Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

BAHAGIAN A
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Nik Rashidin bin Nik Hussein merupakan tokoh terkenal dalam bidang seni ukiran
kayu. ___________________ dilahirkan di Kelantan.
A Dia C Engkau
B Beliau D Baginda

2. “ ___________________ tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri, “ kata


Bendahara Aduka kepada Laksamana Izuddin.
A Baginda C Dia
B Tuanku D Hamba

3. Khatijah Awang merupakan penari makyung yang berasal __________________


Kelantan.
A dari C kepada
B pada D daripada

4. Puan Azura menanam rempah-ratus di _________________ halaman rumahnya.


A penjuru C atas
B bawah D tepi

Kanak-kanak yang hilang di hutan sejak enam hari yang lalu itu kelihatan sungguh
5.
____________________ ketika ditemui oleh pasukan penyelamat.
A lemah C lemas
B lelah D lincah

6. Sang Lobak meminta ___________________ Sang Ular untuk menyelamatkan Sang


Labu.
A dibantu C pembantu
B bantuan D membantu

1
7. Pasukan Sukarelawan Malaysia sedang ______________________ bantuan makanan
kepada mangsa gempa bumi itu.
A diagih C pengagihan
B agihkan D mengagihkan

8. Belalang mempunyai sayap dan ________________ yang panjang.


A sesungut C sesiku
B sesentuh D sesendi

9. Pihak polis menemukakan tiga ______________ parang di tempat kejadian itu.


A kotak C bilah
B batang D laras

Perniagaan Encik Junaidi semakin maju. ____________________ beliau memerlukan


10.
seseorang untuk membantunya.
A Namun C Walaupun
B Oleh itu D Di samping itu

11. Ibu Fatimah tidak dapat menyiapkan pakaian yang ditempah oleh pelanggannya
kerana __________________ nya rosak.
A Mesin taip C Mesin kira-kira
B Mesin jahit D Mesin pencetak

12. Jambangan bunga di dalam bekas itu telah _______________ kerana sudah lima hari
tidak disiram air.
A pudar C basi
B reput D Layu

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

Tok Jali sedang _______________________ papan di bengkelnya dengan bersungguh-


13.
sungguh.
A memotong C mengetam
B membelah D mengasah

2
14. Cikgu Vijay menasihati Ah Meng supaya tidak _________________ terhadap soalan-soalan
yang senag dalam peperiksaa.
A ambil hati C ambil mudah
B ambil berat D ambil kisah

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak
berkuasa.
A Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya.
B Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak mematuhi
peraturan.
C Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak mematuhi
peraturan.
D Pengguna dan pihak berkuasa yang tidak mematuhi peraturan akan disaman.

Pilih ayat yang betul.

16. I Ikan segar yang telah disiang mencuci hingga bersih.


II Kerja mencanting sangat rumit. Kemudian, perlu berhati-hati.
III Harga kereta buatan Malaysia lebih murah daripada kereta import.
IV Damar dan lilin yang telah cair digunakan untuk mencanting corak batik.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

3
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sungai merupakan alat perhubungan yang amat penting pada masa dahulu. Banyak
rumah didirikan di tepi-tepi sungai kerana sungai merupakan satu-satunya alat
perhubungan yang ada ketika itu. Hal ini kerana alat-alat perhubungan yang lain masih
belum dicipta.

Kini, peranan sungai tetap seperti dahulu walaupun telah banyak alat perhubungan
lain dicipta. Kepentingan sungai meliputi bidang pelancongan, sukan, rekreasi dan
pengangkutan. Sungai masih digunakan sebagai alat perhubungan utama di kawasan
pedalaman. Kayu balak yang telah ditebang akan dihanyutkan ke kilang melalui
sungai dari kawasan-kawasan pembalakan.

Sungai-sungai yang ada dipelihara dan diindahkan bagi tujuan pelancongan.


Tujuannya adalah untuk menarik minat pelancong berkunjung ke situ. Sungai-sungai
yang terpilih pula akan dimajukan untuk tujuan sukan dan rekreasi. Antara aktiviti-aktiviti
yang boleh dijalankan di sungai adalah seperti berkayak, berenang dan berakit.

