Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SIDANG AKEDAMIK

2013/2014

HKB 313: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Tajuk: Apakah yang membezakan kesusasteraan kanak-kanak dengan kesusasteraan remaja?


Bincangkan anda merujuk kepada genre novel.

DISEDIAKAN OLEH

SITI ROSLINDA BT ABDUL RASHID

113473
PENDAHULUAN

Dunia sastera semakin mendapat tempat di hati khalayak umum masa kini. Peminat

sastera semakin meluas bermula daripada khalayak kanak-kanak sehinggalah ke peringkat

dewasa. Sastera menjadi salah satu pilihan dalam kehidupan mereka. Perkara yang boleh

dibanggakan lagi ialah bidang kesusasteraan turut dijadikan bidang kerjaya yang dipandang

dengan serius. Sastera ini juga mempunyai banyak cabang dan pecahannya yang tersendiri.

Malahan, salah satu daripada genre sastera yang semakin mendapat perhatian ialah sastera

remaja. Sastera remaja didefinisikan sebagai karya sastera untuk bacaan para remaja dari

lingkungan 13 tahun sehingga 21 tahun. Di barat, sastera remaja turut dikenali sebagai young

adult literature.

Disamping itu, kesusastera kanak-kanak juga semakin mendapat tempat dalam kalangan

kanak-kanak. Kesusasteran kanak-kanak ini muncul daripada kisah folklore contohnya kisah

yang telah dikumpulkan iaitu Aesop’s Fables dan diterbitkan pada tahun 1484. Pada awal abad

ke-17 seorang lelaki yang terkenal dalam bidang pendidikan iaitu John Locke mencetuskan

revolusi dalam pendidikan kanak-kanak dengan menyebarkan ideologi dan memadamkan

perspektif masyarakat terhadap kanak-kanak sehingga masyarakat berfikir tentang kanak-kanak.

Namun, persoalannya disini ialah apakah yang membezakan diantara kesusasteraan kanak-kanak

dengan kesusastera remaja ini?

DEFINISI DAN KONSEP SASTERA REMAJA DAN KANAK-KANAK.

Bagi menjelaskan dan mendefinisikan apa itu kesusasteraan kanak-kanak memerlukan penelitian

yang teliti. Kesusasteraan kanak-kanak menjadi sesuatu istilah yang amat subjektif kerana

banyak pandangan daripada pengkaji tentang bahan sastera ini. Salah satunya ialah
kesusasteraan kanak-kanak ini telah ditambah dengan nilai yang ‘baik’ bagi memisahkannya

dengan sastera yang lain. Malahan, perkataan sastera itu sendiri mempunyai penilaian dan

penelitian kualiti. Nilai ini atau kualiti tinggi ini berhubungan dengan standard kesusasteraan,

idea-idea yang mendalam dan plot dan watak yang sentiasa diingati. Oleh itu, standard yang

tinggi bergantung kepada kualiti yang tinggi. Kesusasteraan kanak-kanak juga merujuk kepada

konsep yang sangat abstrak dan sarat dengan nilai dan tangapan yang bernilai. Menurut Perry

Nodelman (1992),

“children literature is not just literature written with children in mind, non
is not just literature that happens to be read by children it is a genre, a
special kind of literature with its own distinguishing characteristics.”

Hal ini bermakna, kesusasteraan kanak-kanak ditulis khas untuk kanak-kanak dan lazimnya

dibaca oleh kanak-kanak dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang akan membezakannya dengan

kesusasteraan lain. Sesebuah karya sastera kanak-kanak yang baik menepati ciri-ciri tertentu

iaitu:

1. Pengalaman penulis dewasa yang menulis berkenaan perspektif dan pemikiran kanak-

kanak berdasarkan perkembangan psikologi kanak-kanak. Dengan kata lain, penulis

dewasa akan mengarang karya mengikut pekembangan kanak-kanak dari pelbagai sudut.

Contohnya, karya Umi Ena ( Rozninah Abd Azib) yang bertajuk Natasha Mahu Cantik.

Novel ini berkisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bercita-cita untuk kelihatan

lebih cantik berbanding adiknya. Novel ini digarap bersesuaian dengan pemikiran dan

psikologi seorang kanak-kanak perempuan walaupun Umi Ena sudah berusia dalam

lingkungan 40-an. Umi Ena berjaya menjiwai dan meneroka dunia kanak-kanak dan
dilakar menjadi kisah didalam novel ini dengan penuh berisi nilai-nilai moral dan

kemanusiaan.

