Bab7 Nota Geografi f1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BAB 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK

MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN


MANUSIA

POTENSI KAWASAN TANAH TINGGI

1. Kawasan tanah tinggi mempunyai sungai


yang beraliran deras yang berpotensi untuk
menjana kuasa hidroelektrik seperti:
 Empangan Chenderoh, Empangan Kenering,
dan Empangan Temmenggor di Perak
 Empangan Tenom Pangi di Sabah
 Empangan Bakun di Sarawak.
2. Kawasan tanah tinggi dengan udara yang
segar dan nyaman amat sesuai untuk industri
pelancongan seperti di:
 Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah
Tinggi Genting dan Bukit Tinggi di Pahang
 Bukit Larut di Perak
 Gunung Kinabalu di Sabah.
3. Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti
stalaktit dan stlagmi menjadi tarikan pelancong
seperti di:
 Gua Sam Poh di Perak
 Batu Caves di Selangor
 Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
 Gua Gomantong di Sabah
 Gua Musang di Kelantan.
4. Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada
1200 meter diliputi hutan hujan tropika yang
membekalkan kayu keras bernilai tinggi seperti
meranti, cengal, keruing, dan merbau.
5. Gua batu kapur kaya dengan sarang burung
layang-layang yang digunakan sebagai ubat
tradisional seperti dari Gua Niah dan Gua
Gomantong.
6. Kawasan tanah tinggi membekalkan bahan
binaan seperti batu granit, batu kapur, dan
batu marmar.

POTENSI KAWASAN TANAH PAMAH


1. Sebagai pusat perlombongan biji timah
seperti Lembah Kinta dan Kuala Langat.
2. Sebagai kawasan tumpuan penduduk serta
perkembangan bandar-bandar utama seperti
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, dan
Kota Bharu.
3. Sebagai tapak perindustrian seperti di
Lembah Klang dan Seberang Perai.
4. Sebagai kawasan pertanian seperti:
 penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis
dan Delta Kelantan
 penanaman getah dan kelapa sawit di
kawasan yang beralun dan bersaliran baik
5. penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan
penternakan ikan air tawar di kawasan
lombong.
6. Kawasan bekas lombong ditebus guna untuk
dijadikan kawasan pertanian (sayur-sayuran
dan buah-buahan) dan penternakan ikan air
tawar seperti di sekitar Ipoh, Perak.
7. Memudahkan pembinaan jalan raya, jalan
kereta api, dan lapangan terbang.
POTENSI KAWASAN PINGGIR LAUT
1. Pantai pasir yang indah menjadi tumpuan
kegiatan rekreasi dan pelancongan seperti Batu
Ferringhi, Pantai DEsaru, Pantai Cahaya Bulan,
dan Pantai Cherating.
2. Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau
Perhentian, Pulau Kapas, dan Pulau Sipadan
terkenal dengan pantai berpasir yang berair
jernih, dan kaya dengan terumbu karang.
3. Sebagai tapak pelabuhan perikanan dan
petempatan nelayan seperti Kuala Besut, Pulau
Pangkor(Perak), dan Pulau Ketam.
4. Sebagai tapak pelabuhan kerana terlindung
daripada tiupan angin kencang dan mempunyai
air yang dalam seperti Pelabuhan Pulau Pinang,
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.
POTENSI SALIRAN
1. Sebagai tapak tamadun dan pusat
perdagangan awal seperti muara Sungai Melaka
dan kuala Sungai Muda.
2. Bahagian hulu sungai menjadi tapak
janakuasa hidroelektrik seperti Empangan
Chenderoh, Empangan Kenyir, dan Empangan
Batang Ai.
3. Sebagai sempadan semula jadi seperti:
 Sungai Bernam sebagai sempadan negeri
antara Perak dengan Selangor
 Sungai Kerian sebagai sempadan negeri
antara Perak dengan Kedah
 Sungai Endau sebagai sempadan negeri
antara Pahang dengan Johor.
4. Sebagai pembekal ikan air tawar.
5. Sebagai pembekal air untuk kegunaan harian
seperti Empangan Klang Gates di Lembah
Klang.
6. Sebagai kaedah pengangkutan untuk
menghanyutkan kayu balak seperti Sungai
Rajang dan Sungai Kinabatangan.
7.Pulau Redang dan Pulau Perhentian terkenal
dengan pantai dan terumbu karang yang indah.
 Banjaran Titiwangsa:
· kaya dengan batu granit dan batu kapur
yang penting untuk sektor pembinaan.
· mempunyai pusat peranginan - Bukit
Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi
Genting.
· mempunyai potensi untuk penjanaan
kuasa hidroelektrik.
 Tanah Tinggi Cameron:
· pusat peranginan.
· kawasan penanaman teh, sayur-sayuran,
dan bunga-bungaan.
· mempunyai stesen jana kuasa
hidroelektrik.
 Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan:
· penting untuk membawa penumpang dan
mengangkut barangan pukal seperti kayu balak
dan beras.
 Gua Niah:
· petempatan awal, pusat pelancongan,
pembekal sarang burung layang-layang dan tahi
kelawar untuk dijadikan baja.
Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland
1. Dimajukan sebagai pusat pelancongan.
2. Ciri fizikal bergunung-ganang yang menarik
serta kemuncak bersalji menjadi tarikan
pelancong.
3. Akitiviti meluncur salji dan bermain ski giat
dijalankan pada musin sejuk.
4. Akitiviti mendaik gunung, berkhemah, dan
berparahu di tasik dijalankan pada musim
panas.
5. Sektor pelancongan banyak menyediakan
peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.
6. Kawasan tanah tinggi di Swizerland juga
penting sebagai:
 kawasan tadahan.
 sumber kayu-kayan.
 tapak janakuasa hidroelektrik
Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa,
Indonesia
1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan
petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun
bukit.
2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit
hasil daripada letusan gunung berapi amat
subur untuk kegiatan pertanian.
3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan
penanaman padi.
4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat
mengatasi masalah hakisan tanah.
Kepentingan Sungai di Thailand
1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan
utama di Thailand.
2. Pengangkutan darat yang terhad
menyebabkan penduduk bertumpu
berhampiran dengan sungai.
3. Menam Chao Phraya merupakan jalan air
yang utama di Thailand.
4. Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal
sederhana sejauh 402 km pada musim lembap
dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.
5. Sungai ini digunakan untuk:
 membawa penumpang.
 mengangkut barangan pukal.
 menghanyutkan kayu jati ke kilang di
Bangkok untuk diproses dan dieksport.
Pentingnya Tasik untuk Kegiatan Perikanan di
Tonle Sap, Kampunchea.
1. Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan
di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih
daripada 50% jumlah tangkapan ikan di
Kampuchea.
2. Isipadu air di tasik ini berubah mengikut
musim.
 Pada musim hujan, air tasik membanjiri
kawasan hutan dan ikan akan membiak.
 Pada musim kering, aktiviti kering
menangkap ikan dijalankan. Kawasan
tasik yang kering ditanami padi.

You might also like