Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

1.

0 PENGENALAN

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu.

Sepanjang pengkaji berpraktikum selama dua fasa yang lepas, pengkaji

mendapati ramai murid pendidikan khas mengalami masalah dalam mata pelajaran

Matematik. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah sukar untuk menyelesaikan

masalah tolak dalam lingkungan 10. Mereka selalu mengambil masa yang lama untuk

menyelesaikan soalan tolak yang dikemukakan oleh guru.

Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin mendorong

kepada masalah berikut. Antaranya ialah teknik atau kaedah yang pengkaji gunakan

adalah kurang sesuai Kaedah yang selalu gunakan ialah kaedah lama iaitu kaedah

“potong”. Kebanyakkan murid menghadapi masalah untuk membilang jumlah yang

perlu dilukis kerana kadang kala jumlah boleh menjadi kurang atau lebih daripada

jumlah yang telah ditetapkan. Hal ini sekaligus menyebabkan pengiraaan murid menjadi

tidak tepat. Oleh hal yang demikian, pengkaji perlu merancang kaedah yang lebih

bersesuaian untuk mengurangkan masalah berkenaan. Menurut Mohd Menururt Salleh

Lebar (2007:78), murid-murid bosan dengan sebahagian guru yang mengajar sambil

lewa dan tidak banyak perubahan dalam teknik pengajaran.

Selain itu, bahan bantu belajar ( BBB ) yang pengkaji gunakan kurang sesuai dan

kurang menarik perhatian murid. Seperti yang kita ketahui penggunaan BBB yang

menarik dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran kita. Secara

langsung ia dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran kita. Antara contoh

penyediaan bahan batu belajar yang sesuai digunakan di semua bilik darjah pendidikan

1
khas bermasalah pembelajaran ialah kelas hendaklah dilengkapi dengan bahan – bahan

asas untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut

kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Dale

(1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu

dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui

pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.

Faktor yang seterusnya mungkin disebabkan komunikasi yang pengkaji gunakan

kurang difahami oleh murid, iaitu komunikasi yang kurang berkesan. Komunikasi ialah

satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua

pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di

antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang

berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Hal ini telah menyebabkan murid

sukar untuk mematuhi arahan dan memahami isi pelajaran yang ingin pengkaji

sampaikan. Muhammad Shatar (2006) menambahkan bahawa langkah pertama

kecemerlangan pendidikan bermula dengan komunikasi berkesan. Dalam komunikasi

yang berkesan ini terdapat ciri kesefahaman, ciri keseronokan, pengaruh terhadap sikap,

memperbaiki hubungan, dan wujudnya tindakan susulan.

Faktor yang seterusnya ialah kegagalan pengkaji dalam menguruskan bilik darjah

dan tingkah laku murid dengan baik. Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang

lancar juga dipengaruhi oleh pengurusan bilik darjah yang baik daripada seorang guru.

Pengkaji tidak berjaya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,

mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Menurut Mohd.

2
Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai

tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks

pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang

boleh menjejaskan kelancaran atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya

di dalam bilik darjah.

3
1.2 Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah menggunakan beberapa cara untuk proses pengumpulan data awal

bagi menjalankan kajian ini. Antaranya ialah ;

1.2.1 Analisis Dokumen

Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan,

pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang

berkaitan dengan perkara yang dikaji. Dokumen adalah sumber data yang paling mudah,

murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada. Dokumen dapat memberikan

maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji kerana ianya merupakan

sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan telah tersedia ada. Sebelum

menjalankan kajian, pengkaji telah melihat semula hasil kerja lampau bagi mata

pelajaran Matematik.

1.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian ialah proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkah

laku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan persekitaran dan sebagainya. Pengkaji telah

menjalankan pemerhatian ini secara berterusan dan dengan sistematik, iaitu ada tujuan,

mengikut masa yang ditentukan dan mengikut peraturan. Pengkaji juga telah mencatat

nota (nota lapangan) dan membuat rakaman (video) terhadap pemerhatian yang

dijalankan.

4
1.2.3 Temu Bual

Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji

meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Pengkaji akan menemu

bual beberapa orang murid dan guru di kelas pendidikan khas untuk mendapatkan

maklumat awal berkenaan dengan kajian pengkaji. Hal ini bertujuan untuk memberi

peluang kepada pengkaji meneroka secara mendalam. Selain itu, ia juga memberi

kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat

interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Temu bual dengan guru pula

bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap kognitif bagi setiap murid dan sebagai

persediaan untuk membina soalan ujian diagnostik.

1.2.4 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik merupakan satu instrumen yang digunakan untuk mengukur daerah

kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah

masalah sebenar murid di peringkat awal. Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk

mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid

diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan,

kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan

berstruktur. Jadual 1 di muka surat seterusnya menunjukkan markah ujian diagnostic

murid – murid.

5
Jadual 1: Markah Ujian Diagnostik Murid

BIL NAMA MURID MARKAH UD ( 100 % )

1. Murid A 65

2. Murid B 67

3. Murid C 75

4. Murid X 41

5. Murid Y 44

6. Murid Z 45

6
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Berdasarkan pengalaman lampau, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan

murid pendidikan khas mengalami masalah dan kesukaran dalam menyelesaikan operasi

tolak dalam lingkungan 10. Kebanyakkan guru di sekolah itu mengajar dengan kaedah

yang mengelirukan murid iaitu kaedah mebuat garisan dan memotong garisan.

Tambahan pula, kaedah itu tidak melibatkan bahan maujud hingga menukarkan murid

untuk membilang. Hal ini kerana, garisan yang dibuat oleh murid – murid kadang –

kadang boleh melebihi atau berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya. Secara tidak

langsung ianya akan mempengaruhi ketepatan pengiraan murid – murid.

2.1.1 Kebolehtabiran Kajian

Dengan menggunakan bahan intervensi yang maujud iaitu Dacing Penolak atau

‘Minus Balancing’ yang pengkaji ciptakan. Murid akan dibimbing untuk membuat

penolakan dalam lingkungan 10 dengan lebih mudah bagi mendapatkan jawapan yang

paling tepat. Murid akan dtunjukkan cara oleh pengkaji untuk menggunakan alat ini bagi

menyelesaikan masalah tolak dalam lingkungan 10. Murid yang telah dipilih menjadi

responden dikehendaki melihat cara yang ditunjukkan oleh pengkaji dengan teliti.