2. Plot yang mudah. Perjalanan dan perkembangan plot amat mudah dan tidak terlalu

kompleks dengan pelbagai konflik yang sulit. Ia bertujuan untuk tidak menganggu emosi

dan tumpuan kanak-kanak.

3. Tertumpu kepada adegan aksi. Sebuah karya kanak-kanak lebih tertumpu kepada adegan

aksi dimana setiap aksi akan menonjolkan kehebatan wira wati yang akhirnya akan

menemui kejayaan atau kemenangan dalam setiap cabaran dan halangan. Malahan, ia

bertujuan untuk menimbulkan rasa optimis dan keseronokan bagi kanak-kanak dan

membentuk mereka supaya lebih cergas dan aktif.

4. Watak yang ditonjolkan adalah watak kanak-kanak atau menyerupai kanak-kanak.

Watak yang ditonjolkan dalam sesebuah karya adalah watak kanak-kanak itu sendiri agar

pembaca sasaran iaitu kanak-kanak dapat menjiwai dan turut merasai apa jua perkara

yang berlaku terhadap watak dalam cerita. Kadang-kadang mereka dapat menganggap

bahawa watak itu adalah diri mereka sendiri.

5. Menjurus kepada campuran antara elemen fantasi dengan realiti. Sesebuah novel kanak-

kanak juga turut dimuatkan unsur fantasi yang tidak dijangkau oleh pancaindera( tidak

diketahui oleh kanak-kanak) dan unsur realiti bagi menjana minda yang cerdas,

membentuk daya kreativiti dan imaginasi serta memberikan input yang baru kepada

kanak-kanak contohnya dunia kayangan, alam semesta, alam lautan dan sebagainya.

Perkara yang paling dipentingkan dalam sesebuah karya sastera kanak-kanak ialah mesej

yang ingin disampaikan mestilah mempunyai unsur pengajaran. Buktinya menurut Nodelman

(1996), ciri-ciri tersebut mestilah mempunyai unsur didaktik dan menyeronokan pembaca
khususnya golongan kanak-kanak. Unsur didaktik ini ialah unsur yang mempunyai mesej yang

mampu membentuk dan mendidik golongan kanak-kanak dalam soal nilai kemanusiaan, moral,

nasionalisme dan sebagainya.

Kesusasteraan remaja pula didefinisikan sebagai sebuah karya yang mampu memenuhi

keinginan remaja yang tidak tercapai. Buktinya, merujuk kepada pandangan sarjana iaitu

Othman Puteh, sastera remaja pula adalah sebuah karya sastera yang berfungsi sebagai alat

mengisi sebahagian daripada tuntutan keperluan remaja terutama dari segi pengisian minda,

pembentukan sahsiah, kerohanian dan pemantapan psikologi. Disamping itu, karya itu mesti

mempunyai maklumat terbaru, berilmu, unsur intelektual, dan mampu menyerlahkan kecerdasan

remaja. Dari segi konsep, sastera remaja adalah bahan bacaan kreatif yang relevan dengan

pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja. Sebuah karya remaja ini dianggap berkualiti

apabila menepati ciri-ciri berikut.

1. Mesej yang bersifat informative, mendidik, berupaya membina watak, memperkaya

pengalaman dan pengetahuan remaja serta membangkitkan daya cipta, menitikberatkan

perihal nilai-nilai murni, nilai kemanusiaan dan nasionalisme dan sebagainya.

2. Dari segi watak yang menampilkan watak tauladan, tidak mustahil dan ideal, kreatif,

bercitra jujur, setia, gigih dan lasak/aktif, dan berfikiran rasional dan matang dalam

melakukan tindakan atau membuat keputusan.

Sesebuah karya sastera remaja perlu mengandungi teks dan konteks yang bersesuaian dengan

ciri-ciri psikologi remaja iaitu menerapkan peristiwa seperti berikut:

a) Mengunakan situasi ketidaktenangan atau kegelisahan yang mendominasikan pemikiran

dan emosi remaja contohnya seseorang remaja yang mempunyai pelbagai keinginan dan
impian tetapi tidak dapat dicapai/dilaksanakan. Kegagalan itu menyebabkan mereka

gelisah dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian agar keinginan itu dapat dicapai.

b) Memainkan naluri remaja yang suka melakukan sesuatu percubaan untuk menambah

pengalaman berkaitan sesuatu yang baru atau sering dilakukan oleh orang dewasa tidak

kira perkara tersebut baik atau buruk.

