Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

JANUARI 2015

MATHEMATICS IN EARLY CHILHOOD

HBEC 2503

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

MATRICULATION NO : 910115015716001

IDENTITY CARD NO. : 910115015716

TELEPHONE NO. : 0177689305

E-MAIL : adellyamint@gmail.com

LEARNING CENTRE : JOHOR LEARNING CENTRE


Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Double Bubble Map 4

2.1 Pengukuran Tidak Standard 4


2.2 Pengukuran Standard 6

3.0 Rancangan Mengajar Untuk Aktiviti Pengukuran 10

3.1 Penjelasan Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran (RPP) 14

4.0 Perbincangan Aktiviti RPP 16

4.1 Kebaikan Dan Kesan Aktiviti Pengajaran 16

4.2 Kelemahan Aktiviti Pengajaran 16

4.3 Penambahbaikan Aktiviti Pengajaran 16

5.0 Kesimpulan 17

6.0 Bibliografi 18

2
1.0 Pengenalan

Sains dan teknologi-matematik amat penting bagi kanak-kanak kerana ianya


mengandungi perkara dan pengetahuan yang akan digunakan di dalam kehidupan mereka
sehari-hari. Oleh itu, terdapat banyak cara untuk memberikan kefahaman kepada kanak-
kanak mengenai konsep pengukuran-matematik. Konsep pengukuran mempunyai dua unit
iaitu standard dan tidak standard. Unit pengukuran standard boleh didapati melalui pelbagai
instrumen atau alat pengukuran formal dan untuk mendapatkan unit pengukuran tidak
standard pula dengan menggunakan alat pengukuran tidak formal yang pernah digunakan
pada satu masa dahulu sebelum terciptanya alat-alat pengukuran formal yang mudah didapati
pada masa kini.

Penggunaan alat-alatan yang tidak standard amat mudah di dapati. Contohnya, dengan
menggunakan anggota badan sendiri seperti tangan, jari dan kaki. Selain itu, bahan-bahan
yang berada di sekitar kelas atau di rumah juga boleh digunakan untuk membuat pengukuran
terhadap sesuatu seperti straw, sepit baju, klip kertas dan sebagainya. Alat pengukuran yang
standard pula seperti pembaris, alat jangka lukis, penimbang, pita pengukur dan sebagainya.
Oleh itu, melalui gambar peta minda ‘double bubble map’ ini nanti, kita dapat melihat
perbezaan penggunaan instrumen formal dan tidak formal di dalam pengukuran standard dan
tidak standard bagi penggunaan kanak-kanak dalam menambah kefahaman mereka terhadap
unit pengukuran yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian.

2.0 Double Bubble Map

Double Bubble Map adalah rajah yang menunjukkan perbezaan dan perbandingan
diantara dua bahan atau perkara dengan lebih jelas. Peta minda jenis ini juga membolehkan
nilai yang dikongsi bersama oleh kedua-dua perkara itu diletakkan pada sambungan di tengah
yang menyambungkan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Hal ini berlainan pula
dengan perkara-perkara atau isi yang membezakan antara keduanya yang mana ianya akan
diletakkan di luar daripada perkara tersebut. Peta minda jenis ini tidak terhad atau terlalu
rigid dengan penggunaan bahasa yang adjektif kerana pengguna boleh meletakkan perkataan
atau isi lain yang menggunakan bahasa yang sesuai. Berikut adalah double bubble map
mengenai penggunaan pengukuran standard dan tidak standard :

3
Alat Pita
Depa Penimbang Pengukur
Jengkal

Cawan

Air Pengukuran Pengukuran Pembaris


Kotak Tidak Standard
Standard

Sudu
Alat
Gula-
Jangka
Gula/
Kaki Jam Randik Lukis
Biskut

Rajah 2.0 Double bubble map perbezaan pengukuran tidak standard dan pengukuran
standard

2.1 Pengukuran Tidak Standard


Apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran tidak standard? Mengikut bahasa
mudahnya, pengukuran tidak standard menggunakan alat-alat yang tidak mengikut spefikasi
sebenar piawaian pengukuran seperti penggunaan air kotak, gula-gula dan anggota badan.
Pada kebiasaannya, pengukuran akan dilakukan terhadap panjang, lebar dan berat untuk
sesuatu benda bagi mendapatkan nilai kuantitatifnya. Bagi penggunaan pengukuran yang
tidak standard, kanak-kanak akan mendapat nilai kuantitatif yang tidak tepat berbanding
menggunakan alatan pengukuran yang standard, namun ianya sesuai untuk kegunaan kanak-
kanak bagi memahami nilai kuantitaf dengan lebih mudah di dalam cara yang lebih
menyeronokkan.