Selepas mereka memahami cara berkenaan, mereka dikehendaki melakukan sendiri

langkah yang telah ditunjukkan oleh pengkaji untuk menyelesaikan soalan tolak dengan

bimbingan daripada pengkaji dan seterusnya tanpa bimbingan pengkaji. Dengan

pengunaan bahan ini, ianya akan memudahkan murid untuk menyelesaikan masalah

tolak.

7
2.1.2 Kepentingan Kajian

Pengunaan Dacing Penimbang dapat memudahkan murid unuk memahami

konsep tolak tersebut dengan lebih mudah. Hal ini kerana ianya dibuat daripada bahan

yang maujud di mana bahan ini boleh dilihat dan disentuh oleh murid. ‘Minus Balncing’

juga mudah ditadbir dan digunakan. Hal ni kerana reka bentuknya yang direka sesuai

dan mesra dengan murid Pendidikan Khas. Dacing Penimbang juga digunakan khusus

untuk kemahiran menolak dalam lingkungan 10. Penggunaannya yang mudah

membolehkan murid menggunakannya tanpa kekeliruan. Kemahiran khusus yang diajar

menggunakan Dacing Penimbang juga akan memberi keselarasan antara kemahiran

dengan ujian yang akan dijalankan. Penumpuan kepada kemahiran menolak dalam

lingkungan 10 akan memudahkan guru menguji kemahiran itu sahaja selepas itu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran yang berkesan, guru matematik harus memahami teknik – teknik

menggunakan alat – alat, sama ada untuk menerangkan konsep matematik pada

peringkat konkrit atau digunakan oleh murid – murid menjalankan intervensi

pembelajaran matematik. Menurut Mok Soon Sang,1986, pengajaran matematik

haruslah mengikut turutan pengajaran dari pengalaman konkrit/bahan maujud seterusnya

melibatkan penggunaan gambar barulah ke peringkat abstrak. Untuk membekalkan

murid dengan pengalaman konkrit, alat bantu mengajar memainkan peranan yang amat

penting. Dalam hubungan ini, penggunaan alat bantu mengajar akan dapat membantu

murid – murid membina konsep matematik secara sendiri yang selaras dengan konsep

8
inkuiri penemuan di samping mengurangkan kesempatan memaksa diri untuk menghafal

bahan - bahan pelajaran mereka secara membuta tuli.

2.2 Tindakan / Intervensi

Penggunaan Dacing Penolak Meningkatkan Kemahiran Menolak dalam Lingkungan 10

dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas.

Pengkaji telah menggunakan bahan bantu belajar ini bagi membantu murid -

murid untuk menolak dengan tepat. Bahan bantu belajar ini merupakan rekaan pengkaji

sendiri yang diadaptasi daripada dacing penimbang dan bola pingpong. Dacing

penimbang ini akan dibuat dariapada ‘mounting board’. Pengkaji memilih bahan ini

kerana ianya maujud di mana bahan ini boleh dilihat dan dipegang oleh murid.

Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )

kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

 BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

 Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

 Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

 Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan intervensi sendiri di

kalangan murid.

 Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam

dan beragam.

9
Motor halus penting kepada murid – murid kelas pendidikan khas bagi

menguasai komponen kecil kemahiran mengira, iaitu kemahiran menolak dalam

lingkungan 10.. Kemahiran ini terkandung dalam DSKP Matemtaik Tahun 1 bagi murid

penididkan khas yang perlu dikuasai oleh mereka. Maka, elemen aplikasi motor halus

yang terdapat dalam kaedah intervensi Dacing Penolak ini dapat membantu murid -

murid pendidikan khas meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dalam lingkungan

10 ini secara sedikit demi sedikit.

Kemahiran motor halus ini turut berkait kandungan Komponen Perkembangan

Fizikal. Seperti terdapat dalam Panduan Kurikulum Prasekolah oleh Rohani Binti

Abdullah, Nani Binti Menon & Mohd Sharani Bin Ahmad. Menurut Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan (2003), intervensi yang melibatkan psikomotor motor halus

sebahagiannya ialah:

 Memegang objek menggunakan jari dengan betul.

 Bermain jari atau lakonan jari.

 Bermain dengan plastisin ataupun kertas secara meramas, memicit, mencubit,

merenyuk, menggentel dan lain-lain.

 Melipat, mengoyak ataupun memotong kertas untuk dijadikan benda

Dacing Penolak ini sengaja digunakan bagi mengurangkan elemen pengganggu

atau distractor semasa murid – murid mengira. Selain itu, murid – murid dapat dibantu

untuk membuat pengiraan yang tepat. Hal ini kerana kemahiran membilang mereka akan

menjadi lebih mudah dan berkesan jika dibandingkan dengan kaedah potong . potong

yang biasa digunakan guru mereka sewaktu menjalankan proses pengajaran dan

10
pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan adanya bahan yang mampu menarik

perhatian mereka seperti yang akan diciptakan, penumpuan mereka dapat ditingkatkan.

Kita harus mencari bukti atau masalah penumpuan perhatian atau peningkatan gangguan

dalam situasi bukan-membaca dan kanak – kanak sekolah dikelaskan sebagai murid

yang lemah atau hilang upaya belajar kerap digambarkan sebagai mudah terganggu di

dalam kelas. (Richey dan Mckinney,1978; Sinclair, Guthre dan Forness, 1984).

11
Rajah 1: Gambar Intervensi

Dacing Tolak atau ‘Minus Balncing’

Intervensi 1 : Menggunakan bahagian sebelah dacing sahaja.

Intervensi 2 :Menyeimbangkan dacing.

Intervensi 3 : Membuang jumlah bola pingpong yang sama rata dari setiap
bahagian dacing.

PETUNJUK

Palang dacing yang dibuat dari mounting board

Penyeimbang dacing juga dari mounting board

Penyangkut bola pingpong 12


Bola pingpong
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Meningkatkan kemahiran menolak dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid

pendidikan khas menggunakan Dacing Penolak.

3.2 Soalan Kajian

1. Adakah Dacing Penolak dapat membantu murid pendidikan khas meningkatkan

kemahiran menolak dalam lingkungan 10?

