Pentaksiran Alternatif (Tugasan 1)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Tugasan 1

1. Pengenalan
Merujuk kepada Payne (2003) menerusi bukunya Applied Educational Assessment,

pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan

maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan

berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran juga merujuk

kepada proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang maklumat pelajarnya dan

oleh pelajar sendiri bagi menilai kemajuan diri mereka. Merujuk kepada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah pula, pentaksiran merupakan proses untuk mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh

berasaskan matlamat kurikulum. Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, dapat

disimpulkan bahawa pentaksiran merupakan suatu proses yang sangat penting bagi

menilai sejauh mana penguasaan pelajar dalam pembelajaran mereka.


Pentaksiran boleh dijadikan sebagai suatu proses pengajaran oleh guru

sekiranya mampu ditadbir dan diuruskan dengan baik. Pentaksiran biasanya bersifat

formatif iaitu dijalankan secara berterusan bagi melihat perkembangan

pembelajaran murid. Melalui pentaksiran juga, murid secara tidak langsung dapat

menyerlahkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari dan tidak boleh

dinilai melalui ujuian bertulis. Di samping itu, penggunaan pentaksiran secara tidak

langsung dapat memberi galakan kepada guru menggunakan kebijakasaan dalam

menilai kefahaman pelajar dan seterusnya membuat perancangan seterusnya untuk

memperbaiki kelemahan yang ditunjukkan oleh murid. Popham (2013) menyatakan

bahawa pentaksiran merupakan kaedah penilaian yang lebih sesuai dalam bidang

pendidikan pada masa kini.

1
Tugasan 1

Berpandukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, BPPdP (2012), pentaksiran yang dijalankan adalah bertujuan untuk

mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dan

membantu murid memperbaiki pembelajarannya melalui maklumat yang diperoleh.

Merujuk kepada konteks mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pentaksiran dilihat

sebagai suatu pilihan yang sangat bijak oleh para guru dalam usaha menilai

penguasaan pelajar. Hal ini demikian kerana, domain psikomotor dan afektif

menjadikan ujian bertulis sebagai pilihan yang kurang tepat kerana dilihat lebih

berfokus kepada domain kognitif semata-mata.


Langkah kerajaan mengubah sistem pendidikan negara yang terlalu

berorientasikan peperiksaan secara tidak langsung membuka lembaran baharu

kepada mata pelajaran PJPK. Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember

2010 telah memutuskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah, (PBS),

dilaksanakan sebagai sebahagian daripada transformasi pendidikan (buletin kpm

2012). PBS merupakan satu sistem pentaksiran yang bersifat menyeluruh dan

memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan

sumatif yang berasaskan sekolah. Hal ini dilihat suatu perkembangan positif bagi

mata pelajaran PJPK kerana pencapaian murid tidak hanya dinilai dari aspek

kognitif sahaja iaitu menerusi peperiksaan. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK) yang diperkenalkan melalui Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangasan (SPPK) ini membolehkan komponen-komponen lain seperti jasmani,

emosi, rohani dan sosial turut dapat dinilai melalui perlakuan, penglibatan dan nilai

yang dipamerkan oleh murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

2
Tugasan 1

berlangsung baik di dalam mahupun di luar bilik darjah. Akan tetapi terdapat

beberapa kekangan yang berlaku menyebabkan pelaksanaan pentaksiran ini tidak

menyeluruh.
Stiggins, (2005) mendapati tidak ramai guru yang betul-betul bersedia dalam

melakukan pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk

mempelajari teknik-teknik dan amalan pentaksiran yang betul. Black dan Wiliam,

(1998) pula menjelaskan situasi yang berlaku di sekolah semasa melaksanaan

pentaksiran formatif iaitu kesukaran pelaksanaannya di dalam bilik darjah dan

kepercayaan masyarakat tentang keberkesanannya dalam meningkatkan

pencapaian murid serta bagaimana cara untuk melakukan peningkatan tersebut.

