telefon : +6012 623 7687

Facebook: Limas Tiga

Instagram: Limas Tiga

Laman Web: limastiga.blogspot.my

29. Sekeping Serendah, Selangor

Mencari villa mewah dengan rekabentuk moden yang terletak ditengah-tengah hutan? teruskan
pengembaraan anda ke resort Sekeping Serendah. Disini terdapat 10 pondok moden yang dibina
di kawasan hutan tropikal seluas 5 ekar.
Tetamu dapat tidur didalam chalet yang berkonsep terbuka supaya mereka dapat menghayati
dengan sepenuhnya pengalaman berehat ditengah hutan. Anda tidak perlu risau digigit nyamuk
kerana setiap katil disediakan dengan kelambu.

Alamat : Sekeping Serendah, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah (N3.368050 E101.631150,)

Telefon : +6012 324 6552

Facebook: Sekeping Serendah

Instagram: Sekeping Serendah

Laman Web: sekeping.com

28. The Shorea, Negeri Sembilan


Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, Port Dickson adalah tempat pertama yang muncul
di minda. Tidak ramai tahu tahu tentang permata yang tersembunyi di negeri tersebut.

The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam
semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya.

Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina resort ini adalah
kayu yang telah dikitar semula.
Di sini terdapat 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semulajadi.

Selain daripada berehat didalam suasana resort yang mewah, anda juga berpeluang untuk
melakukan aktiviti seperti, mountain biking, jungle treking, nature walk dan mandi di air terjun
Jeram Toi.

Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : +6017 300 5600

Facebook: The Shorea


Instagram: The Shorea

Laman Web: theshorea.com

27. Tubotel, Langkawi

Bilik yang diperbuat dari pembentung simen makin menjadi trend dunia pelancungan tempatan.
Jika anda berada di langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur didalam silinder simen anda
boleh ke Tubotel Langkawi.
Hotel yang terletak di Pantai Cenang ini mempunyai 17 buah bilik dan anda boleh pilih sama ada
anda mahu menghadap taman atau laut.

Jika anda mencari sesuatu yang lebih konventional, terdapat 2 bilik biasa utuk pilihan
anda. Tubotel hanya 10 minit dari pantai cenang dan 35 minit dari pekan kuah.

Alamat : Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

Telefon : +6014 240 7022

Facebook: Tubotel Langkawi

Instagram: Tubotel Langkawi

Laman Web: tubotel.com

26. Time Capsule Retreat, Pahang


Time Capsule Retreat ini terletak di Raub Pahang dan telah berjaya mengubahsuai paip
pembentung simen menjadi bilik yang selesa. Setiap satu bilik terdapat penghawa dinginya
tersendiri.
Untuk aktiviti anda boleh jelajah kawasan ini menaiki ATV, mandi di Air Terjun berdekatan,
jalan di jambatan gantung, dan jungle trekking.

Disamping itu, sungai lembing mempunyai banyak tempat menarik seperti museum tin mining
Sungai Lembing dan Ladang Rusa.

Alamat : Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Telefon : +013 963 8888

Facebook: Time Capsule Retreat

Instagram: Time Capsule Retreat

Laman Web: timecapsuleretreat.com

25. The Container Hotel, Kuala Lumpur


Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah
suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam
bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon : +603 2110 4388

Facebook: Container Hotel Kuala Lumpur

Instagram: Container Hotel Kuala Lumpur

Laman Web: containerhotel.my

24. Bustel Klebang, Melaka


Biasanya kita risau tertido dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi
kali ini anda boleh tido dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap
bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.

Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia

Telefon : +6019 741 4113

Facebook : Bustel Klebang

Instagram : Bustel Klebang

23. Seaventures Dive Resort, Sabah


Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik,
tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan
Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi
menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini
diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.

Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota
Kinabalu, Sabah 88000

Telefon : +60 88 251 669 | +60 17 811 6020

Facebook : Seaventures Dive Resort

Instagram : Seaventures Dive Resort

Laman Web : seaventuresdive.com

22. Capsule by Container Hotel, Selangor


Flight Delay memaksa anda bermalam di KLIA? bagus sekarang anda ada alasan untuk
menginap di Capsule by Container Hotel KLIA. Hotel yang mendapat ilham dari Capsule Hotel
yang banyak ditemui di Tokyo, memberi pegunjung peluang untuk berehat di dalam bilik capsule
yang kecil.
Anda boleh memilih untuk menyewa bilik ini untuk 3, 6 atau 12 jam. Selain tempat tidur,
Capsule Hotel ini juga menyediakan bilik mandi jika anda mahu menyegarkan diri sebelum
penerbangan anda.

Alamat : Lot 1, 2 & 3, Gateway, Terminal KLIA2, 64000 Sepang, Selangor

Telefon : +603 7610 2020

Facebook : Capsule by Container

Instagram : Capsule by Container

Laman Web : capsulecontainer.com

21. Canopy Tribes, Johor


Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam
“Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api
untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti,
berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV.

Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park
yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.

Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.

Telefon : +6018 786 5152 | +6019 733 9866

Facebook : Canopy Tribes

Instagram : Canopy Tribes

Laman Web : canopytribes.com

20. Caravan Serai, Pahang


Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah,
sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau.

Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau
merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan
berenang di Riverpool.

Alamat : Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

Telefon : +603 7972 3655

Facebook: Caravan Serai

Instagram: Caravan Serai

19. Eight Acres, Pahang


Eight Acres Raub Pahang ini mendapat namanya dari keluasan tanah dimana resort ini didirikan.
Dibina dengan konsep eko pelancongan, pemilik resort ini berharap ia dapat meningkatkan
kesedaran cinta alam setiap orang yang mengunjung ke resort ini.
Drive ke sini hanya mengambil masa 1 jam 50 minit, menjadikan Eight Acres satu destinasi ideal
untuk orang yang mecari tempat percutian yang dekat dengan bandar Kuala Lumpur.

Jika anda berpeluang untuk menginap di Villa ini, anda akan nampak unsur-unsur melayu
tradisional pada setiap sudut dan setiap bilik dilengkapi dengan permainan tradisional seperti
congkak, carom, dan mah-jong.

Jika anda sedang merancang road trip bersama rakan-rakan, anda mungkin mahu mencadangkan
Villa ini kepada meraka kerana Villa ini boleh memuatkan seramai 30 orang sekali.

Alamat : Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang

Telefon : +603 7877 5048

Facebook: Eight Acres

Instagram: Eight Acres

Laman Web: eightacres.net

18. Casa Titik, Pahang


Nak rasakan macamana bercuti di villa sama seperti yang dilihat di sepanyol? Tunggu dulu
jangan beli tiket kapal terbang tu lagi, datang saja ke Casa Titik Pahang untuk pengalaman ala
“Spanish Villa”.

Casa Titik Resort ini boleh di jumpai di Kuantan Pahang dan ia terletak bersebelahan dengan
pantai Cherating.
Ia merupakan sebuah Homestay Villa yang sesuai dijadikan tempat mengadakan acara seperti
family day atau team buiding.

Villa ini mempunyai 10 bilik tetamu yang luas dan dilengkapi dengan dapur jika anda
mahu memasak bersama keluarga. Disamping itu, Villa ini juga mempunyai kolam renang dan
Jacuzzi.

Untuk aktiviti, anda boleh menunggang kuda, berjalan santai di pantai atau menjamu selera di
gerai makanan berdekatan.

Alamat : Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating,
26080 Kuantan, Pahang

Telefon : +6019 938 9620 | +609 581 9284

Facebook: Casa Titik

Instagram: Casa Titik

Laman Web: casatitik.com

17. Belum Eco Resort, Perak


Belum Eco Resort, yang terletak di Gerik Perak, adalah resort yang dibina di atas pulau kecil di
tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan simpan Belum-Temengor Forest Reserve.

Tasik Belum merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di perak. Jenis penginapan di sini
terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan Boat House.
Aktiviti di sini termasuk lawatan ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau
Besar, memancing, berkayak, dan melihat burung.

Alamat : 25, Hala Rasi Jaya 7, Taman Rasi Jaya, 31450 Menglembu, Perak, Malaysia.

Telefon : +6012 524 9184

Facebook: Belum Eco Resort

Laman Web: belumecoresort.com.my

16. D’Ark Resort, Pahang


D’Ark resort terletak di Janda Baik, Pahang. Tempat ini menjadi destinasi utama syarikat
mengadakan acara berkumpulan seperti team building, konvensyen dan staff training sambil
bercuti.
Landskap hijau luas dan air sungai jernih mengalir membuat anda lupa stress di bandar.

Antara aktiviti yang disediakan untuk pengujung adalah berkelah, Jungle Trekking, memancing
dan permainan tradisional seperti congkak, karom dan sepak takraw.

Alamat : Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang,

Telefon : 09 233 0031 | 09 233 0193

Facebook: D’Ark Training Resort

Instagram: D’Ark Training Resort

Laman Web: darkresortjandabaik.blogspot.my

15. Terrapuri Heritage Village, Terengganu


Pernahkah anda melihat rumah kampung melayu tradisional Terrenganu? Di Terrapuri Heritage
Village bukan saja and boleh melihat keunikan seni bina klassik orang utara, anda juga boleh
menginap di sebuah rumah kampung Terengganu klassik.

Terrapuri apabila diterjemah ke bahasa kita bermaksud “bumi istana”. Terrapuri Heritage Village
ini terletak di kampung mangkuk Setiu, Terrenganu.
Anda dapat melihat pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas dihadapan anda dan
pada hari yang terang, anda boleh melihat Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

Untuk menambah kepada senarai panjang sebab-sebab anda patut menginap di resort ini ialah 5
minit dari resort ini terdapat kawasan penyu terlindung dan jika anda bernasib baik anda
mungkin dapat melihat penyu bertelur.

Anda juga boleh memilih untuk menyertai lawatan memancing atau scuba diving yang diaturkan
oleh ejen yang didapati dikawasan berdekatan dengan resort ini.

Alamat : Kampong Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu

Telefon : +609 624 5020 | +609 631 2081

Facebook: Terrapuri Heritage Village

Instagram: Terrapuri Heritage Village

Laman Web: terrapuri.com


14. Rumah Rehat Adeline, Perak

Rumah Rehat Adeline terletak di Kampung Gerutum berdekatan denang Sungai Itik, Pahang dan
hanya 7 km dari Bandar Gopeng. Disini anda boleh bermalam didalam pondok atap nipah.
Terdapat dua gua berdekatan Gua Tempurung dan Gua Kandu dan pihak resort menyediakan
pakej Tour Guide jika anda berminat untuk meneroka gua tersebut. Selain daripada itu, terdapat
banyak aktiviti menarik yang lain seperti wet abseiling, white water rafting di sungai Kampar,
menaiki ATV, dan bermain paintball.