13
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran pengkaji dalam kajian ini ialah tiga orangmurid kelas pendidikan

khas dari tahun 1. Murid ini tergolong dalam kumpulan yang sederhana dalam dua buah

kumpulan yang pengkaji ajar dalam kelas pendidikan khas. Kumpulan sasaran ini tidak

mempunyai masalah tingkah laku yang serius di sekolah selain tidak hadir ke sekolah.

Mereka boleh dikategorikan baik dan menghormati guru. Mereka juga kanak - kanak

yang aktif ketika bersama rakan-rakan. Mereka bermain dan bergaul bersama-sama

rakan sebayanya.

Nama Samaran Umur Jantina Bangsa Ciri istimewa

Responden X 12 Lelaki Melayu Sindrom Down


Kurang tumpuan
di dalam kelas

Responden Y 12 Perempuan Melayu Sindrom Down


Selalu menjaga
penampilan diri
hingga
menganggu
tumpuan

Jadual 2: Murid Yang menjadi responden

14
5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Prosedur Pelaksanaan

INTERVENSI 1 ( Tolak Sebelah Dacing )

Menggunakan bahagian sebelah dacing sahaja untuk menyelesaikan 7 – 3.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH 1

Mengisi bola pingpong di bahgian sebelah dacing sahaja mengikut

jumlah bagi nilai nombor yang lebih besar iaitu sebanyak 7 buah.

LANGKAH 2

Membuang bola mengikut nombor yang berada selepas simbol tolak

iaitu sebanyak 3 buah.

LANGKAH 3

Membilang jumlah bola pingpong yang tinggal seterusnya menentukan

apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya ialah 4.

Jadual 3 : Pelaksanaan Intervensi 1.

15
INTERVENSI 2 ( Seimbangkan Dacing )

Menyeimbangkan dacing untuk menyelesaikan 7 – 3.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH 1

Mengisi bola pingpong di bahagian sebelah kiri dacing sebanyak 7

buah bola pingpong dan sebelah kanan dacing sebnayak 3 buah bola

pingpong.

LANGKAH 2

Membuang 4 bola pingpong bagi menyamakan jumlah pada setiap

bahagian dacing dan melettakkan bola itu di dalam subuah kotak.

LANGKAH 3

Membilang jumlah bola pingpong yang berada dalam kotak dan

seterusnya menentukan apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya

ialah 4.

Jadual 4: Pelaksanaan Intervensi 2.

16
INTERVENSI 3 ( Buang Sama Rata )

Membuang jumlah bola pingpong yang sama rata daripada setiap dacing untuk

menyelesaikan 7 – 3.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH 1

Mengisi bola pingpong di bahagian sebelah kiri dacing sebanyak 7

buah bola pingpong dan sebelah kanan dacing sebnayak 3 buah bola

pingpong.

LANGKAH 2

Membuang 4 bola pingpong bagi menyamakan jumlah pada setiap

bahagian dacing dan meletakkan bola itu di dalam sebuah kotak.

LANGKAH 3

Membilang jumlah bola pingpong yang berada di dacing dan seterusnya

menentukan apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya ialah 4.

Jadual 5: Pelaksanaan Intervensi 3.

17
5.2 Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan salah satu aspek yang penting semasa menjalankan kajian

tindakan. Data yang dipungut perlu mempunyai kredibiliti. Dengan demikian, data yang

dipungut seboleh-bolehnya perlu disemak untuk menentukan sejauh manakah ianya

boleh dipercayai. Terdapat tiga kaedah mengumpul data yang digunakan dalam kajian

ini iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.

Menurut Merriam (2001), ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif

iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan memantapkan

kebolehpercayaan dan kesahihan internal. Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan saling

melengkapi antara satu dengan yang lain. Ketidakjelasan daripada pengutipan data

pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui temu bual dan sebaliknya, yang

kemudian disokong oleh analisis dokumen. Penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut

merupakan proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat

dan meyakinkan tentang masalah yang dikaji (Mohd, 2005; Nana, 2005).

Triangulasi merupakan prosedur kesahan di mana penyelidik menggunakan

pelbagai sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam

sesuatu kajian. Cohen dan Manion (1994) dan Altrichter et al (1993) telah

mencadangkan beberapa jenis triangulasi yang boleh diamalkan mengikut situasi dan

keperluan kajian iaitu triangulasi masa, triangulasi data, triangulasi sumber dan

triangulasi penyelidik. Pengumpulan data yang menggunakan pelbagai kaedah untuk

tujuan yang sama dipanggil triangulasi data. Dalam kajian ini, saya menggunakan

triangulasi data di mana kaedah mengumpul data yang berlainan dijalankan ke atas

18
responden yang sama. Menurut Marohaini (2001), penggunaan pelbagai teknik

pengutipan data memberi triangulasi atau pengukuhan data.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian berstruktur ke atas kedua-dua responden saya

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Abdul Rahim M. Ali (2001),

menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru mendapat maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut menyatakan terdapat dua

instrumen yang boleh digunakan untuk merekod data pemerhatian iaitu senarai semak

dan skala radar. Pemerhatian yang telah dijalankan diambilkira dari segi keupayaan

responden menggunakan Dacing Penolak untuk menyelesaikan soalan operasi tolak

dalam lingkungan 10 sepanjang pelaksanaan kajian tindakan. Menurut Kamarudin Hj.

Husin dan Siti Hajar (1990), pemerhatian boleh dilaksanakan secara formal dan

berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pemerhatian telah direkodkan menggunakan Instrumen Senarai Semak

Pemerhatian (Lampiran 1). Saya turut merakamkan pemerhatian sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan kamera video. Rakaman video bukan

sahaja dapat merekodkan segala perbualan dan bunyi tetapi segala pergerakan responden

saya semasa melakukan intervensi juga dapat diambil melalui Saya menjalankan

rakaman video ini adalah bertujuan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan

data pemerhatian.

