Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENDAHULUAN

Kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia
yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang
menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosiobudaya berbeza
yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4, menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun
atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan
berkelakuan ). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat
dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang
lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-
undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia
sebagai anggota masyarakat,

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara
langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana
ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya.
Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk
jayakan falsafah pendidikan negara.

1
2.0 LAPORAN TEMUBUAL

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Untuk tugasan temu bual, kami telah menemu bual seorang guru iaitu Cikgu Tukiran Bin
Abdullah yang mengajar mata pelajaran Sains. Beliau pernah mengajar di SK St. Patrick,
Mukah selama 6 tahun ,kemudian beliau berpindah di SK Bintulu dan berkhidmat selama 6
tahun sebelum berpindah ke negeri asal beliau iaitu Kelantan.

Berdasarkan kepada temu bual bersama dengan beliau, terdapat banyak input-input yang
diterangkan mengenai implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Antara implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya di dalam kelas ialah,
guru ada kalanya bersikap berat sebelah terhadap sesuatu kaum yang terdapat di dalam
bilik darjah. Hal ini demikian, murid-murid yang diajar di dalam kelas bukanlah hanya terdiri
daripada satu kaum sahaja tetapi terdiri daripada beberapa kaum lain seperti yang terdapat
dalam kelas guru tersebut ialah kaum Melayu, kaum Iban dan kaum Melanau. Menurut
beliau, sebagai guru yang mengajar murid yang berbagai bangsa, mereka hendaklah
bersikap adil dengan memberikan layanan yang sama kepada setiap murid di dalam kelas.
Oleh sebab itu, mereka kena belajar untuk tidak bersikap berat sebelah yang hanya
mementingkan sesuatu kaum. Contohnya, guru hanya mengambil berat mengenai murid
yang sama kaum dengannya dan tidak mengendahkan sama sekali murid yang berbangsa
lain. Masalah seperti inilah yang sering terjadi apabila melibatkan pelbagai bangsa di dalam
sesuatu sosiobudaya tersebut.

Implikasi yang seterusnya ialah dari segi adab serta tatasusila murid di dalam kelas.
Menurut cikgu tersebut, setiap daripada kaum mempunyai adab serta budaya mereka
tersendiri dan murid-murid di sekolah juga tidak terkecuali daripadanya. Contoh ketara yang
dapat dilihat di sekolah beliau dahulu ialah terdapat perbezaan antara dua kaum di mana
kaum Melayu dilihat lebih beradab jika dibandingkan dengan kaum Cina. Antara sebab
beliau mengatakan begitu adalah berdasarkan pengalaman beliau di mana murid Cina
gemar bercakap kuat dan seakan-akan menjerit. Ia berbeza dengan kaum Melayu yang
bercakap dengan cara yang bersopan santun dan kelihatan lebih beradab. Walaupun dari
segi luaran mereka dilihat sebagai agak kurang ajar kerana bercakap dengan guru dengan
menggunakan nada yang tinggi, namun sebagi guru mereka kena faham mengenai budaya
kaum Cina yang sentiasa bercakap dengan nada yang tinggi.

Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini dapat dilihat dari segi


penggunaan bahasa di dalam bilik darjah. Hal ini demikian, seperti yang kita tahu bahawa di
dalam sesebuah kelas tidak hanya terdiri daripada satu bangsa namun terdapat beberapa

2
kaum yang lain dan disebabkan itulah penggunaan bahasa mereka juga berlainan. Seperti
yang telah diketahui, bahasa pengantar bagi sekolah adalah bahasa Melayu dan sudah
semestinya bahasa ini digunakan secara meluas di sekolah. Namun, bagi sekolah yang
terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu ini agak kurang digunakan kerana murid-
murid lebih gemar untuk menggunakan bahasa daerah mereka sendiri. Hal ini lebih ketara
apabila melibatkan kaum Cina di sekolah kerana terdapat segelintir murid Cina tidak fasih
dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka di sekolah.
Berdasarkan kepada implikasi tersebut, berkemungkinan akan berlaku kesukaran di pihak
guru apabila ingin melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
kerana kebanyakkan mata pelajaran adalah menggunakan bahasa Melayu.

