Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

BAB 2

MASYARAKAT MALAYSIA
DALAM SEJARAH
OBJEKTIF BAB

• Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya


boleh:
1. Memahami konsep masyarakat plural.
2. Memahami sejarah awal masyarakat Malaysia.
3. Memahami sejarah masyarakat plural di
Malaysia.
4. Memahami masyarakat plural baharu di Malaysia
2.1 PENGENALAN
• Malaysia
– Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan,
etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan.
– Satu-satunya negara masyarakat plural yang
paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan
keamanan dan perpaduan.
– Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan
sejarah yang tersendiri di Malaysia.
2.2 KONSEP PLURALITI
2.2.1 Definisi Bahasa

• Perkataan “plural” berasal dari perkataan Inggeris iaitu “plurality”.


– lebih dari satu, jumlah besar dan majoriti (Collins, 1983:403).

• Istilah “majmuk” dipinjam dari perkataan Arab iaitu “majmu’”.


– Asal akar katanya ialah “jama’” bermaksud mengumpulkan dan
menghimpunkan. “Ijma’” membawa maksud permuafakatan, persatuan,
perkumpulan dan perhimpunan. “Majmu’” membawa maksud yang
dihimpunkan dan yang dikumpulkan (Idris al Marbawi, 1950: 108).

• Kamus Dewan - “Majmuk” didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang


hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu
yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara,
keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam (T. Iskandar, 1971: 701).
2.2.2 Definisi Istilah

• Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S.


Furnival di dalam bukunya Colonial policy and
practice: A comparetive study of Burma and
Netherland India (Ting Chew Peh, 1979: 71).
• Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat
yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik
antara kumpulan etnik di bawah satu sistem
pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan,
“plural” membawa maksud masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama,
budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang
tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.
2.2.3 Perspektif Politik

• Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut


politik (Ting Chew Peh, 1979: 72):

• (i) Pendapat pakar sosiologi dahulu


– masyarakat plural terdiri daripada kelompok yang wujud
pembahagian kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan
kepada ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai
bersama (cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat,
sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang dicorakkan
oleh kerajaan.
• (ii)Pendapat pakar sosiologi baharu
– masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk
berasaskan kepada hubungan etnik dan ras yang berlainan di
bawah satu sistem pemerintahan.
2.2.4 Perspektif pemerintahan

• Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada


dua kumpulan pendapat (Ting Chew Peh, 1979: 73):

• (i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti.


– M.O. Smith dan L.A. Depres - wujud jurang perbezaan
kaum di dalam masyarakat plural. Namun demikian
penguasaan politik tetap berada di tangan golongan
terbesar. Jika dicabar, kerajaan boleh bertukar menjadi
kerajaan satu parti. Mungkin berakhir dengan
pemerintahan ketenteraan.
• (ii)Golongan pemerintah adalah dari etnik minoriti.
– Evans dan Newham - pertapakan kuasa asing atau kuasa
luar di sesebuah negara,
– pemerintahan ke atas golongan bawahan tempatan.
– wujud jurang pemisah antara golongan bawahan dengan
golongan pemerintah.
– mendominasi kuasa politik, kuasa ekonomi - wujud
ketidak-seimbangan etnik dan kebudayaan.
– menindas golongan bawahan.
– membawa masuk imigran untuk membangun dan
menguasai ekonomi dan sosio-budaya tempatan.
– menggariskan peraturan tertentu ke atas golongan dijajah,
menggubal dasar awam, pentadbiran, undang-undang,
pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
2.2.5 Perspektif Sosial dan Budaya
• Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat
dua pendapat yang berbeza:
• (i) Plural dari segi sosial.
– Masyarakat plural lahir hasil dari perbezaan
struktur sosial dari kalangan pelbagai etnik atau
sosial, bukan berasaskan budaya.
• (ii)Plural dari segi budaya.
– Masyarakat plural itu berlaku atas dasar
perbezaan budaya antara pelbagai etnik, bukan
perbezaan struktur sosial.
2.2.6 Ciri
• Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga
dua pendapat yang bertentangan (Ting Chew Peh,
1979: 72):

• (i) Mesti wujud konflik.