2.1.1 Depa

Depa adalah salah satu cara untuk mengukur dan mendapatkan nilai kuantitatif yang
tidak standard. Depa juga adalah salah satu anggota badan kita yang ukurannya daripada

4
hujung jari tengah tangan sebelah kanan sehingga hujung jari tengah tangan sebelah kiri.
Kanak-kanak boleh mendapatkan ukuran sesuatu benda itu dengan cara mendepakan tangan
mereka dari hujung benda tersebut dan mengukurnya mengikut berapa banyak depa yang
diperoleh. Depa ini selalu digunakan untuk mengukur benda atau barang yang besar dan tidak
boleh digunakan untuk mengukur berat dan hanya boleh mengukur panjang atau luas sesuatu
kawasan sahaja.

2.1.2 Jengkal

Jengkal juga adalah sebahagian daripada anggota badan namun, ianya tidak
melibatkan keseluruhan tangan seperti depa. Ukuran jengkal pula adalah dari hujung ibu jari
sehingga hujung jari telunjuk. Penggunaan jengkal seperti membuat tangan seperti ‘pistol’.
Kanak-kanak khususnya lelaki amat sukakan permainan yang lasak seperti ‘pistol’. Oleh itu,
kanak-kanak boleh menggunakan jengkal untuk mengukur luas dan panjang sesuatu kawasan
atau bahan. Penggunaannya juga menyeronokkan, namun fungsinya sama seperti depa tidak
boleh mengukur nilai berat sesuatu benda. Kebiasaanya, kanak-kanak akan menggunakan
ukuran jengkal terhadap permukaan yang lebih kecil bersesuaian dengan ukuran jengkal
mereka yang kecil.

2.1.3 Air Kotak Dan Gula-Gula

Air kotak amat mudah dijumpai di mana-mana. Air kotak juga boleh digunakan untuk
mengukur nilai keluasan sesuatu kawasan atau benda. Penerangan guru terhadap penggunaan
air kotak terhadap pengukuran nilai keluasan juga akan disedari oleh kanak-kanak bahawa air
kotak bukan sahaja untuk diminum, malah boleh digunakan sebagai salah satu alat
pengukuran yang tidak standard dalam mendapatkan nilai kuantitatif ‘agakan’ terhadap
sesuatu benda. Selain itu, makanan ‘junkfood’ yang digemari oleh kanak-kanak iaitu gula-
gula juga boleh dijadikan sebagai alat pengukuran tidak standard. Penggunaan gula-gula ini
akan menarik minat kanak-kanak untuk menggunakannya didalam pengukuran nilai
kuantitatif sesuatu jarak.

5
2.1.4 Kaki

Kaki yang merupakan sebahagian daripada anggota badan yang penting bagi manusia
juga boleh digunakan sebagai alat pengukuran nilai tidak standard. Kaki sesuai digunakan
untuk mendapat nilai keluasan yang berada pada tahap anggota badan tersebut. Hal ini
kerana, kanak-kanak lebih menggunakan untuk mengukur berbanding mengukur nilai
keluasan yang berada di atas daripada kaki mereka untuk mengukur seperti tingkap dan
sebagainya. Hal ini agar ianya menudahkan kanak-kanak untuk membuat pengukuran dan
perbandingan ukuran nilai keluasan atau kepanjangan sesuatu benda dengan lebih senang.
Kaki, seperti kebanyakkan unit pengukuran tidak standard yang lain hanya boleh digunakan
untuk mengukur nilai jarak sahaja, namun tidak boleh mengukur nilai berat.