Selain itu, berdasarkan kepada temu bual dengan guru tersebut, implikasi yang
mungkin akan berlaku ialah keterbatasan komunikasi disebabkan oleh bahasa yang
digunakan oleh murid. Bagi guru yang baru bertugas di luar kawasan mereka khususnya di
pedalaman Sabah ataupun Sarawak, berkemungkinan mereka akan berlaku kejutan budaya
serta bahasa kerana bahasa yang digunakan oleh murid-murid di sana adalah berlainan
dengan bahasa standard yang sering kita gunakan. Menurut beliau, apabila guru berada di
tempat orang seperti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, mereka hendaklah belajar
serba sedikit mengenai bahasa yang digunakan oleh murid-murid di sana supaya proses
komunikasi serta proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa
ada masalah. Contoh yang beliau katakan ialah, beliau telah mengajar di Sarawak selama
12 tahun dan mengikut perkiraan beliau, bahasa Melanau yang dapat beliau kuasai adalah
sebanyak 50 peratus manakala bahasa Iban pula ialah sebanyak 80 peratus. Dengan
menggunakan bahasa yang digunakan oleh murid-murid di sekolah secara tidak lansung
dapat menarik perhatian murid serta memberi kefahaman yang jelas kepada murid
mengenai mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam bilik darjah.

Akhir sekali, beliau memberi pesanan kepada guru-guru baru yang dihantar ke pedalaman
tidak kiralah di Sabah, Sarawak mahupun di Semenajung supaya dapat membiasakan diri
apabila berada tempat orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Itu merupakan perkara
yang guru-guru baru lalui untuk menimba ilun serta pengalaman yang berharga dalam dunia
perguruaan ini. Melalui perkara tersebut secara tidak lansung dapat memberi pendedahan
kepada mereka mengenai budaya serta adat yang diamalkan oleh kaum serta bangsa lain
yang terdapat di negara Malaysia ini. Harapan beliau adalah supaya semua guru dapat
meningkakan kualiti diri dalam menangani isu-isu kepelbagaian sosiobudaya di sekolah.
Sebagai guru mereka kena bijak dalam menangani masalah yang wujud di dalam kelas
yang mempunyai pelbagai bangsa serta budaya. Kesilapan guru dalam menangani masalah
ini akan memberi impak yang besar kepada murid. Guru seharusnya tidak mempunyai unsur

3
berat sebelah kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk
meneroka aktiviti pembelajaran. Harapan beliau juga agar semua guru benar-benar
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya sebagai guru.

4
3.0 ISU-ISU BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
DAN CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH KETAKSAMAAN

Konsep ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif


oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif (Amaljaya 2009).Ketaksamaan
peluang pendidikan berlaku apabila sesuatu masyarakat itu tidak memperloleh ganjaran
yang sama dengan kelompok etnik lain seperti dalam hal kemudahan,peralatan dan peluang
kerjayaan.Antara isu yang berkaitan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia yang
telah pilih adalah isu murid berkeperluan khas di mana seperti yang kita lihat hari ini murid
berkeperluan seperti di anak tirikan jika dibandingkan dengan murid-murid di aliran perdana.

Kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami masalah


pembelajaran dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Oleh kerana mereka ini dianggap
istimewa dan berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain, wujud ketaksamaan peluang
pendidikan bagi kumpulan ini .Ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid-
murid berkeperluan khas berlaku apabila keperluan asasi dan perkembangan pendidikan
mereka tidak diberi perhatian oleh pihak sekolah.Hal ini kerana pihak sekolah beranggapan
kanak-kanak berkeperluan hanyalah hanyalah golongan kedua dan mereka ini tidak layak
dan tidak berupaya untuk mendapat pendidikan yang sempurna seperti kanak-kanak
normal.Oleh kerana inilah berlakunya keciciran dalam kanak-kanak berkeperluan khas
ini.Malah menurut Haniz (1998) guru aliran perdana di sekolah rendah bertanggapan
negative kepada murid berkeperluan khas ini kerana mereka beranggapan kanak-kanak ini
lemah dari segi kognitif dan teruk dalam aspek pengurusan diri mereka.Jadi oleh kerana itu
penglibatan murid berkeperluan khas ini dalam program dan proses pengajaran dan
pembelajaran di aliran perdana agak terhad malah tiada langsung hanya kerana kekurangan
yang mereka miliki (Nik Khairunnisa 2004)

