Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan
suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu
bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga
kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui
latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya
diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku
kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk
huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada
nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam
sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya,
pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata
itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan
dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan
suku kata itu.

Zulkifley Hamid (1994), berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip


bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid
membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang
menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama
huruf dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.
Kaedah abjad juga adalah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan
suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu
bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga
kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf
atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut.

11
Sebelum.

12
Selepas.

13
Cara penggunaan.

1. Guru menerangkan satu persatu rantaian huruf yang ada daripada ‘a’ hingga ‘z’.

2. Selepas menerangkan rantaian huruf maka guru hendaklah memalingkan rantaian huruf
dan menyesuaikan huruf tersebut dengan gambar yang ada di belakang kad huruf tersebut.

3. Selepas itu, guru memanggil seorang murid ke hadapan.

4. Guru menyuruh murid tersebut menyebut satu barisan huruf dan menyesuaikan huruf
tersebut dengan gambar yang ada di belakang kad huruf tersebut.

5. Guru memanggil lagi murid sehingga habis semua huruf.

14
Sebelum.

15
Selepas.

16
Cara penggunaan.

1. Guru memberi penerangan tentang cara bermain kepada pelajar.

2. Guru membahagikan kumpulan kepada dua bahagian. Kumpulan lelaki dan kumpulan
perempuan.

3. Guru memaparkan slide roda impian di hadapan.

4. Guru memanggil kumpulan pertama dan memutarkan roda serta menyelesaikan suku
kata yang ada pada slide tersebut.

5. Jika salah guru menyuruh pula kumpulan yang kedua.

6. Habiskan semua slide dan umumkan pemenang berdasarkan markah yang mereka
peroleh.

7. Guru memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang.

17
PENUTUP

Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat prabacaan atau


kesediaan membaca, sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai
pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca
dengan lebih mudah. Kajian menunjukkan kanak-kanak bersedia membaca seawal umur
empat tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat
mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih
cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat
peluang yang sama.

Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah
dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot
tubuh mereka.

18
3.0 REFLEKSI

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda
Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Bersyukur kehadrat llahi kerana atas segala nikmat kesihatan dan kelapangan yang
diberikan, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan Literasi Bahasa ini dengan jayanya
menepati peruntukan masa yang telah diberikan kepada saya hampir sebulan. Di atas
bantuan dan keperihatinan pelbagai pihak, seperti pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji
Mohamad Shamsudin bin Jamiran dari Jabatan Bahasa, saya telah berjaya
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Alhamdulillah, dengan bimbingan beliau,
saya telah dapat melatih dan memahirkan diri saya untuk menghasilkan sebuah penulisan
yang berbentuk ilmiah dengan format yang standard terutama mengikut format APA.

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman telah saya
dapati dalam melaksanakannya. Salah satu daripadanya ialah proses mengumpul
maklumat, bahan atau dokumen - dokumen yang berkaitan dengan tugasan. Saya
memulakan pencarian maklumat berkaitan tugasan ini di internet. Seperti yang pensyarah
sedia maklum, tidak semua maklumat yang terdapat di dalam internet adalah benar. Oleh
itu,untuk mendapatkan kesahihan maklumat tersebut,saya telah membuat rujukan di
perpustakaan dan mencari buku-buku yang berkaitan dengan subjek ini. Setelah maklumat
yang diingini telah didapati saya akan kumpulkan semua maklumat dan kaji atau olah semua
maklumat berikut berdasarkan soalan dan mengambil maklumat yang perlu sahaja.

Melalui tugasan ini, saya dapat menimba pelbagai maklumat dan pengetahuan
berkaitan dengan subjek literasi bahasa ini di bawah tajuk kaedah abjad. Saya dapat
mendalami tentang konsep kaedah abjad ini dengan lebih mendalam lagi, yang mana dalam
kaedah ini, murid-murid diajar berkaitan dengan cara mengeja, membaca huruf, frasa dan
ayat. Oleh itu, melalui tugasan ini pengetahuan saya semakin bertambah dan minda saya
turut terbuka untuk berfikir secara kreatif dan kritis apakah tindakan yang sepatutnya
dilakukan apabila bergelar seorang guru kelak.