– Pendapat ini dikemukakan oleh ramai pakar sosiologi.


Pendokong Marxist contohnya menolak faktor etnik
sebagai asas politik dan pemerintahan sesebuah
masyarakat plural. Sebaliknya konflik kelas antara
golongan bourgeoisie (kapitalis/pemerintah) dengan
golongan proletariat (pekerja/petani). Mereka
menegaskan bahawa koflik antara etnik dan penindasan
merupakan satu aspek hubungan kelas.
– Kesedaran perkauman kesedaran palsu. Konflik kelas dalam
masyarakat plural bukan kerana wujudnya perbezaan kaum,
sebaliknya merupakan perbezaan kelas. Marxist mencadangkan
jalan penyelesaian konflik kelas dalam masyarakat plural melalui
revolusi bersenjata dan berdarah golongan plolitariat ke atas
golongan bourgeoise.

– Pendapat yang lebih kurang sama - John Rex. Beliau


menegaskan bahawa walaupun wujud sistem sosial sebagai
syarat penting dalam memahami masyarakat plural tetapi
konflik antara etnik lebih ketara dari konsensus dalam
masyarakat plural. Beliau menegaskan lagi bahawa konflik dan
ketegangan di dalam masyarakat majmuk akan lebih mudah
terjadi jika perbezaan etnik itu berlaku atas garis ekonomi.

– Ciri utama masyarakat plural ialah meluasnya konflik,


percanggahan, ketegangan dan paksaan.
• (ii) Tidak mesti wujud konflik.

– Pendapat ini dikemukakan oleh pakar sosiologi


“Functional”. Mereka menyangkal mesti wujud konflik
sebagai ciri utama masyarakat plural. Ia tidak berbeza
dari masyarakat biasa yang mempunyai susun lapis
yang kompleks atau masyarakat yang mempunyai
masalah etnik minoriti.

– Masyarakat plural terbina daripada beberapa


bahagian yang membentuk satu kesatuan dari segi
politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.
Dari segi politik masyarakat plural berada di bawah
satu sistem yang berganding bahu walaupun mereka
hidup berasingan.
2.2.7 Tingkat

• Masyarakat plural mempunyai tingkat-


tingkatnya yang tersendiri. Ada masyarakat
plural yang lebih tinggi kedudukannya dari
masyarakat plural yang lain.
– Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada
empat etnik utama iaitu etnik berkulit putih, etnik
berkulit hitam, etnik rendah dan lain-lain etnik.
2.3 SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA

• Semenanjung Tanah Melayu mula didiami oleh manusia sejak 25,000


tahun yang lalu. Tetapi mereka pupus. Etnik yang terus dapat bertahan
hingga hari ini adalah seperti berikut:

2.3.1 Pribumi-Orang Asli

• Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga hari ini
ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli dan
Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu
menjelang tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan besar (Fauziah Shaffie 2000: 256):
– (i) Negrito - enam klan iaitu Kintak, Kensiu, Jahai, Menderiq, Bateq dan
Lanoh.
– (ii) Senoi - enam klan juga iaitu Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri
dan Mahmeri.
– (iii) Melayu Asli - enam klan iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang
Kanak dan Orang Kuala.
• Etnik Negrito dan Senoi mempunyai kepercayaan
kepada ketuhanan iaitu Karai (Karei), Orang Hidup dan
Tok Pedin. Percaya kepada dosa dan pahala serta
pembalasan di akhirat.

• Etnik Melayu Asli pula percaya kepada animisme.


