Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK KAPIT NO.

2 – REMAONG ATHELETE [LAPORAN THE BORNEO POST RUN 2013]

LAPORAN PERTANDINGAN

Pertandingan : The Borneo Post Run 2013


Pengelola : See Hua Marketing / Borneo Post
Tarikh : 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Tempat : Sibu Town Square Phawe 1
Jumlah Peserta : 2 orang lelaki
Jumlah Jurulatih : 1 orang

A. SENAAI NAMA PESERTA


i. Havi Philip (Tingkatan 4 Sains 1)
ii. Mcflizzy Shaggy Impin (Tingkatan 4 Sains 4)

B. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Bil. NAMA KATEGORI KEDUDUKAN CATATAN
Lelaki Junior Sijil, Trofi dan
1 Havit Philip Johan
(Bawah 18 tahun) Wang Tunai RM300

Lelaki Junior Sijil dan Wang Tunai


2 Mcflizzy Shaggy Impin Ke 4
(Bawah 18 tahun) RM100

C. PERBELANJAAN
Dikepilkan dalam lampiran A.
Ditanggung oleh pihak PIBG SMK Kapit No.2.

D. ULASAN RINGKAS
SMK Kapit No.2 telah menyertai The Borneo Post Run di Sibu pada 31 Ogos 2013 sempena
Hari Kemerdekaan yang turut disertai oleh pelbagai pelari Malaysia dan luar Malaysia. Buat
kali pertama, SMK Kapit No.2 menghantar peserta sekolah dengan sokongan kewangan dari
PIBG SMK Kapit No.2.Kedua-dua peserta sekolah dengan tidak mensia-sia peluang ini
untuk mnyertai dan juga memenangi acara yang dipertandingkan. Havit Philip merupakan
atlet sekolah untuk acara jarak jauh telah berjaya menewaskan seribu peserta Borneo Post
Run 2013 serta acara Lelaki Junior Bawah 18 Tahun untuk mendapat tempat pertama.
Mcflizzy Shaggy juga merupakan atlet jalan kaki sekolah juga berjaya mendapat tempat ke-
4 untuk kategori Lelaki Junior Bawah 18 Tahun. Kemajuan mereka berjaya ditingkatkan
dengan pelbagai latihan yang baru-baru diadakan oleh jurulatih-jurulatih olahraga sekolah
iaitu Encik Kiu Hieng Sing dan Encik Daryl Peter.

1
SMK KAPIT NO.2 – REMAONG ATHELETE [LAPORAN THE BORNEO POST RUN 2013]

E. CADANGAN & HARAPAN

Pencapaian 2 orang atlit SMK Kapit No.2 iaitu Havit Philip dan Mcflizzy Shaggy dalam
kejohanan ini amat memberansangkan. Kali pertama SMK Kapit No.2 menghantar wakil
peserta dan berjaya mendapat kejohanan untuk kategori yang dipertandingkan. Selain itu,
barisan atlit yang dipertaruhkan adalah dari golongan atlit jarak jauh dan jalan kaki di mana
mereke mempunyai potensi yang amat tinggi untuk kejohanan seterusnya. Kejayaan mereka
ini menjadi sumber inspirasi untuk atlit sekolah kita untuk berlatih bersungguh-sungguh
seperti yang ditunjukkan oleh 2 orang atlit sekolah kita. Pelbagai latihan sedang dijalankan
untuk menyiapkan atlit sekolah untuk pelbagai kejohanan pada tahun hadapan dan
seterusnya. Oleh ity, saya yakin bahawa kontijen olahraga pada tahun hadapan boleh
menjadi pasukan yang mantap dalam Kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Balapan dan
Padang MSS Kapit pada tahun hadapan serta acara Marathon juga serta mampu menjadi
pencabar kepada sekolah-sekolah lain di bahagian Kapit. Selain itu juga, sebilangan atlit
sekolah kita berpotensi untuk melangkah lebih jauh sehingga di peringkat kebangsaan
seandainya mereka diberi latihan serta kemudahan yang secukupnya.

Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan supaya pihak sekolah memberi sokongan dan
dorongan kepada kontinjen olahraga dan merentas desa SMK Kapit No.2 dengan
menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang secukupnya untuk memastikan para atlet
dapat berlatih dengan sebaik-baiknya. Para atlet pula hendaklah mengikuti latihan yang
berterusan dan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan. Selain itu,
pemberian insentif galakan kepada atlet-atlet yang telah terpilih untuk mewakili
bahagianKapit juga dapat membantu dalam meningkatkan psikologi atlet-atlet untuk
menjadi lebih cemerlang serta terus mengharumkan nama SMK Kapit No.2 ke persada yang
lebih tinggi.

Diharap dapat menghantar ramai atlit jarak jauh untuk menyertai The Borneo Post Run pada
tahun depan untuk memberi pendedahan kepada atlit.

Sekian, terima kasih.

2
SMK KAPIT NO.2 – REMAONG ATHELETE [LAPORAN THE BORNEO POST RUN 2013]

“SMKK2 - Together Everyone Achieve More”

Disediakan oleh,

…………………………………………………
(Daryl Anak Peter)
Jurulatih,
Kotinjen Olahraga SMK Kapit No.2 2013

You might also like