Ternyata sungai banyak kepentingannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama


memeliharanya.

17. Mengapakah banyak rumah didirikan di tepi-tepi sungai?


A Senang untuk berenang
B Mudah untuk berhubung
C Terdapat banyak sungai
D Terdapat banyak sampan

18. Apakah kepentingan sungai terhadap aktiviti pembalakan?


A Merendam kayu balak
B Membasuh kayu balak
C Menyimpan kayu balak
D Menghanyutkankayu balak

19. Apakah kegunaan sungai pada masa sekarang?


A Mandi-manda
B Berkayak dan berakit
C Perhubungan dan pengangkutan
D Pelancongan, rekreasi, sukan dan perhubungan

20. Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?


A Sungaiku
B Menjaga Sungai
C Kecantikan Sungai
D Kepentingan Sungai
4
KERTAS SOALAN TAMAT

BAHAGIAN B
(30 MARKAH)

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

dan di atau untuk


kepada dalam pada kerana

Bersukan, berbasikal dan bergotong-royong merupakan antara aktiviti riadah


yang memberikan manfaat. Aktiviti riadah ini sering diadakan ______________ hujung
minggu atau cuti umum. Ibu bapa sebagai tunggak utama institusi kekeluargaan perlu
menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti utama ________________ merapatkan hubungan
kekeluargaan. Selain itu, mereka perlu menerangkan manfaat aktiviti riadah ini
_________________ setiap anggota keluarga. Oleh itu, setiap anggota keluarga akan
memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan
berkeluarga. Sekiranya kediaman mereka tiada kawasan lapang, mereka boleh
bersukan atau berbasikal ________________
di taman rekreasi.

[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan
Ayat tanya : Apakah sikap yang sepatutnya kita contohi daripada beliau?
Jawapan:
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

[2 markah]

5
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah}

6
Soalan 23
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Walaupun merupakan usahawan yang disegani di negara ini Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Al-
Bukhari tidak pernah lalai untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Semasa menjadi pengarah syarikat beras suatu masa dahulu, sebahagian elaunnya yang berjumlah RM 750
didermakan kepada jiran-jiran yang kesempitan. Selebihnya disimpan oleh ibunya. Selain itu, beliau turut
disuruh menghantar lampu minyak tanah ke surau-surau. Tujuannya supaya surau sentiasa diterangi
terutamanya pada bulan Ramadan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhari dilahirkan pada tahun 1951. Beliau berketurunan Hadhrami Arab. Beliau
dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana di Kedah. Pendidikan tertinggi beliau cuma
setakat Tingkatan Lima saja.

Oleh sebab kesempitan hidup, beliau bekerja sambilan semasa di sekolah rendah dan menengah. Beliau
membantu ibu di kebun dan menjual sayur tersebut di pasar. Setelah menamatkan persekolahan, beliau
membantu bapa menternakan lembu pula. Setelah cukup pengalaman, beliau memulakan perniagaan
menjual dan membungkus daging lembu. Usaha beliau berjaya. Dari situlah perniagaan beliau semakin
berkembang.

Beliau memang tidak sukakan publisiti. Beliau lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan
melalui yayasan miliknya, iaitu Yayasan Al-Bukhari. Antara sumbangan terbesar yayasan ini termasuklah
membina Muzium Kesian Islam.

a. Jawatan yang pernah disandang oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari ialah
_______________________________________________
[1 markah]

b. Mengapakah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari menghantar lampu minyak tanah ke surau-surau?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

7
c. Padan penyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai
contoh.

Tan Sri Syed Mokhtar sentiasa membantu


golongan yang kurang berkemmampuan.
[
Sebahagian elaun yang diperoleh beliau Betul
didermakan kepada jiran-jiran yang kesempitan

Beliau membuat kerja sambilan semasa masih di


bangku sekolah. Salah

Yayasan Al-Bukhari milik bapa Tan Sri Syed


Mokhtar Al-Bukhari.

[ 2 markah]

Soalan 24
Baca surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang

Gunung Ledang sudah tidak asing lagi bagi para pencipta alam. Gunung ini terletak di Sagil, Johor.
Bagi para pendaki, gunung ini sememangnya terkenal dengan keindahan hutan dan udaranya yang
nyaman.