Alamat : 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

Telefon : +605 359 2833 | +6010 366 7113

Facebook: Rumah Rehat Adeline

Instagram: Rumah Rehat Adeline

Laman Web: rumahrehatadeline.com

13. Kuang Kampong Retreat, Kuala Lumpur

Rindu suasana kampung tapi tak larat nak memandu balik, tidak mengapa, Kuang Kampong
Retreat boleh menjadi pengganti. Terletak di Sungai Buloh anda hanya perlu memandu selama
30 minit untuk sampai ke tempat ini.
Di reka oleh pasangan suami-isteri arkitek, tempat kelusan 3350 kaki ini dibina oleh kayu dan
batu dengan kampas semulajadi. Kayu yang di kitar semuala ini diambil dari istana lama kuala
lipis dan di bina semula oleh tukang bina yand dibawa dari Kelantan.

Kuang Kampung Retreat boleh menempatkan seramai 7 orang dan mempunyai 3 bilik yang
terdiri dari 1 bilik utama dan 2 bilik tetamu.

Tempat ini juga sesuai untuk acara istimewa seperti perkahwin, hari jadi atau majlis peribadi.

Alamat : Lorong Orkid, Kuang, 47000 Sungai Buloh, KL, Malaysia

Instagram: Kuang Kampong Retreat

Laman Web: avillionprivatecollection.com

12. The Hut, Melaka


Lagi satu tempat percutian yang berunsurkan tradisonal melayu yang berjaya masuk ke senarai
ini adalah The Hut Melaka.

Rumah yang dibina oleh kayu yang dikitar semula bersama atap nipah menambah kepada
suasana kampung melayu asli. Tetamu dapat menikmati pemandangan sawah padi, dan jeti
nelayan di Pantai Siring.
Di sini sama seperti rumah sendiri, ada kemudahan basuh baju, memasak dan dapur yang
lengkap untuk segala yang diperlukan untuk memasak.

Setiap bilik di lengkapkan dengan penghawa dingin, shower air panas, TV, dan katil yang
selesa. Di luar ada kolam renang untuk kanak-kanak dan tempat BBQ.

Jika anda nak merasa ikan bakar yang terbaik di Melaka, anda boleh ke Medan Ikan Bakar yang
boleh dijumpai berhampiran dengan resort. TheHut hanya 25 minit sahaja dari Bandar Melaka.

Alamat : M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Telefon : +6012 320 2611

Facebook: The Hut

Laman Web: thehutmalaysia.blogspot.my

11. The Kabin, Selangor


Kalau anda akan ke Pantai Remis Selangor, rugi kalau tak bermalam di The Kabin. Ia baru saja
dibuka pada tahun 2014 dan tempat ini unik kerana ia merupakan hotel yang diperbuat oleh
kontena lama yang telah diubah suai.

Kemudahan yang disediakan untuk pelanggan adalah kolam renang, tempat khas untuk BBQ,
perkhidmatan Sewa Basikal, dan Bilik Karaoke.

Alamat : The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.

Telefon : +60332640578 | +60176783825

Facebook: The Kabin

Instagram: The Kabin

Laman Web: thekabin.com.my

10. Fishing Bay Resort, Johor


Fishing Bay Resort ini terletak di Mersing dan mempunyai keluasan 1.2 hektar. Tempat ini amat
sesuai untuk keluarga yang mencari tempat percutian menarik di tepi pantai.
Aktiviti di sini juga banyak, tetamu dapat menikmati sukan pantai seperti memancing, berkayak,
snorkeling, dan anda juga boleh mengambil bot ke Pulau Gajah untuk meneroka Gua yang boleh
dijumpai di atas pulau itu.

Alamat : 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan, Malaysia

Telefon : +607 799 6753 | +6012 712 6753

Facebook: Fishing Bay Resort

Instagram: Fishing Bay Resort

Laman Web: fishingbayresort-mersing.com

9. Trata Leka, Johor


Terletak di Parit Jawa Muar, Trata Leka menjanjikan pengunjungnya suasana percutian yang
santai.

Rumah yang dijumpai di sini telah dibawa dari kampung yang berhampiran dan dipasang semula
di tempat ini, mengekalkan semua ciri-ciri asal rumah kampung melayu asli.

Alamat : Lot 3554, Kampong Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, 84150 Muar,
Johor

Telefon : +603 9285 2548

Facebook: Trata Leka

Instagram: Trata Leka

8. Sipadan Water Village, Sabah


Pernahkah anda melihat rumah berunsur seni reka kaum Bajau? Kalau jawapanya tidak anda
boleh menjumpai rumah tersebut di Sipadan Water Village Resort, Sabah.

Terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu ciri unik
yang terdapat pada seni bina kaum Baju ini adalah mereka akan membina rumah mereka
mengunakan bumbung pelepah.
Aktiviti yang menjadi tarikan ramai di sini adalah Scuba Diving. Pulau Mabul dan Sipadan
terkenal sebagai destinasi Scuba Diving bertaraf dunia. Terdapat banyak spesis ikan exotik, batu
karang dan penyu.

Alamat : TB 231, Lot 8, P.O.Box 62156, 91031 Tawau, Sabah

Telefon : +608 975 1777

Facebook: Sipadan Water Village

Instagram: Sipadan Water Village

Laman Web: swvresort.com


7. Tok Aman Bali Beach Resort,
Kelantan

Jarang kita dengar Kelantan disebut sebagai destinasi percutian popular di Malaysia. Walau
bagaimanapun, jika dicari pasti akan dijumpai dan di Kelantan terdapat resort yang menarik
bernama Tok Aman Bali Beach Resort.

Resort yang terletak di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh merupakan resort bertaraf 4 bintang dan
hanya 50 kilometer saja dari Bandar Kota Bharu.
Apakah resort tanpa pantai betul? Disini anda juga dapat menikmati keindahan pantai yang pasir
putih yang santai.

Di tengah – tengah resort ini anda akan jumpa kolam renang yang luas dan berhampiran terletak
sebuah bilik permainan kanak-kanak yang serba lengkap membuat tempat ini ideal untuk
keluarga yang mencari tempat menginap semasa berada di Kelantan nanti.

Alamat : Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak, 16700 Pasir Puteh, Kelantan

Telefon : +609 691 8899

Facebook: Tok Aman Bali Beach Resort

Instagram: Tok Aman Bali Beach Resort

Laman Web: tokamanbali.com.my

6. Awan Mulan, Negeri Sembilan


Tersorok diatas bukit di Negeri Sembilan anda boleh jumpa sebuat rumah rehat istimewan
bernama Awan Mulan. Semua bilik dibina untuk membawa rasa seperti anda berada di rumah
sendiri.
Setiap rumah dilengkapkan dengan peralatan memasak dan tempat khas untuk BBQ disediakan.

Anda boleh pilih untuk berenang di Jungle Pool atau Sky Pool sambil menikmati pemandangan
hutan.

Alamat : Kampung Baru Pantai, Jalan Jelebu,, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon : +60 13 367 0767

Facebook: Awan Mulan

Instagram: Awan Mulan

Laman Web: awanmulan.com

5. Mutiara Resort Taman Negara, Pahang


Mutiara Resort Taman Negara ini terletak di Taman Negara Pahang. Tempat percutian ini sesuai
untuk pencinta alam yang suka aktiviti lasak.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, mendaki gunung,
meneroka gua, canopy walk dan kesemua aktiviti berikut boleh diatur di Pusat Pelancongan
Taman Negara.
Ketika disini nanti, ambil kesempatan untuk belajar sedikit tentang budaya Orang Asli dengan
melawat perkampungan mereka yang berhampiran.

Kebanyakan Chalet disini diperbuat oleh Kayu dan setiap Chalet dilengkapkan dengan Tandas
peribadi, Air Panas dan pengering rambut. Ada Chalet yang datang skali dengan ruang tamu dan
dapur.

Alamat : Kuala Tahan Jerantut, 27000 Pahang Darul Makmur, Malaysia

Telefon : +609 266 3500

Facebook: Mutiara Resort Taman Negara

Instagram: Mutiara Resort Taman Negara

Laman Web: mutiaratamannegara.com

4. Villa Danialla, Kelantan


Mencari alasan untuk bercuti ke Kelantan? Selepas melihat kecantikan Villa Danialla yang
terletak di Bachok ini cukup sebab untuk anda ke sana.

Bebas dari hiruk-pikuk Bandar, Villa Danialla sesuai untuk mereka yang mencari resort menarik
di Kelantan yang terletak di tepi pantai.

Dari pantai ini anda akan dapat lihat laut cina selatan terbentang luas di hadapan anda.
Ada sepuluh jenis bilik yang berlainan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

Pihak resort juga boleh menolong anda membuat daytrip ke pulau perhentian dari resort ini yang
termasuk aktiviti snorkelling.

Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan

Telefon: +6013 961 6000

Facebook: Villa Danialla

Instagram: Villa Danialla

Laman Web: villadanialla.com

3. Daun Daun Chalet, Pahang


Di buka pada tahun 2012, Daun Daun chalet terletak di Janda Baik, Pahang. Pemilik chalet ini
memastikan yang keindahan alam sekitar dipelihara semasa penbinaan chalet ini.

Buat masa sekarang , anda boleh pilih untuk duduk dalam 4 jenis chalet yang berlainan bernama,
Daun 1, Daun 2, Daun 3 dan Daun Cottage. Kalau anda nak menjamu selera anda boleh ke Kopi
n Karf café untuk menikmati hidangan seperti Kuzi Ayam Kelantan, Popia Kemboja, dan Bakso.
Sebahagian dari duit yang anda bayar untuk menginap di chalet ini akan di gunakan untuk
membiayai rumah anak yatim Nur Zaharah yang terletak bertentangan dengan chalet ini.

Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang

Telefon: +6010 239 7400 | +6016 329 0124

Facebook: Danau Daun Chalets

Instagram: Daun Daun Chalets

Laman Web: danaudaunchalets.com

2. Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan


Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka
di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy.

Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native
American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.

Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara
berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga.
Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox,
rapelling, go kart dan memanah.

Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo
Port Dickson dan Pasir Pajang.

Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson

Telefon : . +06 6610 495 | +06 6610 829

Facebook: Eagle Ranch Resort

Instagram: Eagle Ranch Resort

Laman Web: eagleranch.com.my

1. Classic Malay Home, Kuala Lumpur


Untuk mengakhiri post ini, saya telah memilih The Classic Malay Home kerana saya rasa ramai
yang bekerja di bandar Kuala Lumpur tidak pernah merasa bermalam di dalam rumah kampung.

Ramai yang tidak tahu wujudnya sebuah rumah kampung tradisional melayu ditengah-tengah
bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.

Mungkin anda tidak akan nampak ayam berkeliaran atau apabila memandang luar tingkap tidak
kelihatan sawah padi terbentang luas, tapi anda hanya perlu naik LRT saja jika anda mahu
menginap di The Classic Malay Home ini.
Rumah dua bilik ini dilengkapi dengan segala kemudahan rumah moden dan boleh memuatkan 6
orang tetamu. Di sini juga terdapat Wifi, bagus jika mahu bercuti sambil menyiapkan kerja atau
membalas email.

Booking untuk The Classic Malay Home ini perlu dibuat melalui Air BNB. Jika anda
menggunakan laman web ini buat kali pertama, anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM80
keatas booking pertama anda dengan menggunakan Kod diskaun Air BNB ini.

Air BNB: Classic Malay Home


Destinasi

18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam

Oleh Mai Singgah Pada October 10, 2017

549
SHARES
FacebookTwitter

Mesti ramai tertanya-tanya apa itu glamping ya? Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang
unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan. Kebiasaannya
di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah
payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat
tidur yang selesa, itulah maksud glamping secara ringkasnya.

Namun, untuk setiap kawasan perkhemahan atau glamping, lain kelengkapan penginapannya dan
lain juga aktiviti yang ditawarkan untuk anda berseronok sepanjang waktu percutian. Nak tahu
apa yang berbeza dan apa yang seronok di tempat glamping menarik di Malaysia ni? Teruskan
membaca senarai di bawah.

Kandungan [tunjuk]
18. Canopy Tribes
Sumber: Canopy Tribes

Kawasan glamping Canopy Tribes terletak hanya 5 minit sahaja dari kawasan air terjun yang
terkenal di Kota Tinggi. Kalau dekat dengan kawasan air terjun itu maknanya kawasan sekitar
Canopy Tribes mestilah tak kurang hebat flora dan faunanya kan. Dikelilingi oleh hutan hujan
tropika, sangat banyak aktiviti yang boleh dibuat kalau berglamping di sini, memang takkan
bosan punyalah!
Sumber: Canopy Tribes

Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah meredah hutan, mendaki Gunung Panti, berbasikal,
berkayak, memandu ATV di sekitar kawasan hutan dan macam-macam lagi. Dah puas berpeluh
pada waktu siang, tiba sahaja waktu malam apa kata kalau ber‘campfire’ atau berbbq bersama
keluarga sambil melihat bintang. Anda tak akan bosan walau sesaat pun di Canopy Tribes.

Harga: 2H1M Dewasa RM150, Kanak-kanak RM120 | 3H2M Dewasa RM270, Kanak-kanak
RM230

Alamat: 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, Johor 81900

Baca: 13 Hotel Terapung Di Malaysia

17. Kahang Organic Rice Eco Farm


Sumber: KOREF

Kahang Organic Rice Eco Farm atau secara ringkasnya KOREF ini adalah sebuah destinasi
percutian yang menggabungkan perladangan dan ekopelancongan. Semua yang dihasilkan dari
ladang ini adalah secara organik.
Sumber: KOREF

Bayangkan pengalaman glamping yang anda dapat nikmati sekiranya ke sini. Persekitaran di sini
memang betul-betul kampung, sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda dapat melihat
ayam berkeliaran di sekitar kawasan, dengan bunyi kokokannya dan pemandangan menghijau
sawah padi, cukup indah.
Sumber: KOREF

Anda sekeluarga dapat merasai sendiri bagaimana padi ditanam dan dituai. Bukan itu sahaja
aktiviti di sini, anda juga boleh bermain flying fox, meredah hutan, berakit, memancing ikan dan
banyak lagi. Bila tiba waktu malam pula, anda boleh membawa keluarga ke Sungai Tambang
untuk menikmati kecantikan cahaya kunang-kunang yang terbang bebas di kawasan sungai
dengan menaiki bot.

Alamat: KM 43, Jalan Kluang – Mersing, 86 700 Kluang, Johor

16. Sekeping Serendah


Sumber: Sekeping Serendah

Tidak jauh dari Kuala Lumpur iaitu hanya dalam satu jam perjalanan sahaja, anda dapat
menikmati penginapan glamping di dalam alam semula jadi dengan penuh ketenangan dan
kelengkapan.
Sumber: Sekeping Serendah

Sebuah rumah dengan konsep terbuka, dimana sahaja anda berada di dalam kawasan Sekeping
Serendah takkan pernah sunyi dari bunyi hutan hujan tropika yang mengelilingi penginapan ini.
Sumber: Sekeping Serendah

Untuk menikmati pemandangan hutan pun anda tak perlu keluar dari tempat anda bersantai,
seperti tarzan moden pula rasanya. Nak beraktiviti, anda boleh terus terjun sahaja ke dalam air
kolam yang disediakan ataupun bersantai di kawasan taman di sekitar sambil membaca novel
kegemaran anda. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah melawat Taman Orkid
Antarabangsa Serendah dan kawasan kampung orang asli yang terletak berdekatan. Pengalaman
penginapan yang cukup unik dan menyeronokkan.

Harga: Dari RM300 Semalaman

Alamat: Chalet, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah, Kuala Lumpur, KL

15. Caravan Serai


Sumber: Caravan Serai

Caravan Serai menawarkan penginapan seperti villa, bilik suite dan khemah safari. Sekiranya
anda inginkan kolam untuk diri anda sendiri dan tak kisah untuk bayar lebih,
pilihlah penginapan di villa.
Sumber: Caravan Serai

Tapi kalau ingin betul-betul bersatu dengan alam sekitar, tak lain tak bukan, bemalam di khemah
safari adalah pilihan yang tepat.
Sumber: Caravan Serai

Khemahnya cukup luas dan lengkap dengan tandasnya sendiri. Kalau dah bercuti tu tak akan nak
duduk diam je kan, jangan risau, memang banyak aktiviti yang ditawarkan di sini, dari berenang
di kolam renang yang diairi air sungai hinggalah memandu ATV di kawasan hutan yang
mencabar.

Harga: Dari RM224 Semalaman

Alamat: Jalan Tras, 28700, Bentong Town, Pahang

14. The Sticks


Sumber: The Sticks

Tendok adalah nama yang diberikan untuk penginapan-penginapan yang ditawarkan di The
Sticks Kuala Kubu Baru. Apa maksud ‘tendok’ tu? Tendok adalah gabungan perkataan ‘tent’
dengan pondok. Bila kita fikirkan pondok, mesti sekaligus dengan alam semula jadi sebagai latar
belakang kan? Di sinilah anda dapat merasai pengalaman sebenar bermain pondok-pondok
bertemankan panorama indah kawasan sekitar.
Sumber: The Sticks

Antara penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah buluh yang terletak di bawah lindungan
pokok, tendok di tepi sungai yang mana anda boleh melalui laluan khas untuk terus sahaja ke
kawasan sungai dan banyak lagi jenis-jenis penginapan yang lain mengikut citarasa anda
sekeluarga.

Harga: Dari RM140 Semalaman

Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

13. Tanah Aina Fahad


Sumber: Tanah Aina

Tanah Aina Fahad tak pernah sunyi dari bunyi air terjun yang sangat menenangkan jiwa
ditambah lagi dengan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora. Keseronokan bermalam
di Tanah Aina Fahad bukan sahaja kerana keindahan kawasan sekitarnya, tapi juga kerana
kesempurnaan kawasan resort ini yang direka bentuk dengan indah dan dalam kondisi yang
sangat terjaga.
Sumber: Tanah Aina

Antara penginapan yang terdapat di sini adalah King Tent, Queen Tent dan Normal Tent, namun,
khemah King dan Queen kelihatan lebih seperti kabin dan lebih selesa daripada khemah Normal.
Sumber: Tanah Aina

Berkaitan aktiviti di sini, anda sekeluarga boleh beriadah dengan meredah hutan, bermandi-
mandi di kawasan sungai dan banyak lagi yang mampu merapatkan hubungan keluarga. Untuk
makan pula, sarapan yang disediakan dinikmati di ruang makan di bawah pokok besar di sini
ditemani bunyi air sungai yang mengalir deras dan kicipan burung. Terbukti, Tanah Aina Fahad
adalah sebuah lokasi percutian yang cukup sempurna.

Harga: Dari RM465 Semalaman

Alamat: Tanah Aina Fahad – Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang

12. Sailor’s Rest Resort


Sumber: Sailor’s Rest Resort

Sailor’s Rest Resort ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian
600 meter dari aras laut, bayangkanlah kesegaran udara yang dapat dihirup di sini. Penginapan
yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung,
tepuk dada, tanya selera, suasana yang bagaimana anda inginkan semasa cuti ini.
Sumber: Sailor’s Rest Resort

Selain daripada itu, yang menjadikan Sailor’s Rest Resort ini seronok untuk dijadikan kawasan
percutian bersama keluaraga adalah keindahan tamannya yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan
bunga-bungaan yang menyegarkan pandangan. Selain itu, anda boleh makan buah-buahan segar
terus daripada pokok manggis dan pokok durian yang terdapat di sini, tapi kena tunggu musim
buah dahululah ya.

Harga: Glamping RM90/pax

Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Baca: 12 Resort Menarik Di Melaka

11. Walai Penyu Resort


Sumber: Walai Penyu Resort

Walai Penyu Resort ini terletak bersebelahan dengan Taman Pulau Penyu, Pulau Selingan.
Penginapan yang ditawarkan di sini adalah khemah-khemah yang memiliki pemandangan air laut
yang membiru.
Sumber: Walai Penyu Resort

Dengan menjadikan resort ini sebagai tempat untuk menghabiskan hari-hari percutian anda
sekeluarga, anda dapat menyelami kehidupan sebenar masyarakat kampung di sini yang banyak
menjadikan penangkapan ikan dan pembuatan bot dan jala sebagai sumber pencarian utama.
Sumber: Walai Penyu Resort

Satu suasana yang begitu harmoni untuk dilihat. Namun, tarikan utama di Walai Penyu Resort ini
adalah peluang untuk anda melihat kawasan pembiakan penyu yang terdapat di pesisir pantai.

