Rancangan Perniagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

RANCANGAN PERNIAGAAN

Maria Kaira
RANCANGAN PERNIAGAAN PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN KOSMETIK

MARIA KAIRA

PERNIAGAAN MK SKINCARE & BEAUTY

(NO PENDAFTARAN PERNIAGAAN : T865977)

NO.12, JALAN PLUMBUM Q7/7, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA.

03-98756542

Disediakan Oleh :

NURLIANA BINTI ARIFFIN

5 APRIL 2016

1
RUMUSAN EKSEKUTIF

Rancangan perniagaan ini disediakan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank
bagi membiayai projek mengeluar dan memasarkan produk industri kecantikan. Produk
kecantikan ini merupakan satu komoditi yang semakin diminati orang ramai dan mendapat
sambutan di pasaran tempatan. Maria Kaira telah memasarkan produk dalam pelbagai jenis
produk, bentuk saiz dan mempunyai bahan yang unik dan pertama di Malaysia iaitu Peptide.

Visi : menjadi pengeluar dan pemasar produk Maria Kaira yang berjaya serta bertaraf
antarabangsa.

Misi : ingin meluaskan perniagaan produk penjagaan kulit dan kosmetik di seluruh Malaysia dan
antarabangsa supaya produk jenama Maria Kaira dikenali di persada dunia.

Slogan : “Beauty Lies Within”

Modal permulaan sebanyak RM100 000 yang diperolehi daripada pemilik dan keluarga
dan memerlukan modal sumbangan pembiayaan sebanyak RM200 000 daripada bank.

Perniagaan ini terdiri daripada seorang pengurus besar, 3 orang pengurus mengikut
jabatan, 1 orang R&D dan pakar perunding penjagaan kulit, 1 pegawai pemasaran, 2 orang
pekerja bahagian pengeluaran (kilang), seorang juruwang, seorang kerani am dan 2 orang
pembantu jualan.

Maria Kaira menganggarkan keuntungan yang diperolehi daripada tahun pertama adalah
sebanyak RM37,593.92 dan akan meningkat kepada RM77,854.42. Pada tahun kedua dan akan
terus meningkat pada tahun 2018 iaitu keuntungan sebanyak RM838,024.92. Bagi memastikan
Maria Kaira terus bersaing dalam pasaran, pelbagai penyelidikan dan pembaharuan akan
dilakukan bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan seterusnya meningkatkan lagi keuntungan
perniagaan.

2
PENGENALAN

Industri kecantikan telah berkembang maju dari semasa ke semasa. Penggunaan produk
kecantikan sememangnya tidak akan berkubur sebaliknya akan terus maju dan berkembang
kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin tampak cantik dan muda. Senario industri kecantikan
tempatan masih belum menampakkan impak yang boleh dibanggakan walaupun hakikatnya ada
puluhan jenama dihasilkan mempunyai mutu yang baik dan boleh dikatakan setanding jenama
antarabangsa. Kebanyakannya hanya dijual di kedai jamu atau pengedar, bukan di farmasi utama
yang diketahui mengutamakan standard pengilangan ketat atau mutu produk. Namun, masih
belum ada yang boleh membina jenama kukuh di persada dunia kecantikan global. Sebaliknya,
begitu banyak produk asing berjaya menembusi pasaran Asia termasuk Malaysia. Jenama
seperti SK II, Clinique, Shiseido, Estee Lauder, Dior dan Chanel mampu berdiri megah di setiap
pusat beli-belah utama seluruh negara dan sudah meniti di bibir segenap lapisan masyarakat
tempatan. Walaubagaimanapun, produk tempatan juga telah berjaya menempah nama di seluruh
Malaysia. Antaranya ialah Qu Puteh, D’herbs, Vasia, Nour Ain, dan lain-lain. Salah satu lagi
produk kecantikan tempatan yang bakal bersaing dalam pasaran tempatan iaitu produk Maria
Kaira yang akan dikeluarkan oleh MK SkinCare & Beauty. Bahan yang digunakan dalam
pengeluaran produk Maria Kaira ini belum pernah digunakan dalam produk tempatan di Malaysia.
Produk ini mampu bersaing dengan produk tempatan yang sedia ada kerana penggunaan bahan
yang unik dan jarang digunakan iaitu Peptide. Peptide ini adalah sejenis asid amino yang
membentuk protein dalam kulit. Peptide merupakan kolagen aktif yang membentuk 75% daripada
kulit dengan menjadikan kulit kuat, berisi dan licin. Produk yang dihasilkan ini amat sesuai dengan
semua jenis kulit di seluruh Asia serta direka khas untuk usia remaja dan pekerja yang sentiasa
berada dibawah cahaya UV. Oleh itu, produk ini telah dibuktikan secara klinikal dapat memberi
perubahan positif yang ketara tanpa kesan sampingan.

