Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

AKTIVITI PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.0 Pengenalan

Dalam melayani kepelbagaian pelajar, terdapat banyak cara dan pendekatan yang boleh diambil oleh
guru. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru adalah dengan mempelbagaikan strategi
pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada situasi pelajar. Guru juga perlu berusaha untuk
mempelbagaikan kaedah mengajar dan meletakkan persepsi terhadap pelajar secara generalisasi.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dalam mempraktikkan pengajaran kepelbagaian
pelajar (PKP). Setiap aktiviti yang dirasakan bersesuaian dan menyokong prinsip PKP tanpa
mendiskriminasikan pelajar boleh digunakan.

Kumpulan kami telah memilih 5 aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Setiap aktiviti yang dicadangkan telah mengambil kira pelbagai faktor seperti
kesediaan pelajar, gaya pembelajaran, minat serta persekitaran pembelajaran.

2.0 Aktiviti Pengajaran Kepelbagaian Pelajar

Dalam tugasan ini, kami telah memilih 5 aktiviti yang sesuai dilaksanakan dengan mengambil kira
kepelbagaian pelajar. Antara aktiviti yang dipilih untuk menjalankan PKP ialah Aktiviti Tatatingkat
Taksanomi Bloom (Tiered Tacsonomy Bloom), Berfikir, Berpasang Dan Berkongsi (Think-Pair-
Share),Pengayaan Dan Pengukuhan (Anchor), Kumpulan Fleksibel (Flexible Grouping) Dan Batang Aiskrim
(Popsicle Sticks). Secara keseluruhannya semua aktiviti yang dicadangkan adalah untuk matapelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tingkatan 4 dan 5.

2.1 Aktiviti 1: Tatatingkat Taksonomi Bloom

Tajuk yang dipilih untuk menggunakan aktiviti tatatingkat ini ialah Persembahan Multimedia bagi pelajar
Tingkatan Empat. Dalam aktiviti ini, guru akan menyediakan set bahan pengajaran dan tugasan yang
berbeza mengikut tetingkat Taksonomi Bloom agar bersesuaian dengan semua kategori pelajar yang
berbeza keupayaan iaitu kumpulan mahir, sederhana dan lemah. Pada akhir sesi P&P, setiap pelajar
akan dapat menghasilkan persembahan multimedia tetapi dengan kualiti yang berbeza

2.1.1 Rasional Pemilihan Aktiviti

Antara rasional pemilihan aktiviti tatatingkat ini ialah kerana aktiviti sebegini membolehkan guru
melayani kepelbagaian pelajar dengan menyediakan aktiviti pengajaran mengikut aras keupayaan
pelajar. Selain itu, ia membolehkan semua pelajar mendapat hasil pembelajaran yang sama walaupun
dengan aktiviti yang berbeza.

2.1.2 Langkah P&P


Kelas : Tingkatan 4 Cemerlang (18 orang murid)

Masa : 2 waktu (80 minit)

Tempat : Makmal Komputer

Topik: Persembahan Multimedia

Pelajar dapat menghasilkan persembahan Multimedia


Hasil dalam bentuk video yang memenuhi prinsip asas
Pembelajaran: multimedia.

Dalam proses P&P, terdapat 3 tingkat utama aktiviti yang disediakan oleh guru berdasarkan kepada
kumpulan pelajar yang dibahagikan kepada lemah, sederhana dan cemerlang. Walau bagaimanapun,
guru perlu memastikan bahawa aktiviti yang disediakan untuk setiap kumpulan pelajar adalah tidak
terlalu ketara perbezaannya bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar
yang merasakan bebanan kerja yang diberikan kepada mereka adalah tidak adil.

1. Melalui pentaksiran tahap penguasaan multimedia yang telah dibuat terhadap pelajar sebelum
ini, guru akan membentuk kumpulan berdasarkan kepada kesediaan pelajar. Berdasarkan
kepada aras Taksonomi Bloom, tiga kumpulan pelajar dikenalpasti dan dinamakan sebagai
kumpulan C untuk Aras Rendah, B untuk Aras Sederhana dan C untuk Aras Tinggi.

1. Guru kemudian, memberi arahan kepada pelajar tentang tugasan yang berlainan kesukaran
yang akan diberikan mengikut kumpulan masing-masing.

