Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

4.

0 KONSEP KREATIVITI

Kreativiti merupakan suatu kelebihan dan kebolehan seseorang dalam setiap


bidang yang diceburi. Insan yang dianugerahkan dengan kreativiti ialah insan yang
diberikan kelebihan untuk mencari dan mencipta sesuatu yang unik. Kreativiti ini
dapat mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Dalam
bidang pendidikan, kreativiti amat dititikberatkan dan digalakkan kepada pelajar
agar mereka dapat berfikir di luar daripada kebiasaan atau berfikir di luar kotak.
Kreativiti ini menjadi fenomena jika sesuatu yang dihasilkan dapat menarik
perhatian dan memberikan kesan langsung kepada orang ramai.

Kebolehan semula jadi yang dianugerahkan ini merupakan kebolehan kreatif


yang mampu membawa seseorang kepada penciptaan yang lebih baik seterusnya
membezakan mereka dengan kebanyakan individu di sekeliling mereka. Menurut
Leonard M. S. Young dalam Wan Zaliha Wan Othman dan Ratna Laila Sahidin
(2017), kreativiti ialah kebolehan kreatif secara semula jadi yang membawa
perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu tersebut. Tambah beliau lagi,
kualiti tersebut yang membezakan individu tersebut daripada kumpulan manusia
yang kurang kreatif. Menurut Hizari Othman (2000), manusia yang mempunyai
kebolehan kreatif telah direkodkan sebagai manusia yang berbakat semula jadi
yang dapat meletakkan manusia pada suatu tahap yang berbeza daripada manusia
lain. Apa-apa sahaja bahan daripada proses kreatif yang terhasil dikatakan sebagai
kreativiti. Definisi kreativiti merujuk kepada kesanggupan mencipta atau
kemampuan untuk mewujudkan suatu kombinasi baharu.

Berdasarkan Kamus Dewan (2013), kreativiti bermaksud kemampuan


(kebolehan) mencipta daya kreatif. Kreativiti juga merujuk kepada proses kreatif
yang dilalui oleh individu kreatif untuk memperlihatkan sesuatu yang berlainan
daripada manusia biasa. Hal ini tidak bermaksud bahawa mereka mencuba
melakukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka juga manusia biasa. Dalam hal
ini, individu yang kreatif mempunyai cara tersendiri untuk memaparkan sesuatu
yang dirasakan perlu dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Walaupun insan
kreatif mampu melahirkan pelbagai kreativiti, namun mereka masih lagi berpegang
kepada langkah-langkah tertentu yang perlu dilalui. Proses tersebut perlu diikuti
lantaran adanya sifat peka dan prihatin terhadap sesuatu yang mempengaruhi diri
mereka. Kepekaan dan keprihatinan dalam diri individu kreatif ini didorong oleh
sikap mereka yang ingin menyampaikan sesuatu yang bersesuaian dan relevan
untuk dikongsi dengan orang lain.

4.1 Ciri-ciri Kreativiti

Secara umumnya, terdapat empat ciri kreativiti dalam penghasilan kreativiti. Ciri-ciri
tersebut dapat dilihat menerusi rajah x.

Rajah x: Ciri-ciri Kreativiti

Ciri-ciri
Kreativiti

Pengurusan Mempunyai bersifat


bernilai
Imaginasi tujuan autentik

4.1.1 Pengurusan Imaginasi

Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli.
Perkara ini juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini
melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai
permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana
memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai
perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan
dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diimplimentasikan ke
dalam bidang yang baharu atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek
fundamental pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik,
melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini tidak pernah
dilihat.
4.1.2 Mempunyai Tujuan

Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku
secara kebetulan. Kebiasaannya perkara tersebut berlaku apabila seseorang
sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada
awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau
bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru,
objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sepenuhnya. Hal ini
menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.
Sebagai contoh, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya
upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

4.1.3 Bersifat Autentik

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah autentik. Dalam
hal ini, autentik atau keaslian bermaksud suatu idea baharu yang dihasilkan secara
unik oleh seorang individu atau berkumpulan. Secara umumnya, keaslian dapat
diklasifikasikan kepada tiga jenis seperti yang ditunjukkan oleh rajah x.