2.2 Pengukuran Standard

Pengukuran standard adalah satu piawaian yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang
Malaysia, Akta 675, Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007. Menurut akta tersebut, -
unit pengukuran ertinya suatu kuantiti yang boleh ukur tertentu, yang ditakrifkan dan diguna
pakai dalam konvensyen, yang dengannya kuantiti lain yang sama jenis dibandingkan bagi
menyatakan magnitud relatif pada kuantiti itu. Tambahan lagi, ―Standard Pengukuran
Kebangsaan ertinya suatu standard pengukuran atau bahan rujukan yang diwujudkan,
disenggarakan atau disebabkan supaya disenggarakan oleh Makmal Standard Pengukuran
Kebangsaan atau organisasi yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) untuk digunakan
sebagai asas bagi memberikan nilai kepada sesuatu kuantiti yang boleh ukur (Undang-Undang
Malaysia, Akta 675, Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007).

Selain itu, turut dinyatakan di dalam akta tersebut adalah mengenai alat pengukuran
yang standard ertinya suatu bahan pengukur, alat pengukur, atau sistem pengukur yang
disasarkan untuk mentakrifkan, merealisasikan, memulihara atau menghasilkan semula unit
atau satu atau lebih nilai kuantiti untuk digunakan sebagai rujukan dalam pengukuran kuantiti
yang boleh ukur itu (Undang-Undang Malaysia, Akta 675, Akta Sistem Pengukuran
Kebangsaan 2007). Oleh itu, negara kita, Malaysia telah menggunapakai unit sistem
antarabangsa sebagai unit pengukuran kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam
Undang-Undang Malaysia, Akta 675, Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007. Kanak-
kanak yang berada di prasekolah sudah boleh diterapkan dengan penggunaan unit asas

6
pengukuran yang selalu digunakan seperti meter (m) yang mewakili pengukuran kuantiti
panjang, kilogram (kg) mewakili berat dan saat (s) bagi mewakili lat masa.

Pelbagai alat pengukuran yang standard boleh digunakan untuk mendapat unit
pengukuran yang selaras seperti :

2.2.1 Alat Penimbang

Alat penimbang sering digunakan oleh orang awam dalam mendapatkan hasil, jumlah
timbangan yang tepat terutamanya di dalam urusan jual beli, berat tubuh badan dan
sebagainya. Tambahan lagi, pelbagai jenis dan bentuk alat penimbang yang dijual di pasaran
seperti alat penimbang automatik dan mempunyai jarum yang memaparkan gram, kilogram,
paun dan sebagainya. Selain itu, alat penimbang juga mudah digunakan oleh kanak-kanak
kerana pada permukaan penimbang tersebut terdapat nombor-nombor yang boleh dipelajari
oleh mereka. Kebanyakkan alat penimbang boleh digunakan untuk mengukur berat di dalam
gram (g) dan kilogram (kg) sahaja.

2.2.2 Pita Pengukur

Pita pengukur tidak asing lagi bagi pekerja tukang jahit dan tukang membuat rumah.
Oleh itu, kanak-kanak juga boleh diperkenalkan dengan pita pengukur. Pita pengukur boleh
digunakan untuk mengukur panjang, tinggi serta keluasan sesuatu kawasan dengan tepat dan
selaras dengan sistem unit pengukuran antarabangsa yang bermakna semua orang yang
menggunakan pita pengukur akan mendapat hasil pengukuran yang selaras. Penggunaan pita
pengukur hanya terhad terhadap pengukuran luas, penjang dan lebar sesuatu kawasan sahaja
dan tidak boleh mengukur berat.

2.2.3 Pembaris

Pembaris adalah satu alat tulis yang tidak asing lagi bagi kanak-kanak. Hal ini kerana,
pada masa kini, kanak-kanak sudah menggunakannya seawal 3 tahun malah ada yang lebih
muda daripada itu. Namun begitu, kanak-kanak sering mengabaikan kegunaan sebenar
pembaris tersebut iaitu selain daripada berguna untuk membuat garisan yang panjang dan
lurus, ianya juga boleh digunakan untuk mengukur panjang dan lebar sesuatu kawasan. Unit
pengukuran yang terdapat pada kebanyakan pembaris adalah ‘centimetre’ (cm) dan inci
(inch). Kanak-kanak boleh diperkenalkan kepada unit-unit pengukuran ini agar mereka lebih
faham bahawa setiap pengukuran mempunyai perkiraan yang agak berbeza.

