Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

MINIT MESYUARAT

SMK SERI RAUB

27600 RAUB

PAHANG

1. MINIT MESYUARAT PANITIA ICT

2. BIL : 01/2011

3. TARIKH : 28 DISEMBER 2010 (SELASA)

4. MASA : 12.30 TENGAHARI

5. TEMPAT : MAKMAL ICT

6. KEHADIRAN

6.1 Hadir:

6.1.1 En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim - Ketua Panitia

6.1.2 En. Mohd Sabri bin Mohd Salleh - Setiausaha

6.1.3 Ahmad Kamal bin Mohd Ali - Ahli

6.2 Hadir Bersama: -

6.3 Tidak Hadir Bersebab: -

6.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab: -

6.5 Urus Setia: Panitia ICT

7. CATATAN MESYUARAT

7.1 Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi

Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat Panitia ICT kali pertama tahun
2011.

Tindakan: Untuk Makluman

7.2 Pengesahan minit mesyuarat terdahulu

Cadangan: En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim

Minit mesyuarat terdahulu disahkan tanpa pindaan. Dua ahli panitia lain tidak boleh memberi
sokongan kerana baru menjadi ahli panitia pada tahun 2011.

Tindakan: Untuk Makluman


7.3 Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

Tindakan: Untuk Makluman

7.4 Sukatan & Rancangan Pelajaran Tahunan

Semua guru ICTL dimaklumkan sebanyak 5 modul telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan
Kurikulum yang merangkumi modul Pengenalan Kepada Komputer, MS Word, MS Excel, MS
Powerpoint dan MS Access.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.5 Jadual Waktu

Jadual waktu P&P telah diterima oleh semua guru. Semua penggunaan makmal ICT mesti dicatatkan
oleh guru dalam fail log penggunaan makmal. Guru mata pelajaran mesti memastikan semua pelajar
yang masuk ke dalam makmal ICT mencatatkan maklumat yang diperlukan dalam kertas log
penggunaan komputer yang diletakkan di atas meja setiap komputer walaupun murid tidak
menggunakan komputer pada hari tersebut.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.6 Dasar Kurikulum

Semua dasar kurikulum sekolah dan keputusan mesyuarat kurikulum sekolah yang telah ditetapkan
mesti dipatuhi. Rancangan Pelajaran Tahunan ICT & ICTL mengikut format yang ditetapkan sudah
diserahkan kepada semua guru mata pelajaran untuk dilaksanakan dalam P&P.

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL

7.7 Post Mortem Peperiksaan

Tidak berkaitan

Tindakan: Untuk Makluman

7.8 Perancangan / Takwim Panitia 2011

Antara perancangan Panitia ICT 2011 ialah

- Kursus dalaman perisian MS Excel dan MS Powerpoint untuk guru-guru baru mata pelajaran
ICTL akan diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan guru-guru tersebut untuk P&P ICTL

- Membina blog panitia ICT

Tindakan: Untuk Makluman

7.9 PKKP
TOV untuk untuk pelajar 5ICT diambil dalam peperiksaan akhir tahun lepas. TOV untuk pelajar 4ICT
akan diambil daripada markah ujian Mac 2011 (P1)

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT

7.10 P&P

Setiap waktu P&P ICTL dan ICT mesti menggunakan makmal ICT. Peraturan makmal ICT mesti
dipatuhi boleh dirujuk pada kenyataan yang terletak di luar makmal dan kertas yang ditampal pada
kenyataan bahagian hadapan makmal.

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL

7.11 Kerja Kursus

Kerja kursus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan dimulakan pada bulan
Januari. Semua kerja kursus mesti disiapkan sebelum atau pada 15 Julai 2011

Tindakan: Guru mata pelajaran ICT

7.12 Jadual Pencerapan

Jadual Pencerapan belum dikeluarkan lagi oleh pihak pentadbir skolah.

Tindakan: Untuk makluman

7.13 Kewangan

Gran Perkapita (PCG) yang dijangka diterima pada tahun 2011 adalah berjumlah 20 X
RM65 = RM1300 iaitu berdasarkan jumlah pelajar mata pelajaran ICT tingkatan 4 dan 5. Sila rujuk
lampiran untuk maklumat anggaran perbelanjaan tahunan 2011.

Tindakan: Untuk Makluman

7.14 Hal-hal lain

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(MOHD SABRI BIN SALLEH) (MUHAMAD FAUZI BIN ABDUL RAHIM)


Setiausaha Ketua Panitia

You might also like