19
5.1.2 Analisis Dokumen

Instrumen Lembaran Kerja (LK) telah diberikan kepada responden saya dalam kajian ini

mengandungi 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam bentuk ayat Matematik

( Rujuk lampiran 2 untuk soalan lemabaran kerja ). Melalui Instrumen Lembaran Kerja

(LK) responden yang dikumpul dapat membantu saya mengesan kelemahan responden

dan tahap keupayaan responden dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi

tambah dalam lingkungan 10. Selain itu, Instrumen Lembaran Kerja (LK) turut dapat

mengesan peningkatan prestasi dan penguasaan kemahiran responden saya dalam

menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 sebelum, semasa dan selepas

intervensi dijalankan. Menurut Ee Ah Meng (2002), dipetik dari Lee Chui Chen

menyatakan bahawa lembaran tugasan diberikan kepada murid bertujuan untuk

mengukuhan konsep yang disampaikan dalam pembelajaran serta menyediakan peluang

bagi murid untuk cuba mengaplikasikan apa yang telah dimuridi.

Dalam hal ini, saya telah menganalisis lembaran kerja yang diberikan kepada

responden saya dalam aspek bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Justeru itu,

perbandingan antara Instrumen Lembaran Kerja (LK) sebelum, semasa dan selepas

menggunakan Dacing Penolak telah dilakukan. Skor lembaran kerja ini dianalisis untuk

mengetahui peningkatan kemahiran responden saya dalam menyelesaikan operasi tolak

dalam lingkungan 10. Data – data analisis dokumen yang dikumpul dapat menjawab

soalan kajian iaitu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam

kalangan murid Pendidikan Khas.

20
5.1.3 Temu bual

Menurut Chua Yan Piaw (2006) mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dua hala

yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian dan melibatkan interaksi bersemuka

antara penemubual dan responden. Temu bual adalah cara yang terbaik untuk meneroka

dan mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Kedua-dua

responden saya telah ditemu bual setelah Dacing Penolak. Temubual ini telah

dilaksanakan secara individu selepas proses kajian tindakan dijalankan. Temubual ini

dijalankan supaya saya dapat mengenalpasti tahap keupayaan murid dalam

menyelesaikan soalan matematik operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam bentuk lisan.

Terdapat 11 item yang terdapat di dalam senarai semak temu bual.

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual

formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Fontana dan Frey (1994) serta

Merriem (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual

berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Bagi kajian

ini, saya telah menjalankan temu bual berstruktur di mana item-item dan prosuder temu

bual dirancang terlebih dahulu. Instrumen Senarai Semak Temu Bual telah disediakan

dan digunakan untuk mengumpul maklumat (Lampiran 3). Responden saya telah

memberikan maklum balas dan kata-kata yang positif selepas menggunakan Dacing

Penolak. Saya menjalankan sesi temu bual di dalam bilik guru untuk membina hubungan

mesra dengan responden.

21
5.3 Cara Menganalisis Data

Pemerhatian

Saya akan menggunakan senarai semak pemerhatian ( Lampiran 1 ) bagi menganalisis

data.Saya akan menanda simbol  bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh

responden dan  bagi jawapan sebaliknya. Selepas itu saya akan membuat graf garis

untuk menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menolak dalam lingkungan 10.

Analisis Dokumen

Saya akan menggunakan graf garis untuk menunjukkan peningkatan dan perbezaan

jumlah soalan yang berjaya dijawab dengan betul bagi ketiga – tiga lembaran kerja.

Rujuk lampiran 4 untuk contoh graf garis yang digunakan.

Pemerhatian

Saya akan menggunakan senarai semak temubual ( Lampiran 3 ) bagi menganalisis

data.Saya akan menanda simbol  bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh

responden dan  bagi jawapan sebaliknya.

22
6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Menurut Mertler (2006), data yang dikumpul perlu dianalisis dan dibuat interpretasi bagi

membolehkan penyelidik melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah

diperoleh. Menurut Creswell (2009) pula menyatakan terdapat dua kaedah

penganalisisan data iaitu kaedah deskriptif dan kaedah naratif. Hasil pengumpulan data

boleh direkodkan dalam bentuk nombor atau pun teks.

Dalam kajian ini, saya menganalisis data yang dikumpul secara kualitatif dan

juga kuantitatif. Data kualitatif adalah data yang diperoleh dalam bentuk teks seperti

transkrip temu bual, nota lapangan dan lain-lain bahan. Data ini diproses secara

sistematik untuk dipersembahkan kepada orang lain (Bogdan dan Biklen, 1992). Selain

itu, data kuantitatif pula adalah data yang diperoleh dalam bentuk numerikal (Creswell,

2009). Kaedah soal selidik tertutup dan ujian merupakan instrumen mengumpul data

berbentuk numerikal yang selalu digunakan oleh penyelidik. Data temu bual,

pemerhatian dan penelitian dokumen juga boleh dianalisis secara kuantitatif jika data

tersebut dikuantitaifkan.

Dapatan yang diperolehi daripada ketiga-tiga kaedah mengumpul data iaitu

kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual dikumpulkan dan

dianalisis. Responden telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran

operasi tambah dalam lingkungan 10 setelah menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa).

Ini menunjukkan keberkesanan intervensi Blok Kira Saya (BoKiYa) dalam

meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 responden. Dapatan

23
kajian bagi ketiga - tiga kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini dijelaskan

secara terperinci seperti yang dinyatakan di bawah:

6.1 Dapatan Analisis Pemerhatian

Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan pemerhatian berstruktur terhadap tingkah

laku responden semasa menggunakan Dacing Penolak yang saya sediakan. Chow Fook

Meng dan Jaizah Mahamad (2011) menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru

menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Seseorang

sentiasa memerhatikan reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku antara

guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Instrumen senarai semak Skala Guttman telah digunakan iaitu analisis skor ‘Ya’

atau ‘Tidak’ untuk mencatat setiap perlakuan dan tindak balas responden. Skala

Guttman (1944) ialah skala yang menginginkan jawaban tegas, seperti jawapan benar-

salah, ya-tidak, pernah-tidak pernah, positif-negatif, tinggi-rendah, baik-buruk dan

seterusnya. Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak. Skala

Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan mahupun daftar senarai semak. Untuk

jawapan positif seperti benar, ya, tinggi, baik dan sebagainya diberi skor 1 manakala

jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk dan sebagainya diberi skor 0.

Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap responden X dan Y bagi setiap

intervensi iaitu Tolak Sebelah Dacing, Seimbangkan Dacing dan Buang Sama Rata.

Setiap intervensi saya jalankan sebanyak tiga sesi. Dapatan analisis pemerhatian dicatat

menggunakan Instrumen Senarai Semak Pemerhatian yang dirancang terlebih dahulu.

Terdapat 15 item yang diperhatikan berdasarkan kefahaman responden menggunakan

24
Dacing Penolak. Saya menanda simbol  bagi setiap item yang dilaksanakan dengan

tepat oleh responden dan  bagi jawapan sebaliknya. Setiap item yang dilaksanakan oleh

responden diberi skor 1 manakala item yang tidak dapat dilaksanakan oleh responden

diberi skor 0. Saya telah menjalankan tiga sesi pemerhatian sewaktu pelaksanaan kajian

dijalankan.

25
Jadual 6: Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Responden X

Intervensi 1: Tolak Sebelah Dacing


Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Membuang bilangan yang betul dari dacing.   
3. Meninggalkan jumlah yang betul pada dacing.   
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   

Skor 0 4 5
Intervensi 2: Seimbangkan Dacing
Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Menyimbangkan dacing dengan membuang jumlah yang   
betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang lebih
banyak.
4. Mengira jumlah yang dibuang dari dacing dengan betul.   

5. Menyatakan jawapan yang betul.   


Skor 0 3 5
Intervensi 3: Buang Sama Rata
Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Mebuang jumlah yang sama rata dari setiap bahagian   
dacing.
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   
Skor 0 2 5
Jumlah Skor 0 9 15

26
Jadual 6 di muka surat sebelumnya menunjukkan hasil catatan Instrumen Senarai

Semak Pemerhatian Responden X. Pada sesi 1, responden X tidak dapat menjalankan

sebarang intervensi disebabkan responden X masih tidak menguasai kemahiran

membilang nombor dengan betul. Hal ini menyebabkan sesi 2 dijlankan bagi menguji

balik kemahrian responden X. Responden X tidak mendapat sebarang skor untuk sesi 1.

Pada sesi 2 pula, responden X menunjukkan peningkatan di mana responden X

telah berupaya melakukan item yang dinilai pada intervensi 1 kecuali bagi item

menyatakan jawapan yang betul. Responden X turut dapat menjalankan intervensi 2

dengan baik di mana responden X dapat mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah

kiri dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan, mengisi jumlah yang betul di bahagian

sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan menyimbangkan dacing

dengan membuang jumlah yang betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang

lebih banyak.. Tambahan pula, responden X juga dapat melaksanakan 2 dari 5 item bagi

intervensi 3 dengan betul iaitu mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri

dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan mengisi jumlah yang betul di bahagian

sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Hal ini telah menyebabkan

sesi yang ketiga dijalankan.

Manakala sesi 3 menunjukkan responden X dapat melaksanakan kesemua item

bagi setiap intervensi yang diperhatikan dengan betul. Ini menunjukkan responden X

dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 jika responden X

dapat memahami dan mengingati langkah-langkah penggunaan intervensi Dacing

Penolak.

27
Jadual 7: Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Responden Y

Intervensi 1: Tolak Sebelah Dacing


Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Membuang bilangan yang betul dari dacing.   
3. Meninggalkan jumlah yang betul pada dacing.   
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   

Skor 0 3 5
Intervensi 2: Seimbangkan Dacing
Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan
3. Menyimbangkan dacing dengan membuang jumlah yang   
betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang lebih
banyak.
4. Mengira jumlah yang dibuang dari dacing dengan betul.   

5. Menyatakan jawapan yang betul.   


Skor 0 2 5
Intervensi 3: Buang Sama Rata
Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Mebuang jumlah yang sama rata dari setiap bahagian dacing.   

4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   


5. Menyatakan jawapan yang betul.   
Skor 0 2 5
Jumlah Skor 0 7 15

28
Jadual 7 di muka surat sebelumnya menunjukkan hasil catatan Instrumen Senarai

Semak Pemerhatian Responden Y. Pada sesi 1, responden Y tidak dapat menjalankan

sebarang intervensi disebabkan responden Y masih tidak menguasai kemahiran

membilang nombor dengan betul. Hal ini menyebabkan sesi 2 dijlankan bagi menguji

balik kemahrian responden . Responden Y tidak mendapat sebarang skor untuk sesi 1

bagi ketiga – tiga intervensi.

Pada sesi 2 pula, responden Y menunjukkan peningkatan di mana responden Y

telah berupaya melakukan 3 daripada 5 item yang dinilai pada intervensi 1 iaitu mengisi

jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan,

membuang bilangan yang betul dari dacing dan meninggalkan jumlah yang betul pada

dacing. Responden Y turut dapat menjalankan intervensi 2 dengan agak baik di mana

responden Y dapat mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing

berdasarkan soalan yang ditanyakan dan mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah

kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Tambahan pula, responden Y juga

dapat melaksanakan 2 dari 5 item bagi intervensi 3 dengan betul iaitu mengisi jumlah

yang betul di bahagian sebelah kiri dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan

mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang

ditanyakan. Hal ini telah menyebabkan sesi yang ketiga dijalankan.

Manakala sesi 3 pula, responden Y dapat melaksanakan kesemua item-item yang

diperhatikan untuk setiap intervensi 1, 2 dan 3. Ini menunjukkan responden Y dapat

meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 jika responden Y dapat

memahami dan mengingati langkah-langkah penggunaan intervensi dacing Penolak.

29
Hasil catatan Instrumen Senarai Semak Pemerhatian bagi kedua-dua responden

dirangkumkan dan dijadikan dalam bentuk graf garis. Rajah 12 di bawah menunjukkan

Graf Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden X dan Responden Y. Skor

responden X dan responden Y dijumlahkan dari setiap intervensi 1, 2 dan 3 dan

dijadikan rujukan peningkatan skor pemerhatian.

