Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUZAN AZWAN BIN MOHD ALWI

PROGRAM : PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK OLAK LEMPIT

NAMA PROJEK : PROJEK SPELL IT RIGHT DALAM BAHASA ARAB

TEMPOH PELAKSANAAN : 9 MAC 2018

Objektif :

1. Menguji pengetahuan murid dalam bahasa Arab.

2. Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bahasa Arab.

3. Mewujudkan kerjasama antara guru dan murid.

4. Mewujudkan persaingan yang sihat antara murid.

Strategi Pelaksanaan:

Sebelum

Sebelum bermulanya projek ini, langkah pertama yang dilaksanakan adalah


dengan merangka kertas kerja terlebih dahulu. Kertas kerja projek ini telah dirangka
seminggu sebelum berlangsungnya projek bagi mendapatkan kelulusan daripada guru
besar. Langkah seterusnya ialah merangka soalan, untuk pembinaan soalan kuiz ini,
saya telah merujuk beberapa sumber iaitu buku teks, buku aktiviti, dan rancangan
pengajaran tahunan (RPT) bagi melihat tajuk-tajuk yang sesuai dan telah dipelajari oleh
murid.

Projek ini telah dilaksanakan pada minggu ketiga internship. Jadi, murid telah
diperingatkan oleh guru agar mengulangkaji topik pelajaran yang lepas sebagai
persediaan seminggu sebelum projek berlangsung. Murid juga ditawarkan dengan
hadiah yang menarik agar dapat memberi pembakar semangat kepada mereka agar
bersungguh sewaktu menjawab soalan yang diberi.
Kertas soalan yang dihasilkan
guru

Semasa

Projek ini telah dijalankan pada 9 Mac 2018 iaitu pada hari Jumaat jam 8.00 -
9.00 pagi. Projek ini juga telah dijalankan bertempat di kelas 2 Elit. Sebelum bermulanya
kuiz, murid diberi masa 10 minit untuk mengulangkaji buat kali terakhir.

Sebelum menjawab soalan, murid-murid diminta untuk mengasingkan meja dan


bersiap sedia untuk ujian. Setelah itu, murid diedarkan dengan kertas soalan dan diberi
taklimat ringkas berkenaan cara menjawab oleh guru .Kertas soalan ini mengandungi 1
bahagian sahaja dan dijalankan secara bertulis sepenuhnya iaitu bahagian imlak
(ejaan) di mana murid perlu mendengar dengan teliti sebutan guru dan menulis di
ruangan yang disediakan. Pengulangan untuk satu perkataan hanya 3 kali sahaja.

Untuk soalan ini, jawapannya adalah berkaitan dengan apa yang dipelajari iaitu
dalam beberapa tajuk di dalam silibus subjek Bahasa Arab. Masa untuk menjawab
soalan ini adalah tidak terhad dan semua murid perlu menghantar kertas jawapan untuk
disemak dan diberi markah. Untuk semakan markah, kertas ditukar dengan rakan
sebelah meja dan murid-murid diminta untuk menanda jawapan berdasarkan jawapan
yang ditulis oleh guru di hadapan kelas. Kemudian, beberapa pemenang diumumkan
dan diberikan kata-kata pujian.
Murid menjawab soalan kuiz secara
individu

Selepas

Untuk aktiviti selepas pula ialah sesi pemberian markah dan hadiah kepada
pemenang. Markah bagi keseluruhan soalan adalah bernilai 10 markah. Setelah
menyemak jawapan, kebanyakan murid memperoleh markah 5 ke bawah dan terdapat
segelintir sahaja yang mendapat markah lebih daripada 6. Markah yang paling tinggi
ialah 8 daripada 10, iaitu daripada murid lelaki . Setelah selesai menyemak, empat
murid yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah atas usaha dan ketepatan
mereka menjawab soalan yang diberikan. Setelah itu, sesi penulisan laporan dijalankan
bagi menilai sejauh mana kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dinilai
dan dilaksanakan dalam projek ini.

Pemenang ujian Spell it Right


Refleksi

1. Kekuatan Projek

Projek Spell it Right dalam bahasa arab ini telah dijalankan pada murid tahun 2
Elit. Antara kekuatan projek ini adalah dapat membantu murid mengulangkaji tajuk yang
telah dipelajari dalam bahasa Arab di samping murid juga dapat bersaing secara sihat
antara satu sama lain. Selain itu, dengan adanya projek ini juga dapat mewujudkan
kerjasama antara murid dan guru. Sepanjang pertandingan berlangsung, semua murid
memberikan kerjasama yang sebaiknya dan berusaha untuk menyiapkan soalan yang
diberikan serta mendengar arahan yang disampaikan dengan baik.