Rajah x: Kategori Autentik

Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan


dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.

Sesuatu produk atau karya yang dihasilkan boleh dikatakan asli


apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.

Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum
ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.
Berdasarkan rajah tersebut, kategori keaslian pertama dan kedua lebih
berfokus kepada perkembangan individu. Manakala, kategori ketiga penting untuk
perkembangan masyarakat secara global.

4.1.4 Bernilai

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada
tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk
menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu
idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai
berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian
sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan.
Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan
praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
4.2 Peribadi Kreatif

Setiap manusia akan melalui beberapa proses kreatif ketika menghasilkan karya
masing-masing. Tanpa proses kreatif, hasil yang dicerna mungkin kurang bermutu
kerana kekurangan bahan yang mantap. Untuk menghasilkan sesuatu bahan sama
ada bahan penulisan atau bahan kreativiti yang lain, setiap manusia mempunyai
pegangan, aliran dan ideologi tersendiri bermula daripada proses pengumpulan
bahan sehingga selesai sesuatu kreativiti yang dihasilkan. Proses kreatif yang dilalui
oleh individu kreatif menggambarkan corak pemikiran masing-masing. Idea yang
ada disalurkan dalam bentuk dan gaya tersendiri berasaskan tuntutan dan desakan
dalam diri masing-masing. Individu yang kreatif mungkin mengambil masa yang
singkat atau sebaliknya dalam proses penghasilan sesuatu bahan. Hal ini
bergantung kepada kesediaan dan kesungguhan yang ada pada diri mereka.

Kadangkala idea-idea yang hadir dalam pemikiran individu kreatif tidak


disedari dan dilahirkan secara spontan. Pemikiran yang datang secara tiba-tiba ini
adalah perkara biasa yang dialami oleh individu kreatif. Untuk memantapkan lagi
bahan-bahan yang dihasilkan, mereka akan membuat penelitian dan mengkaji
sesuatu isu yang hadir dalam pemikiran mereka. Langkah seperti ini memberikan
kepuasan kepada mereka seterusnya mampu menghasilkan bahan yang bermutu
tinggi.

Walaupun individu kreatif sering dianggap sebagai manusia yang


mempunyai daya atau darjah pemikiran yang berlainan, namun mereka masih lagi
berpegang kepada langkah-langkah tertentu. Meskipun banyak tanggapan yang
dilontarkan kepada insan kreatif tetapi mereka tetap dengan cara yang tersendiri
dalam menyuarakan dan mengetengahkan sesuatu isu terutama dalam bidang
penulisan kreatif menerusi karya-karya cerpen, drama, novel, sajak dan sebagainya.
Insan-insan kreatif melahirkan idea dalam pelbagai gaya dan terdapat juga dalam
kalangan mereka yang menulis untuk meluahkan perasaan geram kepada individu
lain. Namun, setiap idea yang disusun dan ditulis dianalisis lebih dahulu agar idea
tersebut benar-benar memberikan manfaat kepada semua orang. Walau apa-apa
jua proses yang dilalui oleh individu kreatif, namun mereka mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang mendorong dan menggerakkan mereka untuk berkarya dengan lebih
serius.
4.3 Ciri-ciri Peribadi Kreatif

