Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : AADK(S)/BPK/800-1/15( )
Tarikh : 28 Mac 2017

Semua Pengarah AADK Negeri


Semua Pengarah PUSPEN

Tuan / Puan,

MAKLUMAN SIARAN WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI


PENETAPAN LOKAP AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
SEBAGAI TEMPAT PENGURUNGAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa empat (4) buah Lokap / PTR AADK


telah diwartakan pada 22 Mac 2017 sebagai tempat pengurungan Orang
Kena Tahan (OKT) melibatkan lokap / lokap berikut ;

i. Lokap di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Kajang,


Selangor. [ No. Warta Kerajaan : P.U. (B) 153 ]
ii. Lokap di Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Hilir Perak,
Perak. [ No. Warta Kerajaan : P.U. (B) 157 ]
iii. Lokap di Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Pasir Mas,
Kelantan. [ No. Warta Kerajaan : P.U. (B) 151 ]
iv. Lokap di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Kurau,
Perak. [ No. Warta Kerajaan : P.U. (B) 152 ]

3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan lokap-lokap seperti


yang disebutkan di para 2 (Rujuk Lampiran) boleh digunakan bagi maksud
penahanan atau pengurungan OKT tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua
Pengarah B14 [Lokap / Pusat Tahanan Reman (PTR)] berkuatkuasa
SERTA MERTA.
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi
pegawai kami Tuan Zainudin bin Abdullah di talian 03-8911 2260 atau Nik
Muhammad bin Nik Dir di talian 03-89112514 atau Aisamuddin bin Alias di
talian 03-89112503.

5. Perhatian pihak tuan / puan berhubung perkara ini, amatlah kami


hargai.

Sekian dan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"KHIDMAT TANPA RASUAH"

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ DR. ABD.HALIM BIN MOHD HUSSIN)


Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri

s.k :

1. YBhg. Dato’ TKP(O)


2. Tuan PPK
3. YA Penasihat Undang-Undang AADK

You might also like