c) Wujud keinginan untuk meneroka alam sekitar yang lebih luas, mencabar dan

menyelidiki persekitaran contohnya keluar mengembara bagi tujuan tertentu.

d) Melakukan kegiatan secara berkelompok. Kegiatan berkelompok ini bermaksud remaja

lebih suka bersosial bersama rakan sebaya dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Menurut Othman Puteh, sesebuah karya sastera remaja yang tidak bermutu adalah berselera

rendah, menghairahkan, tanpa mesej, terlalu komersial, perilaku watak terdorong oleh gesaan

nafsu, emosi yang tidak rasional dan bukannya berfikiran jernih. Menurutnya lagi, karya yang

bermutu adalah sebuah karya yang mampu mengangkat pengarang dan teks di tahap yang

bermaruah dan wajar. Malahan, sastera remaja yang berkualiti juga adalah sebuah karya yang

mengungkapkan permasalahan remaja seperti krisis identiti bukannya hanya tertumpu pada soal

cinta semata-mata.

Menurut Jakob Sumarjo dalam bukunya yang bertajuk Novel Popular Indonesia

(1982:63) membuat pergolongan berdasarkan sasaran pembaca dengan mengkategorikan novel

remaja sebagai novel popular. Sastera popular ini dikatakan teks dan konteksnya hanya tertumpu

kepada kisah yang berligar sekitar percintaan remaja, perkenalan mereka, dan konflik antara

mereka semata-mata. Contohnya, kisah yang berlaku terhadap watak yang masih dibangku

sekolah atau ijazah sarjana yang bertemakan kisah percintaan antara pelajar. Kini, novel remaja

popular ini semakin hangat di pasaran dan menjadi bualan para remaja antaranya Suami Aku
Ustaz, Alahai Mat Skema, I Love You Mr Arrogant dan sebagainya. Sastera remaja pula yang

tinggi kualitinya dan menepati ciri-ciri yang telah dijelaskan di atas. Contohnya, Hikayat

Faridah Hanum, Salina, Melor di Kuala Lumpur dan sebagainya.

Sebelum menghurai lebih lanjut tentang perbezaan antara kedua-dua genre sastera ini,

lebih elok perbincangan ini mengupas tentang psikologi kanak-kanak dan remaja terlebih dahulu

yang turut mempengaruhi teks dan konteks dalam genre-genre tersebut.

PSIKOLOGI KANAK-KANAK.

Setiap bayi yang dilahirkan akan mengalami perkembangan. Perkembangan secara umum

didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah mengikut

peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi

perkembangan itu sendiri, salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam

buku Perkembangan Kanak-kanak yang mengatakan perkembangan adalah perubahan kualitatif

yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari

sifat yang lebih awal. Berbanding Santoock (2008), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai

perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat

percambahan sehingga akhir hayat. Kesimpulannya, perkembangan dapat diklasifikasikan

sebagai satu perubahan yang bersifat kuanlitatif, tersusun, bertahap, dan berterusan pada diri

manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism hasil dari

kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,

mental dan sosial.

Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, mengenal huruf,

mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataaan dan mengaitkannya dengan objek. Justeru,
perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-

peringkat kematangan tertentu. Kematangan pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan

ditentukan oleh genetic. Ia biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh itu,

perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran. Perkembangan kognitif

mengupas isu kemahiran yang merangkumi kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir

secara kreatif dan kritis. Menurut Siti Hawa Murji dan Ma’rof Redwan dalam buku Pengantar

Psikologi pula, perkembangan kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek

manusia. Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak dalam carian laman web

http://www.anakku.my/artikel menyifatkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatann

keupayaan pemikiran, pengetahuan, dan intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak digolongan

sebagai individu yang berumur sejak lahir hingga mencapai umur 12 tahun.

PSIKOLOGI REMAJA.

Mengikut undang-undang negara Malaysia, remaja ialah individu yang berumur dalam

lingkungan 14 hingga 21 tahun. Pengukuran ini dibuat berdasarkan tahap-tahap perkembangan

seperti berikut.

1. Biologi iaitu perkembangan fizikal, mengikut jantina, mental

2. Sosioekonomi iaitu kemampuan untuk berdikari tanpa bergantung kepada ibubapa dari

segi sosial, kewangan dan kemampuan untuk berfikir.

3. Psikologi iaitu perkembangan sikap, emosi, minat, cita-cita dan sahsiah diri, sosial dan

juga moral.