3
OBJEKTIF

 Menjadi sebuah perniagaan bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam
perniagaan yang sangat mencabar.
 Dapat menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
 Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
 Membawa anjakan paradigma kepada usahawan-usahawan bumiputra.
 Menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan Maria Kaira ke arah yang lebih berjaya
dan dinamik.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Maria Kaira Skincare

No. Pendaftaran Perniagaan :T230593

Alamat Pejabat Urusan :No. 17, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor,
Malaysia. (Lampiran 1)

Alamat Kilang :No 8, Kompleks Kilang SME Bank Shah Alam, Jalan Saujana Indah 9, Taman
Perindustrian Saujana Indah TTDI, 40000 Shah Alam, Selangor. (Lampiran 2)

Nombor Telefon :03-55244961

Alamat E-mel :MKSkinCareBeauty@gmail.com

Alamat Laman Web :http://www.M.K.SkinCare. Beauty.com/MariaKaira

Bentuk Perniagaan :Industri Kecantikan

Bentuk Pemilikan Perniagaan :Milikan Tunggal

Kegiatan Utama & Sampingan :Produk Penjagaan Kulit Dan Kosmetik

Tarikh Pendaftaran :10 April 2014 Modal Permulaan :RM300,000 (Sumber pembiayaan daripada
pemilik perniagaan RM100,000 dan pinjaman dari Bank Maybank RM200,000).

Nama Bank :Maybank Cawangan Aeon Shah Alam (1, Jalan Akuatik 13/64, Persiaran Akuatik,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia)

Jenis Akaun :Akaun Semasa

Nombor Akaun :0440 5672 9652

4
Keluasan Perniagaan :3500 kaki persegi - Pejabat Urusan

8550 kaki persegi – Kilang SME

Logo Perniagaan :

Bentuk hati melambangkan kecintaan terhadap kecantikan. Warna merah jambu cerah
dan merah jambu pekat melambangkan kecantikan itu tidak mengira usia.

Slogan : “Beauty Lies Within” bermaksud kecantikan bukan terletak pada penampilan fizikal ,
tetapi kecantikan semula jadi.

LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Penuh :Nurasyikin binti Maddu

Nombor Kad Pengenalan : 961119016054

Tarikh Lahir : 19 November 1990

Umur : 27 Tahun

Jantina : Perempuan

Status Perkahwinan : Berkahwin

Alamat Tetap : No. 6 Jalan Kristal 7/67A Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor.

Nombor Telefon : 018-3111931

Latar Belakang Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik

Pengalaman Bekerja :

(i) Kerani di D’Herbs Healthy Sdn.Bhd ( Jln Equine 10C, Taman Equine, 43300 Seri
Kembangan, Selangor). (2 Tahun)
(ii) Pembantu Pegawai Pemasaran Produk Kecantikan di Vida Beauty (3 Tahun)

5
Kemahiran :

 Memiliki kemahiran IT dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan
Korea.
 Pandai beri perkhidmatan make-up kepada pelanggan yang memerlukan

Kursus yang Diceburi :

(i) Kursus Pembuatan Produk Kosmetik pada 2 Febuari 2016


(ii) Latihan dan Kem Usahawan Muda pada 2016
(iii) Kursus Usahawan Berjaya pada 2015
(iv) Kursus Bina Jenama Dan Perniagaan Kosmetik anjuran SriSari Herbs pada 2015.

LATAR BELAKANG PROJEK

Jenis perniagaan yang diceburi ialah industri kecantikan dan penjagaan muka. Jenis
perniagaan ini berkembang pesat serta mendapat sambutan yang tinggi di peringkat
antarabangsa dan Malaysia. Produk Maria Kaira yang dihasilkan oleh perniagaan ini adalah
berasaskan bahan semula jadi iaitu Peptide. Antara produk Maria Kaira yang dihasilkan ialah
Intensive Peptide 2in1 Solution, Intensive Purifying Form-Cleanser, Intensive Peptide Firming
Cream, Wrinkle Care Peptide Essence, Anti-Aging Peptide Skin Filter.

Perniagaan industri kecantikan ini diceburi kerana produk ini sangat unik dan dijangka
dapat memenuhi permintaan pelanggan dan kehendak pasaran. Penghasilan produk yang
berkualiti ini bakal mendapat sambutan yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia dan di
peringkat antarabangsa. Perniagaan MK SkinCare & Beauty ini amat mementingkan kualiti dan
harganya berpatutan.

Dengan kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang ini, ianya telah mendorong
pemilik untuk membuka perniagaan dalam bidang ini dan mengembangkan minatnya dalam
industri ini. Antara kemahiran yang dimiliki ialah dapat mengenalpasti kebaikan dan keburukan
produk kosmetik, mempunyai kemahiran mendandan pelanggan seperti perkhidmatan solekan
dan tatarias “make- up” untuk mendapatkan wang poket semasa belajar di Universiti.