Harga: Dari RM486 Semalaman

Alamat: Pulau Libaran, Sandakan

10. Tubotel Langkawi


Sumber: Tubotel

Tubotel Langkawi adalah sebuah penginapan unik yang menawarkan bilik tidur di dalam
ruangan berbentuk silinder yang berwarna-warni dan juga kontena. Kecomelan penginapan di
sini boleh membuatkan anda tak henti-henti bergambar sebaik sahaja sampai.
Sumber: Tubotel

Walaupun kecil-kecil sahaja ruangan bilik-bilik di sini, anda boleh menyimpan barangan di
bawah katil dan turut memiliki ruang untuk soket. Di samping itu, ia juga lengkap dengan kipas
kecil dan pendingin hawa.

Sumber: Tubotel
Bukan itu sahaja, anda juga disajikan dengan pemandangan indah kawasan laut atau pantai. Apa
lagi yang diinginkan? Ruang santainya juga lengkap dengan kerusi malas untuk anda berehat
menikmati bayu laut. Percutian yang cukup chill, simple dan lengkap.

Harga: Dari RM40 Semalaman

Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi

9. Mount Kinabalu Holiday Camp

Sumber: Sharif Putra

Siapa yang tak teringin mendaki Gunung Kinabalu? Puncak yang tertinggi di Malaysia ini pasti
menjadi idaman ramai peminat aktiviti lasak. Kalau dah sampai di puncaknya ini, jangan lupa
bermalam di pondok-pondok kayu comel berbentuk segi tiga di Mount Kinabalu Holiday Camp.
Sumber: Amzari

Pemandangan dari kawasan kem ini sangat indah dengan gunung-ganang dan langit yang
membiru. Yang syoknya lagi, bekalan elektrik dan vending machine pun ada dekat sini. Selain
itu, sambil-sambil menikmati pemandangan di sini anda boleh berbbq dengan peralatan bbq yang
disediakan. Di samping itu, tidak jauh dari tapak kem percutian ini terletaknya tasik yang
terbesar di Sabah. Gunung Kinabalu dah pergi, tasik terbesar Sabah pun dapat singgah. Kan
best?

Harga: Dari RM260 Semalaman

Alamat: Mt Kinabalu Holiday Camp Hotel, Mamut, KM 8, Batu 2, Ranau, Sabah

8. Saujana Janda Baik Homestay


Sumber: Saujana Janda Baik

Sekiranya anda tertanya-tanya dimana untuk meluangkan masa percutian dalam alam semula jadi
dengan pemandangan bintang berkelipan yang jelas, Saujana Janda Baik Homestay adalah
jawapannya. Kedudukannya yang jauh dari kawasan bandar membuatkan langit malamnya dapat
memancarkan cahaya jelas daripada bintang-bintang dan bulan. Satu pemandangan yang sangat
mempesonakan, jadi, jangan lupa bawa teleskop kalau ke sini.
Sumber: Saujana Janda Baik

Di samping stargazing, anda juga boleh bermandi-manda di sungai yang terletak bersebelahan
dengan kawasan chalet di sini. Kalau nak lebih dekat dengan sungai ataupun di kawasan
kegemaran anda yang lain, anda boleh menyewa khemah yang disediakan. Selain itu, untuk
bersantai, anda boleh naik ke pondok di atas pokok untuk melihat pemandangan sekeliling
ataupun bermain permainan papan yang disediakan sambil menikmati minum petang.

Harga: Sewa Khemah RM50

Alamat: Lot 6989, Kampung Janda Baik, 28760 Bentong Pahang

7. Kanopi Villa Janda Baik


Sumber: Kanopi Villa

Kanopi Villa Janda Baik ini terletak di dalam kawasan hutan hujan di kaki bukit Genting
Highlands dan hanyalah 45 minit dari Kuala Lumpur. Bagi warga kota, kalau anda mengidamkan
suasana tenang dan segar, tak perlu cari jauh-jauh.
Sumber: Kanopi Villa

Khemah-khemah yang didirikan di sini menghidangkan pemandangan indah kawasan gunung-


ganang. Tiada perasaan yang lebih indah daripada bangun pagi dengan keindahan sebegini di
depan mata. Untuk aktiviti sepanjang penginapan pula, anda boleh menaiki ATV, memancing di
kolam yang terletak bersebelahan dengan khemah, bermain permainan papan, berbasikal di trek-
trek berdekatan ataupun trekking ke air terjun Bentong. Banyak sekali aktiviti menarik boleh
dibuat bersama keluarga.
Sumber: Kanopi Villa

Bukan itu sahaja, Kanopi Villa Janda Baik ini juga terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan
menarik yang lain seperti Taman Jepun, Ladang Arnab, Taman Rusa, kereta kabel, kolam air
panas, ladang strawberi dan bermacam lagi.

Harga: 2H1M Dewasa RM150, Kanak-kanak RM120 | 3H2M Dewasa RM290, Kanak-kanak
RM230

Alamat: Lot 25929 Kg Janda Baik, off Genting Sempah, Bentong, Kampung Janda Baik,
Pahang

6. Ant Beach Camp


Sumber: Ant Beach Camp

Ant Beach Camp adalah tapak perkhemahan yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai
atau lebih spesifik lagi, dalam 2 minit perjalanan kaki sahaja jaraknya. Sampai sahaja di Ant
Beach Camp ini anda boleh menyewa khemah, hammock dan peralatan-peralatan perkhemahan
lain untuk didirikan di sini.
Sumber: Ant Beach Camp

Bila lagi nak merasa camping yang realistik macam ini tanpa perlu keluarkan bajet lebih-lebih
kan? Di kawasan perkhemahan ini juga turut disediakan sumber air dan tandas, jadi jangan risau
tentang perkara-perkara kecil kalau bercadang nak ke sini.
Sumber: Ant Beach Camp

Di samping tempat perkhemahan, Ant Beach Camp turut menawarkan aktiviti-aktiviti yang
menarik seperti lawatan ke Pulau Redang dan Pulau Bidong, memanah, bermain bola pantai dan
banyak lagi.

Harga: RM10/pax

Alamat: Lot 3294, Jalan Gong Dato-Batu Rakit, Kampung Mengabang Telong. 21030, Kuala
Terengganu, Terengganu

5. Mongolian Yurt Sabah


Sumber: My Sutra

Mongolia? Sabah? Apa kaitannya? Untuk pengetahuan anda, Mongolian Yurt ini adalah struktur
rumah tradisional masyarakat nomad Mongolia. Yurt yang terdapat di Sabah ini didatangkan dari
negara Mongolia sendiri. Berapa lama tradisionalnya rekaan rumah ini? Ia telah wujud sejak
3000 tahun yang lampau, dan mampu melindungi anda yang menginap dari angin yang sejuk di
Kundasang.

Sumber: Borneo KK Free


Untuk aktiviti di sini, memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda
lepaskan, pemandangan bintang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11 malam dan ke
atas. Untuk waktu siang pula, anda dan keluarga boleh berbbq ataupun melawat ladang sayur-
sayuran yang terletak berdekatan. Tak sabar nak tahu bagaimana rasanya tinggal di dalam yurt
ini? Apa lagi, jom ke Sabah sekarang!

Harga: Dari RM170 Semalaman

Alamat: Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah

4. Chengal Hill Resort

Sumber: Wonderful Travel

Chengal Hill Resort ini terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian
900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin
seperti berada di kawasan berpendingin hawa lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22
darjah dan ke bawah.
Sumber: Chengal Hill

Jadi jangan lupa bawa pakaian yang sesuai, nanti susah pula nak tidur sebab menggigil
kesejukan.
Sumber: Wonderful Travel

Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet,
apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, anda boleh mencuba pelbagai
aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar,
berbasikal dan meredah hutan.

Harga: Glamping RM350/2 pax Semalaman

Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Pahang

3. Tanjung Inn
Sumber: Aman Pix

Tanjung Inn adalah sebuah penginapan yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai, lokasi
pun dah cukup best, bagaimana pula dengan tempat menginap?

Sumber: Aman Pix


Untuk menginap di sini, Tanjung Inn menyediakan khemah-khemah yang agak simple namun
dalam masa yang sama cukup selesa. Khemah-khemah ini terletak berdekatan dengan kolam-
kolam air.

Sumber: Aman Pix

Sekiranya anda sekeluarga menginap di sini, anda boleh meluangkan masa bersantai di taman
yang indah di sekitar penginapan dan mengatur aktiviti melihat kunang-kunang di kawasan
sungai berdekatan.

Harga: Khemah Dari RM60 Semalaman

Alamat: Jalan Cherating Lama, Kampung Cherating Lama, 26080 Cherating, Pahang

2. Time Capsul Retreat Pahang


Sumber: Time Capsul Retreat

Terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing, Time Kapsul Retreat Pahangmenyediakan


anda bilik-bilik tidur kapsul berbentuk silinder yang lengkap dengan katil bersaiz queen. Setiap
bilik di sini memberikan anda pemandangan hutan simpan yang menghijau.
Sumber: Time Capsul Retreat

Bergantung kepada bajet yang anda nak keluarkan untuk penginapan, lagi mahal, lagi luas
cermin di sekeliling bilik untuk anda menikmati keindahan flora di luar. Bilik-bilik tertentu juga
ada yang lengkap dengan jakuzi dan dek luaran untuk bersantai dan menikmati udara segar di
luar. Apa salahnya bayar lebih untuk satu pengalaman yang luar biasa sekali-sekali bercuti.

Harga: Dari RM139 Semalaman

Alamat: EB4 Belakang Sek Men, Sungai Lembing 26200

1. Tadom Hills Resorts


Sumber: Tadom Hill Resort

Bagi pencinta aktiviti air dan camping, Tadom Hill adalah destinasi yang tepat untuk disinggahi
semasa musim cuti. Di sini tersedia pelbagai jenis penginapan yang cun-cun dan berasaskan kayu
buluh yang akan memberikan anda sekeluarga rasa sejuk tak perlu nak berpendingin udara.
Sumber: Tadom Hill

Kan lagi sihat macam ni? Kalau dah puas bersantai di bilik penginapan anda, boleh terus terjun
ke dalam tasik dan mandi-mandalah anda sepuas hati.
Sumber: Tadom Hill

Aktiviti lain yang boleh dibuat di sini adalah seperti flying fox, memandu ATV, abseiling dan
banyak lagi. Sure meriah percutian anda di Tadom Hill Resorts ni!