7
2.2.4 Alat Jangka Lukis

Alat jangka lukis sering digunakan oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah,
namun itu tidak bermakna kanak-kanak prasekolah tidak boleh menggunakannya. Alat
jangka lukis adalah sejenis peralatan pengukuran matematik yang boleh diselaraskan dan
boleh diukur dengan menggunakan pembaris agar mendapat nilai kuantitatif lengkung atau
panjang yang dikehendaki. Oleh itu, alat ini boleh digunakan, namun dengan bimbingan
orang dewasa kerana pada alat tersebut terdapat dua bentuk seperti jarum yang merbahaya dan
boleh melukakan kanak-kanak. Alat ini juga tidak boleh digunakan untuk menimbang berat.

2.2.5 Jam Randik

Jam randik adalah sejenis alat yang boleh mengukur masa secara langsung. Alat ini
amat mudah digunakan dengan hanya menekan butang yang tertentu padanya untuk
mengukur kepantasan atau kelajuan masa . Pada permukaan jam randik, biasanya ia
mempunyai jarum panjang yang menunjukkan minit dan komponen-komponen yang lain.
Selain itu, bagi jam randik yang bersifat digital pula tidak mempunyai jarum yang boleh
dilihat oleh kanak-kanak dan hanya memaparkan nombor-nombor sahaja. Jam randik boleh
digunakan oleh kanak-kanak untuk merakam masa atau waktu, kepantasan semasa rakan
mereka berlari, melompat dan sebagainya.

2.2.6 Cawan

Cawan juga boleh digunakan sebagai alat pengukuran yang standard dan tidak
standard. Hal ini kerana, cawan yang digunakan oleh setiap individu boleh dikatakan berbeza
namun, mereka akan tetap mengatakannya 1 cawan, 2 cawan dan seterusnya. Kanak-kanak
boleh menggunakan alat ini untuk mengukur kuantiti bendalir seperti cecair atau bahan-bahan
pepejal seperti beras dan sebagainya. Cawan ini selalu digunakan oleh para ibu untuk
memasak nasi di rumah. Mereka selalu mengatakan beras 2 cawan dan sebagainya ini
menampakkan bahawa alat ini boleh digunakan bagi kedua-dua kategori.

8
2.2.7 Sudu

Selain daripada cawan, sudu turut tergolong di dalam dua kategori iaitu alat
pengukuran yang standard dan tidak standard seperti cawan. Hal ini kerana, umum
mengetahui penggunaan sudu didalam menentukan kadar atau jumlah sesuatu yang harus
diletakkan di dalam masakan contohnya 1 sudu garam. Namun begitu, saiz sudu tidak
terbatas, tetapi apa yang sering digunakan ialah sudu teh atau sudu makan. Kanak-kanak
selalu menggunakan peralatan ini semasa makan. Waktu makan menggunakan sudu, kanak-
kanak boleh mempelajari unit pengukuran dengan bimbingan orang dewasa seperti 1 sudu
untuk suapan yang pertama 2 sudu untuk suapan yang kedua dan seterusnya.

9
3.0 Rancangan Mengajar Untuk Aktiviti Pengukuran

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Tarikh : 10 Mac 2015

Hari : Selasa

Masa : 70 minit

Kelas : 6 Gemilang

Lokasi : Bilik Darjah

Tunjang Utama : Sains Dan Teknologi - Matematik

Fokus : (ST 2.0)Kemahiran saintifik

Standard Kandungan : (ST 2.2) Membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai.

Standard Pembelajaran Utama : (ST 2.2.2) Membandingkan berat objek

(ST 2.2.4) Mengukur panjang dan tinggi objek menggunakan unit bukan piawai

Objektif Pembelajaran : 1) Murid mengetahui alat-alat pengukuran formal dan tidak formal

10
Alatan Dan Bahan : Air Kotak, gula-gula atau biskut, cawan, sudu, alat penimbang, pita pengukur, alat jangka lukis, pembaris, telefon bimbit,

papan putih

Pengetahuan sedia ada : 1) Murid boleh mengenal pasti nombor-nombor 1-20


2) Murid sudah tahu lagu ‘Mana Jengkal’