Bahkan, produk Maria Kaira yang dihasilkan oleh MK SkinCare & Beauty mempunyai
kelebihan atau keunikan yang tersendiri dan menggunakan bahan yang terbaik dan jarang
digunakan dalam penghasilan produk kecantikan. Bahan yang digunakan berasaskan semula
jadi seperti Peptide. Peptide ialah sejenis asid amino yang membentuk protein dalam kulit. Ianya
merupakan hasil penyelidikan dari para penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Profesor

6
Madya Dr. Sharifah Sakinah Syed Akbar bersama-sama rakan penyelidiknya dari Korea iaitu Cik
Lee Jia Min yang juga merupakan pakar perunding kecantikan yang dilantik oleh pemilik
perniagaan.

Hasil dari kajian yang telah dijalankan peptide merupakan kolagen aktif yang membentuk
75% daripada kulit dengan menjadikan kulit Nampak muda, berisi dan licin. Apabila kolagen kulit
muka mula rosak akibat dari faktor usia dan faktor persekitaran seperti sinaran UV dan stres ianya
akan membentuk kedutan. Oleh itu, apabila produk Maria Kaira ini disapukan pada kulit, isyarat
akan dihantar kepada kolagen untuk menggalakkan pembentukan kolagen yang baru dan
menghasilkan kulit muka menjadi lebih muda dan lembut.

Malah, bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk Maria Kaira ini menggunakan
bahan yang terbaik dalam pembuatan kosmetik dan penjagaan kulit wajah. Penggunaan bahan
yang terbaik dapat meningkatkan kualiti sesuatu produk. Oleh itu, perniagaan MK SkinCare &
Beauty akan sentiasa memastikan bahan yang digunakan adalah yang terbaik serta sesuai
digunakan dalam pelbagai jenis kulit wajah.

Perniagaan ini bakal menjadi pelopor utama produk kecantikan yang berasaskan Peptide
di negara Malaysia hasil kajian anak tempatan Malaysia dengan menggunakan teknologi dari
negara Korea Selatan.

Bagi memasarkan produk yang dikeluarkan oleh perniagaan MK SkinCare & Beauty, MK
SkinCare & Beauty telah menyenaraikan beberapa kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai
sebahagian daripada pelanggan produk yang dikeluarkan oleh MK SkinCare & Beauty.

Antaranya ialah kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta, penduduk-
penduduk yang bermastautin di sekitar Shah Alam dan semua golongan lelaki dan wanita
Selangor dan ke seluruh Malaysia.

Saiz Pasaran di Shah Alam ini dianggarkan sekitar 646 890 orang termasuk penduduk
dari kawasan berdekatan yang kerap mengunjungi Seksyen 7, Shah Alam. Dijangkakan jumlah
penduduk di kawasan ini akan terus meningkat serta akan meningkatkan pertumbuhan pasaran
produk Maria Kaira. Perniagaan MK SkinCare & Beauty dibuka di kawasan Seksyen 7 ini kerana
kawasan ini mempunyai lokasi yang strategik yang dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Tambahan pula, produk yang dihasilkan oleh perniagaan ini amat menepati kehendak
pelanggan yang gemar membeli barangan kosmetik dan kecantikan. Hal ini adalah kerana
pelanggan mahukan produk kecantikan yang berkualiti. Semua produk ini adalah berkualiti di

7
mana bahan-bahan yang dipilih merupakan bahan yang terbaik digunakan dalam pembuatan
produk kosmetik serta telah menjalani ujian klinikal.

Perniagaan MK SkinCare & Beauty ini mempunyai beberapa kekuatan yang boleh
meningkatkan jualan produk Maria Kaira ini. Antara kekuatan perniagaan MK SkinCare & Beauty
ini ialah penggunanaan bahan asas produk Maria Kaira yang berkualiti dan selamat digunakan
serta mendapat kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangasaan (BPFK) Kementerian
Kesihatan dibawah kategori kosmetik serta mendapat pengiktirafan daripada GMP iaitu ‘Good
Manufacturing Practice’ kerana proses pengeluaran produk Maria Kaira ini telah mematuhi
piawaian kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan produk yang dihasilkan selamat dari bahan-
bahan terlarang.

Dalam menghasilkan produk Maria Kaira, Pemilik MK SkinCare & Beauty telah membuat
kontrak perjanjian bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membeli beberapa buah
mesin yang berteknologi tinggi dari negara Korea Selatan. Memandang mesin tersebut bernilai
jutaan ringgit, kerjasama ini memberi kelebihan kepada pemilik untuk mendapatkan geran
pembelian mesin tersebut dari pihak kerajaan di bawah skim Usahawan Bioteknologi. Pembelian
mesin yang berteknologi tinggi dapat menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti tinggi dan
setanding produk terkenal di seluruh negara serta dijamin selamat apabila diguna pakai oleh
pelanggan.

