Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Kedua

Peringkat Sekolah Tahun 2016

1. Tarikh: 23 March 2016


2. Masa: 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari
3. Tempat: Padang SK Felda Palong 12
4. Dikendalikan oleh: Unit HEM Sekolah
5. Jumlah penyertaan 127 orang
Murid :
6. Jumlah penyertaan 17 orang
Warga Pendidik:
8. Senarai Aktiviti Utama: Latihan Kebakaran .

 Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api

9. Aktiviti sokongan :  Aktiviti Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api.

10. Cadangan/Ulasan: Latihan kebakaran berjalan lancar.

10.1 Pada 23 November yang lalu Sekolah Kebangsaan Felda Palong 12 telah menjalankan
latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir sekitar
jam 1.00 tengahri. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap
tahun sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada
tahun ini, pihak sekolah rendah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan
kebakaran. Semua warga SK Felda Palong 12 terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama
program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak
apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia
semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan,
semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah.
Unit Hem telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran
dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat
yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada
seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan ini
adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan
murid dan kakitangan SK Felda Palong 12 sentiasa dalam keadaan bersedia ketika
menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan
dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan
ribut. Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan
kebakaran tersebut.
10.2 Cadangan :
Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, diantaranya murid-murid di
bilik khas dan beberapa kawasan lain tidak dapat mendengar bunyi loceng yang dibunyikan.
Ini menyebabkan mereka lewat 3 minit daripada masa yang ditetapkan. Pihak sekolah
berharap dapat mengatasi masalah ini sebelum latihan kali kedua dijalankan
11. Panorama Latihan Kebakaran Siri kedua 2016.

You might also like