Langkah
Isi Aktiviti Murid
Pengajaran Aktiviti Guru
Pengajaran
/Masa
Set Induksi Guru menyanyikan lagu  Guru memperdengarkan lagu “Mana  Kanak-kanak mendengar dan menyanyi
( 10 minit ) mana kaki. Mana Jengkal” lagu tersebut.
jengkal, mana jengkal,  Guru menerangkan kepada kanak-  Kanak-kanak mendengar penerangan
ini saya, ini saya. kanak tentang fungsi dan cara dan cuba membuat aksi seperti guru
Menunjukkan pelbagai menggunakan jengkal, kaki, depa(alat seperti membuat jengkal, depa,kaki.
alat pengukuran formal pengukuran bukan piawai)
dan tidak formal kepada  Guru menunjukkan kepada kanak-  Kanak-kanak melihat, sebut nama alat-
kanak-kanak. kanak alat pengukuran formal, alat tersebut dan cuba untuk
standard seperti pita pengukur, alat menggunakannya dengan bimbingan.
penimbang, alat jangka lukis, dan jam
randik di dalam telefon dan
menerangkan fungsinya.

11
Langkah 1 Permainan ‘check point’  Guru memberitahu, memberikan  Kanak-kanak mendengar dan bersoal
(20 minit) Kanak-kanak penerangan dan bersoal jawab jawab dengan guru mengenai
dibahagikan kepada dengan kanak-kanak mengenai permainan tersebut.
beberapa kumpulan dan permainan check point.
setiap kumpulan akan  Guru menunjukkan cara permainan  Kanak-kanak melihat cara permainan
mengikut arahan iaitu dengan bantuan 2 orang guru. tersebut dijalankan dengan teliti dan
setiap kumpulan akan faham.
bermula dengan check  Guru membahagikan kanak-kanak  Kanak-kanak terbahagi kepada 4 buah
point yang berlainan. kepada 4 kumpulan dan melantik kumpulan dan mempunyai ketua yang
seorang ketua bagi setiap kumpulan. telah dilantik.
 Guru mengira 1, 2, 3 dan meminta  Kanak-kanak memulakan permainan
kanak-kanak memulakan permainan dalam kiraan 1 hingga 3 dengan
dengan bimbingan 2 orang guru. bimbingan guru-guru.
C
Langkah 2 Setiap check point  Guru meminta :  Kanak-kanak mendengar dan bertindak
( 30 minit ) mempunyai arahan alat Kump 1-checkpoint 4 mengikut arahan guru.
pengukuran yang berbeza Kump 2-checkpoint 3
seperti menggunakan Kump 3-checkpoint 2
jengkal untuk mengukur Kump 4-checkpoint 1
dan menggunakan alat  Guru meminta kanak-kanak menulis  Kanak-kanak mengukur dan
penimbang untuk berapa timbangan kotak, ketinggian menimbang menggunakan alat

12
menimbang kotak rakan dan sebagainya dalam kertas pengukuran formal dan tidak formal
yang diberikan. yang berada pada checkpoint dan tulis
nombor hasilnya dalam kertas yang
diberi.
 Guru membantu kanak-kanak  Kanak-kanak mendapat bantuan dan
menjalankan aktiviti. bimbingan daripada guru.
Penutup Menunjukkan cara-cara  Guru meminta wakil kanak-kanak  Kanak-kanak menawarkan diri untuk
( 10 minit ) menggunakan alat bukan menunjukkan cara-cara menunjukkan cara-cara menggunakan
piawai dan alat menggunakan alat pengukuran bukan alat pengukuran bukan piawai dan alat
pengukuran yang piawai dan alat pengukuran standard pengukuran standard secara bergilir-
standard seperti kaki, secara bergilir-gilir di hadapan. gilir di hadapan.
jengkal, alat penimbang,
pita pengukur, pembaris

13
3.1 Penjelasan Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran (RPP)

