Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

5.

2 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Alat atau metadologi kajian merupakan suatu proses atau suatu set perkakasan bagi
melaksanakan sesuatu penyelidikan dan untuk memperolehi maklumat yang diperlukan
(Adam dan Schvaneveldt, 2009). Menurut Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas
ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Dalam
kajian kualitatif, pengkaji sendiri merupakan instrumen utama pengumpulan dan
penganalisisan data (Cresswell, 2010). Oleh itu, dalam mengumpul data bagi kajian ini
pengkaji telah menggunakan triangulasi, iaitu tiga kaedah yang digunakan dalam
mengumpul data. Antara tiga instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji dalam
kajian pengumpulan data ini ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.

Analisis dokumen

Pemerhatian (Senarai Semak) Temu bual

Rajah 11 Kaedah pengumpulan data dalam kajian


5.2.1 Ujian pra dan ujian pos

Pertama sekali, pengkaji telah menggunakan kaedah ujian pra dan pos untuk
mengumpul data peserta kajian. Pemilihan kaedah ini difikirkan amat bersesuaian
dengan kajian yang pengkaji jalankan. Berdasarkan buku Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, ujian dikenali sebagai satu alat atau kaedah pengukuran dan
dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga merupakan satu cara bagi mengukur
tingkah laku seseorang individu. Lebih-lebih lagi, ujian boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk seperti ujian lisan mahupun ujian bertulis.

Dalam konteks ini, ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku
dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian ini dikenali sebagai ujian pra ataupun
ujian awal manakala ujian pos atau ujian akhir pula akan diberikan selepas sesuatu
PdP berlaku. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kemajuan yang dicapai oleh
murid-murid dan sejauh mana pemahaman mereka terhadap PdP guru.

Justeru, pengkaji telah menggunakan dua jenis ujian ini sebagai kaedah
pengumpulan data terhadap peserta kajian, iaitu ujian pra sebelum menjalankan
intervensi dan ujian pos selepas menjalankan intervensi. Maka, pengkaji telahpun
menyediakan lembaran ujian pra yang mengandungi soalan berkaitan dengan aktiviti
menulis lima ayat berdasarkan gambar kepada peserta kajian sebelum menjalankan
intervensi. Selepas itu, ujian pos dengan soalan yang sama seperti ujian pra akan
diberikan sekali lagi kepada peserta kajian yang sama setelah mereka selesai
menjalankan intervensi sebanyak lima kali. Kedua-dua ujian ini akan disemak dan
dinilai oleh pengkaji untuk melihat perbezaan yang berlaku dari segi markah atau gred.
Justifikasinya, kaedah ini boleh dikatakan amat sesuai bagi pengkaji untuk mengumpul
data daripada peserta kajian dalam kajian yang dijalankan.
5.2.2 Analisis dokumen

Berdasarkan buku Manual Kajian Tindakan (2008), dokumen ialah sumber paling
mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Selain itu,
dokumen juga dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah
yang dikaji. Dokumen ini juga memudahkan pengkaji melihat secara jelas aspek dan
bentuk masalah yang dihadapi oleh murid. Antara contoh dokumen yang boleh dilihat
adalah seperti tugasan atau buku latihan murid, lembaran kerja dan ujian.

Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kaedah analisis dokumen dalam


kajian ini melalui lembaran kerja yang peserta kajian hasilkan selepas menjalankan
setiap kali intervensi. Dalam konteks ini, terdapat sebanyak lima set intervensi yang
perlu dilaksanakan oleh setiap peserta kajian dan mereka perlu menyiapkan lembaran
kerja yang disediakan pada akhir setiap kali intervensi. Hasil lembaran kerja akan
disemak dengan teliti untuk dianalisis oleh pengkaji dan disimpan dengan baik sebagai
bukti dalam pengumpulan data.