16

14

12

10

8 Reponden X
Responden Y
6

0
SESI 1 SESI 2 SESI 3

Rajah 2: Carta Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden X dan Responden Y

Pada sesi 1, responden X menunjukkan jumlah skor yang amat lemah di mana responden

X tidak dapat melaksanakan mana-mana item yang diperhatikan. Peningkatan jumlah

skor bagi sesi 2 iaitu dari 0 ke 9 menunjukkan responden X dapat memahami

pelaksanaan penggunaan intervensi Dacing Penolak. Seterusnya, responden X dapat

melaksanakan kesemua item-item yang diperhatikan bagi sesi 3 di mana responden X

mendapat jumlah skor sebanyak 15. Bagi responden Y pula, peningkatan jumlah skor

turut berlaku pada setiap sesi pemerhatian dijalankan. Pada sesi 1, responden B tidak

30
berupaya mendapat skor dan seterusnya meningkat pada 7 pada sesi 2. Pada sesi 3 pula,

responden B mendapat jumlah skor sebanyak 15.

Kedua-dua responden menunjukkan peningkatan yang ketara bagi jumlah skor

untuk Instrumen Senarai Semak Pemerhatian. Apabila kedua-dua responden semakin

memahami langkah pelaksanaan intervensi Dacing Penolak, responden X dan responden

Y juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Pemerhatian dapat mencapai objektif

kajian iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10

menggunakan Dacing Penolak dan soalan kajian juga dapat dijawab iaitu Dacing

Penolak dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

31
6.2 Dapatan Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,

penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat

terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji. Analisis dokumen

digunakan untuk menilai prestasi responden dalam penguasaan kemahiran operasi tolak

dalam lingkungan 10 selepas melaksanakan intervensi Dacing Penolak. Dapatan analisis

dokumen dianalisa berdasarkan Instrumen Lembaran Kerja (LK).

Sebelum melaksanakan intervensi pada kedua-dua responden, saya telah

memberikan Lembaran Kerja 1 (LK 1) pada responden Lembaran Kerja 1 (LK 1) yang

diberikan mengandungi 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10. Setelah

melaksanakan ketiga – tiga intervensi dalam kajian saya, saya telah mentadbir lembaran

kerja terhadap responden saya sebanyak dua kali. Soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK

2) digubal seperti soalan yang disediakan dalam Lembaran Kerja 1 (LK 1) (Lampiran

E). Responden menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dengan menggunakan

Dacing Penolak.

Untuk menguji kefahaman responden saya dalam melaksanakan lembaran kerja,

saya telah melaksanakan Lembaran Kerja 3 (LK 3) pada hari berikutnya berikutnya

masih dengan bantuan bantuan Dacing Penolak (Lampiran F). Soalan-soalan Lembaran

Kerja 3 (LK 3) adalah sama seperti soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) tetapi saya

telah menukar urutan nombor soalan. Selain itu, tujuan saya menjalankan lembaran kerja

sebanyak tiga kali adalah untuk mengukuhkan lagi kefahaman responden dalam

kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

32
Untuk mendapatkan hasil analisis dokumen ini, saya telah membuat

perbandingan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden dalam

kesemua lembaran kerja yang telah saya jalankan. Dapatan analisis dokumen ini dapat

menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran dan intervensi yang saya jalankan

kepada responden dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran operasi tambah

dalam lingkungan 10.

10
9
8
7
6
Skor

5
4
3
2
1
0
LK 1 LK 2 LK 3
Responden X 2 4 5
Responden Y 1 3 4

Rajah 3: Graf Peningkatan Skor Lembaran Kerja (LK) Responden X dan Y

Rajah 3 di atas menunjukkan peningkatan skor lembaran kerja kedua-dua

responden telah meningkat selepas menggunakan Dacing Penolak. Sekurang-kurangnya

3 daripada 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dijawab dengan betul oleh

responden X dan Y dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan Lembaran Kerja 3 (LK 3). Hal

ini membuktikan bahawa mereka telah memahami konsep penambahan setelah

melaksanakan intervensi ini.

33
Walaupun selepas satu hari tidak menggunakan Dacing Penolak yang saya

ciptakan, responden saya berupaya menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10

dengan betul di mana responden X betul bagi semua soalan iaitu 5 dan responden Y

berjaya menjawab 4 daripada 5 soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3). Perkara ini

menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam

lingkungan 10 bagi responden X dan Y walaupun setelah sehari tidak menggunakan

tidak menggunakan bahan konkrit semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan

analisis dokumen yang diperolehi dapat mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan

kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak dan dapat

menjawab soalan kajian iaitu Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi

tolak dalam lingkungan 10 bagi kalangan murid pendidikan Khas.

6.3 Dapatan Temu Bual

Di dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan kaedah temu bual sebagai salah

satu cara untuk mengumpul data sepanjang kajian ini dilaksanakan. Hasil dari analisis

dapatan temu bual dapat membantu saya memahami keberkesanan intervensi saya

Dacing Penolak yang saya gunakan dalam kajian ini. Selain itu, saya juga dapat

mengenalpasti sama ada penguasaan responden dalam kemahiran operasi tambah dalam

lingkungan 10 dapat ditingkatkan atau pun sebaliknya.

Penggunaan temu bual secara berstruktur direkod menggunakan Instrumen

Senarai Semak Temu Bual yang telah disediakan terlebih dahulu item-itemnya.

Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak

Skala Guttman seperti yang telah digunakan dalam Instrumen Senarai Semak

34
Pemerhatian. Bagi Instrumen Senarai Temu Bual ini juga, saya akan menanda simbol 

bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh responden dan  bagi jawapan

sebaliknya. Jadual 6 menunjukkan hasil dapatan temu bual yang dicatat dalam Instrumen

Senarai Semak Temu Bual.

Jadual 8: Instrumen Senarai Semak Temu Bual

Pendapat Responden
Responden
Bil. Item X Y
Adakah:
1. Anda faham cara cikgu mengajar operasi tolak dalam
lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak?
 
2. Dacing Penolak membantu anda belajar operasi tolak dalam
lingkungan 10?
 
3. Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak
dalam lingkungan 10.
 
Pencapaian Responden
Responden
Bil. Item X Y
Bolehkah anda:
1. Melaksanakan intervensi 1 dengan cara yang betul.
 