Harga: Dari RM65 Semalaman

Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor


35 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan | Panduan Lengkap Bercuti Ke Negeri
Beradat

Oleh Mai Singgah Pada September 30, 2017

35
SHARES
FacebookTwitter

Kalau makanan pedas menjadi pilihan anda, tak perlu pertimbangkan lagi nak pergi atau tidak ke
Negeri Sembilan ni, di sinilah anda dapat makan masakan Minang yang memang terkenal
dengan kepedasannya ni. Jika makanan tak cukup untuk membuat anda sekeluarga datang ke
sini, anda pasti tertarik dengan pemandangan bangunan-bangunan yang unik yang terdapat di
sekitar dengan pengaruh Minangkabaunya.

Bukan itu sahaja, lokasinya cukup strategik berdekatan dengan KL dan Selangor. Untuk anda
yang datang dari jauh, Seremban, KL dan Selangor semuanya perlu dijadikan destinasi percutian
anda, masing-masing menawarkan kepelbagaian yang memeriahkan percutian anda sekeluarga.

Tak cukup menarik lagi? Atau masih tak percaya yang Negeri Sembilan ni hebat setaraf dengan
destinasi pelancongan yang lain? Baca dulu senarai tempat menarik di Negeri Sembilan ni,
jangan terkejut, banyak sebenarnya!

35. Pulau Burung

Sumber: Red GuestHouse


Berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri, Pulau Burung ini sangat menarik untuk anda
menikmati alam semula jadi hutan dengan pokok-pokok paya bakau yang tumbuh di sekitar
pulau kecil ini. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan platform jalan kaki yang disediakan dari
pesisir pantai PD hingga ke Pulau Burung. Jangan lupa bawa peralatan memancing sekali sebab
pulau ini juga tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.

Alamat: Pulau Burong, 71000, Negeri Sembilan

Baca: 32 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

34. Kompleks Muzium Negeri

Sumber: Jeritan Minda

Tak tahu nak mulakan perjalanan anda ke mana kalau dah sampai ke Negeri Sembilan? Apa kata
kalau ambil tahu tentang latar belakang negeri ini dulu? Baru sempurna rasanya bila dah tahu
perkara penting tentang negeri yang dilawati, jadi jom ke Kompleks Muzium Negeri!

Kompleks Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik
perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian
berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih
daripada sedekad.

Bahagian lain yang terletak di Kompleks Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang
mempamerkan banyak artifak dan info sejarah. Bahagian yang terakhir adalah Rumah Negeri
Sembilan yang memiliki informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri
Sembilan pada masa silam. Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.

Waktu Operasi: Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Khamis (8.15am – 1.00pm)
| Jumaat (10.00am – 12.15pm & 2.45pm – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Negeri, Jln Sungai Ujong, Seremban

33. Pantai Saujana

Sumber: Sebghin Travels

Dekat sahaja dengan Bandar Tentera Darat. Pantai Saujana merupakan pantai yang
berkepanjangan 1 km, dari pantai ini anda sekeluarga boleh berjalan kaki terus ke Pantai Cahaya
Negeri, syok berjalan-jalan menghirup udara segar sekitar pantai sambil bersembang bersama
keluarga mengenai rancangan percutian akan datang.

Apa lagi yang menarik di Pantai Saujana ni? Kalau anda datang pada malam Ahad, bolehlah
anda membeli-belah di pasar malam yang agak meriah di sini. Nak makan pula? Kedai makan
memang banyak berdekatan pantai ini, dari masakan Melayu hinggalah Western, tepuk dada,
tanya selera.

Alamat: Pantai Saujana, 71050, Negeri Sembilan

32. Muzium Diraja Seri Menanti

Sumber: Negeri Sembilan – Negeri Beradat

Unik dan klasik, bangunan Muzium Diraja Seri Menanti ini adalah pada asalnya sebuah istana
yang mula dibina pada tahun 1902, sebelum merdeka lagi tu, bila anda sekeluarga melangkah
kaki ke dalam Muzium Diraja ni, anda akan rasa seperti benar-benar tinggal di zaman itu. Mana
taknya, setiap sudut ruangan di dalam muzium ini tidak diubah sama sekali kedudukan barangan
di dalamnya, semuanya di dalam posisi sebagaimana semasa ia sebuah istana pada dahulukala.

Terbahagi kepada empat bahagian berbeza iaitu Balai Rong Seri iaitu tempat takhta dan
mengadap raja, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan akhir sekali Ruang Santapan. Pada ruangan-
ruangan ini anda dapat melihat juga pameran gambar-gambar yang berkaitan dengan kawasan
tersebut. Selalu tengok di dalam cerita klasik je kan, kali ni, depan mata sendiri.

Waktu Operasi: Ditutup Sementara | Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Diraja Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah

31. Jeram Toi

Sumber: Ain D’Casa Homestay

Jeram Toi telah diterokai oleh British pada tahun 1895 dan sejak itu ia menjadi sebuah lokasi
tarikan ramai untuk berkelah dan bermandi-manda. Air jernih yang mengalir di sungai ini dan
kawasan sekitarnya yang terjaga dengan baik menjadikan ia pilihan ramai orang pada hari cuti.

Selain itu, Jeram Toi turut memiliki dua buah kolam semula jadi, oleh itu, banyaklah pilihan
untuk anda sekeluarga berseronok. Bukan itu je, keseronokan bermandian di sini berganda-ganda
jadinya kerana terdapat beberapa gelongsor air yang diletakkan di kolam. Di samping ini semua,
kemudahan BBQ turut disediakan. Cukup sempurna untuk dijadikan tempat bersantai bersama
keluarga.
Alamat: Jeram Toi, Kampung Jelebu

30. Muzium Tentera

Sumber: Juleswings Militaria

Kalau anda nak tahu, Port Dickson sebenarnya turut dikenali sebagai Bandar Tentera Darat
kerana di sinilah ramai tentera darat telah dilantik dan dilatih di Pusat Latihan Asas Tentera
Darat, dekat sahaja dengan kawasan ini terletaknya Muzium Tentera yang memanggil-manggil
untuk dilawati. Muzium ini pernah memenangi banyak anugerah, salah satunya adalah Anugerah
Merit Pelancongan Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Mesti ada sebab kenapa ia menerima anugerah kan? Muzium tentara ni bukan setakat
menempatkan kereta kebal atau jet ya, sekali masuk sedar tak sedar, dah lebih dua jam. Yang
menariknya tentang Muzium Tentera ni adalah pamerannya yang agak realistik dan meluas
berkenaan ketenteraan, antaranya adalah segmen Kampung Ikhtiar Hidup yang menempatkan
replika kawasan kampung yang ditanami banyak tumbuhan yang digunakan semasa dalam
keadaan peperangan.

Seterusnya adalah segmen Terowong PKM yang menempatkan replika terowong yang
memberikan anda dan keluarga pengalaman melihat dan merasai bagaimana peperangan antara
askar Melayu dan komunis berlaku dan banyak lagi. Menarik kan?
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10.00am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson, Negeri
Sembilan

29. Kota dan Muzium Lukut

Sumber: Muzium Negara

Kota Lukut merupakan sebuah kota pertahanan yang telah dibina pada tahun 1847 oleh Raja
Jumaat dengan saiz sekitar 4 buah padang bola sepak. Sebuah kota yang maju dengan
penghasilan bijih timah sehinggakan ia menjadi kota perusahaan bijih timah terkaya di Selangor
pada masa itu.

Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi info menarik berkenaan Kota Lukut ini, jangan lupa
lawati Muzium Lukut yang menempatkan bermacam artifak yang telah ditemui di Kota Lukut.
Bukan itu sahaja, anda dan keluarga juga akan mendapat pelbagai info menarik berkenaan tokoh-
tokoh Lukut pada zaman silam. Sebuah tamadun yang bukan main hebat lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma


Alamat: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

28. Muzium Adat Jelebu

Sumber: Negeri Sembilan My Home Town

Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya dengan budaya, tak sah rasanya kalau keunikan ini
tidak diraikan melalui pameran bukan? Untuk menyelami kehidupan masyarakat Malaysia yang
pelbagai budaya ni, apa kata kalau anda beramai-ramai bersama keluarga melawat Muzium Adat
Jelebu.

Terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup
yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, seterusnya,
Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang
hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia. Tak cukup dengan pameran, pusat sumber
dengan koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ni!

Satu lawatan yang sangat bermanfaat terutama bagi anak-anak yang masih bersekolah untuk
memperkenalkan mereka dengan budaya masyarakat yang pelbagai di Malaysia, soalan macam
ni banyak keluar dalam karangan sekolah ya, jadi tak perlulah anda fikir panjang, jom beramai-
ramai ke sini, sangat bermanfaat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Cuti Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha (Tutup)
Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, 71600 Kuala
Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

27. Teratak Za’Ba

Sumber: Teratak Za’ba

Lagi bangunan dengan reka bentuk klasik yang terdapat di Negeri Sembilan adalah Teratak
Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan
dirasmikan pada tahun 2001, tapi memang betul-betul nampak klasik, tambahan lagi dengan
hasil-hasil pertukangan Melayu yang dinampakkan pada sekitar bangunan ini.

Bercakap tentang Teratak Za’ba ni pula, kalau anda nak tahu, Za’ba juga digelar sebagai Pendeta
Za’ba, seorang yang dihormati dalam bidang kesusasteraan. Begitu banyak yang telah
disumbangkan oleh tokoh ini membuatkan beliau seorang yang penting untuk dikenali oleh
generasi muda. Kalau anda melawat Teratak Za’ba ini, anda dapat melihat pameran Bibliografi,
Peribadi dan Pakaian beliau.
Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud waktu
kehidupan Za’ba. Jangan buang masa lagi, jom ambil tahu tentang cendekiawan negara! Penuh
inspirasi yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berilmu seperti beliau.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am -5.30pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol

26. Pengkalan Kempas

Sumber: NS Art Society

Terletak dekat sekali dengan sempadan negeri Melaka, sebelum ke Melaka tu jangan lupa
singgah ke Pengkalan Kempas. Masuk-masuk sahaja ke Pengkalan Kempas ini anda akan dapat
melihat deretan rumah kedai yang dikatakan telah berusia lebih daripada 100 tahun!

Bukan itu sahaja yang menarik di sini, di pekan kecil ini juga menempatkan beberapa tarikan
yang mesti disaksikan sendiri seperti makam Sheikh Ahmed Majnun (nak tahu kisah tentang
sheikh ini, anda boleh google, banyak sangat versinya), sebuah batu putih yang boleh mengesan
penipuan dan batu megalith hidup yang dikatakan semakin membesar dari masa ke masa. Selain
itu, bagi anda yang suka memancing, jangan lupa untuk ke Jeti Pengkalan Kempas, dapat udang
galah beberapa ekor boleh kenyang perut!

