Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-


undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem
demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh
rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah
dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Dari aspek politik Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja
berpelembagaan yang diamalkan sejak merdeka yang telah membawa kestabilan politik dan
kemakmuran ekonomi. Melalui sistem ini semenjak 1955 iaitu selepas Pilihan Raya Umum
yang Pertama, Tanah Melayu telah mengamalkan konsep perkongsian kuasa diantara parti
politik dalam Parti Perikatan iaitu ( UMNO,MCA dan MIC ). Dengan terbentuknya kabinet
yang pertama, perkongsian kuasa ini berjaya membawa kejayaan dari aspek ekonomi dan
social di Malaysia sehingga kini. Namun demikian, sistem demokrasi yang diamalkan telah
mempunyai cabaran yang sangat mengundang sensitiviti masyarakat di Malaysia. Sistem
demokrasi ini telah digugat oleh pemikiran libralisasi dan humanitarian dan ini adalah salah
satu ancaman buat Malaysia dari segi kestabilan politik negara.

rakyat Malaysia sungguh bermegah dengan kepelbagaian di dalam negara, bukan


sekadar menerima kepelbagaian ini malah pancarkannya ke merata duniasebagai satu harta
pilihan yang dikagumi. namun kebelakangan ini ramai diantara kita menumpukan perhatian
bukan kepada kepelbagaian masyarakat tetapi perbezaan di dalam masyarakat dari segi
politik, bangsa, agama mahupun taraf hidup. hal ini telah menyebabkan kebebasan bersuara
yang kita nikmati melalui media social digunakan untuk meluahkan perasaan yang marah
perkauaman yang tidak terbatas dan menyebabkan ramai perbalahan berlaku di antara
kaum mengenai isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum-kaum
bukan Melayu, taraf rasmi Islam dan hak kebebasan beragama.

Melalui sistem demokrasi yang dijalankan di Malaysia, rakyat perlulah memberi


peluang agar sistem yang dijalankan ini dapat dijalankan dengan betul dan seadil yang
mampu. Malah dari segi kepimpinan yang telah dipilih oleh rakyat patutlah dipatuhi
walaupun tidak sempurna.

You might also like