2. Melaksanakan intervensi 2 dengan cara yang betul.
 
3. Melaksanakan intervensi 3 dengan cara yang betul.
 
4. Selesaikan soalan 5-2= menggunakan Dacing Penolak dengan
betul.
 
5. Selesaikan soalan 7-3= menggunakan Dacing Penolak dengan
betul.
 
6. Selesaikan soalan 8-2= menggunakan Dacing Penolak dengan
betul.
 
7. Selesaikan soalan 8-6= menggunakan Dacing Penolak.
 
8. Selesaikan soalan 7-3= menggunakan Dacing Penolak dengan
betul
 
Berdasarkan hasil dapatan Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini

menunjukkan responden X dan responden Y masing – masing memberikan tindak balas

35
yang positif bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Dacing

Penolak. Mereka lebih memahami konsep penolakan atau pengurangan yang cuba

diketengahkan melalui intervensi yang dijalankan. Selain itu, mereka juga menyatakan

bahawa penggunaan Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam

lingkungan 10.

Di samping itu, saya juga menjalankan temu bual dengan menguji kefahaman

responden menggunakan Dacing Penolak. Responden X dan responden Y dapat

melaksanakan intervensi 1, 2 dan 3 dengan cara yang betul dengan menggunakan

Dacing Penolak. Ini menunjukkan responden X dan responden Y memahami dan

mengingati setiap fungsi – fungsi yang terdapat pada Dacing Penolak. Tambahan pula,

saya turut menjalankan temu bual yang berkisarkan bagaimana menyelesaikan soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan dacing Penolak.

Terdapat lima soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 yang diuji dan

responden dikehendaki menunjukkan cara mendapatkan jawapan bagi kesemua soalan

menggunakan Dacing Penolak. Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Temu

Bual menunjukkan responden X dan Y masing – masing dapat ,menjawab kesemua

soalan yang ditanyakan dengan penggunaan Dacing Penolak yang betul. Jadual 8 dapat

menunjukkan peningkatan prestasi responden bagi kemahiran operasi tolak dalam

lingkungan 10. Justeru itu, objektif kajian ini iaitu meningkatkan kemahiran operasi

tolak dalam lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak dapat dicapai dan soalan

kajian ini dapat dijawab iaitu Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi

tambah dalam lingkungan 10 bagi kalangan murid pemulihan.

36
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Hasil dapatan dan analisis kajian tindakan menggunakan Dacing Penolak dapat

mencapai objektif kajian saya. Hal ini terbukti apabila terdapat perubahan yang berlaku

terhadap penguasaan responden dalam kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam

lingkungan 10. Hal ini dapat dilihat menerusi peningkatan skor Lembaran Kerja 1 (LK

1), Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan Lembaran Kerja 3 (LK 3) di mana responden

menunjukkan perbezaan skor yang ketara dalam menyelesaikan soalan – soalan operasi

tolak dalam lingkungan 10. Hasil dapatan analisis dokumen ini dapat diperkukuhkan lagi

dengan dapatan analisis pemerhatian di mana pada sesi pertama responden X dan

responden Y tidak dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 3 soalan operasi tolak

dalam lingkungan 10 dengan betul. Pada sesi kedua dan ketiga, terdapat peningkatan

pada responden X dan responden Y di mana mereka dapat menyelesaikan sekurang-

kurangnya 3 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul.

Di samping itu, dapatan analisis temu bual juga menunjukkan responden X dan

responden Y dapat memahami konsep penolakan menggunakan dacing penolak. Kedua

– dua responden ini turut dapat menunjukkan cara menyelesaikan kelima – lima soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul menggunakan dacing penolak. Hasil –

hasil dapatan daripada pelbagai kaedah dapat menjawab soalan kajian ini iaitu dacing

Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 bagi

kalangan murid Pendidikan Khas. Penggunaan dacing Penimbang ternyata berkesan dan

bertepatan dengan saranan Zainal dan Suhaila (2010) yang menyatakan bahan konkrit

hendaklah digunakan pada peringkat permulaan dalam pengajaran konsep asas

37
Matematik kerana murid Pendidikan khas akan berpendapat Matematik adalah subjek

yang sukar dimuridi dan membosankan.

Selain itu, intervensi permainan Seimbangkan Dacing turut menyumbang kepada

keberkesanan intervensi yang dijalankan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa

murid yang belajar melalui pengalaman konkrit dalam situasi – situasi bermain seolah -

olah mempunyai asas yang lebih kukuh dalam konsep nombor dan seterusnya membantu

mereka dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 seperti yang

dinyatakan oleh Marshall dan Swan (2007).

Responden menunjukkan peningkatan bukan sahaja dari segi kemahiran

menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 malahan turut meningkatkan

kecekapan responden saya dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar

jangkaan saya. Saya tidak menyangka responden saya berupaya menyelesaikan soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 walaupun sudah berselang sehari tidak menggunakan

Dacing Penolak terutamanya responden Y yang menunjukkan sifat kurang yakin

sebelum intervensi ini dijalankan. Hal ini menunjukkan mereka sudah mahir dan

berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Tambahan pula, saya turut menjalankan pelaksanaan langkah - langkah

intervensi menggunakan prinsip pengajaran Matematik iaitu dari mudah ke sukar. Saya

mendapati apabila responden didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan mengira

nombor terlebih dahulu, responden lebih faham dan secara tidak langsung mengukuhkan

kefahaman serta ingatan responden bagi kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

38
Isi dan intervensi – intervensi pengajaran dan pembelajaran perlulah selari dengan

perkembangan kognitif murid. Ini disokong oleh kajian dan pemerhatian yang telah

dijalankan oleh Bruner dan Kenney pada tahun 1963, mereka telah berjaya membina

empat teorem pembelajaran Matematik (Mok Soon Sang, 1996). Menerusi kajian

tersebut, teorem tatanda merupakan salah satu teorem pembelajaran Matematik iaitu

tatatanda Matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid

tersebut.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan, responden saya

menunjukkan minat yang mendalam untuk menggunakan Dacing Penolak yang

diperkenalkan pada mereka. Responden saya kelihatan teruja dan ingin tahu kegunaan

Dacing Penolak apabila saya menunjukkan Dacing Penolak kepada mereka. Intervensi

Dacing Penolak menyediakan responden saya dengan pengalaman menggunakan bahan

konkrit dan intervensi hands-on serta belajar sambil bermain sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Penggabungan pelbagai unsur pengajaran dan

pembelajaran dalam intervensi telah menjadikan Dacing Penolak sebagai satu intervensi

untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Menurut Kraus (1990), bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-

kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

Bermain juga bukanlah satu intervensi yang dipaksa malah merupakan keinginan

semulajadi kanak – kanak. Manakala menurut D’ Augustine, 1973; Sobel dan Malettsky

(1972) pula menyatakan permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat

mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Ianya juga

dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai
39
masalah Matematik. Unsur permainan yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran sedikit sebanyak membantu responden meminati mata pelajaran

Matematik walaupun mereka tahu bahawa mata pelajaran Matematik agak sukar untuk

dimuridi. Saya menyedari perihal ini apabila responden mula mencari masa terluang ke

bilik pemulihan dan mencari saya untuk menggunakan intervensi Dacing Penolak.