Selaras dengan itu, produk Maria Kaira ini juga telah menjalani beberapa ujian makmal
(klinikal) oleh pakar-pakar dalam industri kecantikan. Hal ini memberi lebih jaminan keselamatan
produk yang dihasilkan. Namun, dalam memasarkan produk Maria Kaira ini, terdapat pelbagai
pesaing yang wujud dalam industri yang sama. Oleh itu, perniagaan MK SkinCare & Beauty telah
merancang beberapa strategi pemasaran bagi menangani pesaing-pesaing yang ada.

Antara strategi pemasaran yang telah dirancang ialah strategi promosi. Strategi promosi
yang dilakukan oleh MK SkinCare & Beauty bagi menjual dan memperkenalkan produknya ialah
memberikan khidmat yang lebih cekap, pantas dan tepat, mengedarkan pamplet dan broser
kepada pelanggan dan mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Selain itu,
strategi pemasaran yang dilakukan oleh MK SkinCare & Beauty ialah strategi lokasi. Lokasinya
yang terletak kawasan yang merupakan tumpuan penduduk Shah Alam untuk mengunjung bagi
membeli pakaian berjenama seperti butik terkenal, restoran-restoran, dan kawasan perlancongan
(Laman Seni).

8
Seterusnya, strategi harga juga merupakan salah satu strategi pemasaran perniagaan ini.
Harga yang diletakkan oleh perniagaan ini bagi produk Maria Kaira ialah berpatutan seiring
dengan bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk berkualiti.

Walaupun, perniagaan ini baru di mata tempatan, pemilik perniagaan MK SkinCare &
Beauty yakin dengan kemampuan perniagaan untuk berkembangan dengan lebih luas seperti
perniagaan kosmetik tempatan yang lain. Perniagaan MK SkinCare & Beauty berpotensi
memperkenalkan produknya ke pasaran antarabangsa dengan penghasilan produknya yang
berkualiti tinggi, halal digunakan bagi pelanggan muslim serta selamat digunakan tanpa sebarang
kesan sampingan.

RANCANGAN ORGANISASI

Carta Organisasi

PENGURUS PERNIAGAAN
Nuasyikin binti Maddu

PENGURUS OPERASI PENGURUS


PENGURUS
OUTLET DAN PENTADBIRAN DAN
PENGELUARAN
PEMASARAN KEWANGAN

R&D DAN PAKAR


PEKERJA BAHAGIAN PEGAWAI
PENJAGAAN KERANI AM/STOK
PEMPROSESAN PEMASARAN
KECANTIKAN KULIT

PEKERJA BAHAGIAN
PEMBANTU JUALAN JURUWANG
PEMBUNGKUSAN

PEMBANTU JUALAN

9
PENJAWATAN DAN TUGAS

Jadual 1 Penjawatan dan Tugas Organisasi Perniagaan

PENJAWATAN TUGAS
PENGURUS  Bertanggungjawab membuat pesanan produk Maria Kaira pada
PENGELUARAN kuantiti yang tepat.
 Memastikan kualiti produk Maria Kaira pada tahap yang optimum.
 Memastikan kerani stok mencatat segala pengeluaran produk
berada dalam keadaan baik.
 Memastikan pengeluaran produk mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan supaya halal dapat dilaksanakan.
 Menggubal dasar, peraturan dan Prosedur Operasi Standard
(SOP) bagi seluruh operasi kilang untuk meningkatkan proses
kerja dan memastikan pematuhan piawaian.
PENGURUS  Bertanggungjawab terhadap kewangan perniagaan.
PENTADBIRAN  Merekodkan semua transaksi kewangan dengan cara yang betul.
KEWANGAN  Membuat pembayaran gaji dan perbelanjaan lain.
 Menyediakan akaun setiap tahun kewangan berakhir.
 Memastikan juruwang melaksanaakan kerja dengan betul.
PENGURUS  Mengurus operasi outlet utama yang terletak di Ibu Pejabat
OPERASI Seksyen 7, Shah Alam.
OUTLET &  Mengurus urusan pelan dan strategi pemasaran rangkaian
PEMASARAN produk Maria Kaira.
 Memastikan operasi outlet utama berjalan lancar.
 Memastikan pelanggan mendapat layanan yang baik dan
istimewa.
 Menjaga hak keistimewan dan kebajikan pelanggan yang menjadi
ahli pengguna produk Maria Kaira.
 Mengurus program penyelidikan pasaran dan analisis segmen
pasaran, corak pembelian dan analisis pesaing.
 Memastikan Outlet utama mendapat pulangan jualan serta
menjalankan promosi jualan.

