Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Gaya Pembelajaran Murid Pemulihan Khas dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di

Sekolah Sekitar Batu Pahat

Nurul Athirah Izzati Bt Jamal


Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, 83000 Batu Pahat, Johor

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era ledakan maklumat ini, institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar
dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif bagi
memacu pembangunan negara bangsa. Sistem pendidikan negara telah mengalami
beberapa evolusi sejajar dengan pembangunan dan keperluan negara. Usaha ini adalah
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang
seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial, meningkatkan kreativiti,
inovasi dan budaya ilmu serta menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan
dan bertaraf dunia (Bahagian Perancang dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006).

Setiap murid di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.
Kepelbagaian inilah yang disebut sebagai perbezaan individu. Menurut Mok Soon Sang
(2013) perbezaan individu diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan
secara fizikal, mental, emosi, dan sosial dalam kalangan individu. Perbezaan individu juga
merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada
sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial dan lain-lain aspek yang mungkin
terdapat dalam kalangan individu sesuatu kumpulan (Shahabudin Hashim, Mahani Razali
dan Ramlah Jantan. 2006). Menurut Abu et al. (2007), pelajar mempunyai tahap motivasi
yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang
berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Salah satu penyebab
kegagalan di institusi pendidikan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran yang tidak
sesuai dengan minat pelajar. Oleh itu, bagi memenuhi aspirasi negara maka institusi
pendidikan seperti sekolah perlulah melakukan transformasi dalam proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) iaitu dengan menekankan aspek gaya pembelajaran murid. Hal
ini kerana gaya pembelajaran merupakan elemen utama yang mempengaruhi keberkesanan
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Gaya bermaksud stail atau cara. Oleh itu, gaya pembelajaran ialah cara
pembelajaran seseorang individu itu untuk memahami sesuatu pelajaran. Gaya
pembelajaran (learning styles) juga boleh dirujuk sebagai cara interaksi individu dengan
sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa maklumat
tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan (Zubaidah Begam Binti Mohamed
Zakaria, 2007).

Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara
penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu
adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah pembelajaran yang
sesuai akan membantu mengembangkan potensi murid secara holistik. Sebagai guru,
dengan mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai dengan murid maka proses PdPc akan
menjadi lebih bermakna dan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang.

Ekoran daripada itulah terdetik di hati penyelidik untuk mengenal pasti gaya
pembelajaran dalam kalangan murid Pemulihan Khas.

1.2 Penyataan Masalah

Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada
dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial atau bakat sememangnya
wujud dalam sesebuah kumpulan (Santhi Suppiah, 1998; Dunn dan Dunn, 1978).
Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan
fizikal, mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai
kepelbagaian dan kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang
berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai
gaya pembelajaran yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang
berbeza disesuaikan mengikut persekitaran.

Kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu
didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini
kurang ditekankan oleh guru. Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem pendidikan
di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya
lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara secara
kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya.
Permasalahan semasa yang telah dialami dalam negara menuju ke alaf milineum
semenjak beberapa abad yang lalu mendapati bahawa kadar keciciran dalam kemahiran
membaca murid pemulihan masih tinggi. Ekoran daripada itulah penyelidik ingin
mengenal pasti gaya pembelajaran murid pemulihan dalam pembelajaran Bahasa
Melayu.

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik dalam kalangan murid


pemulihan ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang
betul. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu membaca dengan baik walaupun telah
diberi intervensi di dalam kelas Pemulihan Khas. Mereka tidak dapat mencari kemahiran
belajar yang paling sesuai dengan sikap sendiri. Ini jelas menunjukkan betapa perlunya
seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar
yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika menghadapi peperiksaan.
enurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran
pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model
ini dijadikan sebagai panduan kajian dalam mengesan gaya belajar murid Pemulihan
Khas.

1.3 Tujuan Kajian


1.3.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dalam kalangan murid
Pemulihan Khas. Secara khusunya, objektif kajian adalah seperti berikut :
I. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid
Pemulihan Khas di Batu Pahat.
II. Mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran murid Pemulihan Khas
berdasarkan jantina.

1.3.2 Soalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif yang disediakan.

I. Apakah gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh murid Pemulihan Khas?
II. Apakah kepelbagaian gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid Pemulihan
Khas dipengaruhi oleh faktor seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan
Psikologi ?
III. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran antara lelaki dan perempuan?
1.3.3 Hipotesis Kajian

Hipotesis Kajian adalah seperti berikut :

1.4 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah seperti berikut:

Populasi kajian ini melibatkan murid Pemulihan Khas Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah
rendah sekitar Batu Pahat. Gaya pembelajaran yang dikaji dalam kajian ini adalah Auditori,
Visual dan Kinestatik. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih Model Gaya
Pembelajaran Dunn and Dunn sebagai skop kajian. Dalam model ini terdapat lima elemen
yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional,
Sosiologi, Fizikal dan Psikologi.

