Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa pengelola dan bahagian


kesihatan negeri Pulau Pinang kerana telah dapat menganjurkan Program Kesihatan
Pergigian 2010 ini dengan jayanya. Ini membuktikan bahawa kesungguhan dan
keazaman warga institut untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik amat
membanggakan.

Menerusi program ini, dapat memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan


pergigian di kalangan peserta dan memberi pendedahan kepada aktiviti yang boleh
dijalankan dalam melaksanakan program pergigian di sekolah nanti. Hal ini menjadi
kesinambungan kepada proses pendidikan. Menerusi pendidikan, seseorang individu
itu bukan sahaja mampu meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, malah
turut membentuk sahsiah yang terpuji dan kepimpinan yang mantap dalam diri
seseorang individu.

Akhir kata, di atas segala kegigihan dan kesanggupan semua yang terlibat,
harapan saya agar kolaborasi antara IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Pulau
Pinang dan bahagian kesihatan negeri Pulau Pinang dapat diteruskan dalam program-
program yang dilaksanakan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

(HJH ROHANI BINTI ISMAIL)


Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun

You might also like