 Tugasan Asas yang agak ringkas dan mudah akan diberikan kepada kumpulan C, Tugasan yang
mencabar yang sederhana pula akan diberikan kepada kumpulan B, manakala Tugasan Lanjutan
yang agak kompleks akan diberikan kepada kumpulan A.

 Dengan tugasan yang berlainan kesukaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan
pelajaran pelajar, mereka akan lebih berminat untuk mencabar dan melaksanakan tugasan
tersebut yang mampu diselesaikan. Setiap pelajar tidak akan merasa terpinggir kerana mampu
menyelesaikan setiap tugasan yang telah mengambil kira tahap kesediaan mereka.

1. Pentaksiran berterusan juga dibuat terhadap hasil persembahan multimedia untuk dijadikan
rujukan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Rajah 1 menunjukkan tatatingkat aktiviti yang sesuai digunakan untuk Tajuk Persembahan Multimedia.

Rajah 1: Aktiviti Tatatingkat

2.2 Aktiviti 2: ‘Think-Pair-Share’

Menurut Kagan (1994), aktiviti ‘think-pair-share’ telah diperkenalkan oleh Prof Frank dan rakan-rakan
dari University of Maryland Howard Country Southern Teacher Education Centre. Menurut beliau,
pendekatan ini berasaskan kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran.
Aktiviti ini memberi peluang pelajar untuk berfikir dengan teliti dan bercakap mengenai apa yang
mereka telah belajar.

Strategi ini menggalakkan penyertaan daripada pelajar dan mengurangkan penglibatan guru
sepenuhnya di dalam kelas. Di samping itu, strategi ini juga boleh melibatkan interaksi lebih ramai
pelajar. Setelah mengkaji isi kandungan dengan pelajar, pelajar diberi masa berfikir secara bersendirian
untuk mempertimbangkan soalan mengenai apa yang mereka telah belajar. Kemudian dengan
berpasangan, pelajar membincangkan idea mereka sebelum berkongsi kesimpulan mereka dengan
keseluruhan kelas.

Semasa menjana idea, pelajar menggunakan teknik ‘hands down’ untuk menyenaraikan idea yang telah
difikirkan. ‘hands down’ menggunakan tangan sebagai alat untuk membantu mereka menjana dan
menyenaraikan idea atau isi-isi penting. Jari pelajar menjadi rangka kerja untuk menulis idea dengan
melabelkan lima elemen isi pelajaran. Cara ini sangat sesuai untuk pelajar yang berfikiran kinestetik.

2.2.1 Rasional Memilih Aktiviti

Kami memilih aktiviti ini kerana ia boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menerbitkan idea
masing-masing tanpa sebarang diskriminasi sama ada pelajar tersebut lemah atau cemerlang. Ini secara
tidak langsung dapat menguji kecerdasan pelajar dan memberikan guru peluang untuk membuat
pentaksiran terhadap pelajar. Aktiviti ini berfokuskan kepada seluruh pelajar di dalam kelas tiada yang
terkecuali. Pelajar yang banyak memainkan peranan, guru hanya pemerhati. Selain itu, aktiviti ini
memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja sendiri dan bekerjasama dengan rakan yang lain.

‘Think-Pair-Share’ juga dapat meningkatkan kemampuan pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dan
menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam. Cara ‘hands down’ digunakan semasa berfikir bagi
mencatatkan isi-isi penting dengan mudah dan menepati topik yang diajar. Cara ini amat sesuai untuk
pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik dan pelajar dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya dalam pembelajaran.
2.2.2 Langkah-langkah Menjalankan Aktiviti

Kelas : Tingkatan 4 Cemerlang (18 orang murid)

Masa : 2 waktu (80 minit)

Tempat : Makmal Komputer

Topik: Jenayah Komputer

Hasil
Pembelajaran: Pelajar dapat menyenaraikan jenayah komputer.

