Nota Jahitan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KANCING

FUNGSI KANCING

Kancing-kancing digunakan untuk menutup dan membuka belah-belah pakaian


untuk mengekalkan bentuk asal pakaian itu. Kancing-kancing boleh dijahit dan
digunakan sebagai perhiasan di pakaian ataupun disembunyikan di antara tepi-tepi
belah yang berlapis.

FAKTOR PEMILIHAN

Jenis kancing-kancing yang hendak digunakan mestilah ditentukan ketika


merancang jenis belah. Pemilihan kancing-kancing bergantung kepada stail dan
jenis pakaian, tujuan pakaian, jenis fabrik yang digunakan serta tempat atau
letaknya belah.

I. Saiz kancing mestilah sesuai misalnya kancing yang kecil digunakan bagi
fabrik yang sempit.
II. kancing mestilah sesuai dengan jenis pakaian, misalnya kancing-kancing
yang lebih sesuai untuk pakaian kanak-kanak dan pakaian dalam ialah
kancing-kancing yang bukan logam.
III. kancing-kancing logam akan berkarat dan hilang bentuknya jika selalu
dibasuh.
IV. Lubang butang yang dijahit lebih kukuh daripada lubang butang berkun untuk
pakaian kerja, pakaian seragam atau pakaian yang selalu didobi.

JENIS-JENIS KANCING

Jenis kancing yang tersembunyi


1. Butang katup
2. Butang cangkuk dan matanya
3. Butang cangkuk dan rumah
4. Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat.
Jenis kancing yang nampak
1. Butang dan rumah butang.
2. Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan.
3. Pita dan simpul hias.
4. Reben dan bow
5. zip (sila rujuk bab36:belah pakaian.)
6. Gancu

JENIS-JENIS KANCING YANG DIPILIH

BUTANG DAN LUBANG BUTANG

BUTANG KATUP

CANGKUK DAN PALANG / MATA

ZIP
CARA MENJAHIT

BUTANG KATUP

Butang katup digunakan di bahagian-bahagian pakaian yang tidak berapa


ketat. ia adalah cara mengancing yang cepat dan mudah. Butang katup merupakan
sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk dan
palang. Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling
besar ialah ‘ 04’ , dengan berbagai-bagai warna.

Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.

LANGKAH MENJAHIT BUTANG KATUP

1. Penyedian peralatan dan bahan


a. Bahan – bahan dan peralatan untuk menjahit kancing disediakan mengikut
keperluan.
2. Sediakan tanda
a. Tanda garisan butang katup 3mm daripada tepi dengan menggunakan pensel
tukang jahit atau kapur
b. Tandakan kedudukan butang bahagian soket dan coret dengan peniti

3. Langkah – langkah menjahit


a. Memulakan jahitan dengan bahagian conet dengan jahitan kia di peniti
b. Cabut peniti dan cucuk jarum melalui satu daripada lubang
c. Letak butang kutup bahagian coret ditempatnya dan jahit lilit kemas pada lubang
pertama dengan memcucuk jarum pada pangkal lubang dan menembusi keluar
pada lubang bersebelahan.
d. Jahit ulangan lima mata jahitan.
e. Ulang jahit sehinggan semua lubang dijahit.
f. Keluarkan benang disebelah bawah butang dan buat jahitan kecil.
g. Putuskan benang.
h. Ulangan proses jahitan yang sama pada bahagian soket.
BUTANG DAN LUBANG BUTANG

Butang mempunyai gaya yang tertentu dalam dunia fesyen dan biasanya
memberi rupa yang lengkap pada sesuatu pakaian. Butang dibuat daripada benda-
benda seperti logam, kayu, plastik, getah dan kulit. Ada dua jenis butang iaitu butang
leper dan butang bulat. Butang leper mempunyai dua atau empat lubang dan tidak
mempunyai tangkai (shank). Butang-butang bulat mempunyai tangkai supaya ada
ruang di antara fabrik dan butang dan juga supaya lapik lipatan tindih menjadi tebal
apabila dikancing.

BUTANG BERLUBANG DUA BUTANG BERLUBANG EMPAT

BUTANG BERTANGKAI BUTANG BERTANGKAI

I. Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila
pakaian itu siap.
II. Dijahit di atas dua lapisan fabrik
III. Kancing ini teguh ,kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik.
IV. Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga.
V. Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh
diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya.
VI. Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang
butang berkun
VII. Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak
LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT BUTANG DAN LUBANG BUTANG.

 Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti.

Tepi belah

 - Ukuran lubang butang.


- ukuran garispusat butang+ 3mm (1/8 inci )
- Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada
kedua- dua belah lubang butang.

 - Gunting lubang butang mengikut urat benang


- .Lubang butang boleh digunting dengan: Sepasang gunting kecil yang tajam
 - Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di
antara 2 lapisan kain.
- Masukkan jarum di hujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain
garisan jelunjur halus.
- Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit.
- Tarikkan kedua-dua benag dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah
jarum.
- Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi.

 - Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat.


- Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

 -Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak


berdekatan dengan penjahit.
- Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.
 -Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat
,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang
akhir.
- Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segiempat.

 - Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segiempat.


- Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam
baju.

 Lubang butang melintang yang telah siap.


CANGKUK DAN PALANG

Cangkuk dan palang ialah satu kancing yang teguh untuk baju yang ketat. Iadi
gunakan pada belah yang tidak bertindih. Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing
yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.
Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata
jahitannya kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

CIRI- CIRI DAN FUNGSI

I. Dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian.


II. Dibuat daripada logam dan merupakan kancing paling kukuh.
III. Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing
bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik.

CARA- CARA MENJAHIT

Langkah 1

 Mulakan dengan jahitan kia pada tiga lubang yang terdapat pada lubang di
cangkuk.
 Jahit jahitan lilit kemas / jahitan lurus 4-5 kali.
 Matikan dengan jahitan kia.

Langkah 2

 Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada palang.


 Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada lubang pada palang.
 Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali.
 Susup jarum kelubang kedua pada palang.
 Teruskan proses menjahit sehingga siap
 Matikan jahitan dengan jahitan kia.
ZIP

Zip ialah kancing-kancing yang popular diguna kan di gaun, skirt, pakaian-
pakaian, seluar, beg dan penutup-penutup longgar. Ia senang dan cepat dipasang
dan boleh tahan lama. Zip boleh dibeli mengikut berbagai buatan. Zip-zip untuk skirt
panjangnya 18-21cm, belah rusuk 21-31cm, dan gaun 25-51cm. Zip boleh dipasang
kepada kelim atau kepada belahan yang dipotong pada fabrik. Gigi-gigi zip selalunya
dibuat daripada nilon atau logam. Untuk menjahit zip perlu menggunakan tapak zip.

PERKARA YANG PERLU AMBIL TAHU SEBELUM MEMBELI ZIP

I. Pilihlah zip yang baik.


II. Pilihlah zip yang cukup panjang dengan belah yang hendak dibuat.
III. Periksa bahawa zip itu senang ditarik dan ditutup.
IV. Warna zip hendaklah sama dengan warna fabrik.
V. keadaan rupa zip hendaklah padan dengan berat fabrik yang digunakan,
misalnya untuk fabrik halus gunakan zip yang halus serta ringan dan zip yang
kasar digunakan untuk fabrik yang tebal dan berat.
VI. Gunakan zip yang boleh dikunci.

CARA MENJAHIT ZIP SEPARUH TERSEMBUNYI

1. Sediakan kelim. Labuh belah ialah labuh zip dicampur 5mm.


2. Semat dan jelujur kelim yang tertinggal dan mesin. Tekan kelim supaya
terbuka.
3. Kemaskan tepi-tepi yang berbulu dengan cara yang sesuai.
4. Bukakan zip dan letakkan sebelah luar zip kepada sebelah dalam kelim.
Tentukan bahawa tengah zip bertemu dengan sambungan.
5. Semat dan jelujur pada sebelah pakaian.
6. Mesin 5mm jauh daripada tepi kelim di kedua-dua belah dan menyeberangi
pangkal belah.
7. Cabut jelujur dan tekan.
8. Untuk mengukuhkan sebelah luar, jahitkan jahit ulat-ulat untuk menetapkan
pita dan kukuhkan sebelah dalam dengan menjahit lilit kemas di pangkal
belah.
BELAH

Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk
memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di
pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu. Panjangnya
mestilah sesuai dengan tujuan belah dibuat.

JENIS-JENIS BELAH

I. Belah Kelepet Sama Lebar


II. Belah Slit Berlapik
III. Belah Lapik Kain Selari
IV. Belah Berkun
V. Belah Berplaket
VI. Belah Berzip

FUNGSI

I. Menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan pengguna


II. Memudahkan pergerakan dan mengekalkan ciri traditional
III. Menjadi perhiasan.

FAKTOR PEMILIHAN
1. Jenis pakaian yang hendak dibuat misalnya kemeja atau seluar
2. Jenis fabrik mempengruhi pemilihan belah pada pakaian. Semua jenis belah
sesuai pada fabrik sederhana dan tebal. Pada fabrik nipis, pemilihan
belahnya adalah terhad.
3. Kedudukan belah
I. Garis tengah hadapan atau garis tengah belakang blaus dan skirt.

II. Garis tengah hadapan atau di rusuk kiri skirt atau slek.

III. Bahagian belakang pergelangan lengan atau kelim lengan.

IV. Hujung seluar, chongsam dan samfoo.


CARA MENJAHIT

BELAH KELEPET SAMA LEBAR

Belah kelepet sama lebar adalah mudah dibuat dan sangat kukuh. Kain untuk
belah diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke sebelah dalam (SD)
pada garis lipatan. Ia boleh dibuat sepanjang seluruh belakang atau hadapan
pakaian. Ia digunakan pada blaus, kemeja, kot, pakaian kanak-kanak, pijama,
sarung kusyen dan sarung bantal. Pengancing yang digunakan adalah butang dan
rumah butang atau butang katup, butang dan gelungan atau pita.