Namun demikian di kawasan yang kurang
percampuran dengan masyarakat Melayu iaitu di
kawasan pedalaman, kepercayaan mereka adalah lebih
kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka
tinggal di pedalaman. Justeru itu mereka rata-rata
tidak terpengaruh dengan Hinduisme, Budhisme dan
Islam kecuali selepas Malaysia mencapai kemerdekaan
dengan adanya kegiatan dakwah Islamiah maka
sebahagian orang Asli telah menerima Islam.
2.3.2 Etnik Melayu

• Penduduk terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah


dan Sarawak. Bermastautin di Malaysia sejak 2,500 S.M.
• Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan merata-rata
tempat di Alam Melayu.
• Dalam kelompok “Austronesia” yang bertutur dalam
bahasa Melayu dan dikaitkan dengan sejarah Orang Melayu
Asli (Proto Malay).
• Bermula di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka
(abad ke-15).
• Sebelum kedatangan lslam etnik Melayu percaya kepada
animisme, Hinduisme dan Budhisme.
• Menerima Islam secara rasmi mulai abad ke-15.
• Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, luas dan
mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari segi rupa,
bentuk, luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan
Islam disinonimkan dan tidak dapat dipisahkan.
• Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam
beragama, pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa,
kesusasteraan, adat resam, kebudayaan, kesenian dan
sebagainya.
• Yang lebih utama lagi Islam bertanggungjawab
menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula
sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam
abad ke ke-15 di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
• Etnik Melayu merupakan etnik yang pertama menegakkan
pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung
Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak
utama masyarakat plural di Malaysia.
2.3.3 Etnik Cina

• Etnik kedua terbesar di Semenanjung Tanah


Melayu selepas etnik Melayu.
• Hubungan tanah besar Cina dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak
sekian lama iaitu sejak kelahiran kerajaan
maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan
Langkasuka di Kedah, yang diasaskan pada
tahun 100M.
2.3.4 Etnik India

• Etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan


Cina di Semenanjung Tanah Melayu.
• Hubungan benua kecil India dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud
melalui perdagangan.
• Hinduisme bertanggungjawab menubuhkan
kerajaan-kerajaan maritim Hindu-Budha di Alam
Melayu termasuk kerajaan Langkasuka di Kedah
sebelum penubuhan kerajaan Melayu Melaka
lagi.
2.3.5 Zaman Kesultanan Melayu Melaka
• Pedagang-pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain
kepulauan Melayu datang ke Melaka.
• Melaka sejak itu menjadi bandar kosmopolitan yang
penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik.
• Sejumlah kecil yang bermastautin tetap tinggal di situ.
Tetapi tidak melahirkan masyarakat plural kerana
mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu
yang dikenali sebagai “komuniti baba”. Masyarakatnya
terdiri daripada pelbagai etnik tetapi tetap
mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah ia tidak
dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah
Shaffie 2000: 257).
2.4 MASYARAKAT PLURAL
2.4.1 Kemunculan
• Bermula selepas kemasukan orang Cina dan India
secara besar-besaran, campur tangan Inggeris di
Tanah Melayu untuk memajukan sektor
perlombongan bijih timah dan ladang getah
mulai tahun 1848.
• 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya
berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat
secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921
berjumlah 3.3 juta orang (Fauziah Shaffie, 2000:
270).
2.4.2 Ciri Masyarakat Plural Malaysia

• Ciri-ciri utama masyarakat pural Malaysia adalah seperti berikut


(Mohamad Idris Saleh, 1998: 30-35):

(a) Ekonomi
• Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi
• Pemisahan demografi - Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah
dan etnik Melayu di pedalaman
• Interaksi dan sosialisasi terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.
• Mengamalkan agama, kebudayaan dan adat resam masing-masing.
• Asimilasi etnik Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu tidak berlaku
(Kesultanan Melayu Melaka).
• Itulah yang dimaksudkan dengan masyarakat plural. Plural dari segi
masyarakat dan plural dari segi budaya.
• 1931, penduduk Tanah Melayu - 53% Cina, 44.7%.
• 1957, (merdeka) Melayu 49.8%, Cina 37.2%, India 11.3%, lain 1.8%.
• Berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari
Indonesia, etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu (Fuziah
Shaffie, 2001: 259).