Individu yang kreatif mempunyai personaliti istimewa berbanding dengan orang


biasa. Setiap perkara yang dilakukan oleh mereka akan mendapat perhatian
daripada orang ramai. Individu yang kreatif akan mencipta sesuatu produk yang
bahan dan unik. Setiap produk yang dihasilkan bertujuan menyelesaikan sesuatu
masalah. Dalam bidang penulisan kreatif, idea yang muncul membolehkan individu
kreatif mencipta sesuatu sepeni menulis cerita, sajak, cerpen, dan puisi yang
mampu meninggalkan kesan mendalam kepada manusia yang menikmatinya.
Individu kreatif boleh juga dilihat berdasarkan kelainan yang ada pada dirinya.
Namun, mereka sering kali tidak menyedari tentang kebolehan kreatif yang ada
dalam diri mereka. Ada juga dalam kalangan mereka menganggap bahawa
kelebihan kreatif tersebut lahir tanpa disedari atau tidak disengajakan. Pakar-pakar
menyatakan bahawa individu kreatif dapat diketahui menerusi kaedah menanggapi
sesuatu dan memperlihatkan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu yang
dilakukannya.

Insan yang kreatif tidak mudah menerima kekurangan yang ada dalam
dirinya. Mereka juga sering kali tidak berasa puas terhadap pencapaian yang telah
diperoleh. Oleh itu. mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai kemuncak
kepuasan di samping berusaha menemukan jalan terbaik untuk kepuasannya.
Individu kreatif tidak akan gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama
ada gagal atau sebaliknya. Sekiranya gagal, mereka akan berusaha mencari
pelbagai alternatif untuk mengatasi dan menjayakan sesuatu yang telah
dimulakannya. Mereka tidak akan sekali-kali mengalah atau menyerahkannya
kepada takdir semata-mata. Sikap positif sedemikian membolehkan mereka berjaya
dalam bidang yang diceburi.
5.0 PROSES KREATIF

Proses kreatif bermaksud seseorang individu dapat atau berkemampuan mencipta


atau menghasilkan sesuatu (Kamus Dewan, 2013). Hal ini bermaksud bahawa
setiap manusia yang kreatif mampu atau berkebolehan mencipta apa-apa sahaja
yang dirasakannya sama ada daripada dalaman atau luaran. Hasil kreatif yang
dimanifestasikan itu mencerminkan usaha seseorang dalam penciptaan sesuatu
sama ada hasil sastera atau hasil bukan sastera. Dalam proses kreatif,
kebiasaannya manusia bersifat egosentris, iaitu sifat untuk memenuhi naluri dan
memperjelas pendiriannya. Perkara ini bermakna bahawa proses kreatif akan
mengalami perkembangan meditasi untuk mencari realiti kemanusiaan.

Dalam penciptaan sesuatu, kekreatifan seseorang sentiasa merujuk kepada


proses kreatif yang dialaminya. Proses kreatif bagi setiap individu adalah berbeza-
beza mengikut pengalaman yang dilalui oleh setiap individu tersebut. Menurut
Darmanto, setiap orang adalah berbeza-beza.

“Setiap orang telah diciptakan berbeza-beza. Terdapat pepatah yang


menyatakan bahawa “tidak ada orang yang sama.” Ahli-ahli etologi melihat
perbezaan-perbezaan ini bukan sekadar perbezaan keturunan antara spesies
dalam proses evolusi yang panjang, namun sampai ke masing-masing anggota
spesies. Dalam pengamatan para ahli perilaku alami ini, maka secara alamipun
tidaklah dimungkinkan lahirnya karya seni yang sama.”

(Darmanto, 1985)

