Kertas Kerja Mural

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARY

SIBU, SARAWAK

AKTIVITI:

PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

TEMPAT:

DINDING TEPI TANGGA (DINDING PANITIA SAINS)

TARIKH:

20 OGOS 2015 HINGGA 18 SEPTEMBER 2015

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


1. PENGENALAN

Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh


panitia PSV selama satu bulan. Projek ini dapat menceriakan persekitaran
sekolah di samping menguji kreativiti guru dalam menjayakan sesuatu
projek.

2. MATLAMAT

Projek keceriaan ini bermatlamat untuk memperindah dan menceriakan


dinding tepi tangga bangunan dengan lukisan mural yang berunsurkan
akademik. Di samping itu, projek ini juga sebagai salah satu alat bantuan
mengajar pelajar secara berterusan melalui mesej dalam mural yang
bertemakan kitaran air dalam mata pelajaran Sains.

3. OBJEKTIF

3.1 Menwujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta


dijadikan sumber perhatian kepada pelajar dan juga tetamu yang
mengunjungi sekolah.
3.2 Meningkatkan kreativiti diri.
3.3 Memberi guru ruang dan peluang untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti di sekolah.

4. TEMPAT

Dinding tepi tangga laluan di antara kantin dan dewan sekolah SK St.
Mary, Sibu. (Dinding Panitia Sains)
5. TARIKH

20 Ogos 2015 hingga 18 September 2015 (1 bulan)

6. JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat : Encik Richard Anok A/L Jalom


Pengerusi : Puan Audary Ngalio (Ketua Panitia PSV)
Setiausaha : Puan Shirley Sia San San
Bendahari : Puan Nafiah Bt. Suhaili
AJK : Puan Yong Wei Huei
Semua guru PSV

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
1 Cat Pelaka (1 kg) 21.00 7 147.00
2 Cat Pelaka (500 g) 14.50 4 58.00
3 Artline Marker 3.30 3 9.90
4 Paint brush (RS 579-12) 2.50 2 5.00
5 Paint brush (RS 579-9) 1.80 2 3.60
6 Paint Marker - white 6.00 1 6.00
7 Nylon Brush 2.40 3 7.20
8 Paint brush (0706814) 1.60 2 3.20
9 Fixative (300ml) 36.50 2 73.00
10 Lion Marker 4.50 10 45.00
11 Foster 90 Marker 1.25 4 5.00

JUMLAH 362.90
8. PENUTUP

Diharapkan Projek Keceriaan ini dapat dijayakan dalam tempoh masa


yang ditetapkan dan memberi banyak manfaat kepada semua warga
sekolah. Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
ditimba semasa projek ini dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran
mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan
sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini pada masa depan.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(SHIRLEY SIA SAN SAN)
Setiausaha,
Projek Keceriaan Lukisan Mural,
SK St. Mary, Sibu.

Disemak oleh,

…………………………………….
(AUDARY NGALIO)
Pengerusi,
Projek Keceriaan Lukisan Mural,
SK St. Mary, Sibu.

Disahkan oleh,

…………………………………….
(RICHARD ANOK A/L JALOM)
Guru Besar,
SK St. Mary, Sibu.

You might also like