Langkah 1
Tandakan GTH dan GL pakaian. (sama seperti Rajah 1)

Rajah 1 Proses menjahit belah kelepet sama lebar.

Langkah 2
I. Lipat GL ke SD dan semat dengan jarum peniti
II. Jahit dengan jahitan mesin pada kiri dan kanan kelepet supaya jarak antara
keduanya adalah 3 cm.
BELAH BERZIP

Zip dicipta untuk memenuhi keperluan pembuat-pembuat pakaian. Zip


digunakan dalam pakaian-pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Zip ialah kancing-
kancing yang popular di gaun, skirt, seluar, beg dan penutup longgar. Ia senang dan
cepat dipasang dan boleh tahan lama. Zip boleh dibeli mengikut berbagai buatan,
saiz. dan warna.. Zip boleh dipasang kepada kelim atau kepada belahan yang
dipotong pada fabrik. Untuk menjahit zip perlu menggunakan tapak penjahit zip.

CIRI-CIRI BELAH BERZIP

I. Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.


II. Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh
mm.
III. Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.
IV. Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.
V. Kelim tidak berkedut.
VI. Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT BELAH BERZIP

1. Sediakan belah yang berukuran 1cm lebih panjang daripada ukuran zip.
2. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata. Lihat rajah 2.53

Rajah 2.53
3. Sematkan pita zipke S.D bahagian kanan pakaian. Tepi belah hendaklah di tepi gigi
zip. Tentukan kepala zip terletak 7mm ke bawah garisan pemandan, dan penahan
zip terletak pada pangkal belah.
4. Jelujur bahagian kanan zip. Buka zip.
5. Sematkan bahagian kiri zip ke S.D. bahagian kiri belah – menutup semua gigi zip.
Bahagian kiri tepi lipatan belah hendaklah bertindih 2mm tepi lipatan sebelah kanan.
6. Jelujur bahagian kiri zip. Lihat rajah 2.53 (a).

Rajah 2.53 (A).

7. Tutup zip danjahit zip dengan menggunakan tapak dari bahagian hujung
sebelah kiri hingga ke pangkal belah, dan melintang ke sebelah kanan, dan
diteruskan ke pangkal belah kanan hingga ke hujung belah.
8. Cabut jelujur.
9. Jahit tepi pita zip S.D. pakaian di basi kelim. Jahit kancing yang sesuai di
hujung belah zip. Lihat Rajah 2.53 (b)

Rajah 2.53 (b)


BELAH BERKUN

Belah berkun sesuai untuk fabrik nipis dan halus atau sederhana tebalnya. Ia
digunakan pada belahan di bahagian hadapan atau belakang leher blaus dan gaun,
pergelangan tangan, pakaian kanak-kanak dan pakaian dalam. Belah ini
menggunakaan jalur serong tepat dan lebar kun yang siap dijahit biasanya 5-6 mm.
Belah ini kukuh jika dibuat dengan cara yang betul.

Langkah 1
I. Tandakan kedudukan belah pada pakaian / GTH.
II. Ukur panjang belah yang dikehendaki.
III. Tandakan pangkal belah.
IV. Gunting mengikut panjang belah.

Rajah 1 proses menjahit belah berkun

Langkah 2

I. Sediakan pita serong.


II. Rujuk Langkah-langkah menyediakan jalur serong tepat dalam topik 6 atau
gunakan pita serong dagangan yang boleh didapati di kedai-kedai.
Langkah 3
I. Temukan SL pakaian dengan SL jalur serong
II. Temukan tepi belah dengan tepi jalur serong
III. Jelujur dan jahit mesin 6mm dari tepi belah. (jika perlu jahit mesin sekali lagi
pada pangkal belah).Cabut benang jelujur

Langkah 4
I. Halakan jalur serung ke atas dari SL pakaian dan tekan
II. Lipat tepi lapik 2 mm dari GP ke SD dengan lipatannya bertemu dengan jahit
mesin di sebelah dalam seperti rajah (a).
III. Jelujur di sepanjang lipatan
IV. Tetapkan jelur serong dengan jahit sembat seperti rajah (b) .Lalukan jahitan
sembat di bawah jahitan mesin.
Langkah 5
I. Pada sebelah dalam kukuhkan pangkal belah dengan mesin atau kia tirus ke
bawah seperti rajah ( c)
II. Tekan dengan cermat
III. Jika perlu Jahit ulat-ulat di SL pakaian seperti rajah (d) untuk mengukukuhkan
pangkal belah.

Bahagian belakang baju kanak-kanak. Bahagian leher di baju wanita

You might also like