4. Umur iaitu perkembangan umur diantara 14 tahun hingga 21 tahun. Dengan kata lain

waktu peralihan diantara kanak-kanak dengan dewasa. Buktinya, mengikut Arthur T.


Jersild, Judith S.B Rook, David W. Brook (1978:5) remaja adalah golongan yang

berumur dalam lingkungan peralihan antara zaman kanak-kanak dan dewasa iaitu

diantara 11 hingga 21 tahun. Malahan, menurut negara Indonesia: Kajian yang dibuat

oleh Dr Kartini Kartono (1987:9) remaja adalah dalam lingkungan berumur antara 13

hingga 20 tahun bagi lelaki dan 13 hingga 21 tahun bagi golongan perempuan.

Pemikiran pada usia remaja mula berubah dengan cepat. Pada zaman ini, remaja banyak

menyelesaikan masalah mengikut cara yang berbentuk logic dan bukan berdasarkan fakta

semata-mata. Apabila remaja menaakul secara abstrak mereka sangat berbangga apabila mampu

menyelesaikan masalah. Sikap ini menyebabkan remaja terlalu idealistic dan kurang menghargai

batasan logic (Piaget, 1967).

PERBEZAAN DIANTARA KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DENGAN REMAJA.

Perbezaan kusasteraan kanak-kanak dengan kesusasteraan remaja dapat diruju dengan teliti
melalui jadual berikut:

Perbezaaan Kesusasteraan kanak-kanak Kesusasteraan remaja

Ciri-ciri Bahasa Mudah dan senang difahami Bahasa lebih tinggi dan moden
Jumlah Jumlah perkataan terhad dan Keseluruhan adalah teks
perkataan denotatif
watak Kanak-kanak sebagai watak Watak pelbagai dan abstrak
utama atau menyerupai kanak-
kanak(binatang/tumbuhan)
yang mempunyai sifat kanak-
kanak.
Plot Plot mudah dan berfokus Plot lebih komplek dengan
kepada aksi dalam unsur-unsur konflik,
pengembaraan contoh kuasa
baik lawan kuasa jahat
Persembahan Mempunyai ilustrasi grafik Tidak mempunyai grafik
Realiti, imaginasi dan fantasi Realiti dan logic akal
Konteks Memaparkan nilai-nilai Memaparkan budaya global,
kemanusian, budaya, nilai kritikan moral, konflik sosial,
moral, didaktik dan politik dan ekonomi
pendidikan.
Nilai 1. Personal Mendidik dan motivasi
Menyeronokan Membentuk jati diri/sahsiah
Motivasi Memberi maklumat baru
Nilai moral
2. Akademik
Meningkatkan tahap membaca
Menulis
Apreasasi seni

Berdasarkan jadual di atas, terdapat perbezaan yang ketara antara kesusasteraan kanak-

kanak dan remaja. Jika diukur dari sudut bahasa. Kesusasteraan kanak-kanak mengandungi

pembendaharaan kata yang terhad dan jumlah halaman yang sedikit berbanding novel remaja.

Contohnya, novel kanak-kanak karya Ismail Restu yang bertajuk Anak-anak Bertuah berhalaman

196 muka surat sahaja berbanding novel remaja yang bertajuk Takdir itu Milik Aku karya Siti

Rosmizah yang berhalaman sebanyak 500 muka surat. Bahasanya juga mudah difahami, tepat

dan tidak terlalu berlapis-lapis atau berkias. Contohnya, kisah Siapa lebih Bijak dalam novel

Himpunan 366 Cerita Rakyat m/s 1:

“Pada zaman dahulu ada seorang pengembara bernama Mat Lawi. Pada suatu
hari, dia tiba di kampung Manggis. Di kampung itu ada dua pemuda nakal
yang bernama Hassan dan Husin. Mereka berkawan baik”.
Pembendaharaan kata bagi novel remaja pula lebih bersifat kompleks dan ada kalanya mengikut

bahasa remaja atau bahasa slanga dan bahasa rojak. Contohnya dalam novel Pelangi Senja karya

Beruka Makino:

“Helo Adriana here, malam ni tak jadi keluar makan. Aku dah beli makanan kat
kafe. Ok bye!” kemudian tanpa menunggu balasan kata, dia meletakan talian.
Manakala dari segi watak dan perwatakan, kesusasteraan kanak-kanak terutaman novel kanak-

kanak mempersembahkan watak kanak-kanak sebagai watak utama. Contohnya dalam novel