Langkah 1:

Guru akan menerangkan isi pelajaran pada hari tersebut dan mengarahkan pelajar berfikir secara
individu dengan mencatatkan isi-isi penting atau idea mengikut masa yang ditetapkan iaitu selama 5
minit. Sekali lagi, guru mengarahkan pelajar menggunakan cara ‘hands down’ bagi menjana idea dengan
baik dan dapat menyenaraikan isi-isi penting dengan mudah serta tepat. Pelajar dikehendaki melukis jari
di atas kertas masing-masing, di mana setiap jari akan dilabelkan lima elemen iaitu sebagai siapa, apa,
mana, kenapa dan bagaimana. Contohnya adalah seperti rajah di bawah:-

Jadual di bawah menunjukkan soalan-soalan yang dibentuk bagi menjanakan idea.


Soalan Isi-isi penting

Siapakah yang melakukan jenayah


komputer? Pakar dan pengodam Komputer

Apakah kesan daripada berlakunya


jenayah komputer? Kehilangan data, sistem jadi lembab

Di manakah boleh berlakunya jenayah


komputer? Di dalam talian internet

Kenapa boleh berlakunya jenayah Ingin menjatuhkan syarikat dengan


komputer? mencuri data dan serangan virus

Sentiasa kemaskini dan


Bagaimanakah jenayah komputer membuat back-up serta mencipta
dapat di atasi? katalaluan

Langkah 2:

Melakukan proses ‘pair’ di mana pelajar diminta untuk berkongsi idea secara berpasangan. Untuk
kaedah berpasangan ini guru menyediakan kad-kad warna iaitu warna merah, biru, kuning dan hijau dan
mengedarkannya kepada para pelajar. Pelajar yang telah mendapat salah satu daripada empat jenis kad
yang berlainan warna ini cuma boleh memilih pasangan daripada kalangan pelajar yang menerima kad
daripada warna yang sama. Langkah ini dipraktikkan bagi memastikan pelajar tidak hanya memilih rakan
daripada kalangan rakan yang mereka sukai sahaja. Dengan cara ini, pelajar akan dapat berkongsi idea
dengan cara yang lebih efektif.

Langkah 3:

Melakukan proses ‘share’ di mana pada peringkat ini pelajar akan berkongsi idea bersama dengan
keseluruhan kelas. Bagi melancarkan lagi proses penjanaan idea ini, saya akan melantik seorang pelajar
untuk menjadi pencatat kepada idea-idea yang akan dikemukakan oleh rakan mereka pada papan putih
yang berada di hadapan kelas. Hal ini untuk mengelakkan pengulangan idea yang sama di kalangan
pelajar dan seterusnya mereka dapat melihat secara jelas fakta-fakta yang dapat mereka kongsikan
bersama-sama kelas.

Setelah pelajar bersedia, guru akan memulakan proses ‘share’ iaitu dengan cara pelajar secara bergilir
akan mengemukakan setiap idea yang telah mereka persetujui bersama-sama dengan pasangan
kumpulan masing-masing. Pelajar tidak perlu tampil ke hadapan sebaliknya mereka boleh berkongsi idea
dengan cara mengetengahkan idea masing-masing secara bergilir-gilir. Bagi mengelakkan ada pasangan
yang tidak terlibat, guru akan meminta pelajar untuk mengemukakan idea secara berturutan mengikut
giliran warna yang telah ditetapkan. Sekiranya idea yang dikemukakan adalah sama, guru akan meminta
pencatat untuk menulis berapa kali pengulangan itu dilakukan. Hal ini bertujuan untuk melibatkan
semua pelajar walaupun idea yang dikemukakan mungkin telah dikemukakan oleh rakan-rakan sebelum
mereka. Pasangan pelajar yang mempunyai idea yang berlainan daripada yang telah dicatatkan atau
mempunyai lebih daripada satu idea boleh mengemukakan idea mereka secara terbuka dengan
mengangkat tangan setelah semua kumpulan pasangan selesai memberikan idea masing-masing.

Setelah semua pasangan pelajar telah selesai menyatakan idea masing-masing, guru akan membuat
rumusan berkaitan idea-idea yang telah dikemukakan oleh pelajar. Idea yang kurang tepat akan diberi
penambahbaikan, idea yang tidak bersesuaian akan diasingkan, manakala idea yang boleh diguna pakai
akan diberikan peneguhan beserta contoh bagi meningkatkan kefahaman dan menguatkan ingatan
pelajar.