Dalam pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah menghadkan kajian ini kepada
beberapa batasan yang utama. Tujuan batasan kajian ini dilaksanakan adalah untuk
memudahkan pengkaji untuk melaksanakan kajian ini agar ianya tidak terlalu luas dan tidak
terlampau kecil malah ianya juga lebih menumpu secara jelas kepada tajuk kajian yang ingin
dikaji. Di antara beberapa batasan-batasan kajian tersebut adalah:

a. Kajian ini hanya dilaksanakan di sekolah rendah di Batu Pahat sahaja.


b. Responden yang dipilih adalah murid Pemulihan Khas tahun 1, 2 dan 3 sahaja.
c. Pengkhususan adalah kepada murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas sahaja.

1.5 Kepentingan Kajian


Penyelidik berharap agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihakpihak
yang memerlukan . Antara kepentingan kajian terhadap golongan sasaran penyelidik
ialah :
I. Para murid Pemulihan Khas dapat mengenal dirinya dengan lebih jelas untuk
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan dapat belajar menuju ke arah
kecenderungan diri bagi mengasahkan bakat dan potensi dirinya. Selain itu gaya
pembelajaran dalam diri masingmasing yang berbeza dapat diketahui oleh
pelajar supaya pelajar tidak mengikuti gaya pembelajaran rakan lain sedangkan
gaya pembelajaran itu tidak sesuai bagi dirinya . Kebolehan murid mengenalpasti
cara diri sendiri mampu memberi perhatian, memproses dan mengingati sesuatu
maklumat baru dan susah diketahui oleh pelajar . Selain itu, murid dapat
mengeksploitasikan pengetahuan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai
kedalam kehidupan seharian mereka dan mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik.
II. Para guru Pendidikan Pemulihan Khas dapat mengenal pasti gaya pembelajaran
yang dominan atau yang amat digemari oleh murid Pemulihan Khas. Guru
mampu memilih strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pola gaya
pembelajaran murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan. Selain itu, guru juga dapat menyediakan rancangan
pengajaran yang memenuhi keperluan pelajar. Dengan ini, pelajar dapat
mengikuti pembelajaran dengan lancar dan seronok di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

1.6 Definisi Operasional

Tujuan penulisan definisi operasi ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi
makna-makna perkataan utama yang terlibat dalam kajian ini.

(i) Gaya

Gaya menurut Santrock (2000), ialah salah satu cara seseorang menggunakan
keupayaannya. Justeru itu, di dalam kajian ini gaya adalah merujuk kepada stail atau
kaedah yang diamalkan oleh para murid Pemulihan Khas dalam mempelajari pembelajaran
Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca.

(ii) Gaya pembelajaran

Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri-ciri seseorang.
Pembelajaran pula bererti berusaha, berlatih dan sebagainya untuk mendapat sesuatu sama
ada kepandaian dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005). Gaya pembelajaran menurut Yusof et
al. (2005) bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses
maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu. Sehubungan dengan itu, di
dalam kajian ini gaya pembelajaran bermaksud cara belajar yang digemari atau yang sering
diamalkan oleh para pelajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan
sebaiknya.
(iii) Kaedah pengajaran

Kaedah pengajaran oleh pengajar merujuk kepada proses pengajaran yang dilaksanakan
yang menghasilkan kesan pembelajaran di kalangan pelajar (Mok, 2001). Jadi, di dalam
kajian ini kaedah pengajaran bermaksud cara atau pendekatan yang digunakan oleh guru
Pemulihan Khas dalam mengajar murid Pemulihan Khas.

(v) Dominan

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (2006) dalam edisi keempat menyatakan bahawa dominan
diistilahkan sebagai merujuk kepada yang paling berpengaruh, paling menonjol dan yang
paling disukai ramai. Maka di dalam kajian ini, dominan adalah merujuk kepada jenis gaya
pembelajaran yang sering diamalkan dan paling digemari oleh para murid Pemulihan Khas
di dalam proses P&P mereka di dalam kelas Pemulihan.

(vi) Pelajar

Pelajar merupakan seseorang individu yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Justeru
itu, di dalam kajian ini pelajar ialah murid Pemulihan Khas

1.7 Rumusan
Gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan bagi
memastikan objektif dan matlamat P&P tercapai dengan jayanya. Penyelidikan ini
bertujuan untuk mengetahui gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid
Pemulihan Khas. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam
pemerhatian kerana model ini dikatakan paling sesuai diaplikasikan kepada murid-murid
murid Pemulihan Khas.

You might also like