5.2.3 Pemerhatian (Senarai semak)

Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk memerhatikan tingkah laku
peserta kajian semasa intervensi dijalankan. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah
yang paling anjal kerana seseorang boleh menjalankan kajian tanpa sebarang soalan
dan ‘kayu pengukur’. Kaedah pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk
tujuan pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2002),
pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand encounter’
tentang perkara yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pemerhatian dilakukan dengan
menggunakan borang senarai semak.

Tujuan borang senarai semak dihasilkan adalah untuk merekodkan pemerhatian


yang ditunjukkan oleh peserta kajian semasa intervensi dijalankan dengan lebih mudah.
Dalam konteks ini, pemerhatian akan dijalankan oleh pengkaji sepanjang peserta kajian
melaksanakan intervensi. Semasa membuat pemerhatian, pengkaji akan mencatat
segala rekod yang diperlukan dalam senarai semak yang disediakan. Rekod-rekod ini
adalah penting bagi pengkaji untuk membuat penganalisisan data terhadap kajian ini.
5.2.3 Temu bual

Pengkaji juga akan mendapatkan data awal menggunakan kaedah temu bual. Temu
bual ialah situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan kepada seseorang
secara bersemuka. (Sabitha, 2009). Menurut Mohd Majid (2009) pula, tujuan temu bual
yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang mungkin sukar diperolehi
daripada kaedah pemerhatian dan analisis dokumen.

Ghaziah Mohd. Ghazali et al. (2010) menyatakan terdapat tiga jenis model temu
bual, iaitu berstruktur, semi berstruktur dan juga tidak berstruktur. Temu bual semi
berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang mana penyelidik perlu
membina soalan yang hendak diajukan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, turutan
soalan, cara soalan diajukan dan bentuk soalan boleh berubah-ubah, iaitu lebih
fleksibel bergantung kepada respons, kesediaan atau tindak balas yang diberikan oleh
respondan bersesuaian pada keadaan dan masa temu bual diadakan. Oleh itu,
pengkaji memilih untuk membuat temu bual semi berstruktur bagi mendapatkan data
awal mengenai isu kajian yang ingin dijalankan.

Dalam konteks ini, pengkaji akan menjalankan temu bual ke atas guru mata
pelajaran bahasa Melayu kelas 5 Cemerlang tentang prestasi akademik murid-
muridnya di dalam kelas sepanjang tahun tersebut. Bagi memilih peserta kajian dengan
lebih spesifik, pengkaji juga akan menemu bual guru tentang pencapaian murid-murid
dalam kemahiran menulis ayat kerana fokus utama dalam kajian ini berkaitan dengan
kemahiran menulis. Bukan itu sahaja, temu bual juga dilakukan kepada beberapa orang
murid yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran menulis
ayat. Antara soalan yang dikemukakan dalam sesi temu bual bersama guru adalah
seperti berikut:

a) Bagaimanakah pencapaian murid-murid kelas 5 Cemerlang dalam mata


pelajaran bahasa Melayu?
b) Adakah murid-murid selalu bertanya kepada cikgu tentang soalan
menulis ayat berpandukan gambar?
c) Mampukah murid-murid dapat menyiapkan latihan menulis ayat dengan
baik tanpa sebarang panduan lain?
*Ujian pra pos (gred ) graf

*Analisis dokumen ( intervensi yg dijlnkan graf

*Pemerhatian 9borang senarai semak jadual kekerapan

Temu bual

Soal selidik

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara
lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar
dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian juga boleh dilaksanakan dalam tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas
sesuatu pengajaran.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikandengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Secararingkas, pengujian ialah
satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahantingkah laku murid. Tujuannya
adalah untuk menentukan pencapaian murid dalamsesuatu pembelajaran. Ujian boleh
dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranyapemerhatian, ujian lisan mahupun ujian
bertulis. Bagi penyelidikan tindakan ini, sayamenggunakan ujian Pra dan ujian Pos bagi
peserta kajian.

…..medidisikan pra dn pos sbgi….

You might also like