Aktiviti ini telah dijalankan selama 70 minit keatas kanak-kanak yang berusi 6 tahun.
RPP bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai penggunaan alat
pengukuran bukan piawai dan penggunakan alat-alat pengukuran yang standard. Aktiviti
yang dijalankan adalah berbentuk checkpoint iaitu perhentian. Pada setiap perhentian
terdapat pelbagai alat pengukuran standard yang berbeza bagi setiap perhentian. Ini agar
setiap kumpulan, kanak-kanak dapat menggunakan setiap peralatan dengan saksama. Selain
itu, di setiap perhentian mempunyai arahan-arahan mudah yang berbeza seperti gunakan kaki
untuk untuk mengukur tinggi rakan anda. Aktiviti ini memerlukan salah seorang rakan
mereka berbaring dan seorang kanak-kanak yang lain mengukur menggunakan kaki dan
kanak-kanak yang lain kira dan tulis di dalam kertas yang disediakan.

Antara arahan-arahan yang diletakkan di perhentian adalah berapa bilangan air kotak
yang perlu untuk mengukur panjang buku, berapa berat kotak tersebut?, berapa depa panjang
papan putih?, berapa jengkal panjang buku?, berapa tinggi rakan kamu menggunakan pita
pengukur?, berapa panjang buku menggunakan jangka lukis?, berapa gula-gula diperlukan
untuk sama panjang dengan pensel?, berapa banyak masa ketika kamu lompat 10 kali?, berapa
liter air di dalam cawan itu?, berapa sudu garam untuk memasinkan air?. Kelihatannya,
arahan-arahan di dalam aktiviti ini mungkin agak sukar bagi kanak-kanak untuk memahami
dan melaksanakannya, namun terdapat 2 orang guru yang turut membantu dalam
membimbing kanak-kanak agar selaras dengan kehendak soalan.

Sebelum menjalankan aktiviti tersebut, kanak-kanak telah diberikan penerangan


dengan jelas beserta demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru. Kumpulan yang telah
menghabiskan arahan di perhentian tersebut sudah boleh bergerak ke perhentian yang
seterusnya mengikut arahan yang ditampalkan pada dinding di perhentian tersebut. Setelah
aktiviti tersebut tamat, guru meminta kanak-kanak untuk berani ke hadapan dan menunjukkan
cara-cara menggunakan jengkal, depa, kaki, pita pengukur, alat penimbang, jam randik di
dalam telefon bimbit, alat jangka lukis dan cawan. Kanak-kanak boleh menunjukkan cara-
cara penggunaannya secara bergilir-gilir di hadapan.

14
3.1.1 Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa permainan perhentian.

15
4.0 Perbincangan Aktiviti RPP

Perbincangan dilakukan agar dapat melihat hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan bersama kanak-kanak. Oleh itu, di dalam bab ini perbincangan akan dilaksanakan
terhadap kelebihan serta impak yang diperolehi oleh kanak-kanak terhadap sesi pengajaran
yang telah dijalankan, mengkaji kelemahan-kelemahan serta bagaimana cara dan kaedah
untuk mengatasi kelemahan tersebut sekaligus memberikan cadangan-cadangan yang bernas
untuk menambahbaik peratusan keberkesanan pengajaran terhadap kanak-kanak.

4.1 Kebaikan Dan Kesan Aktiviti Pengajaran

Pertama sekali, kanak-kanak sudah mengetahui fungsi-fungsi tambahan anggota badan


mereka terhadap subjek matematik-pengukuran. Kedua, kanak-kanak berpeluang untuk
menggunakan alat-alat pengukuran yang formal dan mengikut standard di sekolah dengan
bimbingan. Seterusnya, kanak-kanak mengetahui cara-cara untuk menggunakan alat-alatan
tersebut seperti jam randik yang berada di dalam telefon bimbit dan alat jangka lukis serta
alat pengukuran tidak standard. Selain itu, kanak-kanak berpeluang mengadaptasi di rumah
apa yang dipelajari oleh mereka di sekolah dengan menggunakan alat-alat yang berada di
rumah. Kanak-kanak mendapat pengukuhan terhadap pengetahuan sedia ada seperti
membilang secara berterusan, mengenal pasti nombor dan masa.

