Kesan Pembentukan Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kesan Pembentukan Malaysia:

Pembentukan Malaysia telah memberi impak yang besar kepada semua rakyat
Malaysia. Ia dapat membawa ke arah kemajuan dan kemakmuran negara. Kemakmuran ini
perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Kesan pembentukan Malaysia terbahagi kepada
aspek politik, ekonomi dan sosial.

Dalam aspek politik, pembentukan Malaysia dapat mewujudkan suasana kestabilan


dalam masyarakat. Hal ini penting kerana tidak akan mewujudkan pertindihan kuasa dan
kestabilan politik terjamin. Malaysia telah bebas dari ancaman luar dan tidak akan berlaku
peperangan. Ini dapat memberi kesejahteraan kepada masyarakat majmuk. Kemajuan negara
dalam setiap bidang dan dapat menjamin ketenteraman dan keamanan negara.

Dalam aspek ekonomi, pembentukan Malaysia dapat mewujudkan satu pasaran yang
lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Kerjasama
serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber
yang ada di negeri-negeri ini. Sektor pelancongan juga dapat dimajukan dan meningkatkan
ekonomi negara.

Dari aspek sosial pula, pembentukan Malaysia dapat mewujudkan masyarakat yang
berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan
Rukun Negara. Selain itu, ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,
bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.
Kemajuan dari segi perpaduan yang ditunjukkan oleh sikap masyarakat malaysia sekarang
oleh kita banggakan. Kita saling menghormati agama dan bangsa lain.

Negara Malaysia didiami oleh pelbagai bangsa dan etnik dari Perlis hingga Sabah.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wajud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama
dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum
abad ke18 dan ke-19,masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan
bahawa, Semenanjung tanah Melayu ketika itu didiami oleh Orang Melayu dan Orang Asli
bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan
wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk menyebabkan Malaysia mempunyai pelbagai budaya, etnik,


kepercayaan dan cara hidup. Masyarakat majmuk wujudnya persamaan dan perbezaan yang
perlu difahami dengan betul. Contohnya adalah seperti hak-hak mereka sebagai warganegara,
rakyat malaysia, perkongsian lambang-lambang negara dan sebagainya. Manakala perbezaan
pula mengajak setiap kaum agar menghormati perbezaan antara kaum bagi mengeratkan
hubungan antara mereka.

Kesimpulannya, penyatuan antara kaum yang kita bina ini bukan hanya bergantung
pada pihak kerajaan sahaja malah ia berkaitan dengan diri kita. Jika kita tidak menghoramati
bangsa lain, jangan meletakkan harapan yang kaum lain akan menghormati kita. Semuanya
terletak dia atas diri sendiri. Harapan agar perpaduan di Malaysia ini akan terus aman dan
semakin erat. Melayu, India, Cina dan kaum kaum lain yang ada di Malaysia ini bersatu dalam
memajukan negara dalam pelbagai sektor.

You might also like