Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

AKTIVITI KELAB PEMBINAAN CIDB,


SM LA SALLE, KOTA KINABALU, SABAH.
(REST ‘n’ GO STATION)

PADA

FEBRUARI – MEI 2016

BERTEMPAT

SEKOLAH MENENGAH LA SALLE


AKTIVITI KELAB PEMBINAAN CIDB,SM LA SALLE,
KOTA KINABALU, SABAH.
( REST ‘n’ GO STATION )

PENGENALAN

Kelab Pembinaan CIDB yang telah ditubuhkan di SM La Salle telah menjadi suatu kelab yang
membangun dengan memperkenalkan kepada pelajar pentingnya bidang teknikal. Bagi
melahirkan minat pelajar kelab ini merangka aktiviti-aktiviti yang berunsurkan luar kelas, di
mana pelajar diberi kelebihan dengan menonjolkan bakat dalam bidang landskap, seni lukis,
mural, kebersihan dan penyelenggaraan bahan-bahan terbuang dengan moto cintailah alam
sekitar kita.

Perkembangan ini amat menarik minat pelajar untuk turut serta dalam kelab Pembinaan CIDB
yang membolehkan mereka mendapatkan bidang ilmu kemahiran di dalam aktiviti-aktiviti kelab.
Sehubungan dengan itu, Guru-guru Penasihat Kelab telah sebulat suara untuk mengadakan
satu aktiviti kelab iaitu membina Rest ‘n’ Go Station.

Rest ‘n’ Go Station

Idea asal untuk membina Rest ‘n’ Go Station ini adalah mengikut keperluan semasa pelajar.
Berdekatan dengan tapak cadangan pembinaan Rest ‘n’ Go Station ialah koperasi sekolah,
makmal sains dan bilik AVR. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan stesen ini semasa tempoh
peralihan kelas.

Semasa rehat pula, bilik kelas merupakan kawasan larangan kepada pelajar. Dengan
kewujudan stesen ini memberikan pilihan kepada pelajar untuk menghabiskan masa rehat
mereka selain berada di kantin dan kawasan sekitar yang lain.

MATLAMAT

Matlamat aktiviti membina Rest ‘n’ Go Station adalah untuk melahirkan bakat dalam diri pelajar
dan diketengahkan dengan kerjasama kumpulan. Di samping itu, ahli kelab dapat mempelajari
ilmu kemahiran yang baharu.

Matlamat aktiviti ini juga adalah untuk memberi pendekatan dan pendedahan berkaitan
pembinaan kepada ahli kelab. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman
mental serta ketahanan fizikal setiap ahli kelab.
OBJEKTIF

a. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang pembinaan.

b. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas pembinaan dan vokasional.

c. Memupuk sifat kreatif, inovatif dan bakat dalam bidang pembinaan.

d. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebagai pereka cipta,
pembina, pelukis, pembuatan dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan.

e. Memupuk, menyemai dan melahirkan ahli kelab yang berkebolehan dalam bidang
pembinaan.

NAMA PROGRAM

“AKTIVITI KELAB PEMBINAAN CIDB SM LA SALLE: REST ‘n’ GO STATION”

PENGELOLA

CIDB Malaysia Cawangan Sabah dan Kelab Pembinaan CIDB SM La Salle.

TARIKH PERLAKSANAAN

Tempoh Perlaksanaan bermula Februari hingga Mei 2016.

TEMPAT

Blok Junior, SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah.

KUMPULAN SASARAN

3 orang guru penasihat kelab


Semua ahli Kelab Pembinaan CIDB
PELAN PELAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan pelaksanaan mengikut perancangan, sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik
untuk menjayakan aktiviti ini.

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : CIDB Malaysia Cawangan Sabah

Penasihat : Pn. Mary Macdalena A. Komuji, Pengetua Cemerlang

Pengerusi : Cik Lily Wong, Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi: Pn. Intan Rasyida Md. Iyen

Setiausaha : Pn. Salwani Ishak

Bendahari : En. Jessie Feria

Ahli Jawatan Kuasa : Semua Ahli Kelab Pembinaan CIDB SM La Salle

ANGGARAN BELANJA PROJEK

Sila rujuk lampiran 1.

RUMUSAN

Diharapkan aktiviti ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan ahli kelab. Semoga aktiviti ini dapat
dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi
kewangan, masa serta sokongan daripada ahli kelab dan guru-guru penasihat yang terlibat.
Dengan adanya sokongan berterusan, dapat memberikan gambaran yang positif terhadap
aktiviti Kelab Pembinaan dalam memberikan komitmen melalui kelab ini. Selain daripada itu, ia
juga merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memberikan kemahiran dalam diri pelajar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................. …………………………………………
(INTAN RASYIDA MUHD. IYEN) (MARY MACDALENA A. KOMUJI)
Guru Penasihat Kelab Pembinaan Pengetua Cemerlang
SM La Salle SM La Salle
LAMPIRAN 1.

ANGGARAN BELANJAWAN
AKTIVITI KELAB PEMBINAAN CIDB SM LA SALLE:
REST ‘n’ STATION

1. BELANJAWAN

A. PENYEDIAAN ALATAN RM 300


(Skop, cangkul, sudip, gunting besi, kereta sorong,
playar gabung, dan lain-lain)

B. BAHAN UNTUK SIMEN FERRO RM 800


(Simen, pasir, besi, BRC, dawai)

C. BAHAN KEMASAN RM 500


(Kertas pasir, cat pelbagai jenis, syelek, berus)

D. MAKANAN DAN MINUMAN (JAMUAN) RM 400


(sepanjang program untuk 30 ahli kelab dan
3 orang guru penasihat)

JUMLAH = RM 2000

You might also like