Alamat: Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

25. Pantai Teluk Kemang

Sumber: Tourism Malaysia

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan
pantai yang terbesar di sini. Banyak aktiviti air yang menarik yang boleh dibuat di sini seperti
jetski, banana ride, parasail dan buggy. Pantai ini juga lengkap dengan kemudahan-kemudahan
seperti laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan.

Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

24. Pantai Cahaya Negeri


Sumber: Nik Hasrawati Nik Hassan

Air laut yang jernih bak kristal, dan berpasir putih yang terasa agak lembut di tapak kaki. Dapat
bayangkan? Pantai Cahaya Negeri ini boleh dikatakan sebagai yang tercantik di PD, walaupun
tidaklah semahsyur Pantai Teluk Kemang. Selain itu, di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat
penginapan yang menarik, bolehlah anda menikmati pemandangan Pantai Cahaya Negeri dari
bilik!

Alamat: Pantai Cahaya Negeri, 5, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

23. Blue Lagoon


Sumber: Arif Waliyuddin

Blue Lagoon ini tidaklah selengkap pantai yang lain, tapi masih seronok untuk bersantai di sini
sebab ada sahaja beberapa buah pondok yang disediakan untuk anda berteduh sambil makan-
makan bersama keluarga. Jangan lupa bawa makanan sendiri ya. Disebabkan ia tidak selengkap
pantai yang lain, anda boleh menikmati pemandangan laut yang menenangkan dengan penuh
privasi. Di sinilah nak sembang hati ke hati dengan keluarga tercinta.

Alamat: Tanjung Biru, Port Dickson 71050

22. Pusat Penetasan Penyu


Sumber: Glory Beach Resort

Sekiranya anda ingin membawa keluarga anda merasai pengalaman indah melihat penyu
menetas, bawalah mereka ke Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson. Jenis
penyu yang terdapat di sini adalah penyu karah. Bila dapat tengok puas-puas proses penetasan
ni?

Kebiasaannya penyu jenis ini akan menetas dengan banyak dari bulan April ke September, telur
yang dihasilkan kebiasaannya dalam 130 biji. Pada sekitar pukul 11 malam setiap hari Sabtu dan
Ahad anda akan dapat melihat kecomelan anak-anak penyu yang dilepaskan ke dalam laut untuk
mula hidup berdikari. Walau bagaimanapun, waktu anak-anak penyu ini dilepaskan sebenarnya
bergantung kepada pihak resort juga, apa-apapun, dapatkan info daripada pihak resort terlebih
dahulu.

Alamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson

21. Pantai Bagan Pinang


Sumber: Yoon Loy Yap

Pantai Bagan Pinang ini agak meriah sebab ia adalah sebuah pantai yang lapang dan berpasir
bersih. Memang bestlah nak jadikan tempat berkelah. Selain daripada berkelah, anda boleh
berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang sebab ada beberapa gerai yang
menjual layang-layang penuh warna-warni di sekitar pantai. Kalau dah penat berseronok di sini,
singgah sahaja ke gerai-gerai dan trak makanan yang dibuka untuk anda mengisi perut yang
lapar.

Di samping itu, sekiranya anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan nelayan-nelayan pulang
membawa hasil tangkapan mereka ke pesisir pantai, cepat-cepat keluarkan kamera sebab masa
inilah nak ambil gambar suasana di sekitar pantai yang indah!

Alamat: Batu 3, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Baca: 37 Tempat Menarik Di Selangor

20. Pantai Tanjung Gemok


Sumber: Marita Ibrahim

Sebuah pantai yang tenang, bersih dan selamat untuk bermandi-manda. Kalau anda datang ke
sini untuk berkelah, tempat paling best adalah di bawah pokok besar yang terdapat di sini.
Dapatlah anda bumbung semula jadi melindungi anda daripada panahan matahari.

Kalau dah puas berkelah itu, aktiviti lain yang boleh dibuat di sini adalah menaiki tour boat. Di
samping itu, untuk pengetahuan anda, Tanjung Gemuk juga merupakan tempat penetasan penyu,
bukan Terengganu je yang ada. Kalau anda bernasib baik, dapatlah anda tengok penyu-penyu
menetas telur di sini.

Alamat: Pantai Tanung Gemok, Jalan Seremban, Batu 1, Port Dickson 71000

19. Pulau Arang


Sumber: paepy2864

Pulau yang terletak di hadapan PD Waterfront ini kecil sahaja. Belum lagi dikomersialkan,
namun begitu, dijangka pada tahun 2020 akan disediakan kereta kabel untuk anda yang ingin ke
Pulau Arang sambil menikmati pemandangan indah merentasi air laut dari PD Waterfront.
Jangan lupa, tahun 2020 nanti datanglah ke sini ya!

Alamat: Pulau Arang, 71000, Negeri Sembilan

18. PD Ostrich Show Farm


Sumber: Yen Yen

Jom naik burung unta di PD Ostrich Farm! Itupun kalau anda bawah 40kglah. Nampaknya, anak-
anak jelah yang boleh naik burung unta ni. Tak apa, jangan sedih, banyak lagi aktiviti lain yang
sesuai untuk anda, contohnya menunggang kuda, ataupun naik ATV, hebat juga kan?

Bagi anak-anak kecil yang comel, mereka bukan sahaja boleh mendekati dan memberi makan
kepada burung-burung unta yang terdapat di sini, sebab ada banyak lagi binatang lain
sebenarnya, seperti arnab, keldai dan kambing. Dah puas berseronok, jangan lupa beli barangan
yang dibuat daripada burung unta di kedai cenderahati yang terdapat di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak Atas 3 Tahun RM15

Alamat: Lot 1419 Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000

17. Jelita Ostrich Farm


Sumber: Tadika APC

Teringin nak tahu bagaimana rasanya makan telur burung unta yang sedap ni? Anda boleh
dapatkannya di sini dengan harga RM80. Bukan setakat makanan, di sini juga anda boleh
mendekati burung-burung unta ini untuk bergambar, memberi makan, tengok burung unta
berlumba dan nak naik burung unta pun boleh.

Memang sepuas hatilah anda dapat kenal-mengenali burung-burung unta di sini. Tapi anda
jangan anggap ladang ini hanya menempatkan burung unta je, sebab ada juga binatang lain
seperti itik, kambing, kuda dan bangau.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 5.00pm)

Bayaran Masuk: RM10

Alamat: Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban

16. Sungai Timun Fireflies


Sumber: hajahlijahandco

Anak-anak anda pasti seronok dapat melihat cahaya-cahaya kecil berterbangan di udara ibarat di
dalam dunia magika tapi sebenarnya datang daripada kunang-kunang yang terbang bebas di
Sungai Timun. Sungai Timun Fireflies ini dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang
yang terbesar di Malaysia.

Bukan itu sahaja yang menjadi tarikan Sungai Timun ni, sebab di sini juga anda boleh
memancing udang galah. Kalau malas nak memancing, singgah je kedai-kedai makanan laut
yang banyak di sekitar Sungai Timun, banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai
contoh ikan bakar, lobster dan kupang. Bila waktu dah gelap dan perut dah kenyang barulah anda
mula mencari kunang-kunang ni!

Alamat: Sungai Timun Fire Flies, Rembau

15. Taman Tema Air PRIMALAND


Sumber: Jom Bercuti

Taman Tema Air PRIMALAND ini terletak di dalam PRIMALAND Port Dickson Resort &
Convention Centre. Taman Tema ini tidaklah segempak di Sunway Lagoon tapi tetap
menyeronokkan untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Lengkap dengan gelongsor
dan tiub spiral, ini pun sebenarnya sudah cukup menggandakan keseronokan anda yang
bermandi-manda di sini, turun naik gelongsor terus ke dalam kolam, mana tak bestnya kan? Lagi
best kalau tunggu bawah tong air yang besar di sini, sekali air disimbah, memang nikmatlah!

Waktu Operasi: Sesi Pagi (8.00am – 12.00pm) | Sesi Petang (12.30pm – 7.00pm)

Bayaran Masu (Hujung Minggu): Dewasa 1 Sesi: RM30, 2 Sesi: RM50 | Kanak-kanak (3 – 12
Tahun) 1 Sesi: RM20, 2 Sesi: RM30 | Kanak-kanak (2 Tahun Dan Ke Bawah) 1 Sesi: RM10, 2
Sesi: RM15

Alamat: Taman Tema Air PRIMALAND, Batu 12, Port Dickson

14. Pusat Borong Nilai 3


Sumber: Tourism Malaysia Central

Mari, mari, mari! Shopping sakan di Pusat Borong Nilai 3. Di sinilah anda boleh membeli
banyak barangan dengan harga borong. Kakak-kakak, mak cik-mak cik, mesti kena datang ke
Nilai 3 ni, ada banyak gerai-gerai pakaian borong.

Boleh rambang mata melihat pilihan pakaian yang melimpah ruah dan murah di sini. Bukan
setakat pakaian, kalau anda mencari barangan perkahwinan, perabot, hiasan rumah, kraftangan,
lampu-lampu hiasan, aksesori kereta dan bermacam lagilah, semuanya ada di sini.

Alamat: Nilai 3, Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, 71800

13. Rembau Crystal


Sumber: Rembau Crystal

Bukan di Nilai 3 sahaja yang ada barangan hiasan rumah, Rembau Crystal yang terletak di
Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh
rakyat Malaysia sendiri. Anda nakkan apa? Lampu meja? Kelengkapan dapur? Semuanya ada.
Memang sukar nak buat pilihan kalau dah dikelilingi dengan kilauan kristal ni. Bukan setakat
tempat membeli-belah, di sini juga anda dan keluarga boleh melihat sendiri bagaimana barangan
kristal ini dibuat.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 5.30pm) | Sabtu (9.00am – 5.00pm)

Alamat: Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri
Sembilan

12. Pusat Rekreasi Ulu Bendul


Sumber: Negeri Sembilan

Pusat Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di kaki Gunung Angsi ini dapat memberikan anda
sekeluarga ketenangan yang tidak akan dapat dilupakan, dengan pepohon rendang yang tumbuh
di sekitar pusat rekreasi ini, anda boleh berkelah sambil mendengar bunyi air sungai yang
mengalir jernih.