Hasil kajian Begum & Farooqui (2008) menunjukkan bahawa walaupun kerajaan

telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat

latihan yang secukupnya untuk melaksanakan sistem tersebut. Fullan, (2007)

menyatakan bahawa sesuatu perubahan hanya akan menunjukkan kejayaannya

selepas tahun ketiga pelaksanaannya. Hal ini demikian kerana, pada masa itu

semua individu yang terlibat akan menunjukkan satu peningkatan. Perubahan

berkenaan akan dikira gagal sekiranya tiada perubahan yang berlaku.

2. Konsep
Borang tugasan merupakan salah satu kaedah yang tedapat dalam pentaksiran

alternatif. Tujuan utama borang tugasan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan

suatu persekitaran yang hampir sama dengan persekitaran sebenar untuk pelajar

menzahirkan pengetahuan dan kemahiran mereka.


Selain itu, ia juga bertujuan menguji dan menilai pelajar daripada aras yang

paling rendah kepada aras yang paling tinggi. Melalui borang tugasan ini, setiap
3
Tugasan 1

pelajar akan diberikan borang tugasan berpandukan hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan oleh guru. Ini bermaksud, setiap borang tugasan yang dihasilkan

mestilah berpandukan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan peringkat umur

pelajar. Borang tugasan yang dihasilkan ini boleh digunakan untuk menilai murid

baik dari segi lisan, penulisan mahupun perlakuan.


Selain itu, tugasan yang diberikan juga mestilah relevan dengan tajuk yang telah

murid pelajari. Murid perlu terlebih dahulu didedahkan dengan sesuatu kemahiran

sebelum diberikan tugasan. Melalui pelaksanaan borang tugasan ini juga, murid

akan diberikan masa untuk mengumpulkan maklumat terlebih dahulu. Setiap

perkembangan tugasan yang dijalankan harus ditunjukkan kepada guru. Hal ini

bertujuan memastikan tugasan yang diberikan oleh guru dilaksanakan sendiri oleh

pelajar dan bukannya disiapkan oleh orang lain. Garis panduan serta rubrik

pemarkahan harus ditunjukkan kepada murid sebelum mereka melaksanakan

tugasan. Perkara ini penting kerana ianya akan menjadi garis panduan serta kayu

ukur terhadap tugasan yang mereka hasilkan.


3. Peranan Guru
Peranan guru yang pertama adalah memberi pendedahan awal kepada murid

berkaitan sesuatu tajuk atau kemahiran dengan berpandukan sukatan pelajaran.

Guru harus memberi sedikit input serta gambaran awal tentang kemahiran

berkenaan. Hal ini penting bagi mengelakkan wujudnya pemahaman yang salah

dalam kalangan murid.


Selain itu, guru juga harus menghasilkan borang tugasan yang berpandukan

kemahiran yang telah murid pelajari. Semasa menghasilkan tugasan berkenaan,

guru harus memastikan arahan yang diberikan adalah jelas dan laras bahasa yang

digunakan bersesuai dengan peringkat umur murid. Guru harus mengelakkan


4
Tugasan 1

daripada memberi arahan yang terlalu umum dan panjang sebaliknya lebih eksplisit

dan ringkas.
Seterusnya, guru harus memberikan rangsangan kepada setiap murid supaya

murid lebih bermotivasi untuk melakukan tugasan. Rangsangan yang dimaksudkan

adalah seperti soalan-soalan terbuka yang dapat mendorong murid untuk meneroka

lebih banyak maklumat. Selain itu, hadiah juga boleh dijadikan sebagai rangsangan

bagi menarik minat murid.


Di samping itu, peranan guru dalam melaksanakan pentaksiran ini juga adalah

untuk menyediakan rubrik pemarkahan dan penilaian. Rubrik yang dihasilkan oleh

guru mestilah meliputi semua item yang akan dinilai oleh guru serta wajaran markah

yang sesuai mengikut kesempurnaan tugasan. Hal ini dapat digunakan oleh pelajar

sebagai garis panduan dan rujukan kepada mereka dalam menyiapkan tugasan

yang telah diberikan oleh guru.