2.2.3 Kesimpulan

Aktiviti ini sangat sesuai diaplikasikan di dalam kelas kerana ianya sangat menarik minat pelajar dan
tidak membosankan. Aktiviti ini juga melibatkan semua pelajar kerana semua pelajar perlu berfikir dan
tiada pelajar yang boleh mengelakkan diri daripada berfikir. Kesimpulannya, pengajaran kepelbagaian
pelajar sangat berkesan dalam proses pembelajaran dengan menggunakan strategi dan pendekatan
pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan
baik oleh pelajar. Seorang guru perlulah berusaha sedaya upaya mengajar pelajar supaya pelajar dapat
menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang tertentu.

2.3 Aktiviti 3: Anchor

Dalam aktiviti anchor atau pengayaan dan pengukuhan ini, tajuk yang dipilih ialah Pengaturcaraan
dengan subtopik Pembinaan Program bagi pelajar Tingkatan 4. Dalam aktiviti ini, pelajar dapat membuat
aktiviti pengayaan yang mana dapat membantu mereka untuk lebih memahami isi pelajaran. Sasaran
pembelajaran bagi tajuk ini ialah pelajar dapat menerangkan fasa analisis masalah dan fasa rekabentuk
sistem dalam pembinaan program

2.3.1 Rasional Pemilihan Aktiviti:

Aktiviti ini sangat sesuai diaplikasikan kerana ianya membolehkan pelajar lemah menguasai konsep asas
fasa analisa masalah dan fasa rekabentuk sistem. Manakala pelajar sederhana dapat mengukuhkan lagi
kefahaman mereka. Pelajar cemerlang pula dapat mengaplikasikan fasa rekabentuk sistem dengan
membina satu laman web. Dengan ini, masa pembelajaran dapat dioptimumkan.

2.3.2 Langkah P&P


Kelas : Tingkatan 5 Cemerlang (18 orang murid)

Masa : 2 waktu (80 minit)

Tempat : Makmal Komputer

Topik: Pengaturcaraan

Hasil
Pembelajaran: Pelajar dapat merekabentuk sebuah laman web

Langkah 1:

– Guru memulakan set induksi dengan memberi contoh mesin ATM.

– Guru meransang pelajar berfikir dengan mengajukan soalan bagaimana mesin tersebut dapat
“berinteraksi” dengan pengguna.

Langkah 2:

– Guru memulakan P&P dengan topik pengaturcaraan.

– Guru menunjukkan langkah-langkah dalam membangunkan sistem.

– Guru memberikan beberapa contoh mengikut aras kesukaran.

Langkah 3 :

– Guru memberikan soalan aneka pilihan mengikut aras kesukaran.

– Guru menyediakan jawapan dan pelajar menyemak kertas jawapan rakan.

– Berdasarkan pemerhatian tersebut, guru mengkategorikan pelajar kepada 3 iaitu pelajar yang
tidak menguasai topik (lemah), pelajar sederhana dan cemerlang.

Langkah 4:

– Bagi melayani pelajar lemah, guru mengajar semula dengan menggunakan teknik yang
dipermudahkan untuk membantu mereka menguasai pembelajaran.

– Bagi pelajar sederhana, guru menyediakan latihan-latihan pengukuhan untuk mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar.
– Bagi pelajar cemerlang, guru minta pelajar membina satu laman web menggunakan bahasa
pengaturcaraan yang telah dikuasainya.

2.4 Aktiviti 4: Kumpulan Fleksibel

Dalam aktiviti pengumpulan fleksibel ini, topik yang dipilih ialah Sistem Maklumat dengan subtopik
Pembangunan Pangkalan Data Tingkatan 5. Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan sub topik
pembangunan pangkalan data ini adalah selama 22 waktu. Sub topik ini akan meliputi pembangunan
sebuah projek pangkalan data. Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat membangunkan sebuah sistem
maklumat dengan pangkalan data. Secara ringkasnya, kaedah yang dibuat dalam pengumpulan fleksibel
ialah:

1. Guru mengenalpasti kumpulan pelajar yang berada dalam kategori lemah, sederhana dan
cemerlang.

2. Guru merekabentuk tingkat pelajaran dan menyeddiakan tugasan berkaitan yang bersesuaian
dengan keupayaan pelajar tersebut.