4.2 Kelemahan Aktiviti Pengajaran

Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. Kekurangan aktiviti ini adalah kekangan
waktu yang tidak mencukupi untuk kanak-kanak seramai 30 orang. Selain itu, kanak-kanak
kekurangan alatan kerana hanya disediakan beberapa sahaja. Seterusnya, mungkin ada kanak-
kanak di dalam kumpulan tidak dapat menggunakan peralatan yang disediakan. Keempat,
terlalu banyak alat pengukuran standard dan tidak standard yang perlu digunakan di dalam
masa yang singkat. Kanak-kanak mungkin masih ada yang tidak faham cara penggunaan
yang betul setiap alat pengukuran.

4.3 Penambahbaikan Aktiviti Pengajaran

Pertama sekali, aktiviti ini perlu menggunakan masa yang lebih panjang seperti 3 hari
untuk memperkenalkan dan menggunapakai setiap alat pengukuran. Yang kedua,
perbanyakkan lagi peralatan pengukuran tidak standard dan standard untuk kegunaan kanak-
kanak agar setiap kanak-kanak berpeluang menggunakannya. Aktiviti ini perlukan ulangan

16
dan bimbingan kerana kanak-kanak akan lebih faham dan ingat melalui pengulangan dan
bimbingan semasa proses pengajaran. Tambahan lagi, setiap aktiviti hendaklah mendapat
pantauan sepenuhnya daripada pihak guru kerana terdapat alatan tajam seperti alat jangka
lukis yang boleh mencederakan kanak-kanak.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kanak-kanak memerlukan bahan-bahan maujud seperti alat-alat


pengukuran untuk menambah kefaham mereka. Hal ini kerana, dengan menggunakan
kesemua deria yang dimiliki iaitu mata untuk melihat, kulit untuk menyentuh, untuk
menghidu dan sebagainya akan meningkatkan ingatan mereka terhadap pembelajaran
tersebut. Selain itu, dengan pendedahan awal yang didapati oleh kanak-kanak mengenai
matematik akan meningkatkan IQ mereka terhadap bidang ini. Hal ini kerana, matematik
adalah satu perkara yang seringkali dan sentiasa berada di dalam kehidupan harian kanak-
kanak.

Oleh itu, jika kanak-kanak tidak mendapat pendedahan seawal mungkin serta peluang
untuk menggunakan alat-alat pengukuran yang biasa digunakan, kefahaman mereka terhadap
matematik-pengukuran khususnya tidak dapat ditingkatkan. Malah, mereka mungkin akan
membenci matematik kerana tidak dapat memahami bagaimana untuk menggunakannya serta
kesesuaian alat tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu, amatlah penting
penggunaan bahan-bahan maujud dan mudah didapati digunakan untuk meningkatkan
kefahaman kanak-kanak di dalam matematik-pengukuran.

17
6.0 Bibliografi
Craig, D. V. (2000). Technology, Math, and the Early Learner: Models fo rLearning. Early Childhood
Education Journal, Vol. 27, No 3 , 179-184.

Development, V. D. (2009, ogos). Measuring length. Retrieved Februari 16, 2015, from Department
of Education And Early Childhood Development:
http://www.education.vic.gov.au/studentlearning/teachingresources/maths/mathscontinuum/mcd/
measphases.htm

HANAFIAH, N. K. (2006). TAHAP KEFAHAMAN KONSEP PENGUKURAN OLEH MURID-MURID TAHUN 5


DALAM MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH. 1-8.

Lee, J. S. (D e c emb e r 2 0 0 9). Early childhood teachers’ misconceptions about mathematics


education for young children in the United States. Australasian Journal of Early Childhood , 37-45.

Loretta C. Rudd Æ Matthew C. Lambert Macy Satterwhite Æ Amani Zaier. (13 May 2008).
Mathematical Language in Early Childhood Settings: What Really Counts? Early Childhood Educ J , 75-
80.

MALAYSIA, U.-U. (2007, Februari 15). AKTA SISTEM PENGUKURAN KEBANGSAAN 2007. Retrieved
Februari 10, 2015, from VERSI ATAS TALIAN :
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2014/Akta%20675%20-
%20Akta%20Sistem%20Pengukuran%20Kebangsaan%202007.pdf

Raising Readers in Story County. (2012). Exploring Measurement Together: Preschool. Retrieved
Februari 15, 2015, from Exploring Early Math Concepts Through Books Online Parent Learning Series:
www.raising-readers.org

18

You might also like