Professional Documents
Culture Documents
Hubunganpenggunaanabmdgnminatpljrmate 120530114336 Phpapp01 PDF
Hubunganpenggunaanabmdgnminatpljrmate 120530114336 Phpapp01 PDF
2004
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
05.01.2004 ………………………………….
(NORMA BINTI HAJI HASSAN)
2001108735
iii
PENGESAHAN
Kajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Darul Ridzuan.
……………………………
………………………….
(Dr. Marzita Puteh)
Ketua Jabatan Matematik
Univertiti Pendidikan Sultan Idris
iv
PENGHARGAAN
Tidak dilupakan, ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar, guru-
guru, dan pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu
kajian ini dijalankan.
Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orang
perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat
Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan
akhirat. Sekian,terima kasih.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping
itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu
Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini telah dilaksanakan di
Sek.Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada
36 orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengukur
minat pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif,
di mana ujian statistik telah diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai.
Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar
merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik.
Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu
diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research done is to study the connection between the usage of
teaching instrument and the interest of the students towards mathematic subject. At
the same time is to make sure the right criterice and type of of teaching instrument
that will attract the interest of the students. This research has been done at Sek. Keb.
Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu , Kelantan. The sample of this research included 36 of
Year 5 students. The instrument of this research that was used in the form
questionaire. Descriptive method was used to get min, standard deviation, and
percentage. The result of the research shows that positive relationship exists between
the using of teaching instrument and the interest of the student. Therefore teaching
instrument is one of the way to motivate and will interest the student towards
mathematic. The right teaching instrument must take into consideration by the
concerned teaching.
vii
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
BAB 3 METODOLOGI
5.1 Perbincangan 31
5.2 Kesimpulan 35
ix
RUJUKAN 38
LAMPIRAN A 41
LAMPIRAN B 44
LAMPIRAN C 49
x
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
PENDAHULUAN
Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di
Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya
dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab
ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta
batasannya.
1.1 Pengenalan
Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke
hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan
untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai
bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia
juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan
teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam
mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti
ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.
2
Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting
sekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus
belajar dengan penuh keyakinan.
3
Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya
kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar
ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami
pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting
tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. .
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan
dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik
penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).
Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat
audio video.
2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan
manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.
dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep
atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72).
Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik
tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar
matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran
matematik termasuklah:
a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok
kayu
pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan
sebagainya.
b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang
kertas.
c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
d. Alat permainan dan teka teki matematik.
e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,
tangram, model geometri kayu ataupun plastik.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat
berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan
Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik
penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).
Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri
berikut:
a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan dalam penggunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksible dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.
Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses
pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai
objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai
daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,
sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang
berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,
m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi
dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan
rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika
pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,
m.s. 165).
7
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata
pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam
bidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu
Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,
m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik
adalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu
susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri
untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami.
Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya
menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik
merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi
masalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar
hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik
kurang memuaskan.
Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.
18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari
penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai
dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi
minat dalam sesuatu perkara.
Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina
Yusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti
yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-
aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah
dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang
bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di
dalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan
ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.
Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.
Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan
pelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata
pelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya
menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang
11
mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,
menarik dan menyeronokkan.
Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986,
m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang penting
dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata
pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu
memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya
konsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang
memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini.
Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk
melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau
menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains
lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi
pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang
mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap
matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.
12
Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih
diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji
semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang
diperolehi adalah melalui deria.
Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,
1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menimbulkan kesan positif seperti;
1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media
pengajaran.
2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.
3. Membantu mencapai objektif pengajaran.
4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.
Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil
kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan
semasa menyampaikan pelajaran.
b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.
c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.
d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang
berterusan kepada pelajar.
e. Menjimatkan masa pengajar.
f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,
dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan
Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak
isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.
Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,
m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media
pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan
pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan
haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang
jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan
ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak,
ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh
dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-
guru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.
Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,
dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan
seperti berikut:
1. tepat dengan tajuk
2. tahan lama dan ekonomi
3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar
4. mudah disimpan
5. kepelbagaian penggunaan.
pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,
boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan
mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.
BAB 3
METODOLOGI
Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk
dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar
yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah
Kebangsaan Kem. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample
kajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data.
Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para
penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas
dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa
memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti
responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan
berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang
longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah.
lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian
pelajar bila digunakan.
Jadual 3.1
Skala Pemeringkatan Likert
Jadual 3.2
Analisis skor bagi min.
Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah
positif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan
tersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari
analisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan
untuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik.
Jadual 3.3
Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r)
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini dibentangkan dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dijalankan.
Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisaan
data-data yang telah dipunggut dari jawapan responden. Ianya merupakan keputusan
statistik hasil dari penganalisaan data-data kajian berkenaan.
item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnya
seperti yang ditunjukkan dalam jadual.
Penyelidik telah memilih dua cara bagi menganalisa hubungan minat dengan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Pertamnya melalui Skor min dan sisihan piawai.
Manakala cara ke dua ialah dengan melihat hubungan Korelasi antara kedua
pembolehubah tersebut.
Jadual 4.1
Min hubungan minat pelajar dengan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berdasarkan Jadual 4.1 yang menunjukkan min perkaitan hubungan minat pelajar
dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran
Matemaik. Secara keseluruhannya, didapati skor min yang diperolehi bagi setiap
item di bahagian A adalah tinggi. Dengan merujuk pada Jadual 3.2, skor yang
diperolehi sekitar 3.01 hingga 4.00. Ini bermakna pembolehubah Bahan Bantu
Mengajar dan minat mempunyai hubungan positif. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa pelajar setuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar merupakan satu
cara untuk menarik minat mereka. Kecuali Item 16, skor minnya agak rendah iaitu
2.95 sahaja. Julatnya berada di antara 2.01 hingga 3.00 iaitu hubungan negatif. Ini
bermakna penggunaan Bahan Bantu Mengajar kurang membantu pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik terutama yang bersifat agak kompleks. Namun
begitu pelajar tidak menolak bahawa Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pelajar menyelesaikan
masalah matematik.
25
Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakan
bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka sesuai dengan topik
yang diajarkan. Item kejelasan pula,minnya3.33 menyetujui Bahan Bantu Mengajar
tersebut jelas dan untuk item menarik minat min 3.80, dimana responden mengakui
yang Bahan Bantu Mengajar yang digunakan menarik minat mereka. Manakala bagi
item kekemasan pula min 3.48, menunjukkan responden turut bersetuju Bahan Bantu
Mengajar yang digunakan kemas dari segi binaan dan mudah digunakan.
100
100 95 97,5
90
90
80
70
60
Peratus
50
40
30
20
10
10
5
2,5
0
Kesesuaian Kejelasan Menarik Minat Kekemasan
Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar
Setuju
Tidak Setuju
Rajah 4.1
Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
27
Jadual 4.4
Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar
Berdasarkan jadual 4.4 di muka surat sebelah, didapati responden memilih bahan
video/ TV/ komputer sebagai Bahan Bantu Mengajar yang paling mereka minati itu
min 3.75. Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan kedua responden pula bahan
tayangan min 3.45. Seterusnya bahan bercetak dan bahan bukan bercetak pula min
masing-masing ialah 3.33 dan 3.20. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahan 3
Dimensi dan bahan audio kurang diminati dan min yang ditunjukkan hanya 2.98 dan
2.93 sahaja. Graf 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan peratus yang diperolehi oleh
setiap jenis Bahan Bantu Mengajar tersebut.
