Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Program Pendidikan Pencegahan Dadah:

Membina Sudut PPDa


___________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Dadah merupakan musuh utama kepada pembangunan sesuatu tamadun.


Penyalahgunaan dadah dikalangan remaja dan belia sesuatu negara boleh
menyebabkan negara tersebut bukan sahaja kehilangan tenaga kerja tetapi
pewaris kepada pentadbiran negara.

Sejajar dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menyarankan agar semua


pelajar di sekolah diterapkan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah melalui
program-program yang dilaksanakan bukan sahaja diperingkat kebangsaan
tetapi diperingkat sekolah dan daerah. Program ini dilaksanakan bertujuan
untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan dadah kepada para
pelajar supaya pelajar dapat menghindarkan diri dari najis yang amat
berbahaya ini.

Salah satu daripada program yang boleh dijalankan untuk menyampaikan


segala maklumat mengenai bahaya dadah kepada para pelajar ialah melalui
pembinaan lorong dadah di mana segala maklumat mengenai dadah
dipaparkan dan di jadikan sebagai sumber maklumat kepada para pelajar.

Konsep laluan dadah ini ialah ‘one stop center’ bertujuan untuk menyalurkan
maklumat PPDa kepada pelajar, guru dan ibu bapa di samping meningkatkan
pengetahuan pelajar tentang bahaya penggunaan dadah, rokok, inhalan dan
Aids.

Rasional Laluan dadah ini sangat wajar diwujudkan kerana maklumat


antidadah, rokok, inhalan dan AIDS dapat di akses dengan mudah oleh pelajar.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah:
Membina Sudut PPDa
___________________________________________________

2.0 MATLAMAT

Laluan dadah (PPDa) yang lengkap dapat digunakan oleh pelajar, guru, ibu
bapa dan komuniti setempat dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran membanteras penggunaan dadah ke arah merealisasikan
1Malaysia Membanteras Dadah..

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid, guru dan masyarakat setempat mencapai maklumat PPDa


dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.
3.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.
3.3 Menjadikan Laluan dadah sebagai ‘one stop center’ di sekolah dan
daerah.

4.0 ANGGARAN PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran A

5.0 PENUTUPAN

Di harapkan dengan pembinaan laluan dadah ini dapat membantu warga SMK
Ambrose mendapatkan maklumat mengenai bahaya dan kesan dadah kepada
diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama sekaligus memberi
kesedaran kepada pelajar untuk menjauhi dadah.

Di sediakan oleh: Di sahkan oleh:


Program Pendidikan Pencegahan Dadah:
Membina Sudut PPDa
___________________________________________________

LAMPIRAN B ~ ANGGARAN PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

ANGGARAN PENDAPATAN

Peruntukkan Kaunseling - RM 1 520


Jumlah RM1 520

ANGGARAN PERBELANJAAN
Banner Pendidikan Pencegahan Dadah Berukuran 7 x 3
(RM 42 x 4 pcs) - RM 168.00
Banner Pendidikan Pencegahan Dadah Berukuran 3 x 2
(RM 87 x 1 pcs) - RM 87.00
Jumlah RM255.00

You might also like