Antara cadangan-cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah
pihak sekolah harus memberikan hak yang sama rata kepada murid berkeperluan khas ini
dari segi menyediakan keperluan asasi dan perkembangan pendidikan mereka.Contohnya
dalam penyediaan bilik darjah yang selesa dan kondusif seperti yang dinyatakan oleh
Maslow dalam teori keperluanya dimana penyediaan infrastruktur yang lengkap seperti
tandas OKU ,bilik terapi,dan sebagainya akan memenuhi keperluan kanak-kanak pendidikan
khas ini ..Dengan ini murid berkeperluan khas akan lebih selesa belajar di dalam kelas dan
ini juga akan membuat meraka seronok untuk datang ke sekolah.Isu kelas pendidikan khas
khas yang sempit dan tidak selesa ini sebenarnya adalah penyebab berlakunya masalah
tingkah laku dalam kalangan murid berkerperluan khas ini.Malah keadaan akan menjadi

5
lebih teruk apabila berlakunya kekurangan kelas dimana bilik yang besar dipisahkan dengan
papan ataupun almari sebagai pembahagi bagi setiap kelas dan pengundaraan di kelas
tersebut menjadi panas dan ini menyebabkan murid berkeperluan khas tidak selesa untuk
belajar.Jadi di sini kita dapat lihat bahawa pentingnya penyediaan keperluan asasi dan
perkembangan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini kerana ianya
memperngaruhi tumpuan murid untuk belajar dan mengawal tingkahlaku negatif mereka.

Seterusnya pihak sekolah juga haruslah memupukkan budaya penyayang dalam kalangan
guru dan murid di aliran perdana dengan murid pendidkan khas ini dengan melibatkan
murid-murid berkeperluan khas ini dalam aktiviti sekolah seperti dalam program sukan
tahunan,pertandingan,kepimpinan sekolah seperti melantik pengawas dalam kalangan
murid berkeperluan khas ini agar mereka tidak terasa tersisih di sekolah dan secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan murid aliran perdana dengan murid berkeperluan
khas.Malah waktu rehat untuk aliran perdana dan pendidikan khas juga harus diseragamkan
agar murid normal dan murid berkeperluan khas ini dapat bergaul antara satu sama lain dan
secara tidak langsung meningkat kemahiran sosial murid berkeperluan khas ini serta
membina keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan semua orang dan mencari kawan
baru.

Penyediaan alat bantu mengajar yang lengkap juga haruslah diberikan kepada murid
pendidikan khas ini agar mereka ini tidak jauh ketinggalan dengan murid-murid
normal.Menurut Brown J.W.(1983) bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam
bilik darjah Jadi keutamaan haruslah diberikan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur
kepada murid berkeperluan khas ini contohnya dalam penyediaan alat bantuan mengajar
yang canggih dan menarik. Menurut,Omardin Ashari (1997) Alat bantuan mengajar dalam
proses pembelajaran seperti komputer, LCD, dan rangkaian internet haruslah diguna pakai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid ini berasa seronok dan faham
mengenai perkara yang diajar oleh guru. Seperti yang kita sedia maklum bahawa peralatan
infrastruktur pada hari ini semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada murid
berkeperluan khas untuk belajar serta mencari maklumat. Dengan ini taraf pengajaran dan
pembelajaran untuk murid berkeprluan khas ini akan menjadi lebif efektif dan berkesan.
Oleh itu dengan tranformasi ini kita dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat
serta memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak
tercicir.

Disamping itu, Menurut Gargiulo (2003) dari segi pengisian program khas yang diberikan
kepada murid khas in haruslah bersesuaian dan berkesan kepada murid pendidikan khas ini

6
kerana kanak-kanak khas ini mempunyai carainya tersendiri untuk membantu mereka.Guru
pendidikan khas yang terlatih dan mahir haruslah dipilih dalam mengelola murid keperluan
khas ini kerana hanya guru pendidikan yang memahami kehendak murid berkeperluan khas
ini (Akta Pendidikan pendidikan khas 1996 di bawah peraturan-peraturan pendidikan khas
(1997). Program yang dijalankan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemahiran teori
sahaja tetapi kemahiran dalam teknikal haruslah dipraktikkan seperti kemahiran membuat
kraftangan, kemahiran dalam sukan serta kemahiran-kamahiran lain (Lowenfield 1975).
Selain itu, program terapi juga haruslah sentiasa dijalankan kepada murid pendidikan khas
ini kerana dengan terapi kanak-kanak ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam
sesuatu perkara contohnya murid tersebut mempunyai masalah dalam motor halus dan
kasar kita boleh mengguakan fisioterap untuk membantu mereka meningkat kemahiran
motor halus dan kasar mereka.