10
PAKAR  Mengkaji dan membangunkan formulasi bahan- bahan dan isi
PENGJAGAAN kandungan rangkaian produk kecantikan Maria Kaira.
KULIT / (R&D)  Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan tentang cara
penjagaan kulit.
 Memberikan layanan yang baik kepada pelanggan dengan
mengutamakan prinsip “customer is our priority” iaitu pelanggan
adalah keutamaan kami.
 Memastikan pelanggan memahami cara penggunaan produk
Maria Kaira dengan betul.
PEGAWAI  Melaksanakan pelan strategi jualan keseluruhan bagi produk
PEMASARAN syarikat, termasuk harga, dasar pengedar dan program
pengiklanan.
 Membangunkan pelan tindakan jualan yang efektif dengan
menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk
melaksanakan dan mencapai peluang yang disasarkan.
 Mendapatkan pengedar dan stokis baru untuk perniagaan.
 Mengekalkan hubungan dengan agensi-agensi pengiklanan,
syarikat media dan pengedar.
KERANI AM /  Membantu kerja pentadbiran, kebajikan pekerja dan merekodkan
STOK aliran jualan, stok dan pembelian.
 Menyediakan rekod transaksi kewangan perniagaan dan transaksi
pembelian.
 Menyelenggara rekod stok, mengesahkan pengeluaran barangan,
menganggarkan keperluan, dan membuat permintaan stok baru.
JURUWANG /  Memastikan transaksi dilakukan dengan tepat dan benar.
CASHIER  Memastikan kesediaan dana untuk kaunter yang mencukupi.
 Memeriksa persetujuan bayar (kad kredit/debit).
 Memberikan layanan yang baik ketika berhadapan dengan
pelanggan.
 Memeriksa dengan teliti wang yang diterima agar terhindar dari
wang palsu.

11
 Memberikan bukti pencetakkan penerimaan wang kepada
pelanggan, meminta pelanggan menandatanganinya jika
melibatkan kad kredit.
 Memastikan pelanggan menerima resit sebagai bukti pembayaran
sesuatu produk.
PEMBANTU  Membantu pelanggan dalam mencari produk yang dikehendaki.
JUALAN
 Memberikan layanan yang baik kepada pelanggan dengan
mengutamakan prinsip “customer is our priority” iaitu pelanggan
adalah keutamaan kami.
 Membantu mempromosikan serta menarik pelanggan untuk
membeli produk Maria Kaira,
PEKERJA  Memproses bahan-bahan mentah untuk dijadikan produk separa
BAHAGIAN
siap.
PEMPROSESAN
 Memastikan bahan-bahan diisi dalam jumlah kuantiti yang betul.
 Memastikan produk siap untuk dilabel dan dibungkus.
PEKERJA  Memastikan setiap produk yang dihasilkan dibungkus dengan baik
BAHAGIAN
supaya kualiti produk dapat dijaga.
PEMBUNGKUSAN
 Pastikan bungkusan yang dibuat boleh memudahkan kerja
penghantaraan, penyimpanan dan pameran produk.
 Memeriksa setiap produk yang dibungkuskan mempunyai
pelabelan yang betul.

12
IMBUHAN DAN INSENTIF

Pampasan/ Ganjaran

JAWATAN GAJI (RM) ELAUN PERUBATAN KOMISEN


(RM) (RM per mingguan)
Pengurus Besar 2000.00 50.00 -
Pengurus Pengeluaran 1800.00 50.00 -
Pengurus Kewangan 1800.00 50.00 -
Pengurus Operasi Outlet & 1800.00 50.00 -
Pemasaran
Pakar Penjagaan Kulit Muka 1800.00 50.00 -
Pegawai Pemasaran 1500.00 50.00 -
Kerani Am/Stok 1200.00 50.00 -
Juruwang/Cashier 1000.00 50.00 -
Pembantu Jualan 1000.00 50.00 10.00
Pembantu Jualan 1000.00 50.00 10.00
Pekerja Bahagian 1000.00 50.00 -
Pemprosesan
Pekerja Bahagian 1000.00 50.00 -
Pembungkusan
JUMLAH (RM) 15900.00 550.00 20.00

13
RANCANGAN PEMASARAN

ANALISIS PASARAN

Produk

Campuran
Pengedaran Promosi
Pasaran

Harga

Berdasarkan kepada 4P tersebut, analisis pasaran akan dilaksanakan mengikut 4P bagi


memastikan pengenalpastian kaedah pemasaran perniagaan MK SkinCare & Beauty akan lebih
teratur dan juga membolehkan pencirian 4P dapat diperjelaskan secara sistematik.

(1) Produk :

(a) Klafisikasi Produk

Secara umumnya, terdapat dua jenis produk yang dijual dalam pasaran, iaitu produk
pengguna dan produk industri. Produk yang telah dikeluarkan oleh LC SkinCare & Beauty
merupakan produk pengguna. Produk pengguna boleh diklasifisikan sebagai barangan mudah
beli, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari. Campuran Pasaran
Produk Promosi Harga Pengedaran.

Perniagaan MK SkinCare & beauty mengeluarkan produk pengguna mudah beli.


