Minit Mesyuarat Moral 1 2018 Edited

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS INDAH


BIL. 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 2 /1 / 2018
Masa : 1:45 – 3:15 petang
Tempat : Hubschool, SKCI

KEHADIRAN :
BIL NAMA JAWATAN
1. Puan Siti Hajar bt Saad Guru Besar
2. Puan Donna Kwan Wai Mun Ketua Panitia
3. Puan Normah Mohd Yassim GPK TK
4. Puan Letchumi a/p Ramamurti GPK HEM
3. Puan Nurfarhana bt Mohd Safuan Setiausaha
4. Puan Hani Anak Bung Guru Subjek
5. Puan Suhaila bt Mohammad Noor Guru Subjek

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN / KEBENARAN / BERSEBAB.

BIL NAMA JAWATAN


1. Encik Baharuddin bin Yasir GPK Kokurikulum / Guru Subjek
2. Puan Zeldawaty bt Zulkifli Guru Subjek

TURUT HADIR
1. – tiada -
2.

URUSETIA
1. – Tiada
AGENDA MESYUARAT :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Panitia Pendidikan
Moral atas kehadiran ke Mesyuarat Kali Pertama. Ketua Panitia turut mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK memberikan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang
sepanjang tahun lepas. Pengerusi meminta untuk memutuskan aktiviti yang berbeza bagi program
panitia moral sepanjang tahun. Ketua Panitia memohon maaf berikutan mesyuarat yang ditunda
pada Jumaat lepas kerana memberi laluan kepada Mesyuarat Pendidikan Khas dan RMT.

2. UCAPAN GURU BESAR


Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panitia Pendidikan Moral di atas kejayaan
menyempurnakan semua aktiviti terancang 2017, walaupun merupakan satu panitia subjek
elektif. Beliau amat berbangga dengan Program BonusKad ‘Go Green’. Harapan beliau agar
panitia dapat merancang satu program yang berkesan untuk melahirkan suasana murid yang
bersahsiah tinggi dan pengamalan nilai murni yang terpuji di sekolah, mulai tahun ini.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.


Tiada

4. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

5. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN / ISU YANG DIBANGKITKAN

5.1 Mesyuarat Panitia


Akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun, iaitu pada 2/1/18, 11/4/18, 17/7/18 dan 29/10/18.

5.2 Perancangan aktiviti/ program tahunan


Pengerusi akan merancang pelbagai program/ aktiviti bagi Panitia Moral seiring dengan
perjalanan program Panitia Agama Islam untuk sepanjang tahun. AJK digalakkan menjalankan
program yang mempunyai pengisian yang pelbagai bagi murid-murid Moral.

5.3 Program RIMUP dan Akademik


Merupakan program yang melibatkan integrasi daripada pelbagai bangsa di peringkat sekolah dan
berkolaborasi juga bersama Pendidikan Khas. Antara cadangan aktiviti ialah permainan
tradisional, pertunjukan pakaian tradisional mengikut kaum dan lain-lain lagi. Aktiviti berbentuk
akademik juga boleh dijalankan bersesuaian dengan tahap murid dan melalui aktiviti-aktiviti ini
dapat mengurangkan masalah ponteng murid ke sekolah.
5.4 Penetapan markah bagi pentaksiran matapelajaran Pendidikan Moral
Mesyuarat memutuskan untuk menetapkan markah 80% bagi ujian bertulis dan 20% sebagai
penilaian sahsiah murid. Penyediaan instrument akan digubal dan disediakan oleh Pengerusi bagi
memudahkan cara pemarkahan murid.

5.5 Anggaran belanjawan


Peruntukan PCG akan digunakan untuk membeli bahan bantu mengajar, barangan untuk aktiviti
kraf dan keseniaan serta pelbagai permainan dalaman.

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Bilik Moral
AJK Panitia Moral boleh menggunakan bilik Moral untuk tujuan PdPc harian.

6.2 PdPc Moral Secara Online (Kaedah Abad ke 21)


Pengerusi menyeru supaya PdPc subjek Moral pada tahun 2018 dikendalikan dengan penggunaan
perisian FrogVle. Beliau juga sanggup mengendalikan Bengkel/ Ladap FrogVle untuk membantu
guru-guru yang memerlukan latihan/ hands on.

6.3 Bank soalan


Guru-guru boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan yang lepas melalui Setiausaha Peperiksaan.

6.4 Waktu pulang murid Moral


Murid Moral dibenarkan pulang pada sewaktu PdPc Tasmik pada hari Selasa (Tahap 1) dan
Khamis (Tahap 2).

7. PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru mata pelajaran yang hadir dalam
mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:15 petang.

Disediakan oleh :
Nurfarhana Bt Mohd Safuan
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
Bertarikh : 3 Januari 2018
cme/ mesyuarat panitia pendidikan moral 2018

You might also like