Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 3

Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menjawab soalan kertas 3 (Soalan 1 dan 2):

1. Baca semua soalan dengan teliti kerana kebanyakkan jawapan boleh didapati daripada soalan.

2. Gariskan semua kata kunci terutamanya berkenaan pembolehubah (variables) dan tujuan
eksperimen (biasanya dimulakan dengan ayat; .....to study.....)

3. Manipulated variable merujuk kepada sesuatu perkara yang diubah-ubah ataupun yang dikaji
dalam eksperimen; Responding variablemerujuk kepada hasil atau dapatan daripada eksperimen
danConstant/Fix variable merujuk kepada perkara yang ditetapkan atau tidak
berubah sepanjang eksperimen dijalankan.

4. Bagi soalan 1:
 OBSERVATIONS boleh didapati daripada apa yang telah tertulis di dalam Jadual sahaja.
Jangan menjawab apa yang tiada daripada jadual.

 INFERENS merupakan penjelasan atau sebab kepada pemerhatian (observation). Jangan


ulangi ayat pemerhatian(observation) kerana biasanya jawapan inferens tidak boleh didapati
daripada jadual sahaja. Anda kena berfikir...

 VARIABLES biasanya boleh didapati terus daripada soalan. Yang penting baca soalan
dengan teliti. Bagi soalan ini, jadual bagi pembolehubah telah disediakan dengan ruangan di
sebelah kiri adalah untuk nama Variable (manipulated, responding dan
constant/fix) dan ruangan di sebelah kananadalah untuk method to handle the variable.
 Jangan lupa kata kunci (key word) untuk menjawab ruanganmethod/how to handle the
variable. INGAT !!!
 Key word untukmethod/how to handle MV adalah use different..... atau replace with......
 Key word bagi method/how to handle RV adalah measure and record ...............by using ...
(mesti ada apparatus)... ataupuncalculate and record .........by using ......(mesti
tulisformula)....
 Key word bagi method/how to handle CV adalah Fix the
amount/volume/concentration/type/mass of...... ATAU Use the same
amount/volume/concentration/type/mass of......
 HIPOTESIS adalah perkaitan (RELATIONSHIP) antaraManipulated
variable dengan Responding variable. Struktur ayat tidak menjadi masalah yang besar
asalkan dalam hipotesis mengandungi kedua-dua pembolehubah tersebut dan perhubungan
antara keduanya. Ada 2 cara yang mudah untukmenulis hipotesis.

 Pertama secara perbandingan (comparison) dan tidak perlu menggunakan ayat; The
higher.....the higher........atau The higher.........the lower...........Contohnya, The lime juice
contains higher vitamin C compared to watermelon juice ATAUThe peanut has more energy
than white bread.

 Kedua adalah seperti yang biasa digunakan. Contohnya, The higher the light intensity, the
higher the rate of photosynthesisATAU The higher the humidity, the lower the rate of
transpiration.

 JADUAL hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya. Jangan hilangkan markah anda hanya
kerana anda tidak tahu bagaimana hendak membuat jadual. Kesemua aspek telah diberikan
dalam soalan, yang penting bina jadual mengikut aspek tersebut dan jangan lupa
menggunakan pembaris apabila anda membina jadual.

 GRAF juga harus diberi perhatian yang serius! Cuba bezakan antara ayat...draw a
graph, draw a bar chart and draw a histogram. Kerana ramai yang masih tidak boleh
membezakan antara ketiga-tiga bentuk graf tersebut.

 Draw a graph maksudnya, plotkan titik dan sambungkan kesemua titik tersebut. INGAT!
Antara titik-titik sahaja, TAK semestinya melalui paksi-x atau paksi-y.

Teknik menjawab biologi


SMKBTK-ctzue2014
 Draw a bar chart maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara berasingan. JANGAN rapatkan
bar-bar tersebut.

 Draw a histogram maksudnya, lukis 2 atau lebih bar secara rapat-rapat. JANGAN jarakannya.