Barangan mudah beli ialah produk yang dibeli dalam sesuatu masa yang pendek dan sering kali
menjadi perhatian dan kehendak pengguna. Harga produk mudah beli ini selalunya berpatutan.
Pengguna boleh memperolehnya dalam jangka masa pendek. Apa yang dapat disimpulkan

14
melalui klasifikasi produk ialah produk yang dikeluarkan oleh MK SkinCare & Beauty merupakan
produk pengguna.

Produk Maria Kaira yang dihasilkan oleh MK SkinCare & Beauty tergolong dalam produk
gerak hati. Produk gerak hati didefinisikan sebagai produk yang dibeli tanpa memerlukan
perancangan. Pelanggan membeli produk Maria Kaira berdasarkan promosi yang ditawarkan,
harga, standard produk dan juga citarasa mereka terhadap produk Maria Kaira.

(b) Atribut Produk

Atribut produk merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan
produk individu. Atribut produk boleh dilihat dari segi kualiti produk, ciri produk dan reka bentuk
produk. Kualiti produk ialah keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan fungsinya dan
berdaya saing dalam pasaran sasaran. Perniagaan MK SkinCare & Beauty sangat mementingkan
kualiti produk bagi menjaga imej perniagaan ini. Hal ini kerana terdapat banyak perniagaan yang
mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang menjadi persaingan perniagaan MK
SkinCare & Beauty di pasaran dunia atau tempatan. Oleh itu, setiap produk MK SkinCare &
Beauty mempunyai kualiti tersendiri yang berbeza dengan produk-produk lain. MK SkinCare &
Beauty juga akan memastikan produknya selamat digunakan oleh pengguna.

(c) Penjenamaan

Jenama merupakan nama, istilah, symbol, tanda atau reka bentuk yang membentuk
identiti sesebuah perniagaan dan produk keluaran mereka. Jenama menggambarkan kualiti
sesuatu produk dan boleh menambahkan nilai kepada produk tersebut.

Perniagaan MK SkinCare & Beauty sangat dikenali ramai dengan simbolnya yang
berbentuk rama-rama. Perniagaan MK SkinCare & Beauty telah menggunakan bentuk rama-
rama sebagai lambang lambang kebebasan, keindahan dan keharmonian.

Selain simbol, perniagaan MK SkinCare & Beauty juga mempunyai cogan kata tersendiri
iaitu “Beauty Lies Within”. Cogan kata ini mempunyai maksudnya tersendiri iaitu kecantikan
bukan terletak pada penampilan fizikal, tetapi kecantikan semula jadi. Perniagaan MK SkinCare
& Beauty berazam menjadi sebuah perniagaan penjagaan kulit dan kosmetik yang terulung serta
menjadi rujukan untuk prestasi kewangan. Perniagaan MK SkinCare & Beauty juga ingin
memastikan bahawa perniagaan ini dipercayai oleh semua pemegang berkepentingan.

15
(d) Pembungkusan

Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau


bungkusan untuk produk. Pada umumnya, pembungkusan berfungsi untuk menyimpan produk
dan melindungi produk daripada kerosakan sebelum diedarkan kepada pengguna.
Pembungkusan yang mempunyai reka bentuk yang menarik boleh menarik perhatian pengguna
terhadap produk, menghuraikan produk kepda pengguna, mempromosikan produk pengeluar
dan meningkatkan daya saing serta hasil jualan pengeluar.

Perniagaan MK SkinCare & Beauty mempunyai cara pembungkusan yang berlainan bagi
setiap produk Maria Kaira. Sebagai contoh bagi produk Intensive Purifying Form-Cleanser. Jenis
pembungkusan bagi produk ini ialah dengan menggunakan sistem dispenser yang tidak berangin
dengan botol plastic polypropylene (PP). Botol plastik PP ini dibuat dengan bahan mesra alam
dan bebas bahan kimia. Pembungkusan jenis ini amat sesuai untuk produk penjagaan kulit
seperti pencuci, serum, losyen dan lain-lain. Pembungkusan ini bersaiz 100ml dan 30ml.

(e) Perlabelan

Label merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah yang
dilekatkan pada bungkusan produk. Label membekalkan maklumat penting tentang sesuatu
produk seperti jenama produk, nama, dan alamat pengeluar atau pengimport, tarikh pengeluaran,
tarikh luput, kandungan produk, tanda halal serta cara penggunaan produk.

Bagi produk Maira Kaira terdapat pelbagai label yang telah disediakan. Antaranya ialah
kebaikan produk Maira Kaira. Label ini memberi maklumat tentang bagaimana para pengguna
boleh menggunakan produk tersebut dengan lebih selamat dan yakin. Selain itu, terdapat juga
maklumat bahan yang terkandung dalam produk. Label ini memberi maklumat tentang jumlah
bahan yang terkandung dalam produk- produk Maira Kaira. MK SkinCare & Beauty juga
melabelkan tarikh pengeluaran untuk semua produk Maira Kaira supaya para pengguna tidak
membeli produk yang telah lama dikeluarkan.