3. Ianya mengikut aras kesukaran daripada rendah dan semakin meningkat kepada lebih kompleks.

4. Kandungan pengajaran yang sesuai dan tugasan yang mencabar dan bersesuaian dengan aras
pelajar.

2.4.1 Rasional Pemilihan Strategi

Tujuan membuat pengumpulan fleksibel ini adalah supaya setiap pelajar dapat menerima isi pelajaran
yang bersesuaian dengan tahap keupayaan mereka. Pelajar yang berada dalam kelompok cemerlang
dapat bergerak dengan lebih laju supaya mereka berpeluang untuk belajar isi pelajaran yang mereka
ingin dengan lebih mendalam. Mereka juga dapat menjadi rujukan kepada pelajar sederhana dan lemah.
Manakala guru dapat menumpukan perhatian kepada kelompok lemah dan sederhana bagi memastikan
mereka tidak ketinggalan dan tercicir.

2.4.2 Langkah P&P

Kelas : Tingkatan 5 Cemerlang (18 orang murid)

Masa : 2 waktu (80 minit)


Tempat : Makmal Komputer

Topik: Sistem Maklumat Komputer

Hasil Pelajar dapat membangunkan sebuah sistem maklumat


Pembelajaran: berpangkalan data

Langkah 1:

 Pelajar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu, kategori cemerlang, sederhana dan
lemah.

 Guru memberikan tugasan untuk membangunkan sebuah sistem pengurusan yang mempunyai
pangkalan data menggunakan perisian Microsoft Visual Basic.

 Bagi pelajar yang telah menguasai isi pelajaran, mereka tidak perlu mengikuti sesi pembelajaran
tetapi boleh meneruskan tugasan pembangunan sistem tersebut.

Langkah 2:

 Pelajar yang lemah akan dibimbing oleh guru langkah demi langkah bagi menghasilkan sebuah
sistem yang memenuhi spesifikasi asas yang menghubungkan sekurang-kurangnya 2 jadual
pangkalan data.

 Pelajar yang berada dalam kelompok sederhana pula akan dibimbing guru bagi menghasilkan
sebuah sistem yang memenuhi spesifikasi dengan sekurang-kurangnya 3 jadual pangkalan data
yang dihubungkan mengikut kesesuaian.

 Bagi pelajar yang berada dalam kategori cemerlang, mereka boleh membangunkan sistem
pangkalan data yang lebih kompleks dan berasaskan web (Web based)

Langkah 3:

 Pelajar yang berada dalam kategori cemerlang akan diberikan akses kepada laman web yang
boleh dirujuk untuk mendapatkan contoh-contoh dan idea pembangunan sistem maklumat.

 Pelajar cemerlang juga akan menjadi rujukan bagi pelajar lemah untuk menyiapkan tugasan
mereka. Secara tidak langsung, mereka akan bertindak sebagai mentor kepada pelajar lemah, di
mana mereka dapat mengukuhkan lagi kefahaman pembangunan sistem yang sedia ada.

 Dalam fasa ini, kumpulan homogenous akan bertukar kepada heterogenous, di mana beberapa
pelajar dalam kelompok cemerlang akan memasuki kumpulan lemah dan sederhana bagi
membantu dan membimbing mereka menyiapkan tugasan.
Langkah 4:

 Selepas tempoh yang ditetapkan, semua pelajar akan dapat menyiapkan tugasan pembangunan
sistem berpangkalan data yang diberi oleh guru dengan kualiti yang berbeza mengikut aras
keupayaan masing-masing.

2.5 Aktiviti 5: Popsicle Sticks

Dalam mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran, guru boleh menyemak kemajuan
dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran dengan menggunakan penilaian formatif.
Penilaian ini digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Melalui
penilaian ini, guru dapat memperbaiki kelemahan pelajar serta merta dengan mengulang semula topik
pembelajaran dan ia dikenali sebagai pemulihan.

