Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

991103-12-6109

1.0 PENGENALAN

Ekologi berasal daripada Bahasa Yunani iaitu Oikos yang bermaksud rumah atau habitat dan

Logos yang bermaksud ilmu. Secara umumnya, Ekologi bermaksud ilmu yang mempelajari

tentang interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya dan berkait rapat dengan ekosistem

bumi. Menurut Ernst Haeckel peneliti yang berasal daripada Jerman ini menyatakan bahawa

pengertian ekologi ialah ilmu pengetahuan komprehensif tentang hubungan organisma

terhadap lingkungannya. Menurut Charles Elton Ekologi adalah sejarah alam yang bersifat

ilmiah atau dalam Bahasa Inggeris ialah “Scientific Natural History”. Menurut E.P. Odum

menyatakan bahawa pengertian Ekologi ialah ilmu yang mempelajari tentang struktur dan

fungsi alam “The study of the structure and function of nature”. Ekologi secara harfiah

bermaksud ilmu yang mempelajari lingkungkan tempat tinggal suatu makhluk hidup. Oleh

karena itu, ekologi dapat ditafsirkan sebagai ilmu yang mempelajari tentang ekosistem dan

lingkungannya.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Alam didefinisikan sebagai bumi dan segala yang

terdapat di permukannya iaitu segala yang ada di langit dan bumi ataupun segala yang

diciptakan oleh Tuhan. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua Sekitar didefinisikan sebagai

sekeliling sesuatu tempat. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai

“Environment” yang membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungannya. Oleh itu,

berdasarkan kepada terjemahan literal, perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja

yang melingkungi manusia. Walau bagaimanapun, secara khususnya perkataan alam sekitar

merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu

organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan bahawa Alam Sekitar ialah keadaan alam

sekeliling. Mengikut fahaman “Environmentalisme”, alam sekitar merupakan satu istilah

Geografi doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti
991103-12-6109

keadaan iklim dunia yang berkait rapat dengan aktiviti manusia. Oleh itu, Alam Sekitar merupakan

segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan Bumi ini

atau sebahagiannya. Alam sekitar juga boleh dipanggil sebagai Flora dan Fauna. Alam sekitar

juga merangkumi semua jisim-jisim benda yang hidup ataupun tidak.

Tagal berasal daripada bahasa ibunda Kadazan Dusun yang bermaksud Jangan ataupun

Tegah dengan menggunakan Sumpah. Sistem Tagal juga dikenali sebagai Bombon. Kaedah ini

telah lama digunakan oleh nenek moyang Kadazan Dusun untuk melarang milik mereka

seperti buah-buahan daripada diambil oleh orang lain. Dalam sistem ini, penggunaan bahan

alam semula jadi dihadkan atau tidak boleh digunakan dalam suatu tempoh yang telah

ditetapkan. Sistem Tagal adalah satu kaedah yang sangat popular untuk menjaga, memelihara,

dan memulihara Ekologi di Sabah khususnya. perkembangan sistem Tagal ini amatlah ketara

di Sabah, kerana kebanyakkan sungai di Sabah telah ditagal dan terdapat juga sungai yang

ditagal dan dijadikan sebagai tempat pusat pelancongan. kepesatan perkembangan sistem ini

juga telah dibantu oleh jabatan perikanan Sabah (SFD) yang amat menggalakkan sistem Tagal

ini diamalkan oleh seluruh masyarakat di Sabah dalam memulihara dan memelihara ekologi

sungai serta mengelakkan kepupusan spesies khususnya ikan. Sistem Tagal ini dipantau oleh

Jabatan Perikanan Sabah yang telah mengembangkan pelaksanaan tagal ini kepada penduduk

Sabah dan mula diperkenalkan sejak awal tahun 2000.

Bilangan ikan yang semakin menyusut disebabkan oleh penangkapan ikan yang tidak

terkawal di kampung Tulid telah mendapat perhatian daripada jawatan kuasa kemajuan

kampung (JKKK) untuk menagal sungai tersebut pada tahun 2010. Ketua kampung Tulid iaitu

Anji Magalong adalah pencetus idea kepada penagalan sungai tersebut. Tujuan sungai tersebut

ditagal ialah untuk mengembalikan kelestarian sungai serta memulihara dan memelihara sistem

ekologi di sungai Sook yang mengalir di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, penagalan

sungai ini tidak seperti sistem yang diamalkan oleh kampung lain, yang menggunakan sumpah
991103-12-6109

untuk menagal sungai. JKK kampung dengan persetujuan penduduk kampung Tulid untuk

tidak mengunakkan sumpah untuk menagal sungai tersebut.

Rasional kajian dilakukan kerana sistem Tagal adalah salah satu kaedah yang popular

digunakan untuk memulihara Ekologi sungai di Sabah. Sistem Tagal ini telah banyak

digunakan untuk memelihara ekologi sungai di Sabah amnya. Rasional yang kedua ialah,

Sistem Tagal juga salah satu kaedah yang efektif dan sistematik dalam pemuliharaan Ekologi

Sungai. Sistem Tagal ini bukan sahaja satu kaedah yang efktif dan sistematik untuk memulihara

ekologi sungai, malah Tagal juga mampu mencegah kepupusan ikan di dalam sesebuah sungai.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenal pasti cara pelaksanaan Tagal di kampung Tulid

II. Mengenal pasti faedah-faedah pelaksanaan sistem Tagal


991103-12-6109

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Keningau

Sumber : Google Maps


991103-12-6109

Foto 1 : Papan Tanda Tagal

Sumber : Kajian Lapangan

Papan tanda tersebut dipaparkan di kawasan berhampiran sungai yang ditagal. Tujuan papan

tanda tersebut dipaparkan adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak

menangkap hidupan yang terdapat di sungai tersebut. Papan tannda itu juga memaparkan denda

kepada orang yang melangar peraturan yang telah ditetapkan.


991103-12-6109

Peta 2 : Peta Kampung Tulid

Sumber : Google Maps

Kajian ini berfokuskan di Kampung Tulid kerana di kampung inilah sistem tagal dilaksanakan.

Kampung Tulid adalah pada asalnya terbentuk daripada sungai yang lurus di bahagian Kuala

Babak Karamatoi. Disebabkan oleh adat bunuh yang menentukan kekuatan dan kekuasaan

seseorang, menyebabkan ramai suku kaum Murut yang menetap di kampung Tulid telah

terbunuh. Mereka kemudiannya berpindah ke Ulu Sook untuk menggelak daripada dibunuh

oleh kaum Dalit yang berjiran dengan kampung tulid pada ketika itu. Nama kampung Tulid

berasal daripada sungai yang Lurus ataupun dalam Bahasa Murut ialah Matulid. Cara

pemilihan Ketua Kampung ialah secara warisan dan pemilihan yang dipilih oleh kerajaan

Berjaya pada ketika itu. Contohnya, keluarga Magalong adalah keluarga pemerintah yang

mengamalkan pemerintahan secara warisan. Kampung Tulid telah diperintah oleh Sembilan

orang ketua kampung. Kampung Tulid berada di bahagian pedalaman Keningau dan terletak
991103-12-6109

kira-kira 29 kilometer atau 1 jam 30 minit dari pekan Sook dan boleh diakses melalui jalan

darat.

You might also like