16
(2) Pengagihan

SALURAN SATU SALURAN DUA SALURAN TIGA SALURAN EMPAT

(PENGELUAR) (PENGELUAR) (PENGELUAR) (PENGELUAR)

PEMBORONG PEMBORONG

EJEN

PERUNCIT PERUNCIT PERUNCIT

PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA

(3) Promosi.

Promosi melalui pengiklanan

Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi secara tidak langsung untuk


mempromosikan produk kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar, majalah,
radio, televisyen dan internet. Perniagaan MK SkinCare & Beauty telah menggunakan kaedah ini
untuk mempromosikan produk Maria Kaira. Sebagai contoh, LC SkinCare & Beauty
menggunakan bunting, risalah dan surat khabar bagi mempromosikan produknya kepada
pengguna. Pengguna sering membeli surat khabar dan cara ini dapat mempromosikan produk
Maria Kaira dengan lebih cepat.

17
PENETAPAN HARGA

Kaedah Penentuan Harga

i) Penentuan harga berasaskan pembeli

Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran, bukan kos
penjual. Maka, perniagaan MK SkinCare & Beauty menggunakan elemen bukan harga untuk
membina tanggapan dalam fikiran pelanggan.

ii) Penentuan harga berdasarkan persaingan Perniagaan

MK SkinCare & Beauty menetapkan harga berdasarkan harga pesaing yang ditawarkan dan
kurang tertumpu kepada kos atau permintaan perniagaan itu sendiri. Perniagaan MK
SkinCare & Beauty meletakkan harga yang lebih tinggi, rendah atau harga yang sama dengan
perniagaan pesaing-pesaingnya. Hal ini sedemikian kerana, pelanggan biasanya membuat
penilaian produk berasasakan harga yang pesaing kenakan untuk produk yang serupa.

Kaedah Penentuan Harga Produk Baru

Terdapat beberapa kaedah di dalam penentuan harga. Penentuan harga bagi produk baru
merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga permulaan ini mudah berubah-
ubah dan penetapannya merupakan keputusan yang paling asas dalam campuran
pemasaran. Harga permulaan boleh ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos
pembangunan secepat mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya
mendapat bahagian pasaran yang besar.

Perniagaan MK SkinCare & Beauty juga menimbangkan sama ada produk tersebut
merupakan produk baru yang berinovasi atau produk imitasi. Perniagaan MK SkinCare &
Beauty sentiasa mengambil kira harga bahan/ramuan yang digunakan untuk menghasilkan
produk Maria Kaira bagi menetapkan harga yang berpatutan dan tidak merugikan operasi
perniagaan ini. Dengan berbuat sedemikian, MK SkinCare & Beauty dapat menstabilkan
keuntungan perniagaan dan kemajuan perniagaan di negara ini.

18
Bil. PRODUK HARGA SEUNIT (RM)
1 Intensive Peptide Firming Cream 30ml 30.00
2 Intensive Purifying Form-Cleanser 100ml 29.95
3 Intensive Peptide 2in1 Solution 100ml 45.00
4 Anti-Aging Peptide Skin Filter 30ml 32.00
5 Wrinkle Care Peptide Essence 30ml 32.00
6 SET Produk Maria Kaira 168.95

Sumber modal pembiayaan

SUMBER JUMLAH (RM)


Modal sendiri (Tunai) 100,000.00
Pinjaman Bank (10 Tahun) 200,000.00
JUMLAH (RM) 300,000.00

Kos perlaksanaan projek

PERKARA NILAI JUMLAH


Keperluan asset bukan semasa
Mesin dan peralatan 32,219.00
Ubahsuai kilang 8,000.00
Peralatan pejabat 19,300.00
Ubahsuai pejabat urusan 12,400.00
Perabot pejabat urusan 47,338.00
Van penghantaran 45,000.00 164,257.00
Keperluan modal kerja (1 bulan)
Belanja pemasaran 3,200.00
Belanja operasi 36,591.15
Belanja pentadbiran 27,816.00 67,607.2
Keperluan lain
Deposit 10,000.00
Pendaftaran dan lesen 4,000.00
Insurans dan cukai jalan 2,500.00

19
Pelbagai belanja 2,000.00 18,500.00
Belanja luar jangka (10%) 21,870.00
JUMLAH (RM) 272,234.15

ANALISIS SWOT

Berdasarkan perniagaan yang hendak dijalankan, pemilik perniagaan telah berbincang


untuk membuat analisis seiap kekuatan, kelemahan, ppeluang dan cabaran yang apat dierolehi
ketika menjalankan perniagaan ini.

