Tugasan 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 4 : Penulisan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Kanak-kanak sememangnya suka bergerak aktif. Kanak-kanak mempunyai naluri


terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang
semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini
boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan
persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti
pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan
kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan.
Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

Pelbagai jenis aktiviti muzikal dalam bilik darjah yang melibatkan pergerakan secara
kreatif yang boleh guru kendalikan untuk murid Tahap 1. Namun, aktiviti yang akan saya
laksanakan ialah aktiviti “Di Dusun Rambutan”. Konsep muzik yang akan saya ketengahkan
dalam aktiviti muzikal ini ialah konsep melodi. Aktiviti ini lebih memberi penekanan terhadap pic
tinggi dan pic rendah.

Aktiviti muzikal ini diberi nama “Di Dusun Rambutan” kerana murid-murid diminta untuk
membayangkan bahawa mereka seperti berada di sebuah dusun rambutan yang banyak
buahnya. Pengalaman sedia ada murid-murid ialah pernah melihat buah rambutan. Antara
keperluan aktiviti muzikal ini ialah piano dan slaid power point bergambar pokok rambutan untuk
dipancarkan melalui LCD. Aktiviti muzikal ini juga memerlukan seorang pemain piano (guru) untuk
mengiringi aktiviti ini. Lagu akan memainkan lagu yang bernada C major dan memainkan kord I,
IV, V secara berulang-ulang. Guru bebas bermain pic rendah ataupun pic tinggi untuk kord-kord
itu.

Apabila guru memainkan pic rendah, murid-murid hendaklah membuat perbuatan


mengutip buah-buah rambutan yang berada di atas tanah. Namun, apabila pic tinggi yang
dimainkan, murid hendaklah melakukan perbuatan seperti memetik buah rambutan di pokoknya.
Murid bebas mengekspresikan perbuatan mereka dengan apa gaya sekalipun dengan syarat
apabila pic tinggi, mereka hendaklah berdiri tinggi manakala apabila pic rendah dimainkan
mereka hendaklah membuat aktiviti di paras bawah.

Contoh pergerakan kreatif yang boleh dibuat oleh murid untuk pic tinggi ialah mengait
buat, berjengket, dan membuat aksi ingin memetik buah yang berada di atas pokok. Manakala
untuk pic rendah pula murid akan merangkak, duduk, atau mengutip buah rambutan yang
bertaburan di atas tanah. Daya imaginasi murid-murid akan digunakan sepenuhnya.

1
Melalui aktiviti ini, murid akan lebih memahami apa perbezaan antara pic tinggi dan pic
rendah. Murid juga akan berasa seronok kerana dapat menggunakan eksplorasi ruang untuk
membuat aktiviti ini.

Aktiviti muzikal seperti ini dapat memberikan peluang kepada murid tahap 1 untuk
merealisasikan potensi mereka dengan membangkitkan perkembangan imej kendiri yang positif
serta dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semula jadi untuk bergerak. Secara tidak
langsung murid bukan sahaja faham mengenai pic malahan dapat meningkatkan keupayaan
murid-murid untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah. Aktiviti ini juga akan
melatih murid bekerjasama dengan memupuk interaksi sosial yang positif dengan membekalkan
pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan
kebolehan-kebolehan fizikal dan kinestetik mereka.

Akhir kata, aktiviti “Di Dusun Rambutan” ini sememangnya nampak ringkas namun banyak
dengan aktiviti yang ringkas inilah yang boleh memberi pemahaman yang jelas kepada murid
mengenai konsep melodi pic tinggi dan pic rendah. Pengajaran dan pembelajaran yang bagus
adalah apabila objektif pembelajaran tercapai.

You might also like