Soalan PM Wang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jazlie ingin membeli sebuah kereta yang berharga

RM95 200. Dia telah membuat pinjaman daripada


sebuah bank dan perlu membayar sebanyak RM800
sebulan kepada bank tersebut. Berapa bulan yang
diperlukan oleh Jazlie untuk menghabiskan bayaran
keretanya?
Sebuah kedai perabot telah membuat promosi
sempena Hari Raya Aidilfitri. Harga asal sebuah set
bilik tidur ialah RM12 670, manakala harga
promosinya ialah RM7 900. Berapakah potongan
harga yang diberikan oleh kedai tersebut?
Hanny mempunyai wang simpanan sebanyak RM12
500. Mimisya pula mempunyai wang simpanan
sebanyak dua kali ganda wang simpanan Hanny.
Manakala Amirul mempunyai kurang RM6 780
daripada wang simpanan Mimisya. Hitungkan wang
simpanan Amirul.
Harga satu tiket pergi ke Beijing ialah RM1 299
untuk dewasa dan RM699 untuk kanak-kanak
seorang. Jika Saiful ingin membawa ahli
keluarganya yang terdiri daripada isteri dan tiga
orang anaknya ke Beijing, berapakah jumlah harga
tiket yang perlu dibayar oleh Saiful?
Harga untuk sebuah komputer ialah RM4 200
manakala harga untuk sebuah mesin cetak ialah
RM1 299. Jika 4 unit komputer dan 8 unit mesin
cetak telah dijual, berapakah jumlah harga bagi
barangan yang telah terjual itu?

You might also like