Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD TUARAN


2018

23 – 24 JANUARI 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN


PETI SURAT 79, 89207 TUARAN
SABAH
1. Pendahuluan :

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Tuaran merupakan salah satu program Kementerian
Pendidkan Malaysia di bawah Unit Ko Kurikulum bertujuan mencungkil bakat-bakat dan
mengeratkan silaturahim dikalangan murid sekolah. Kejohanan ini disertai oleh 13 buah
sekolah rendah seluruh PPD Tuaran.

2. Objektif :

 Mencungkil bakat di dalam permainan sepak takraw.


 Mewakili Daerah Tuaran di dalam kejohanan peringkat bahagian Zon Barat

3. Perlaksanaan :

Tarikh : 23-24 Januari 2018 ( Selasa & Rabu )

Bilangan Jurulatih : 1 orang

Bilangan Murid Terlibat : 5 murid

Format Kejohanan : Liga

Progres pelaksanaan / Ulasan :

1. Pasukan sekolah memulakan rentak dengan memenangi perlawanan menentang SK.


Mengkabong dengan keputusan 21-15, 17-21, 15-9 untuk layak ke pusingan kedua dalam
liga Kumpulan C.
2. Seterusnya, rentak kemenangan diteruskan apabila pasukan sekolah memenangi
perlawanan menentang SK Rugading dengan 21-17, 19-21, 15-11 untuk ke peringkat
seterusnya menentukan juara kumpulan dengan kemenangan ketiga menentang SK. St.
John dengan keputusan 19-21, 21-11,15-8.
3. Di peringkat suku akhir, pasukan sekolah sekali lagi menunjukkan kehebatan apabila
memenangi perlawanan menentang SK Gayang A dengan keputusan 21-14, 21-13 untuk
melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bertemu dengan SK Berunggis.
4. Di peringkat Separuh Akhir pasukan sekolah telah memberikan saringan yang cukup
sengit kepada pasukan lawan sebelum akhirnya harus tunduk dengan kehebatan pasukan
lawan dengan mata 17-21, 21-11, 10-15.
5. Akhirnya pasukan sekolah Berjaya memenangi tempat ketiga di kejohanan tersebut dan
seorang murid sekolah iaitu Mohd. Danish Farhan Bin Azdin berjaya mewakili Daerah
Tuaran ke peringkat bahagian Zon Barat yang akan berlangsung pada 6 Februari 2018.
6. Juara dalam kejohanan MSSD Tuaran telah disandang oleh SK Sungai Damit, Tuaran.
Gambar semasa kejohanan sepak takraw MSSD Tuaran :

Disediakan Oleh :
Disahkan Oleh :

…………………
Azmi Bin Yusof ………………………………………
Guru Penasihat Sepak Takraw Pn Norhizah Binti Hj Kamai
SK. Pekan Tuaran Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran

You might also like