Di samping keindahan yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar
yang turut dialirkan oleh air sungai, cukup menyegarkan. Sudah puas bersantai di sini, anda
boleh mendaki sedikit ke atas bukit dan di sini anda akan menemui Snake Garden yang
menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, di sinilah anda dapat lihat
di depan mata sendiri seekor ANACONDA! Agak besar juga. Jangan risau, semuanya diletakkan
di dalam tempat yang selamat untuk anda lihat bersama keluarga.

Alamat: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah

11. Jeram Gading


Sumber: Jeram Gading

Yang menjadikan Jeram Gading ini sebuah lokasi yang unik adalah kerana terdapat dua buah
jambatan gantung yang menyambung dua tebing sungai, tapi, hanya satu sahaja yang selamat
digunakan.

Dinamakan Jeram Gading kerana alkisahnya pada dahulu kala gajah banyak ditemui di sekitar
kawasan ini. Jangan risau, kerana itu berlaku pada zaman dahulu, sekarang ia selamat sahaja
untuk dijadikan tempat berekreasi bersama keluarga. Nak berkelah di sini memang sangat
menenangkan, dengan kehijauan kawasan hutan di sekitar sungai, menyejukkan mata yang
memandang. Kalau anda nak menikmati keindahan Jeram Gading lebih lama lagi, anda
sekeluarga boleh menginap di resort yang terdapat di sini.

Alamat: Jeram Gading, Jalan Kampung Chennah, Negeri Sembilan, 71150

10. Taman Tasik Seremban


Sumber: Hamidi Izwan

Salah satu daripada tasik yang paling tua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan
pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu,
di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga
sambil menikmati pemandangan.

Kalau anda inginkan aktiviti yang mengeluarkan peluh, trek jogging dan taman permainan turut
tersedia di taman tasik ini. Tak cukup dengan itu, tarikan unik yang terdapat di sini adalah
sebuah pentas terapung yang mana pada setiap minggu kedua dan keempat hari Sabtu akan
diadakan Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban”. Datanglah ke sini pada hari-
hari itu ya!

Alamat: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000
Seremban, Negeri Sembilan

9. Taman Orkid Seremban


Sumber: mpsns

Taman yang berkeluasan 1.62 hektar, Taman Orkid Seremban ini memang tempat menarik untuk
meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat pelbagai jenis pokok orkid yang berwarna-
warni. Antara orkid yang ditanam di taman ini adalah Black Orchid, Tiger Orchid, Eria
Rulchella, Eria Ornata dan banyak lagi, nak tahu apa yang ada, mai datang ramai-ramai.

Selain daripada orkid-orkid yang meriah dengan warnanya ini, anda juga boleh menyejukkan
mata dengan menikmati pemandangan pokok yang menghijau yang terdapat di sekeliling taman
dan air terjun buatannya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Taman Orkid Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

8. Rantau Eco Park


Sumber: Faiz Kemas Seremban

Rantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang
indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Antara tarikan utama yang terdapat
di sini adalah kolam air yang agak luas dan seronok untuk bermandi-manda yang tersedia untuk
orang dewasa dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis binatang
seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Anda boleh membeli makanan untuk diberikan kepada
haiwan-haiwan di sini. Dah puas melihat haiwan-haiwan comel ni, aktiviti lasak turut disediakan
untuk anda lakukan seperti berkayak. Semuanya ada di dalam satu taman.

Alamat: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, 70300 Rantau, Negeri Sembilan

7. Gunung Angsi
Sumber: Soo Thang

Ada dua jalan yang boleh digunakan untuk menakluki Gunung Angsi ini, yang pertama adalah
melalu trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda
nak yang lebih mencabar kerana perjalanan lebih jauh, anda boleh menggunakan trek Ulu
Bendul, sekiranya anda menggunakan trek Bukit Putus pula, kurang 1 – 1.5 km perjalanan kalau
dibezakan dengan Ulu Bendul.

Apa-apa pun, tujuannya sama sahaja, untuk sampai ke punca Gunung Angsi yang menyajikan
anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.

Alamat: Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

6. Batu Maloi Cave


Sumber: Gua Batu Maloi Cave

Batu Maloi Cave ini merupakan sebuah gua yang agak mencabar untuk diterokai. Boleh
dikatakan 90% waktu anda berada di dalam gua ini, badan anda ditenggelami air sebab ini adalah
gua bersungai. Ada yang mencecah paras pinggang dan ada juga hingga ke paras dada.

Kalau anda dan keluarga ingin melakukan aktiviti lasak ini, pastikan anda memiliki kelengkapan
yang lengkap seperti headlamp yang kalis air, sarung tangan kerana anda perlu banyak menolak
badan dan merangkak di dalam air, stokin, makanan yang dapat memberikan tenaga (energy bar)
dan lain-lain lagi yang penting.

Sebelum anda masuk ke Batu Maloi Cave ini, anda perlu mendapatkan tour guide terlebih
dahulu, ini bukan gua biasa, ia memberikan anda sekeluarga pengalaman luar biasa. Tak
percaya? Cuba dulu.

Alamat: Batu Maloi Cave, Tampin,Negeri Sembilan

5. Port Dickson
Sumber: Skywalker Aerial Studio

Hanyalah 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur, kawasan ini dahulunya merupakan tempat
penghasilan arang sehingga pernah diberikan nama Arang sebelum ditukarkan kepada Port
Dickson. Port Dickson rasanya lebih sesuai untuk sebuah kawasan yang dikelilingi dengan
pantai-pantai yang indah ni.

Memang rugi kalau tak pernah datang ke sini, sangat banyak aktiviti air yang boleh dilakukan
seperti snorkeling, wind surfing, berkayak, ski air dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, rasa nak
makan makanan laut fresh? Apa kata kalau anda memancing di sini. Malahan, sekiranya anda
suka berlayar, anda boleh mendapatkan keahlian sementara daripada Yacht Club di sini.

Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur, datang sahaja ke Port Dickson kalau anda sekeluarga
inginkan percutian yang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di dalam
alam semula jadi.

Alamat: Port Dickson, Negeri Sembilan

Baca: 10 Hotel Terbaik Di Port Dickson

4. Hutan Simpan Sungai Menyala


Sumber: Rakan Alam Sekitar Uniten

Dengan keluasan 1,305 hektar, Hutan Simpan Sungai Menyala merupakan Hutan Dipterokarp
Tanah Pamah yang terbesar di Asia Tenggara. Hutan Simpan Sungai Menyala ini bukan hutan
biasa, tapi ia adalah sebuah hutan dara kerana tak pernah sama sekali dinodai dengan
pembalakan, penerokaan atau lain-lain lagi. Maknanya, hutan simpan ini memang seronok untuk
diredahi, kekayaan flora dan faunanya bakal mengasyikkan jiwa anda sekeluarga.

Lokasinya pula hanyalah 12 km sahaja dari Bandar Port Dickson, sampai sahaja ke Port Dickson
tu, jangan lupa untuk menjadikan meredah Hutan Simpan Sungai Menyala sebagai salah satu
aktiviti percutian anda!

Alamat: Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson

3. Gunung Datuk
Sumber: Razer Mj

Gunung yang berketinggian 2900 kaki ini iaitu Gunung Datuk adalah gunung yang ke-220
tertinggi daripada 300 buah gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung Datuk juga lebih tinggi
daripada gunung lain yang terletak di Negeri Sembilan ini iaitu Gunung Angsi.

Bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati sebaik sampai ke puncak Gunung Datuk,
mesti lagi memukau, dengan udara yang lebih segar, di puncak yang lebih tinggi. Alang-alang
dah penat mendaki jauh ke puncak Gunung Datuk, pastikan anda turut membawa peralatan
berkhemah. Dapatlah melihat pemandangan matahari naik pula bangun tidur nanti.

Alamat: Gunung Datuk, Rembau

2. Lorong Seni Seremban


Sumber: Tourism Malaysia Central

Bagaimana lagi cara yang lebih best untuk mempamerkan keunikan negara Malaysia yang
pelbagai kaum ini kalau bukan melalui karya seni kreatif kan? Di Lorong Seni Seremban ini
anda dapat mencuci mata melihat hasil-hasil lukisan yang melambangkan budaya kaum-kaum
yang penuh warna-warni di Malaysia.

Bukan sekadar lukisan biasa, 3D pula tu! Suasana Bandar Seremban yang masih agak klasik ini
menambahkan lagi aura hipster di Lorong Seni ini. Bawa kamera, selfie stick, dan apa lagi,
berklik-klik non-stop lah di sini dengn pose terhebat anda sekeluarga!

Alamat: Lorong Seni Seremban, 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000
Seremban, Negeri Sembilan

1. Masjid Negeri Sembilan


Sumber: Masjid Negeri Negeri Sembilan

Kalau anda bersiar-siar makan angin di sekitar Negeri Sembilan dan ternampak sebuah bangunan
yang kelihatan seperti stadium ini, kemungkinan besar itu adalah Masjid Negeri Sembilan yang
dibina pada tahun 1966. Unikkan? Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan
buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah
pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini
memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik
Seremban.

Alamat: Jalan Dato’ Hamzah, Negeri Sembilan


Destinasi Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia~
NEGERI SEMBILAN

Gambar di atas ini ialah bendera Negeri Sembilan atau nama 'panjang'nya ialah Negeri
Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat
Semenanjung Malaysia dan bersempadankan

*SELANGOR di utara
*PAHANG di timur
*JOHOR di tenggara
*MELAKA di selatan dan
*SELAT MELAKA di barat

Masyarakat Negeri Sembilan perantau asalnya orang Minangkabau,Sumatera


Barat,Indonesia yang telah muncul sejak abad ke-14.Ibu negeri bagi Negeri Sembilan
ialah Seremban,Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah,bandar-
bandar lain yang utama ialah Port Dickson,Rembau,Tampin,Jempol dan Jelebu.

Di Negeri Sembilan juga terdapat pelbagai destinasi-destinasi yang menarik untuk


melancong.Contoh yang pertama adalah:
Nama tempat ini ialah Gunung Telapa Buruk yang terletak berhampiran dengan
Kampung Ulu Klawang.Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi lebih kurang 1193
meter (3913 kaki) dari aras laut.Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud
T102°04'14".Di atas gunung ini juga terdapat menara pemancar telekomunikasi milik
Celcom.Gunung Telapa Buruk ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan
Dipterokarp atas.Terdapat juga banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai
perubatan.Gunung ini juga sesuai untuk diterokai ataupun melakukan aktiviti seperti
'Jungle Trecking' kerana sesuai untuk menyihatkan tubuh badan.
Ini ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya
cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson.Kawasan perkelahan ini di panggil Port
Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai
ini juga popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda
terutamanya pada hujung minggu.Pada waktu senjanya pula,kita dapat melihat
matahari terbenam di balik laut.Tempat ini amat sesuai untuk sesiapa yang hendak
'honeymoon' kerana tempatnya amat indah dan menarik untuk dinikmati bersama yang
tersayang.
Gambar di atas ini ialah Istana Lama Seri Menanti dimana ia juga terletak di Negeri
Sembilan.Istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah
binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi
kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.