 PENERANGAN KEPADA HUBUNGAN (explain the relationship), jawapannya adalah


berdasarkan graf yang telah dilukis sebelumnya. JANGAN LUPA untuk memberi
penerangan/sebab kepada jawapan anda ATAUPUN tulis semula hipotesis anda dan beri
penerangan/sebab kepada hipotesis anda itu.

 MENDEFINISI SECARA OPERASI (operatinal defination/deduce), seharusnya


anda memberi maksudsesuatu perkara itu berdasarkan hasil eksperimen pada permulaan
soalan 1 dan apa juga yang berkaitan dengannya. Jangan berikan jawapan berdasarkan teori
yang anda pelajari di dalam kelas, kerana ia boleh mengurangkan markah anda.

 Perkara yang mesti ada adalah (i) WHAT, (ii) WHERE/HOW AND (iii) FACTORS.

 Contohnya, The rate of photosynthesis is shown by the number of bubbles produce by


Hydrilla sp in sodium hydrogen carbonate and affected/influenced by the light intensity.

 Kalau susah sangat, tulis sahaja apa yang anda lihat dalam Jadual pada permulaan soalan +
apa yang anda tulis dalam pembinaan jadual (atau pengiraan) + inferens.
 Soalan yang berikutnya biasanya berkaitan dengan RAMALAN(prediction). Dalam soalan ini
anda digalakkan menjawab berdasarkan situasi yang diberikan dan kaitannya dengan soalan
yang sedia ada. Cuba jawab soalan ini dengan berhati-hati dan jangan lupa berikan
penerangan kepada ramalan anda.
 Akhir sekali untuk soalan 1, adalah soalan berkaitan denganPENGELASAN. Kelaskan
bahan-bahan atau alat radas atau apa jua yang ditanya dengan teliti dan berhati-hati. Lihat
kembali pada seluruh soalan 1 dan cubalah ingat kembali apa yang anda telah pelajari di
dalam kelas.

5. Bagi soalan 2:

 Biasanya dalam soalan kedua, calon mesti menjawab soalan berdasarkan 6 kriteria yang
telah ditetapkan dalam soalan seperti berikut:

1. PROBLEM STATEMENT

2. HYPOTHESIS

3. VARIABLES

4. LIST OF APPARATUS AND MATERIALS

5. PROCEDURE OR METHOD

6. PRESENTATION OF DATA

 PROBLEM STATEMENT - Mesti dalam bentuk soalan (question form). Mulakan dengan ayat
tanya (wh sentence. Contohnya, What / Where / When / Does / How). Jangan lupa untuk
meletakkan tanda soal (question mark, ?) di akhir ayat.

 HYPOTHESIS - Boleh menghubungkait antara Manipulated variable dan Responding


variable.

 VARIABLES - Mesti dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.

 MATERIALS AND APPARATUS - Senaraikan kesemua bahan dan radas yang diperlukan
dalam eksperimen. Tulis di bawah satu tajuk yang sama iaitu 'Materials and apparatus'.
Jangan ditulis secara berasingan.

 PROCEDURE / METHOD - Tulis semua kaedah / cara kerja eksperimen berdasarkan kriteria
berikut:

Teknik menjawab biologi


SMKBTK-ctzue2014
K1 (Explain how you set up the apparatus and materials)
K2 (State how you handle the FIX VARIABLE)
K3 (State how you handle the RESPONDING VARIABLE - SAME AS TECHNIQUE)
K4 (State how you handle the MANIPULATED VARIABLE)
K5 (Precautionary step OR write Repeat the whole experiments to get the average reading and record
the data)
 PRESENTATION OF DATA - Gunakan jadual yang mempunyai tajuk dan unit (jika ada).
Ruangan keputusan eksperimen tidak perlu diisi.

"Akhir kata, selamat menghadapi Peperiksaan SPM dengan


penuh yakin dan tawakkal. Usaha Pasti Jaya"

Teknik menjawab biologi


SMKBTK-ctzue2014

You might also like