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan
ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlunya kita memahami dan
mendalami kaedah abjad ini amnya. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil
berat mengenai kemahiran asas ini kerana beranggapan bahawa murid-murid hanya akan
terus belajar untuk membaca tanpa mengenal terlebih dahulu proses yang mesti dilalui
sebelum dapat melangkah ke alam membaca. Tetapi kini saya sudah mula memahami
tentang peri pentingnya menguasai kaedah abjad ini sebelum melangkah kepada kemahiran

19
seterusnya. Pengetahuan ini amat penting bagi saya kerana kelak sayalah salah seorang
pendidik yang bakal membentuk anak bangsa supaya celik huruf suatu hari nanti.

Selain itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji
sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata pelajaran Literasi Bahasa
dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi melalui tugasan ini . Tugasan ini
turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar dan pensyarah
apabila berkongsi-kongsi maklumat dan bersama-sama duduk berbincang bagi
menghasilkan kerja yang terbaik. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima
kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga
berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang
untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan
dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang.

Tambahan lagi, saya turut mendapat pengalaman baru ketika menghasilkan “power
point” mengenai aktiviti kaedah abjad yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Bahasa Malaysia. Sebelum menyempurnakan tugasan ini, saya
beranggapan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran adalah tidak
penting dan tidak perlu di ambil berat. Namun, selepas menyiapkan tugasan menyediakan
“power point” ini, ternyata andaian saya mengenai penggunaan teknologi maklumat tidak
penting dalam dunia pendidikan adalah salah. Hal ini kerana jika dilihat kepada salah satu
daripada 6 tunjang utama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah tunjang
Sains dan Teknologi. Jadi, sebagai seorang guru yang mahu mencorak anak bangsa
supaya menguasai pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi, saya haruslah
terlebih dahulu menguasai bidang tersebut berbanding mereka.

Bahkan, saya turut bermotivasi untuk sentiasa berfikiran secara kreatif dan kritis. Hal
ini kerana saya terpaksa memerah otak saya ketika menyediakan “power point” dan bahan
bantu mengajar yang dikehendaki. Jadi, saya perlu mempunyai fikiran yang kreatif dan
inovatif agar bahan bantu mengajar yang saya bina mampu menarik perhatian murid-murid
dan mampu memberi satu pembelajaran bermakna buat mereka. Jadi, pentingnya di sini
untuk seorang guru berfikiran kreatif dan kritis supaya apa yang disampaikan dapat diterima
dengan baik. Sepertimana kata James Allen, “ Semua yang dicapai oleh manusia dan yang
gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya”. Oleh itu, pentingnya berfikir
secara kreatif dan kritis supaya kesan yang diperoleh bermanfaat kepada diri dan orang lain.

20
Walaupun begitu, masih terdapat beberapa lagi kekurangan dan kekangan yang
saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, saya akui bahawa
kemudahan internet di IPG ini tidak begitu memuaskan hati saya kerana saya sering
menghadapi kesulitan untuk mencari dan mengakses maklumat melaluinya. Hal ini
disebabkan, banyak laman web yang disekat daripada diakses walaupun ianya berunsurkan
ilmiah. Selain itu, bahan rujukan di perpustakaan kampus juga amat terhad walaupun saya
cuba untuk meminjamnya sejak awal lagi. Namun diharapkan agar pihak perpustakaan peka
akan kekurangan bahan bacaan tentang subjek literasi bahasa ini yang saya kira amat
penting kepada guru-guru pelatih di sini yang bakal bergelar guru tidak lama lagi.

Namun, walaupun wujudnya masalah-masalah sedemikian, saya dapat


mengatasinya dengan meminjam buku-buku daripada rakan-rakan saya serta membelinya
di kedai buku yang berhampiran. Saya sedar, bahawa masalah ini hanyalah ibarat celah gigi
sahaja bagi seorang guru berbanding dengan cabaran yang bakal saya hadapi kelak ketika
berhadapan dengan murid yang pastinya akan lebih berat.

Sebagai kesimpulannya, saya mengambil kata-kata sarjana terdahulu yang


menyebut bahawa ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tidak berbuah. Justeru itu, saya
mengambil kesempatan yang ada di dalam tugasan ini sebagai salah satu platform atau
medium untuk saya mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya timba berkenaan subjek
Perkembangan Kanak- Kanak ini. Harapan saya dengan adanya ilmu dan kemahiran-
kemahiran yang saya timba sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini, saya harap
agar ianya serba sedikit dapat meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang
profesional dan berkualiti suatu hari nanti.

21

You might also like