Projek ini juga membantu saya untuk menilai sejauh mana ingatan murid
terhadap topik-topik pembelajaran yang lepas. Setelah menyemak jawapan murid,
saya dapat melihat di mana kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa Arab ini
di mana kebanyakan mereka memperoleh kesalahan di bahagian ejaan. Ini
sekaligus membantu saya dalam melaksanakan kajian tindakan dimana ia lebih
menjurus dalam mengingat perkataan di dalam tajuk-tajuk tertentu.

Disamping itu, soalan-soalan yang diberikan juga memenuhi dan menjurus pada
cabang-cabang dalam pembelajaran bahasa Arab iaitu mufrodat (kosa kata), imlak
(ejaan). Jadi ia sekaligus dapat memberi pendedahan pada murid untuk menjawab
soalan bahasa Arab yang sebenar. Seterusnya, projek ini juga melatih murid agar
fokus terutamanya pada kemahiran mendengar dalam bahagian imlak di mana murid
harus mendengar dengan teliti akan sebutan daripada guru sebelum menulis diatas
kertas jawapan.

2. Kelemahan projek

Dalam setiap kekuatan pastinya terdapat beberapa kelemahan dan


kelompongannya. Antara kekurangan dalam projek ini ialah pelaksanaan ujian ini tidak
menarik dan dalam bentuk tradisional di mana ujian ini tidak berasaskan TMK dan murid
hanya menjawab soalan pada set kertas soalan yang diberikan seolah-olah menjawab
soalan peperiksaan. Dengan cara ujian ini juga, guru tidak dapat menilai kemahiran
kalam (bercakap) bahasa Arab dalam kalangan murid.
Selain itu, terdapat juga beberapa murid yang meniru jawapan dari rakan yang
lain hatta membuka buku teks untuk mencari jawapan. Seterusnya, ujian ini juga
dijalankan secara individu, jadi semangat kerjasama dan berpasukan tidak dapat
diwujudkan dalam kalangan murid.

3. Penambahbaikan

Sebagai langkah penambahbaikan, saya bercadang untuk mengadakan


pertandingan ini secara berperingkat iaitu peringkat saringan dan akhir. Di peringkat
saringan semua murid akan menjawab soalan secara individu dan bertulis. Kemudian
di peringkat akhir pula akan dijalankan secara berkumpulan dan menjawab soalan
menggunakan kaedah cepat jawab. Ini juga menepati standard pertandingan
bahasa Arab sebenar yang di pertandingkan di peringkat kebangsaan.

Selain itu, soalan yang dirangka juga perlu menepati semua aspek kemahiran
dan cabang yang terkandung dalam pembelajaran bahasa Arab agar dapat mencapai
proses kemenjadian murid dalam proses pengajaran bahasa Arab. Seterusnya ialah
dengan mengenakan penalti atau denda bagi sesiapa yang meniru dan membuka buku
teks agar kuiz ini dapat dijalankan dengan lebih telus. Saya juga ingin mencadangkan
agar pertandingan ini terbuka pada semua murid agar persaingan dan penyertaan dari
kelas lain dapat dilibatkan seterusnya menjadi program wajib dalam aktiviti minggu
bahasa Arab kelak.

Di samping itu, saya mencadangkan ujian ini dilaksanakan berasaskan TMK


seperti contoh dalam perisian VLE FROG, ataupun mana-mana sahaja perisian
pendidikan yang boleh dimuatkan dengan ujian Bahasa Arab ini. Hal ini adalah kerana
murid-murid sekarang adalah kebiasaannya celik IT terutama murid-murid di kawasan
bandar dan seiring dengan cita-cita dalam merealisasikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia.
Penutup

Secara kesimpulannya, bahasa Arab merupakan salah satu subjek elektif pilihan
yang dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah. Penguasaan subjek bahasa Arab bagi
murid-murid perlu dititikberatkan oleh guru agar mereka dapat menguasainya secara
menyeluruh. Pelaksanaan pertandingan Spell it Right bahasa Arab ini dilihat sebagai
satu usaha yang baik untuk menilai kefahaman murid dan sejauh mana murid tersebut
mengaplikasikan ilmu yang dipelajari disamping pentaksiran melalui peperiksaan. Ia
juga dapat mewujudkan persaingan antara satu sama lain dalam kalangan murid. Ia
juga merupakan salah satu usaha untuk mencapai matlamat dalam melahirkan murid
yang boleh menguasai bahasa Arab dan berminat untuk terus mempelajarinya. Justeru
itu, pembelajaran yang menyeronokkan dan pentaksiran berbentuk kuiz merupakan
faktor penting dalam menjayakan matlamat tersebut.

Disediakan Oleh

.........................................

(MOHAMAD FAUZAN AZWAN BIN MOHD ALWI)


Guru Internship
Pengerusi Projek Pertandingan Spell it Right
SK Olak Lempit

You might also like