Guru juga harus sentiasa memantau perkembangan kerja murid sepanjang

menyiapkan tugasan. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan wujudnya murid

yang curi tulang dan hanya menjadi pemerhati dalam menyiapkan sesuatu tugasan

tanpa melibatkan diri secara aktif.


Peranan guru yang terakhir adalah menganalisa, menilai dan memberikan

maklum balas kepada murid berpandukan kepada tugasan yang telah disiapkan.

Penilaian yang dibuat oleh guru mestilah adil dan tidak berat sebelah di samping

merujuk kepada rubrik penilaian seperti yang telah dimaklumkan kepada murid.

Maklum balas pula perlu dibuat supaya setiap murid berupaya menilai kesilapan dan

kelemahan mereka seterusnya membuat penambah baikan.

4. Peranan Murid

5
Tugasan 1

Antara peranan murid adalah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan sepenuh hati. Hal ini demikian kerana, mereka perlu untuk memahami

sepenuhnya setiap kemahiran yang dipelajari untuk diaplikasi ke dalam tugasan

yang akan diberikan oleh guru. Perkara ini juga penting bagi mengelakkan

berlakunya salah faham dan memburukkan keadaan menjadi pegangan kepada

murid.
Selain itu, peranan murid juga adalah untuk mencari semua maklumat berkaitan

seperti yang ditugaskan oleh guru. Murid tidak boleh bersikap menanti setiap

maklumat disampaikan oleh guru sebaliknya bersikap proaktif dengan meneroka

sendiri maklumat yang diperlukan. Tindakan ini secara tidak langsung akan

menambahkan kefahaman murid serta membolehkan murid merangsang pemikiran

mereka untuk berfikir secara lebih kritis, kreatif dan inovatif.


Seterusnya, murid juga harus memainkan peranan selaku pemimpin dan

pengikut yang baik. hal ini demikian kerana, apabila tugasan dijalankan secara

berkumpulan, seorang pemimpin atau ketua kumpulan harus bijak mengendalikan

arah tuju tugasan kumpulan mereka atau setidak-tidaknya menjadi pemimpin

kepada diri sendiri untuk membantu rakan sepasukan yang lain.


Di samping itu, peranan murid juga adalah untuk melaksanaan tugasan yang

diberikan dengan penuh komited dan jujur. Ini bermaksud, tugasan yang diberikan

harus dibuat dengan penuh bersemangat sama ada secara sendirian mahupun

dengan rakan sepasukan. Pelajar juga harus jujur semasa melaksanakan tugasan

dengan menyiapkan sendiri tugasan dan tidak mengharapkan bantuan daripada

orang lain seperti ahli keluarga.


Seterusnya, peranan pelajar adalah untuk memastikan setiap tugasan berjaya

disiapkan dengan sempurna tepat pada masa yang telah ditetapkan. Bagi
6
Tugasan 1

memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan, pelajar perlu mematuhi arahan serta

garis panduan yang dibekalkan oleh guru selain mempunyai disiplin diri yang tinggi.

5. Kelebihan
Kelebihan menjalankan pentaksiran berasaskan tugasan ini adalah antaranya dapat

menarik minat murid untuk mengiktui sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan oleh guru. Hal ini demikian kerana, guru telah mewujudkan suatu

suasana pembelajaran yang berbeza seperti mana yang telah biasa mereka lalui di

sekolah. Secara tidak langsung murid akan menjadi lebih tertarik untuk mengikuti

sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan oleh guru.


Selain itu, kaedah pentaksiran ini juga dilihat dapat merangsang murid supaya

berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tertentu. Ini kerana, guru hanya

mengambil langkah memberikan garis panduan kepada murid dan selebihnya harus

diteroka sendiri oleh murid-murid. Langkah ini secara tidak langsung dapat

mendorong murid supaya lebih berdikari serta tidak hanya bergantung kepada guru

semata-mata.
Kelebihan yang seterusnya ialah bakat murid yang terpendam akan dapat

ditonjolkan. Setiap murid mempunyai kelebihan yang tersendiri yang

berkemungkinan mereka sendiri tidak menyedarinya. Akan tetapi, melalui pelbagai

tugasan yang diberikan oleh guru murid mempunyai ruang untuk menyerlahkan

bakat mereka. Sebagai contoh, tugasan yang melibatkan penggunaan perisian

komputer secara tidak langsung dapat mendedahkan guru kepada pelbagai bakat

semulajadi yang ada dalam diri murid bahkan mungkin jauh lebih hebat daripada

guru sendiri.