Terdapat individu yang melakukan proses kreatifnya dalam jangka masa


yang pendek dan ada juga antara mereka yang memerlukan masa yang sangat
panjang. Kebiasaannya, tempoh laluan proses kreatif ini membolehkan seseorang
memanifestasikan sesuatu dengan lebih baik bermula dari awal sehingga
berakhirnya proses tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa proses kreatif dilalui oleh
insan dengan penuh sedar terhadap aspek-aspek yang bersangkutan dengan
dirinya. Segala yang dialami, dinikmati, dirasai, dan dihayati serta dimanipulasikan
dalam keadaan yang masih waras seterusnya diadunkan bersama-sama untuk
menghasilkan sesuatu produk sastera seperti penulisan sastera kreatif.
Proses kreatif sudah pasti berperanan untuk membentuk dan menyampaikan
sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Proses kreatif melalui penulisan
memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk memberikan manfaat
dan melahirkan kelangsungan peranan penulis kepada pembaca. Pembacaan ini
membantu memberikan ilham dan mematangkan seseorang untuk menghasilkan
karya yang lebih bermutu. Peranan yang ditampilkan oleh proses kreatif ini dapat
diteliti menerusi pembacaan mendalam terhadap karya-karya yang dihasilkan lebih
awal. Secara umumnya, proses kreatif dapat dibahagikan kepada dua iaitu proses
dalaman dan luaran.

Proses Kreatif

Proses Dalaman Proses Luaran


(Unsur-unsur Intrinsik) (Unsur-unsur ekstrinsik)

5.1 Proses Dalaman (Unsur-unsur Intrinsik)

Peranan proses kreatif secara intrinsik melibatkan sesuatu yang tersirat dan tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Perkara tersebut hanya dapat diketahui sekiranya
karya-karya yang terhasil diteliti dengan mendalam. Peranan yang sering
diperkatakan oleh setiap penulis adalah untuk menghasilkan karya yang bermutu
atau berkualiti. Apabila seseorang pengarang melalui proses kreatif yang sempurna,
maka karya yang dihasilkan dapat membentuk pemikiran bernas dan berkualiti.
Penghasilan karya yang berkualiti merupakan suatu proses yang mengambil masa
panjang kerana terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dan dipatuhi. Disiplin
ini menjanjikan sesebuah karya dapat dihasilkan dalam masa yang singkat atau
sebaliknya. Mereka mesti mengikuti disiplin-disiplin secara dalaman yang tidak
dapat diteliti dengan jelas untuk menghasilkan karya yang bermutu. Bentuk dalaman
ini bersifat peribadi dan melibatkan perasaan pengarang.
Perkara tersebut sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh
Dharmawijaya (dalam Wan Zaliha Wan Othman dan Ratna Laila Shahidin, 2017),
beliau menyatakan bahawa bentuk dalaman sebenarnya membawa kepada sifat
yang lebih abstrak, iaitu cara persembahan fikiran dan emosi atau perasaan. Oleh
itu, bentuk bahagian ini boleh juga diertikan sebagai struktur puisi. Setiap binaan
dalam sesebuah karya menggambarkan kesan fikiran serta perasaan. Binaan-
binaan tersebut termasuk susunan baris dan rangkap yang terhasil daripada
penggunaan bahasa.

Bentuk dalaman yang abstrak ini menunjukkan bahawa pengarang sudah


melalui beberapa peringkat pemikiran sebelum menyusun idea untuk
mempersembahkan emosi mereka. Peringkat-peringkat pemikiran yang panjang
membolehkan mereka membuat susunan perkataan dan ayat sehingga melahirkan
satu persembahan fikiran yang tersusun. Dari segi pengalaman pula, proses kreatif
yang sempurna mampu membawa masyarakat meneroka zaman sejarah. Perkara
ini pasti dapat menyedarkan mereka tentang segala yang terjadi ketika karya itu
dihasilkan. Oleh sebab pengarang meneliti setiap fakta dan peristiwa sejarah, maka
mereka juga terpaksa meneliti proses kreatif untuk disesuaikan dengan karya
mereka. Hal ini bermaksud bahawa proses kreatif berperanan untuk menceritakan
masa lampau.