Aisya Budak Hostel karya Siti Shahirah dan Kawan Baru Hanani karya Nisha Harun

memaparkan watak kanak-kanak perempuan dalam menghadapi kehidupan mereka. Malahan,

terdapat juga watak bukan manusia yang mempunyai perangai, perwatakan, pemikiran,

tingkahlaku seperti kanak-kanak contohnya kisah anak ayam dalam keluarga itik dalam novel

Funny Frank karya Dick King Smith. Karya yang memaparkan zaman kanak-kanak ini berjaya

menarik minat dan emosi kanak-kanak dengan memberikan keseronokan, inpirasi dan juga

motivasi kepada mereka. Malahan, kanak-kanak turut dapat menjiwai watak, terasa serasi dengan

watak dan kadangkala merasakan watak tersebut adalah dirinya sendiri.

Namun, novel remaja pula banyak memaparkan watak, latar tempat dan latar masyarakat

yang real dan logik. Malahan watak protagonis dan watak utama dalam karya itu adalah

golongan remaja. Novel remaja ini mengisahkan tentang dunia realiti, kehidupan remaja yang

mengalami konflik dalam perhubungan antara kekasih, konflik kekeluargaan dan masyarakat

sekeliling. Contohnya, novel bertajuk Kampung Girl karya Umi Kalsom memaparkan kisah

pergolakan dua jiwa antara Asraf dan Ainnur yang terpaksa berkahwin kerana didesak oleh

kedua ibubapa mereka. Kisah ini berkisar di kawasan nyata iaitu kawasan kampung, Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang.

Dari segi penyusunan plot, novel kanak-kanak mengunakan plot yang mudah dan tidak

kompleks. Kisah-kisahnya banyak berkisar tentang pengembaraan yang banyak unsur kebetulan,

magik dan juga berfokus kepada pelbagai aksi yang mendebarkan dan menerujakan pembaca.

Biasanya watak baik akan berjaya menewaskan watak jahat dalam setiap konflik. Maka,

wujudnya perasaan optimis dalam kalangan kanak-kanak bahawa setiap perkara yang baik pasti
akan menewaskan keburukan dan keburukan/kejahatan akan mendapat balasan yang setimpal

atas kelakuan mereka. Pengakhiran cerita berakhir dengan kisah gembira (happy ending).

Contohnya, novel bertajuk Cendrakasih karya Maria Kajiwa yang memaparkan kisah budak

lelaki bernama Aizat yang mengembara ke atas awan untuk menyelamatkan Negeri Cendrasakti

dengan menaiki seekor burung cendrawasih yang bernama kasih. Semasa pengembaraan, berlaku

pelbagai aksi dan magik sehingga Aizat dan Kasih terperangkap dalam peperangan dan terpaksa

bertarung dengan belalang jahat. Akhirnya, Negeri cendrasakti dapat diselamatkan dan Aizat

pulang semula ke rumahnya di bumi. Unsur fantasi iaitu alam di atas awan itu menimbulkan

imaginasi kepada golongan kanak-kanak dalam memenuhi kehendak mereka yang ingin tahu

dalam banyak perkara. Imaginasi juga melatih mereka untuk berfikir dalam membentuk

pemikiran yang luas dan kreatif.

Novel remaja pula, plotnya lebih pelbagai dan kompleks. Dari segi teknik penceritaan,

novel remaja banyak memasukan unsur imbas kembali, imbas muka, pemerian, monolog dan

sebagainya. Perjalananan ceritanya juga tidak mengikut teknik konvesional seperti novel kanak-

kanak seperti pemulaan cerita, klimaks dan peleraian. Hal ini demikian kerana, cerita novel

remaja kadang kala dimulakan dengan kisah peleraian kemudian permulaan dan konflik

kemudian berakhir dengan peleraian. Seperti gambarajah dibawah:

Plot konvesional Plot moden*

Klimaks Permulaan

(imbas ( pemerian)
kembali)
klimaks
Permulaan perleraian
Peleraian (imbas muka) *dan lain-lain
Contohnya dalam novel Aduhai Mat Skema karya Levis Delisya. Plotnya lebih kompleks

dimana cerita dimulakan dengan kisah Nur Hanna semasa belajar di sekolah dan mula membenci

rakan sekelasnya yang agak skema iaitu Faris. Setelah tamat pengajian mereka memasuki dunia

pekerjaan dan bertemu kembali berlakulah teknik imbas kembali dimana jalan cerita mula

mengisahkan kembali semasa mereka di bangku sekolah. Oleh itu, plot kembali kepada

pemulaan dan berkembang kepada klimaks dan berakhir dengan peleraian.

