Minit Mesy Lanjut Kantin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING

26200 KUANTAN,
PAHANG.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN KALI KE 2, 2017

Tarikh : 25 Oktober (Rabu)


Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Guru Besar, SK Sungai Lembing

Kehadiran :1.En. Azmi bin Lateh ( Guru Besar )


2.Pn. Indah Seri binti Ismail ( GPK 1 )
3.Pn. Noor Azniera binti Ismail ( Memangku GPK HEM )
4.Pn. Natrah binti Jusoh ( S/U HEM )
5.Pn. Norazam binti Mohamad Tajuddin ( Guru Kantin )
6.Pn. Zainoriah binti Ibrahim ( Guru RMT )
7. En. Muhizam Nazir bin Saad ( AJK Kantin )

AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih di atas kehadiran semua ke


Mesyuarat Permohonan Melanjutkan Tempoh Pengusahaan Kantin
Sekolah.

AGENDA 2.0 Perkara-perkara Yang DiBincangkan

2.1 RMT

2.1.1 Guru bertugas telah memaklumkan bahawa lebihan makanan RMT


telah dijual semula kepada murid.

2.1.2 Segelintir murid tidak mengambil buah kerana buah tidak disertakan
sekali di dalam pinggan. Sebaliknya diletakkan di dalam bekas yang
berasingan.

2.2 Soal Selidik Kantin

2.2.1 Borang soal selidik kantin telah diberi kepada guru dan murid untuk
menilai tahap kepuasan perkhidmatan yang diberikan.
2.2.2 Kebanyakkan guru dan murid tidak berpuashati dengan menu
makanan dan harga yang mahal.

2.3 Permohonan Melanjutkan Tempoh Pengusaha Kantin

2.3.1 Cikgu Noor Azniera memaklumkan pihak pengusaha kantin ada


membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan
selama satu tahun lagi.

2.3.2 Sehubungan dengan ini, surat tawaran tender kantin tidak


dikeluarkan.

2.3.3 Mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk meluluskan permohonan


pengusaha kantin dengan bersyarat. Pengusaha kantin perlu
mematuhi terma dalam perjanjian tender kantin sebelum ini.

2.3.4 Surat kelulusan akan diberikan kepada pengusaha kantin dan salinan
kepada pihak PPD.

AGENDA 3.0 Hal-hal Lain

3.1 Pihak pengusaha kantin perlu mengikut Garis Panduan Penjualan


Makanan.

3.2 Pihak pengusaha kantin juga akan dibekalkan dengan Surat Pindaan
Senarai Makanan dan Minuman Yang Boleh dan DiLarang DiJual Di
Kantin Sekolah oleh pihak sekolah.

AGENDA 4.0 UcapanPenutup

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada yang semua yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………………………............... ……………………………………….
(Norazam binti Mohamad Tajuddin)
Guru Kantin
SK Sungai Lembing

Disahkan oleh;

...........................................................

You might also like