Apabila penulis dapat menceritakan masa lampau dengan baik dalam


karyanya, maka proses kreatif yang dilalui akan dirasai sepenuhnya dan dapat
menaikkan semangat nasionalisme masyarakat. Semangat ini juga penting untuk
menyedarkan masyarakat tentang keadaan pada masa lampau itu. Menerusi
pengumpulan cerita-cerita sejarah, maka pengarang dapat merasai dan mengalami
sendiri perasaan dan situasi yang berlaku dalam peristiwa masa lampau itu.
Sebagai contoh, pengumpulan cerita-cerita berkaitan peperangan yang telah terjadi
pada masa lampau menyebabkan pengarang dapat merasai suasana peperangan
tersebut. Apabila cerita-cerita telah dikumpulkan, susunan mengikut kronologi
dilakukan untuk mendatangkan impak cerita yang lebih baik dan menarik. Selepas
proses pengumpulan berlaku, penulis akan melalui proses pengeraman sebelum
melahirkan sesuatu karya. Karya yang dihasilkan pasti dapat dimantapkan kerana
penulis telah melalui beberapa pertimbangan untuk menghasilkan karya.

Proses kreatif yang dilalui juga akan mempertontonkan pengalaman


pengarang secara langsung atau simbolik. Pengarang mungkin akan menceritakan
secara langsung tentang segala yang dialami setelah merasai, merenung, dan
menghayati sesuatu peristiwa sejarah. Pengalaman yang dipamerkan menerusi
karya tersebut juga mungkin sekadar simbolik daripada perkara-perkara yang dilihat
di persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pengalaman pengarang yang
dipamerkan secara simbolik boleh juga menimbulkan keindahan kepada pendengar
kerana pengarang telah melalui beberapa langkah daripada proses kreatif.

Karya yang berkualiti dan menarik akan terhasil melalui proses pemeraman,
penapisan, dan penilaian semula. Karya yang berkualiti penting untuk menjelaskan
mesej yang disampaikan dengan cara yang lebih bijak dan sistematik. Di samping
itu, karya yang berkualiti turut memberikan impak positif kepada pengarang untuk
menyerlahkan lagi bakat yang ada dalam dirinya. Bakat yang ada menjadi lebih baik
sekiranya seseorang pengarang memberikan perhatian dan peka dengan perkara
yang ingin disampaikan dan ditulis.

Kepekaan dan keprihatinan penulis menjadikan mereka lebih berhati-hati.


Oleh itu, setiap isu yang diperkatakan akan dipertimbangkan dan diteliti dengan
mendalam. Sikap pengarang yang sentiasa peka terhadap sebarang fenomena
sekeliling dapat memperkukuh dan memantapkan lagi persembahan mereka.
Pengarang juga akan menjadi seseorang yang lebih teliti dalam melihat sesuatu
persoalan menerusi proses kreatif yang panjang. Ketajaman dan kehalusan
perasaan pula timbul daripada karya kerana berlakunya proses pengeraman yang
lama terhadap sesuatu isu. Perkara ini memperlihatkan betapa halusnya corak
penyampaian puisi tersebut kerana proses yang dilalui penuh dengan ketelitian.
5.2 Proses Luaran (Unsur-unsur Ekstrinsik)

Proses kreatif yang dilalui dalam proses luaran melibatkan perkara-perkara yang
berlaku di luar dan di sekeliling pengarang. Peranan proses kreatif secara luaran
ialah peranan yang melibatkan sesuatu yang tersurat dan dapat dilihat jelas dengan
mata kasar. Apabila pengarang melalui proses kreatif, hal ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis seseorang.

Proses luaran yang dilalui melibatkan pertimbangan yang dilakukan dalam


pelbagai aspek termasuk penggunaan aspek bahasa. Penggunaan perkataan yang
menarik dan bersesuaian membantu memperlihatkan proses kreatif yang matang
dan mengikut kaedah serta gaya penulisan yang sebenar.