Namun begitu, semasa intervensi dijalankan, saya mendapati responden mudah

jemu dan letih apabila mereka perlu menyelesaikan soalan operasi tolak dalam

lingkungan 10 sebanyak 5 item. Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata –

kata galakan membantu saya meyakinkan responden untuk menyempurnakan lembaran

kerja. Selain itu, saya turut menjalankan sistem token di mana responden mendapat

token bagi setiap jawapan atau perlakuan positif yang dilakukan oleh responden.

Responden boleh menukar token yang dikumpulkan dengan ganjaran yang ditetapkan

oleh saya. Menurut B.F. Skinner (1953) menyatakan bahawa peneguhan positif ialah

pembentukan tingkah laku di mana ia lebih efektif untuk perubahan dan pengekalan

tingkah laku. Melalui cara ini, saya dapati responden lebih fokus dan cuba

menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan penghasilan Blok Kira Saya (BoKiYa)

yang dapat meningkatkan pencapaian responden dalam kemahiran menyelesaikan

operasi tambah dalam lingkungan 10. Tambahan pula, responden turut menunjukkan

perubahan dari segi tingkah laku yang positif di mana responden lebih yakin dan cekap

menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Hasil kajian saya jelas

menunjukkan perubahan kepada kedua-dua orang responden saya tinggi nilainya selepas

menggunakan Dacing Penolak.


40
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan dijalankan untuk memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan

pembelajaran guru semasa di dalam bilik darjah. Menerusi kajian tindakan, guru bukan

sahaja boleh membantu guru menambahbaik diri malahan turut melengkapkan guru

dengan ilmu pengetahuan serta maklumat-maklumat baru yang berkaitan tentang

pedagogi pendidikan. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita perlu menjalankan

lebih banyak kajian untuk memantapkan lagi kajian tindakan yang telah saya laksanakan

dan diharapkan dapat menambahbaikan kajian tindakan saya pada masa akan datang.

Untuk kajian yang seterusnya, saya mengharapkan intervensi Dacing Penolak

dapat diaplikasikan dan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah-

sekolah lain untuk menguji keberkesanan intervensi Dacing Penolak dalam

meningkatkan operasi tolakambah dalam lingkungan 10 khususnya bagi kalangan murid

pemulihan.

Selain itu, saya juga ingin menambahbaik dari segi kualiti intervensi Dacing

Penolak dengan menggunakan bahan yang lebih ringan dan mudah didapati serta ukuran

yang lebih tepat. Permainan lego amat sesuai digantikan sebagai bahan untuk intervensi

Blok Kira Saya (BoKiYa). Ini adalah kerana permainan lego diperbuat dari plastik dan

bahan tersebut ringan serta mudah didapati di pasaraya. Tambahan pula, setiap lego

yang dihasilkan mempunyai ukuran yang tepat serta tidak perlu diperbaiki berbanding

penggunaan kayu yang perlu dipotong mengikut ukuran yang ditetapkan. Di samping

itu, permainan lego juga disediakan dengan pelbagai warna dan bahan tersebut mudah

dipasang serta dileraikan untuk disimpan.

41
Selain itu, saya juga ingin memperbanyakkan intervensi – intervensi permainan

serta memasukkan unsur penceritaan bagi langkah – langkah pelaksanaan intervensi

yang dijalankan. Intervensi permainan lebih menarik minat dan memberi fokus yang

lebih baik khususnya untuk murid-murid pemulihan khas yang menganggap mata

pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran yang susah dan membosankan. Unsur

penceritaan pula akan menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid – murid

Pendidikan Khas dan secara tidak langsung mereka akan cuba menyelesaikan soalan-

soalan yang diberi untuk mengetahui sambungan cerita yang selanjutnya.

Kajian tindakan seterusnya boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran

operasi - operasi asas yang lain seperti tanbah, darab dan bahagi. Saya juga ingin

mengubahsuai intervensi Dacing Penolak dan jadikan dalam bentuk interaktif selaras

dengan kehendak globalisasi yang mementingkan pengunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, saya berharap agar kajian

tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja malahan akan diperkenalkan di

peringkat antarabangsa.

42
9.0 RUJUKAN

Ilmiah

Ackah Jnr. (2009). Introduction to children with exceptional needs (4th ed). Cape

Coast: My

Redeemer Lives Inc.

Akhiar Pandi dan Shamsina Abdullah. (2001). Pengantar Penyelidikan Tindakan

Dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chong Lean Keow. (2008). Murid dan alam belajar. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Harris, Albert J. (1980) Improving The Teaching Of Reading. New york: Longman,

Green & Co.

Jamila K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.

Pahang: PTS

Publishing Sdn. Bhd.

John Everatt. (2008). Reading and Dyslexia : Visual and Attentional Processes.

London: Macmillan

KA Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad (2003)..

Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

43
Shahabuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran Kerohanian Kanak-kanak. Selangor: PTS Media Group Sdn. Bhd.

Internet

Slide Share (2012, 09. 18). Fokus Kepada Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.
Dilayari pada 17. 03. 2015, daripada : https://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-
ABM

Nurul Nabila (2013, 05. 18). Cara Pengumpulan data. Dilayari pada 17. 03. 2015,
daripada : http://www.academia.edu/3834109/CARA_PNGUMPULAN_DATA

Acamedia.com (2012, 09. 18). Laporan Kajian Tindakan. Dilayari pada 24. 08. 2015,
daripada : https://www.academia.edu/4882337/LAPORAN

44

You might also like