Kebanyakan guru mentaksir pemahaman pelajar dengan memberikan soalan kepada pelajar dan
kemudian memilih seorang pelajar untuk menjawab ataupun membiarkan pelajar yang aktif menjawab
soalan. Lazimnya, pelajar yang aktif sahaja yang berani untuk menjawab soalan dan pelajar yang tidak
aktif akan mendiamkan diri dan hanya mendengar jawapan yang diberikan oleh rakan mereka. Sekiranya
begitu, perasaan malu, takut serta tiada keyakinan dalam diri pelajar akan wujud dan hal ini seterusnya
mengakibatkan keciciran pelajar dan tahap pemahaman pelajar juga akan lemah.

Strategi popsicle sticks ini merupakan salah satu strategi yang digunakan untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran di kelas lebih menarik, ceria dan berkesan. Batang aiskrim yang berwarna atau tidak
boleh digunakan dalam strategi ini untuk menarik minat pelajar.

Strategi batang aiskim ini telah digunakan bagi subjek Rangkaian Komputer dan Komunikasi Tingkatan
Empat. Skop yang dibincangkan adalah Topologi Rangkaian (Bas, Bintang dan Gelang) di bawah tajuk
utama Konsep Asas Rangkaian dan Komunikasi. Strategi ini sesuai digunakan kerana pelajar dapat
melukis, melakar dan menerangkan kepada pelajar lain melalui kefahaman dan maklumat yang mereka
telah perolehi sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti ini, perkongsian ilmu dapat
diwujudkan dalam kalangan pelajar.

2.5.1 Rasional

Penggunaan batang aiskrim sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat memberikan
situasi yang baru dan kesan yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana semua pelajar terlibat dan tiada
pelajar dikecualikan daripada menyertai aktiviti seperti ini. Selain itu, pelajar juga sentiasa bersedia
untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru setelah membuat persediaan awal sebelum aktiviti
ini dijalankan. Dengan ini, pelajar lebih bermotivasi untuk bersaing dan berusaha memberikan jawapan
yang terbaik bagi setiap soalan yang dikemukakan kepada mereka. Pelajar yang memberikan jawapan
yang betul akan diberikan kredit atau mata individu dan tiada kredit atau mata individu diberikan
kepada pelajar yang memberikan jawapan yang salah.

Selain itu, pelajar yang dipanggil namanya akan memberikan jawapan berdasarkan maklumat dan
pengetahuan yang mereka ketahui. Sewaktu pelajar memberikan jawapan mereka, guru dapat
mengetahui tahap pemahaman pelajar bagi topik yang telah diajar. Jika guru tidak berpuas hati dengan
jawapan yang telah dikemukakan oleh pelajar tersebut, guru boleh menarik kembali batang aiskrim
dengan memanggil pelajar lain untuk berkongsi idea dengan semua pelajar. Selepas itu, guru akan
berbincang bersama pelajar berkaitan soalan yang telah dikemukakan kepada pelajar. Dengan pelajar
merasa bertanggungjawab untuk mendengar terus setiap maklumat yang disampaikan.

Rasional seterusnya adalah aktiviti ini dapat menggalakkan semua pelajar untuk menjadi pendengar
aktif dan pencatat yang baik. Sewaktu rakan mereka memberi jawapannya, semua pelajar akan lebih
peka serta menumpukan perhatian terhadap setiap jawapan yang dikemukakan oleh rakan mereka dan
mereka juga dapat mencatat sewaktu perbincangan kelas dilakukan. Sehubungan dengan itu, hal ini
dapat mengelakkan berlakunya keciciran terhadap pelajar.

2.5.2 Langkah-Langkah P&P

1. Guru menulis setiap nama pelajar pada batang aiskrim.

2. Guru meletakkan batang aiskrim di dalam balang dan balang tersebut diletakkan di hadapan
kelas.

3. Semasa sesi perbincangan dijalankan, guru menarik batang aiskrim secara rawak dan nama
pelajar yang terdapat pada batang aiskrim tersebut dipanggil.

4. Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

5. Selepas menjawab soalan yang dikemukakan, guru perlu meletakkan kembali batang aiskrim
pelajar ke dalam balang. Dengan cara itu, para pelajar menyedari bahawa mereka boleh
dipanggil pada bila-bila masa untuk menjawab lebih daripada satu soalan sepanjang aktiviti ini
dijalankan.

6. Kemudian, perbincangan guru bersama pelajar dijalankan di dalam kelas.

You might also like