Oleh sebab pengarang juga merupakan manusia biasa yang memiliki


perasaan seperti orang lain, maka mereka mencuba menyampaikan hasil karya
dengan menggunakan perkataan yang paling bijak dan mempunyai daya tarikan.
Pengarang dan bahasa merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kedua-dua
perkara ini memainkan peranan penting dalam penghasilan karya yang bermutu.
Menurut Ahmad Kama! Abdullah (1990), pada dasarnya, manusia yang menjadi
pengarang ialah manusia yang kaya dengan perasaan dan perkataan. Istilah kaya
dengan perasaan tentu sahaja dihubungkan dengan emosi seseorang.

Apabila pengarang-pengarang melalui tahap penelitian, penilaian, dan


pengukuran yang tinggi, maka mereka akan mencuba menonjolkan kelainan
terhadap persembahan bahan penulisan kreatif mereka. Mereka akan mencari dan
meneliti simbol-simbol yang bersesuaian untuk disepadukan dengan perkataan-
perkataan yang terdapat dalam karya mereka. Simbol-simbol tersebut timbul dalam
dua keadaan sama ada simbol daripada perkataan itu sendiri yang digunakan untuk
melambangkan sesuatu atau simbol yang sengaja diadakan berdasarkan peribadi.
Menurut Wan Zaliha Wan Othman dan Ratna Laila Shahidin (2017), simbol-simbol
tersebut terbahagi kepada dua bahagian. Simbol yang pertama ialah simbol yang
konvensional. Dengan perkataan lain, simbol yang konvensional merupakan simbol
yang sudah biasa digunakan dan dapat dikenal pasti dengan mudah oleh
masyarakat. Simbol yang kedua pula ialah simbol yang dibentuk atau dicipta
berdasarkan perasaan serta pengalaman pengarang sendiri.
Penelitian yang diberi dalam pemilihan simbol ini dapat menjelaskan kepada
pembaca tentang mesej yang bakal dikemukakan. Sesuatu tafsiran menunjukkan
bahawa proses kreatif yang dilalui oleh seseorang penulis kreatif dapat
menggambarkan kesatuan pemikiran yang diucapkan kepada pembaca. Proses
kreatif berperanan besar untuk memperlihatkan mutu dan kualiti sesuatu bahan
penulisan. Tanpa proses kreatif, agak sukar bagi seseorang individu untuk
melahirkan idea yang bermutu dan diiktiraf oleh penggemar sastera tanah air.

Proses kreatif berperanan melahirkan pengarang yang berwibawa dan


berkeyakinan untuk menyuarakan sesuatu isu dalam masyarakat kerana perkara
yang terpancar dalam penulisan sastera kreatif merupakan gambaran batin
pengarang. Proses kreatif juga menyebabkan pengarang mampu mencipta karya
yang bercirikan sesuatu pembaharuan.

Setelah melalui proses kreatif yang tersusun, penguasaan bahasa Melayu


secara tidak langsung dapat dipertingkatkan. Selain itu, martabat penggunaan
bahasa Melayu dalam kalangan penulis dan penggunaan bahasa Melayu di
Malaysia turut meningkat. Penggunaan bahasa Melayu standard dan halus juga
menunjukkan bahawa penulis sangat prihatin dan mengambil berat tentang
penggunaan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi mereka dengan
pembaca. Penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami memainkan
peranan penting untuk memudahkan proses komunikasi menerusi bahan
pembacaan.

Proses kreatif ini juga membolehkan karya dihasilkan dalam pelbagai variasi.
Karya yang dihasilkan juga bukan karya yang mimesis daripada karya-karya
terdahulu. Karya dapat dihasilkan dalam pelbagai variasi kerana pengarang telah
melakukan penilaian dan menguji idea mereka sejak daripada proses memilih
bahan lagi. Perbuatan ini menunjukkan bahawa pengarang telah melalui proses
verifikasi. Apabila pengarang melalui proses ini, variasi yang ditonjolkan menjadikan
pengarang lebih puas dan lebih yakin dengan perkara yang dipersembahkan
kepada pembaca. Pembaca juga sudah tentu akan menyaksikan kelainan
seterusnya merangsang minat mereka untuk terus menikmati karya tersebut.