• Migrasi bermula sejak abad ke-15 - etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di
zaman Kesultanan Melayu Melaka - meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh
Portugis - berhijrah semula di abad ke-19 di negeri Selat sebagai pedagang kecil,
kelasi dan orang gaji. Berhijrah ke Johor, Selangor dan Perak sebagai peneroka.

• Etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan


sejak abad ke-14. Abad ke-17 orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di
Selangor, Perak dan Johor.

• Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia,
etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka
lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan
Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263).
b) Agama
• Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural
Malaysia yang terpenting. Jadual 1.1 ini
menerangkan perangkaan l957.
Jadual 1.1
Agama Etnik Peratus
Islam Melayu 53
Buddha Cina/India 17.3
Confucious/Taoisme Cina 11
Hinduism India 7
Kristian Cina/India dll 7
• Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di
sepanjang tahun Hijriah - Awal Muharram, Maulidur
Rasul, Nuzul al-Qur’an, Idil Fitri dan Idil Adha.
• Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari
Wesak.
• Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato’
nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja
dan diraikan pada setiap tahun.
• Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan
Thaipusam.
• Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.
(c) Pendidikan
• Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957,
– Pendidikan Melayu berteraskan pengajian al-
Qur’an, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
– Pendidikan Cina juga berasaskan pengetahuan
klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah
besar Cina.
– Pendidikan India - guna bahasa Tamil, buku teks
diimport dari India mengenai kebudayaan, sejarah
dan geografi benua kecil India.
(d) Politik

• Inggeris menjalankan dasar “divide and rule”.


• Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan
melalui faktor ekonomi dan demografi.
– Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan
mereka kepada Tanah Melayu.
– Etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar
China.
– Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India.

• 1945 hingga 1957 - perpecahan dan konflik antara etnik


tidak dapat dielakkan. Masalah ini diserahkan kepada
entik-etnik tersebut untuk menyelesaikannya setelah
mencapai kemerdekaan tahun 1957.
• Masyarakat plural di Malaysia bertanggungjawab
mengurus kumpulan masing-masing.
• Bersaing antara satu sama lain merebut sumber
yang terhad.
• Kewujudan setengah pemimpin etnik tertentu
yang mengambil kesempatan untuk meraih
populariti dan sokongan dari etnik masing-
masing.
• Kegagalan satu kumpulan membawa kejayaan
kepada kumpulan lain.
• Ketegangan entik kian meningkat.
Pertelingkahan, konflik dan perbalahan berlaku.
Keganasan kadangkala tidak dapat dielakkan.
(e) Kebudayaan
• Setiap etnik utama di negara ini mewarisi
tamadun dan kebudayaan besar dunia.
– Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan
kebudayaan Melayu,
– Etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan
antara yang tertua di dunia dari tanah besar China

– Etnik India mewarisi tamadun dan warisan


terkenal dari benua kecil India.
2.5 MASYARAKAT PLURAL BARU
• Masyarakat plural Malaysia berwajah baru
selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963
dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.

2.5.1 Etnik Sabah


• Mempunyai penduduk seperti Semenanjung
Tanah Melayu. Etnik Cina bermastautin di
bandar-bandar utama. Etnik peribumi lebih ramai
dan boleh dibahagikan mengikut pertempatan
mereka seperti berikut:
(a) Persisiran
(i) Orang Brunei
– Berhijrah ke Sabah dalam abad ke-16.
– Bekerja sebagai pedagang dan pentadbir dan tinggal di barat
daya pantai Sabah di Padas, Kalias, Papar dan Kimanis.
– 100% Islam sama seperti etnik Melayu di Semenanjung
Malaysia.