Pada 3 Oktober yang lalu, ahli-ahli Persatuan Pencipta Alam 1Malaysia telah menyahut cabaran
untuk mendaki gunung ini. Seramai 20 orang peserta telah menyertai cabaran ini. Ekspedisi kaki ini
diketuai oleh Encik Tony Lau dan Encik Malik.
Kami berkumpul di Stesen Bas Larkin, Johor Bharu. Kemudian, bertolak ke Pekan Sagil, Muar. Kami
tiba di situ lebih kurang pukul 6.00 malam. Sesampai di situ, kami memasak dan mendirikan khemah
kerana kami akan bermalam di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak pada esok
harinya. Malam itu kami tidur awal dan berehat sepuas-puasnya untuk menyimpan tenaga bagi
menempuh pelbagai cabaran pendakian keesokannya.

Selepas bersarapan, tepat pukul 8.00 pagi kami memulakan pendakian. Laluan kali ini agak sukar,
kami terpaksa menempuh tebing yang curam dan tinggi. Tercungap-cungap kami dibuatnya. Ada
8
antara peserta yang mula keletihan. Maka, terpaksalah kami berhenti sekejap. Namun begitu,
peserta ekspedisi tidak akan mengaku kalah malah lebih bersemangat untuk meneruskan
pendakian ke puncak Gunung Ledang.

Tepat jam 12.00 tengah hari, kami berjaya sampai ke puncak Gunung Ledang. Ada antara kami
menjerit keriangan. Kami sempat memacakkan bendera persatuan sebagai tanda kejayaan kami.
Kami sempat bergambar berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup indah. Pengalaman ini
pasti tidak dapat kami lupakan.

Tepat jam 2.00 petang kami menuruni puncak Gunung Ledang. Menurut ketua ekspedisi, sekirannya
kami tidak turun dalam jangka masa yang ditetapkan, tentu kami akan kegelapan di puncak gunung
tersebut.

Kami semua berasa gembira dan tersenyum puas. Kami juga tidak sabar-sabar untuk mengikuti
ekspedisi seterunya, iaitu menawan Gunung Kinabalu pada tahun akan datang. Pengalaman yang
kami lalui cukup bermakna kerana benar-benar menguji fizikal dan mental kami.

Disediakan oleh, 9 Oktober 2015


Umi Nazirah
(UMI NAZIRAH MUSA)
Setiausaha,
Persatuan Pencipta Alam 1Malaysia.

a. Berapa lama masa yang diambil oleh peserta ekspedisi untuk tiba di puncak?
____________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________ .
[1 markah]
b. Mengapakah peserta pendakian tidur awal?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
c. Berikan maksud rangkai tidak akan mengaku kalah seperti yang terdapat dalam petikan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

d. Berikan pengajaran yang diperoleh berdasarkan petikan yang diberi?

9
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Fajar menyinsing waktu pagi,


Ayam berkokok di atas reba,
Rendah diri sikap terpuji,
Mulia berbudi jadikan amalan.

Bayu menghembus nyaman terasa,


Sutera beralun di pohon ara,
Tuntut ilmu manfaatkan masa,
Kelak dirimu hidup berjaya.

Cantik berseri bunga cempaka,


Mekar indah dalam jambangan,
Janganlah lupa ibu dan bapa,
Moga kejayaan sentiasa berpanjangan.

Bekal dibawa berupa penganan,


Buat umpan si ikan haruan,
Wahai adikku dengarlah pesanan,
Nasihat ini jadikan panduan.

a. Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Mengapakah kita perlu memanfaatkan masa dengan menuntut ilmu pengetahuan?


____________________________________________________________________________________
[1 markah]

10
c. Tandakah ( / ) bagi penyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan yang salah berdasarkan sajak
tersebut.

Orang yang merendah diri akan selalu dipuji.

Tidak lupa kepada ibu bapa merupakan kunci


kejayaan yang berterusan.

[1 markah]

Rendah diri sikap terpuji,


Mulia berbudi jadikan amalan.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

11

You might also like