7
Tugasan 1

Di samping itu, borang tugasan juga dapat mendorong kepada penilaian yang

lebih telus terhadap murid. Perkara ini berbeza dengan kaedah penilaian sedia ada

seperti ujian bertulis. Hal ini disebabkan oleh murid boleh mendapat keputusan yang

tinggi dengan hanya berpandukan kepada buku atau secara teori semata-mata.

Kemahiran sebenar yang diajar oleh guru berkemungkinan besar gagal

diterjemahkan oleh murid secara praktikal apabila diminta.

6. Kelemahan
Kelemahan kaedah borang tugasan yang dapat dilihat adalah dari segi peruntukan

masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad. Guru hanya diperuntukkan masa

dua waktu seminggu untuk mengajar pelbagai kemahiran yang terdapat di dalam

sukatan pelajaran. Masa yang diperuntukkan ini ternyata tidak mencukupi untuk

guru memastikan setiap murid berjaya menguasai setiap kemahiran yang dipelajari.

Sekiranya pentaksiran ini dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran,

ini bermaksud guru hanya mempunyai satu waktu untuk mengajar dan ianya dilihat

kurang bersesuaian melainkan tugasan tersebut dijalankan di luar waktu pengajaran

dan pembelajaran.
Masalah seterusnya akan timbul apabila tugasan diselesaikan oleh murid di luar

waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu tugasan disempurnakan oleh orang lain.

Murid berkemungkinan akan meminta jasa baik ahli keluarga yang lain untuk

menghasilkan tugasan mereka demi memastikan mereka mendapat keputusan yang

baik.
Selain itu, kelemahan yang dapat dilihat melalui borang tugasan ini ialah murid

tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan maklumat. Perkara ini mungkin akan

menimbulkan masalah kepada murid yang tidak mempunyai capaian internet. Murid

8
Tugasan 1

hanya dapat bergantung harap kepada buku-buku yang mungkin ada di dalam pusat

sumber atau buku-buku yang terdapat di pasaran.

7. Rumusan
Berdasarkan penulisan di atas, dapat disimpulkan bahawa kaedah borang tugasan

ini merupakan kaedah pentaksiran yang baik. Pentaksiran ini dilihat sejajar dengan

kurikulum baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak kementerian. Kaedah

pentaksiran perlu diubahsuai mengikut kesesuaian supaya dapat menilai setiap

aspek baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sosial.
Selain itu, penggunaan borang tugasan sebagai suatu kaedah pentaksiran

alternatif juga haruslah berpandukan indikator-indikator yang sepatutnya dipatuhi

demi memastikan pentaksiran yang dijalankan benar-benar berkesan.

9
Tugasan 1

Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan


Kebangsaan (Edisi Ketiga). Kementerian Pelajaran Malaysia

Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the
Education Scenario in Bangladesh? International Edution Studies, 1(2), 45-53.

Black,P. dan Wiliam, D. (1998). Inside the black box. Raising standards through
classroom assessment. Phi Delta Kappan,pp.139-148.

Fullan,M. (2007) . Change theory :A force for school improvement. United Kingdom:
Workshops.

Payne, D. A. (2003). Applied educational assessment (2nded.). Belmont, CA:


Wadsworth/Thomson Learning.

Popham, W. J. (2013). Classroom Assessment: What Teachers Need to Know (7th ed.). L.A:
Pearson.

Stiggins, R. (2005). From formative assessment to assessment for learning: a path to


success in standardbased schools. Phi Delta Kappan 87(4): 324-328.

10

You might also like