Setelah melalui tahap-tahap pemikiran dalam proses kreatif, pengarang


dapat meneliti, menilai, dan membandingkan karya yang sedia ada dengan karya
yang bakal dihasilkan. Keadaan ini memberikan ukuran kepada mereka untuk
mencorakkan karya yang berbeza dengan karya yang sedia ada. Pengarang juga
mungkin akan mencari teknik tersendiri untuk menyiapkan bahan karya mereka.
Sekiranya pengarang menggunakan teknik yang unik, perkara tersebut
memperlihatkan bahawa pengarang tersebut mempunyai bakat dan kebolehan
untuk mengarang. Maka, jelaslah bahawa proses kreatif ini dapat melahirkan karya
yang terkini dan berlainan dengan karya yang sedia ada. Kewujudan karya yang
berlainan akan memberikan penilaian yang baik kepada pembaca kerana sifat
semula jadi manusia yang suka akan sesuatu yang berlainan dan menyentuh emosi
mereka.

Tuntasnya, proses kreatif yang dilalui oleh pengarang berperanan untuk


mempersembahkan mutu penulisan yang baik dan berkualiti. Perkara ini juga
menggambarkan seorang pengarang yang bertanggungjawab dalam
menyampaikan dan menyempurnakan idea kerana mereka bukan sekadar menulis
secara sesuka hati. Proses kreatif yang baik menyebabkan pengarang mudah
melahirkan idea yang bermutu dan diiktiraf oleh penggemar sastera tanah air dan
peminat tegar bagi semua jenis penulisan sastera atau genre sastera. Proses kreatif
juga menunjukkan berlakunya tingkat-tingkat susunan idea yang dibicarakan oleh
seseorang pengarang dalam karya mereka. Gagasan yang timbul memerlukan
mereka merenung, menilai, menentukan, dan membuat keputusan sebelum
menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik. Gagasan itu juga menjadikan
mereka lebih berkeyakinan dan berdaya cipta untuk menghasilkan karya masing-
masing. Hal ini memudahkan mereka melalui langkah-langkah dalam proses kreatif.
Langkah dan proses yang dilalui oleh kebanyakan pengarang adalah hampir sama.
Namun, perkara yang berbeza ialah tempoh dan jarak waktu yang dilalui. Proses ini
sering kali menimbulkan ketegangan kepada pengarang akibat kesukaran yang
dihadapi dalam usaha menyiapkan karya mereka. Walau bagaimanapun, setiap
pengarang yang ingin menghasilkan karya yang berkualiti dan bermutu tinggi perlu
membuat perancangan tersendiri dan gigih menghadapi cabaran-cabaran semasa
yang menguji ketahanan mental mereka.
5.3 Teori Proses Kreatif Graham Wallas

Graham Wallas dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932.
Beliau merupakan seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang
tokoh akademik. Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses
pemikiran kreatif. Pada tahun 1926, beliau telah memperkenalkan Model Proses
kreativiti dalam bukunya “The Art of Thought”. Dalam model tersebut, terdapat 5
peringkat proses kreativiti yang difokuskan seperti yang ditunjukkan oleh rajah x.

Rajah x: Peringkat-peringkat dalam Teori Proses Kreatif Graham Wallas

Persiapan Inkubasi Iluminasi Verifikasi

5.3.1 Persiapan

Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau
diteroka. Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.
Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, draf
soalan dan idea-idea awal.

5.3.2 Inkubasi

Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-


perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
5.3.3 Iluminasi

Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Seseorang itu
tiba-tiba mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada
peringkat ini, individu melalui proses mengenal pasti karakter.

5.3.4 Verifikasi

Dalam Model Proses Kreativiti Graham Wallas, verfikasi merupakan peringkat


terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan
diimplimentasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa
yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau
kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

You might also like