Posted by Alia Maula


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
PULAU PANGKOR

Negeri Perak ataupun nama penuhnya iaitu Perak Darul Ridzuan adalah merupakan
salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).Ia
merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Pahang.Perak juga
terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:
*Batang Padang
*Kinta
*Kuala Kangsar
*Larut,Matang dan Selama
*Kerian
*Manjung
*Hilir Perak
*Perak Tengah
*Hulu Perak
*Kampar

Terdapat juga beberapa bandar utama yang terletak di Perak seperti Ipoh,Kuala
Kangsar,Taiping,Sitiawan,Kampar dan Teluk Intan.

Tetapi di dalam post ini,saya tidak mahu cerita pasal negeri Perak.Saya nak cerita
tentang satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong setiap kali melancong di Perak
iaitu Pulau Pangkor.
Ini ialah Pulau Pangkor.Ianya terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.Luasnya cuma
lebih kurang 2200 hektar dan penduduknya berjumlah lebih kurang 25,000 orang.Pulau
ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh dikatakan utama di
Malaysia.Pulau Pangkor ini juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan
memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.Pulau pangkor ini juga boleh
dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di
sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,memancing,snorkling,berkayak
dan sebagainya.
Pasti anda tertanya-tanya bangunan apakah ini? Ataupun istana? Istana ada ke di
tempat seperti pulau ini?
Haa.. sebenarnya ini bukan istana.Ini namanya Kota Belanda yang terletak di Pulau
Pangkor.Kota Belanda ini terletak kira-kira 100 meter dari pantai.Pada tahun 1670,Kota
Belanda ini telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan
bijih timah yang diperoleh dari negeri Perak.Beberapa bahagian kota ini telah dibaiki
semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan melayu.
Ini ialah Teluk Nipah yang terletak di Pulau Pangkor.Teluk Nipah ini merupakan tempat
perkelahan yang menarik dan popular untuk seisi keluarga.Ia mempunyai
pemandangan yang cantik dan indah untuk dinikmati.Teluk Nipah juga mempunyai
kemudahan awam dan tempat penginapan yang selesa.
Posted by Alia Maula
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
PULAU PINANG

Ini ialah bendera PULAU PINANG.Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di
sebelah pantai
barat laut Semenanjung Malaysia.Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat
Melaka.Negeri ini juga merupakan sebuah petempatan British yang pertama di
Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil sempena nama sebatang pokok iaitu
'pokok pinang'.Pulau ini juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali sebagai Pulau
Pinang.Pulau Pinang ini juga ialah salah satu antara 13 buah negeri-negeri di Malaysia.

Pulau Pinang juga terdapat pelbagai destinasi yang menarik untuk


melancong.Contohnya seperti Bukit Bendera,Taman Negara,Komtar dan sebagainya.
Pasti anda tertanya-tanya,keretapi apakah ini? KL kah? Ataupun LRT? Haa....gambar
ini ialah di Bukit Bendera yang terletak di Pulau Pinang.Bukit Bendera ini merupakan
sebuah kawasan Parlimen di Pulau Pinang ini.Bukit Bendera ini berada pada ketinggian
lebih kurang 830 meter di atas George Town dan mempunyai suhu yang sangat
dingin.Bukan itu sahaja,ia juga mempunyai panorama yang mengasyikkan.Bukit ini juga
digelar sebagai Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluaran
buah strawberi seperti di Cameron Highlands,Pahang.Bentuk muka bumi dan suhunya
yang dingin sesuai untuk penanaman buah strawberi ini.Bukit Bendera ini amat sesuai
untuk dijadikan tempat pelancongan bagi seisi keluarga.
Ini pula ialah sebuah taman yang dinamakan Taman Negara.Ianya terletak di Teluk
Bahang,Pulau Pinang.Tempat ini juga merupakan salah satu tumpuan pelancong
kerana keindahan alamnya.Tempat ini juga sesuai untuk berekreasi bersama keluarga
ataupun rakan-rakan.
Gambar di atas ini ialah di Batu Feringgi ataupun jika di dalam bahasa inggeris pula
ialah Foreigner's Rock.Batu Feringgi ini adalah sebuah kawasan peranginan yang
terkenal dengan hotel yang besar,kedai pelancongan yang banyak,tempat
peranginan,restoran dan juga penyewaan kereta dan motosikal bagi sesiapa yang tiada
kenderaan untuk melancong Pulau Pinang ini.Tempat ini terletak tidak jauh dari pusat
bandaraya George Town.Batu Feringgi ini terletak di sepanjang jalan pesisiran barat
laut bandaraya George Town dan dipenuhi dengan hotel yang bertarafkan
antarabangsa.Terdapat juga pantai di Batu Feringgi ini dan pantai di sini merupakan
pantai yang terkenal dan sentiasa dipenuhi oleh pelancong di Pulau Pinang ini.

Adakah anda semua fikir ini ialah menara Tabung Haji? Hahaha.. BUKAN ! Ini ialah
Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) yang terletak di George Town,Pulau
Pinang.Menara ini merupakan menara yang tertinggi di Pulau Pinang,utara
semenanjung dan ke-6 di MALAYSIA! Bangunan ini juga berbentuk seperti segi
12.Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian yang lebih
kurang 232m atau 760 kaki.Bangunan ini mempunyai 65 tingkat kesemuanya.
Ini pula ialah di Padang Kota Lama.Ianya terletak di tepi pantai George Town,Pulau
Pinang.Ia juga dikenali sebagai "The Esplanade".Tempat ini juga berdekatan dengan
tepi pantai.Kita juga dapat menikmati pemandangan di tepi pantai sambil berjalan-jalan
bersama keluarga atau rakan,atau juga bersama pasangan anda di tepi pantai
tersebut.Pemandangannya sungguh menarik dan juga sesuai untuk dijadikan tempat
pelancongan.
Gambar di atas ini pula ialah Rumah P. Ramlee atau nama sebenarnya ialah Teuku
Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.Beliau merupakan seorang
pelakon,penyanyi,pengarah,pemain muzik dan juga penulis lagu yang terkenal di
Malaysia dan Singapura.Beliau dilahirkan pada 1947 dan meninggal pada 1973 di
waktu umur beliau 44 tahun.Rumah P. Ramlee ini merupakan sebuah muzium yang
terletak di Jalan P. Ramlee yang dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road.Rumah
ini diperbuat daripada kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P.
Ramlee.Asal rumah ini dibina ialah pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah
saudaranya.Barangan yang dipamerkan di Rumah P. Ramlee ini ialah diari,kenangan
peribadi yang berkaitan dengan kehidupannya di Pulau Pinang dan juga barangan
kepunyaan keluarga beliau.
Posted by Alia Maula
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
MELAKA
Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI
HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai
Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka
Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia
langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah
dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.

Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana
keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang
enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik
untuk melancong.

Gambar di atas ini ialah A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang
bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A'
Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu
yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de
Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang
masih tinggal di Asia.
Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka
seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa
dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".

Gambar seperti di atas ini pula ialah Beca Melaka yang terletak di Bandar
Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk
bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar
Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-
jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini yang selalunya akan
tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh
disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di
Bangunan Stadthuys.
Gambar berikutnya pula ialah gambar sebuah menara yang dinamakan Menara Taming
Sari.Menara ini terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan Dataran
Pahlawan.Menara ini merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan juga dapat
berputar 360 darjah bagi para pelawat melihat panorama Bandar Melaka.Menara ini
merupakan menara berputar GYRO yang pertama di Malaysia.Kos untuk membina
bangunan ini lebih kurang RM24 juta.Rekaan bentuk menara ini adalah berdasarkan
Keris Taming Sari.
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot
sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai
ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan
kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan
lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.
Pasti anda tertanya-tanya dimanakah haiwan ini jika mereka semua berada di Melaka
sedangkan Melaka itu ialah bandar,kan? Haa...Kalau anda semua nak tahu,haiwan-
haiwan seperti ini terletak di Zoo Melaka.Zoo Melaka ialah sebuah taman yang luasnya
lebih kurang 54 ekar.Boleh dikatakan haiwan yang berada di dalam zoo ini lebih
daripada 1200 daripada 215 spesies haiwan.Zoo ini merupakan zoo yang kedua
terbesar di Malaysia selain daripada Zoo Negara Malaysia (Zoo Negara).

Bangunan apakah ini? Haa... inilah Bangunan Stadhuys.Merahnya Dataran Belanda


Bangunan Stadhuys ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk
tempatan.Bangunan ini dibina pada tahun 1650 dan bangunan ini juga merupakan
rumah rasmi bagi Gabenor Belanda dan timbalannya.Di sekitar bangunan Stadhuys
yang dipanggil Dutch Square ini terdapat satu gereja yang bernama Christ Church
dimana ianya telah berusia 250 tahun lebih.Terdapat juga kolam air pancut dan sebuah
kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda.Bangunan Stadhuys sekarang
menempatkan Muzium Sejarah,Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi oleh
pelancong.
Pastinya anda juga tertanya-tanya tempat apakah ini bukan? Ini ialah "JONKER
STREET".

Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin
mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker
Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan
malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat
hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan
popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya
Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan
jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
Ini pula ialah Dataran Pahlawan yang terletak di Bandar Hilir.Dataran ini merupakan
tempat berlangsungnya suatu perhimpunan pada 20 Februari 1956.Di hadapan dataran
ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.Perhimpunan ini merupakan
perhimpunan yang paling bersejarah di negara kita.Peristiwa ini adalah untuk
menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku
Abdul Rahman.Dalam perhimpunan itu,beliau telah mengumumkan tarikh kemerdekaan
di negara kita bakal berlangsung pada 10 Ogos 1957.Di bawah dataran ini pula
terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall.Bertentangan
dengan Dataran Pahlawan ini pula terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade
dan sebuah hotel di sebuah dataran tersebut iaitu Hotel Equatorial Melaka.Di sini juga
terdapat pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang,Golden Screen Cinemas.

You might also like