(ii) Orang Bajau


– Dari Pulau Sulu dan Mindanau, berhijrah dalam abad ke-18.
– Di barat daya berpusat di Kota Belut, di pantai timur berpusat di
Semporna dan Pulau Timbang, dikenali sebagai “orang samal”.
– Petani dan pesawah padi. 100% beragama Islam.
– Upacara “ngedung” - bertukar juadah makanan dan upacara
bertindik.
(iii) Orang Suluk
– Berasal dari Pulau Sulu, selatan Filipina.
– Pekerjaan - ahli perniagaan, pengutip hasil laut dan pengutip hasil
hutan.
– Pertempatan utama - Marudi, Sandakan dan Lahad Datu.
– Telah lahir ramai pemimpin terkenal seperti Syarif Umar.
– Beragama Islam.

(iv) Orang Kadazan


– Etnik pribumi terbesar di Sabah.
– Tinggal di lembah Ranau dan lembah Tambunan.
– Agama - “Kino-ringan” - kuasa pencipta bumi dan makhluk lain.
Sebahagian mereka beragama Kristian.
– Mahkamah Anak Negeri - kendalikan undang-undang adat orang
Kadazan. Anggota - ketua rumah panjang, orang-orang tua.
– “Pesta Menuai” - “Tarian Samazau” dipersembahkan.
(b) Pendalaman

• Penduduk utama - Orang Murut.


• Pertempatan - Tenom, Rundum dan Pesiangan.
• Tempat tinggal - rumah panjang.
• Sumber ekonomi - padi huma, memburu binatang
dan mengutip hasil hutan.
• Agama - “Aki Kopuno”, mempunyai kuasa penciptaan
alam dan penyelesaian semua masalah.
• Etnik-etnik kecil lain - Orang Rungus, Orang
Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang
Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang
Bamarau.
2.5.2 Etnik Peribumi Sarawak

• Mempunyai penduduk sejak 40,000 tahun dahulu di Gua Niah.


Peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan
iaitu penduduk pesisiran pantai dan pendalaman.

(a) Persisiran
• Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik
berikut:

(i) Orang Melayu


– Berhijrah pada abd ke-l5 dari Pulau Sumatera, Indonesia.
– Bermastautin di bandar Lidah Tanah, sekitar sungai Sarawak.
– Mempunyai ketua yang terkenal seperti Datuk Permati Jepang.
– Ekonomi - pertanian, nelayan dan sebagai pedagang.
– Islam dan menguasai tulisan jawi dengan baik sekali.
(ii) Melanau
– Bermastautin di sekitar sungai Igan, sungai Oya
dan sungai Mukah.
– Ekonomi - tangkapan ikan, bersawah padi dan
membuat sagu.
– Beragama Islam sama seperti orang Melayu.
(b) Pedalaman
(i) Orang Iban
– Juga dikenali dengan nama “Dayak Laut” -
– Peribumi terbesar mendiami pedalaman Sarawak.
– Berasal dari sungai Kapuas, Kalimantan, Indonesia.
– Petempatan utama - sungai Saribas, sungai Sekarang,
sungai Batang Lupar dan sungai Rajang
– Mendiami rumah panjang diketuai seorang ketua
dikenali dengan nama “Tuai Rumah”.
– Agama – percaya beberapa tuhan - tuhan peperangan
“Singling Burong”, tuhan bumi “Pulang Gama” dan
roh serta hantu. Sebahagiannyaberagama Kristian.
– Perayaan penting - “Gawai Ranyai”.
(ii) Bidayuh
– Mendiami rumah panjang terutama di sepanjang
sungai Samarahan dan sungai Sadong.
– Ekonomi - menanam padi huma dan meramu hasil
hutan.

(iii)Orang Kayan
– Penempatan di hulu sungai Baram.
– Berpindah randah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain untuk menjalankan aktiviti
ekonomi.
– Beragama Kristian.
(iv) Orang Penan
– Terkenal sebagai pemburu bintang liar yang
mahir.
– Ekonomi - memungut hasil hutan terutama rotan
dan damar - menukarkannya dengan barangan
keperluan harian seperti beras, garam dan
lainnya.

• Di kawasan pedalaman Sarawak juga terdapat


etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.

You might also like