Kempen kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat haruslah dijalankan di seluruh
Negara haruslah dijalankan agar ibu bapa dan masyarakat sedar bahawa murid-murid
berkeperluan khas ini juga layak mendapat pendidikan seperti dinyatakan di dalam akta
pendidikan khas 1961 yang menyatakan bahawa kerajaan mengakui kanak-kanak
berkeperluan khas mempunyai hak untuk menghadiri persekolahan formal. dan mereka
tidak boleh tercicir dalam arus pendidikan Negara kita.Dengan adanya kesedaran dalam
kalangan mereka ini murid-murid khas tidak lagi dianggap sebagai tidak berguna tetapi
diangkat sebagai penyumbang kepada kepentingan Negara.Malah dengan adanya
kesedaran ini ibu bapa tidaklah terlalu bergantung kepada pihak sekolah dalam mendidik
anak mereka tetapi mereka juga berusaha memberikan pendidikan yang terbaik agar anak
khas ini dapat memberikan sumbangan kepada semua orang dan boleh hidup bersama
masyarakat disekeliling mereka.

Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu
memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang
pendidikan dalam kanak-kanak berkeperluan khas. Semua pihak ini perlu menggembeling
tenaga untuk mengatasi masalah ini dan kita haruslah memastikan murid berkeprluan khas
ini tidak ketinggalan jauh di belakang.

7
4.0 CADANGAN MENANGANI ISU KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya semasa program pengalaman berasaskan


sekolah (PBS) langkah penambaikan yang efisyen dan efektif untuk memastikan isu-isu
kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah ini dapat diselesaikan adalah dengan
menggunakan satu bahasa sahaja semasa berkomunikasi sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.Hal ini adalah bertepatan dengan kelemahan yang saya
perhatikan semasa saya melakukan pengalaman berasaskan sekolah di Sarawak tempoh
hari di mana saya dapat saya perhatikan murid-murid menggunakan bahasa ibunda
masaing-masing semasa berkomunikasi antara rakan-rakan mereka semasa sesi
perbincangan di jalankan di dalam kelas.Oleh kerana ini berlaku sedikit ketegangan di dalam
kelas antara sesama murid kerana masing-masing enggan berkomunikasi dalam bahasa
melayu dan ini menyebabkan berlakunya kesulitan untuk guru dan rakan yang berlainan
bangsa untuk memahami apa isi perbincangan yang dijalankan.

Selain itu ,dengan penyatuan bahasa ini kita dapat mengeratkan tahap perpaduan dalam diri
murid-murid ini kerana masing-masing berusaha untuk berkomunikasi dan memahami
budaya dan pemikiran kaum lain.Dengan adanya penyatuan bahasa ini kita dapat menyuruh
murid untuk berkongsi pendapat di hadapan kelas mengenai budaya,bangsa dan adat
masing-masing di dalam kelas.Dengan ini murid-murid lain akan lebih memahami dan
menghormati budaya bangsa dan adat kaum lain.Malah dengan usaha ini ianya selara
dengan program Integrasi nasional yang merujuk kepada satu proses dinamik untuk
merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Di samping itu juga dengan penyatuan bahasa ini kita dapat memupuk semangat jati diri
dalam kalangan murid melalui kesamaan penggunaan satu bahasa dan bahasa Melayu
sebagai lambang bahasa rasmi Negara kita malah ianya dapat memantapkan lagi
semangat jati diri dalam kalangan murid yang berbilang kaum di Negara kita.Hal ini kerana
hanya menggunakan bahasa sahaja kita dapat menyatukan masyarakat di Negara kita
yang berbilang kaum ini.Jadi perlunya usaha-usaha yang lebih untuk memantapkan lagi
penggunaan bahasa melayu di sekolah khususnya di sabah Sarawak yang kuat dengan
pengaruh bahasa ibundanya agar perpaduan dapat dikecapi.

Kesimpulanya cara paling penting untuk menambahbaik dan memastikan isu-isu


kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam kelas adalah hanya melalui penggunaan
bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu,
Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957.

8
Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama
manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah,
khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk
komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

9
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaianbudaya dalam


masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk interaksi
sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini
membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar ke arah
pencapaian prestasi budaya cemerlang.

Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik
semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-
nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang
secara seimbang dari segi intelek dan rohani. Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh
dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka
yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidikan layak dan patut menjadi guru .

10

You might also like