17.5
Setuju
Tidak Setuju
82.5
22.5
Setuju
Tidak Setuju
77.5
Setuju
Tidak Setuju
25%
75%
Tidak Setuju
10%
Setuju
90%
30%
Setuju
Tidak Setuju
70%
Tidak Setuju
3%
Setuju
97%
BAB 5
Di dalam bab ini akan dijelaskan tentang aspek perbincangan dan kesimpulan dari
dapatan analisis data. Rumusan dan kesimpulan ini berdasarkan Bab 1, Bab 2, Bab 3
dan Bab 4. Ekoran dari perbincangan dan kesimpulan ini, beberapa cadangan akan
dikemukakan bagi usaha untuk menarik dan meningkatkan minat para pelajar terhadap
mata pelajaran matematik khususnya.
5.1 Perbincangan
Sebagaimana yang telah dijelaskan di awal kajian ini, minat yang mendalam terhadap
subjek matematik akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang
sesuatu yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, pelajar yang meminati
matematik tidak akan menganggap ianya suatu yang susah dan membosankan.
Sebaliknya mereka merasakan bahawa mempelajari matematik merupakan satu
aktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Tetapi fenomena sebaliknya terjadi pada
pelajar yang tidak minat matematik.
Jadi tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan adakah Bahan Bantu
Mengajar merupakan salah satu cara dalam menarik minat pelajar-pelajar ini supaya
meminati atau sekurang-kurangnya wujud kemahuan dalam diri mereka untuk belajar
32
matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey).
Seramai 36 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tahun lima, Sek. Keb. Kem,
Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih untuk diedarkan soal selidik.
Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sharif
Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapati
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan
positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.
Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh
Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar, Ini
seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Dale (1963, m.s 67),
mendapati terdapat tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar.
Salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh
merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu
faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokong
oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak,
1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu
Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi
pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.
Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciri
berkenaan. Ini mungkin disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan
Bahan Bantu Mengajar berkenaan bukanlah terdiri bahan yang benar-benar berkualiti
atau mungkin pelajar yang menggunakan bahan berkenaan kurang teliti semasa
penggunaannya.
pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,
kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-
benar tercapai,tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.
Begitu juga penggunaan video, di mana pita rakaman atau vcd mengenai
pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh
mendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV
Pendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui
ASTRO. Kemudahan ini telah disediakan di sekolah oleh pihak yang berkenaan.
Namun begitu bahan Bahan Bantu Mengajar yang lainnya juga turut menjadi pilihan
pelajar. Berdasarkan Rajah 4.4, 90% pelajar bersetuju dengan penggunaan Bahan
Tayangan. Manakala Jenis Bahan Bantu Mengajar yang kurang mendapat sambutan
dari pelajar ialah Bahan Audio iaitu 70%, sahaja pelajar memilih bahan jenis ini.
Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahu
mengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti
pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikut
iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim,
2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan
media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat
yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliau
mendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkan
keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan
ingin tahu dan imaginasi pelajar.
5.1 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang
melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar
berpendapat Bantu Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik
minat mereka. Dengan kata lain memang wujud hubungan positif di antara
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar
yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam kelas
36
matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif
terhadap matematik.
Jelaslah kepada kita dari kajian ini, jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling
diminati oleh pelajar berbentuk bahan elektronik selaras denagn keperluan masa kini.
Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam
pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang memberangsangkan minat pelajar.
5.3 Cadangan
Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa
cadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran matematik
berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
RUJUKAN
Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)
m.s. 22 – 26.
Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian
Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.
Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men.
Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM
Dale, E. (1969). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart
and Winston.
Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan
Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi
Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.
Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan.
Kertas Kerja dalam seminar Konvokesyen Pendidikan ke 5 di Johor Bahru.
Anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Kerjaya.
Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November,
Kuala Lumpur: Adabi.
Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa
Malaysia. hlm. 23 – 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.
39
Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan
Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada
Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.
Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di
Daerah Kulai, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.
Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994).
Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia. M.s. 22 – 34.
Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh
Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada
Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.
Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka
Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.
Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar
Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (1992). Psikologi, Strategi pengajaran dan Penilaian Matematik,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan
Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran:
Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280.
Mohd. Nashuha Zainudin dan rakan-rakan. (1992). Kemahiran Berfikir dan belajar.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
40
Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri
dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.
Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah
Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran
Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.
Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap
penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis
Sarjana. UTM.
Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian
dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan
sastera. Latihan ilmiah. UM.
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
41
LAMPIRAN A
Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras
Rujukan pernyataan:
Setuju (S) 3
Bahagian A
Bahagian B
Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan oleh guru semasa
mengajar.
23. Bahan 3D 1 2 3 4
*SELAMAT MENJAWAB*
Lampiran B
Frequency Table
A1
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 3 19 47.5 47.5 47.5
4 21 52.5 52.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A2
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 3 14 35.0 35.0 35.0
4 26 65.0 65.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A3
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 2.5 2.5 2.5
3 13 32.5 32.5 35.0
4 26 65.0 65.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A4
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 2 5.0 5.0 5.0
3 16 40.0 40.0 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A5
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 2.5 2.5 2.5
3 17 42.5 42.5 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A6
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 3 18 45.0 45.0 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
45
A7
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 3 19 47.5 47.5 47.5
4 21 52.5 52.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A8
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 3 7.5 7.5 7.5
3 20 50.0 50.0 57.5
4 17 42.5 42.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A9
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 2 5.0 5.0 5.0
3 18 45.0 45.0 50.0
4 20 50.0 50.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A10
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 1 2.5 2.5 2.5
3 17 42.5 42.5 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A11
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 1 2.5 2.5 2.5
3 6 15.0 15.0 17.5
4 33 82.5 82.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A12
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 3 7.5 7.5 7.5
2 3 7.5 7.5 15.0
3 18 45.0 45.0 60.0
4 16 40.0 40.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
46
A13
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 1 2.5 2.5 2.5
3 11 27.5 27.5 30.0
4 28 70.0 70.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A14
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 2 5.0 5.0 5.0
3 16 40.0 40.0 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A15
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 2.5 2.5 2.5
2 2 5.0 5.0 7.5
3 17 42.5 42.5 50.0
4 20 50.0 50.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A16
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 2.5 2.5 2.5
2 12 30.0 30.0 32.5
3 16 40.0 40.0 72.5
4 11 27.5 27.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A17
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 1 2.5 2.5 2.5
2 3 7.5 7.5 10.0
3 17 42.5 42.5 52.5
4 19 47.5 47.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
47
A18
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 2 5.0 5.0 5.0
3 21 52.5 52.5 57.5
4 17 42.5 42.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
A19
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 3 8 20.0 20.0 20.0
4 32 80.0 80.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
A20
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 1 2.5 2.5 2.5
3 19 47.5 47.5 50.0
4 20 50.0 50.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
B21
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 2 5.0 5.0 5.0
2 5 12.5 12.5 17.5
3 11 27.5 27.5 45.0
4 22 55.0 55.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
B22
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 2 5.0 5.0 5.0
2 7 17.5 17.5 22.5
3 12 30.0 30.0 52.5
4 19 47.5 47.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
48
B23
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 4 10.0 10.0 10.0
2 6 15.0 15.0 25.0
3 17 42.5 42.5 67.5
4 13 32.5 32.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
B24
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 4 10.0 10.0 10.0
3 15 37.5 37.5 47.5
4 21 52.5 52.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
B25
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 6 15.0 15.0 15.0
2 6 15.0 15.0 30.0
3 13 32.5 32.5 62.5
4 15 37.5 37.5 100.0
Total 40 100.0 100.0
B26
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 2 1 2.5 2.5 2.5
3 9 22.5 22.5 25.0
4 30 75.0 75.0 100.0
Total 40 100.0 100.0
49
Lampiran C
Correlations
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
BBM 3.50 .38 40
Minat terhadap Matematik 82.3000 14.2976 40
Correlations
BBM Minat terhadap Matematik
BBM Pearson Correlation 1.000 .670
Sig. (2-tailed) . .000
N 40 40
Minat terhadap Pearson Correlation .670 1.000
Matematik
Sig. (2-tailed) .000 .
N 40 40
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).