KEKUATAN

Dapat mencapai visi perniagaan untuk memaksimumkan keuntunga dan meminimumkan


kos. Hal ii demikian kerana perniagaa imi mampu berkembang kerana kurangnya persaingan.
Produk Maira Kaira juga dilihat kuat adalah kerana bahan yang kami gunakan di dalm produk
adalah sangat berkualiti. Ini juga merupakan trend pasaran terkini di mana para pelanggan lebih
gemar kepada produk yang berkualiti dibandingkan dengan produk tempatan di pasaran pada
masa ini yang tidak terjamin kualitinya. Oleh itu, ini yang menjadikan produk Maira Kaira kelihatan
mampu brdaya saing engan perniagaan lain di luar sana.

KELEMAHAN

Dari segi kelemahan pula, perniagaan ini merupakan sebuah perniagaan yang masih baru
dan kurang mendapat perhatian ramai. Oleh itu, rentak perniagaan menjadi perlahan. Kurangnya
testimoni daripada pelangan juga menyebabkan orang ramai kurang yakin dengan produk ini.
Seterusnya perkara ini pasti akan menyebabkan hasil jualan menurun.

PELUANG

Perniagaan dilihat mempunyai peluang yang cukup cerah memandangkan semua


generasi amat menyukai prodiuk kecantikan. Tidak mengira warna, kulit dan juga bangsa
mengatakan bahawa majoriti masyarakat di dunia sememangnya menggemari produk
kecantikan.

20
CABARAN (THREAT)

Cabaran yang mungkin berlaku dalam perniagaan produk Maira Kaira ini adalah dari segi
persaingan. Hal ini kerana terdapat produk yang serupa dengan produk ini. Dan seterusnya
produk tersebut juga telah mendapat perhatian dan telah mengambil tempat di hati para
pelanggan kerana produk tersebut telah lama diasaskan. Perniagaan Maira Kaira suah pastinya
sukar untuk mendapat hati di pelanggan yang baru.

KESIMPULAN

CADANGAN

Berdasarkan perancangan perniagaan yang dilakukan, pengusaha mendapati bahawa


perniagaan MK SkinCare & Beauty berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju lagi kerana
ianya mendapat permintaan yang banyak dalam masyarakat tidak kira bangsa, umur dan jantina.
Pengusaha juga akan menambahbaik produk Maria Kaira dari semasa ke semasa. Hal ini
bertujuan demi menitikberatkan kepuasan dan permintaan daripada pelanggan kerana
pelanggan merupakan keutamaan dalam perniagaan ini. Malah, pengusaha akan mementingkan
kebajikan dan produktiviti pekerja bagi memastikan perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
Pengusaha berharap agar perniagaan MK SkinCare & Beauty akan terus kekal di dalam pasaran
dan terus dapat memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan. MK SkinCare & Beauty juga
akan sentiasa peka terhadap persekitaran seperti perubahan teknologi, cita rasa dan sebagainya
agar dapat melakukan pembaharuan dari masa ke semasa dan tidak ketinggalan dalam bidang
yang diceburi serta terus bersaing secara sihat dengan pesaing yang ada. Akhir sekali,
pengusaha berharap agar MK SkinCare & Beauty dapat berkembang dengan membuka
cawangan baru di setiap negeri serta membuka cawangan di peringkat antarabangsa pada masa
akan datang.

RUMUSAN

Perniagaan MK SkinCare & Beauty mempunyai potensi yang besar untuk bersaing dan
berdaya maju yang disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah permis perniagaan MK
SkinCare & Beauty terletak di kawasan yang menjadi tumpuan di sekitar Shah Alam dan seluruh
Malaysia. Pengusaha perniagaan ini telah membuat survey selama 3 bulan di sekitar Shah Alam
dan seluruh Malaysia dan mendapati produk yang ditawarkan oleh perniagaan ini belum ada

21
seumpamanya di Malaysia dan menepati cita rasa pelanggan. Maklum balas yang diterima
daripada pelanggan adalah sangat positif. Perniagaan MK SkinCare & Beauty ini telah
menjalankan pelbagai aktiviti promosi bagi mempromosikan produk Maria Kaira kepada pasaran
tempatan. Walaupun, perniagaan ini berdepan dengan pesaing-pesaing yang ada, namun
pengusaha perniagaan ini yakin bahawa perniagaan ini berpotensi untuk mengembangkan
perniagaan serta dapat bersaing di pasaran yang sedia ada.

PENUTUP

Berdasarkan perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan


amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang
menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat
pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat
awal. Pemilik telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancer. Oleh itu, perniagaan MK SkinCare & Beauty amat optimis,
yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan. Diharap
permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana
melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. Perniagaan MK SkinCare & Beauty
amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.

22
LAMPIRAN

Peta lokasi Pejabat Urusan Perniagaan MK SkinCare & Beauty

MK Skincare &
Beauty

23

You might also like