Akhir sekali, dari segi mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel kanak-

kanak lebih kepada unsur didaktik dimana pengarang menerapkan pelbagai nilai-nilai

kemanusiaan, moral dan sebagainya untuk membentuk jati diri kanak-kanak kearah lebih

berkualiti dan berguna kepada bangsa dan negara kelak. Contohnya, dalam novel karya A.Samad

Said yang bertajuk Antara Kabus ke Kabus memaparkan kisah perjuangan seorang kanak-kanak

lelaki yang bernama Fauzi semasa pendudukan Jepun. Fauzi berusaha menyelamatkan guru

agamanya Ustaz Halim yang ditangkap oleh tentera Jepun. Daripada kisah ini, pengarang ingin

menimbulkan dan menanamkan semangat nasionalisma dalam kalangan generasi muda sejak

kecil lagi.

Namun, sebaliknya berlaku pada novel remaja popular dimana ia lebih banyak

memaparkan kisah yang tidak bermesej dan lebih menghairahkan. Contohnya, novel-novel yang

hanya bertema kisah percintaan antara muda mudi yang tidak banyak mempersoalkan tentang

nilai moral, nasionalisma dan sebagainya. Pengarang lebih ghairah untuk mendapat keuntungan

semata-mata tanpa menghiraukan kualiti sesebuah hasil karya yang bernilai sastera. Tetapi, novel

remaja yang berkualiti masih lagi banyak di pasaran namun tidak mendapat sokongan

mengalakan dari pembaca remaja berbanding novel remaja popular tersebut. Novel remaja ini

menyampaikan mesej yang lebih berkualiti dan wajar seperti memperjuangkan emansipasi
wanita, memperjuangkan hak-hak, memperjuangkan kemerdekaan tanah air seperti hasil tangan

Syeikh Al-Hadi, Abdul Rahim Kajai dan sebagainya.

KESIMPULAN.

Sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-

kanak dan mampu menimbulkan rasa keseronokan dan kepuasan dalam diri mereka. Bagi

mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sesebuah buku/novel

kanak-kanak perlu dilakukan dan bentuk teks dan ilustrasi bagi menarik minat golongan ini

untuk meminati budaya membaca malahan dapat meningkatkan taraf kognitif mereka. Sastera

kanak-kanak ini merupakan salah satu elemen penting untuk melengkapkan perkembangan

seseorang kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, sastera kanak-kanak mampu memberikan

keseronokan, dapat meransang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri,

memahami bahasa, mendapatkan maklumat dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri individu

kanak-kanak tersebut. Berbanding dengan kesusasteraan remaja, dari segi mesej yang ingin

disampaikan tidak banyak beza diantara sastera kanak-kanak. Namun, sastera remaja lebih

bersifat logical kerana tidak mengandungi unsur fantasi tetapi lebih kepada imaginasi yang

berbentuk logical. Tetapi kini, sastera remaja telah banyak dipersoalkan dari segi isinya yang

semakin hari semakin rendah mutunya. Antaranya disebabkan oleh pengaruh kapitalisme yang

mementingkan keuntungan semata-mata oleh itu, karya tersebut ‘terpaksa’ dikarang untuk

memenuhi citarasa pembaca semata-mata sehingga mengabaikan nilai-nilai sastera. Sastera ini

lebih dikenali sebagai sastera remaja popular. Namun, sastera remaja terus bangkit dengan

munculnya penulis-penulis baru seperti Faizal Tehrani dan sebagainya.


RUJUKAN

Carol Lynch Brown, Carl M. Tomlinson (1999). Essential of Children’s Literature Third
Edition.
Judith Hillman (1999). Discovering Children’s Literature Second Edition. Merril : Upper Saddle
River
Levis Delisya (2010). Aduhai Mat Skema. Kuala Lumpur : Buku Prima Sdn Bhd
Nik Rafidah Nik Muhd Affendi (2010). Kesusasteraan Remaja dan Penulisan: Teknik
penceritaan serta Pengaplikasian dalam novel Remaja. Kuala Lumpur : Casa Delima
Sdn Bhd.
Othman Puteh(1998). Tangapan terhadap Kesusasteraan Remaja. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh ( 1998 ). Sastera Remaja Ditinjau dari beberapa Perspektif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like