Professional Documents
Culture Documents
Dalam Perniagaan Sofia Kerepek Mangga Cheese Delicious Yang Telah Dipilih
Dalam Perniagaan Sofia Kerepek Mangga Cheese Delicious Yang Telah Dipilih
sasaran yang kami lakukan terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan
pasaran borong. Antara cawangan pasaran runcit yang kami ada di Malaysia ialah di negeri
Kelantan, Terengganu, perlis , Negeri Sembilan , Johor dan Sabah. Cawangan-cawangan ini telah
dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang kami hasilkan ini. Selain itu,
kami juga mempunyai kedai menjual kerepek mangga cheese di kawasan Lembah Klang bagi
sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kerepek mangga cheese secara borong dari kilang-
kilang kerepek Banting, Selangor. Selain memborong kerepek untuk dijual semula (re-packaging)
perniagaan ini juga mensasarkan perkhidmatannya kepada keseluruhan penduduk yang
memerlukan perkhidmatan bagi melangsungkan perkahwinan khas untuk sesiapa yang bakal
bertunang dan bakal pengantin untuk dijadikan ole-ole atau buah tangan majlis kenduri-kendara
dan door gift pada majlis wedding. Ini lebih menjmatkan dan kerepek mangga cheese juga
memang disukai ramai.
Di samping syarikat kami juga menawarkan pembeli atau pemborong tetap yang membeli
kerepek mangga cheese kami ini akan mendapat satu tawaran iaitu akan mendapatkan kad ahli
daripada syarikat kami untuk mendapatkan potongan sebanyak 10% keatas setiap pembelian.
Kami juga menyediakan perkhidmatan penjualan secara online bagi memudahkan pembeli yang
berada jauh daripada cawangan kami untuk mendapatkan produk yang kami jual. Hal ini kerana
kerepek mangga cheese ini mendapatkan sambutan hangat daripada seluruh rakyat Malaysia
darri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina atau India.
Kekuatan (Strength)
1) Bahan sangat mudah di dapati karena pusatnya berada di kawasan perkebunan nanas
2) Mempunyai rasa yang unik dan manis
3) Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan
berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran
semasa. Harga yang ditawarkan juga lebih rendah dengan pesaing yang ada di kawasan
sekitar.
4) Harga produk yang berpatutan dan mampu dibeli oleh penduduk tempatan yang
majoritinya berpendapatan sederhana.
5) Kedudukan lokasi premis perniagaan yang strategik dan mempunyai taburan penduduk
yang agak tinggi di kawasan-kawasan seluruh Malaysia.
6) Kadar sewa yang rendah.
Kelemahan (Weakness)
1. Jika ada kesalahan dalam pengolahan kerepek mangga cheese maka kerepek
mangganya akan gagal
2. Kekurangan kemudahan pengangkutan untuk menghantar bekalan ke kedai runcit, pasar
raya dan kantin-kantin sekolah. Syarikat hanya mempunyai sebuah kenderaan van.
3. Kurang tenaga kerja. Syarikat hanya mempunyai seorang eksekutif pemasaran yang
melakukan tugas pemasaran dan pengedaran produk.
4. Kurang promosi dan pemasaran.
Peluang (Opportunities)
1. Kerepek mangga cheese masih baru di pasaran, kesempatan besar untuk membuat
usaha ini lebih maju, serta dengan adanya sedikit inovasi olahan olahan dari bahan yang
baru . usaha ini memiliki kesempatan besar untuk menguasai jualan.
2. Facebook stokist dan agen kerepek mangga cheese yang sentiasa aktif dan sesuai
dijadikan medium pemasaran dalam mempromosikan produk kerana ianya mudah dan
percuma.
3. Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada
perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang
disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini
yang ditawarkan.
4. Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di
pasaran. Ia berhubungan dengan kerepek merupakan makanan yang menjadi permintaan
ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan
kepada umum untuk menarik minat pelanggan.
5. Produk makanan ringan yang mudah disediakan semakin mendapat permintaan tinggi
terutamanya di kalangan golongan yang sibuk bekerja.
Ancaman (Threats)
1. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk
memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum
menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Sofia kerepek mangga cheese delicious’
untuk memasuki pasaran yang ada.
2. Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada perbelanjaan mengurus syarikat. Kos
penghantaran produk dijangka meningkat.
3. Pertambahan pesaing di sekitar kawasan premis perniagaan. Terdapat dua buah kedai
kerepek yang baru dibuka di Wakaf Bharu dan Bandar Taman tengku Anis pada tahun ini.
4. Pesaing menjual produk yang lebih variasi.
PESAING
Di kawasan tapak perniagaan kami iaitu di kawasan lembah Klang terdapat syarikat dan
beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan
mereka iaitu pengusaha-pengusaha tersebut baru memulakan perniagaan masing-masing
secara persendirian. Namun begitu, iainya adalah merupakan pesaing kepada sofia kerepek
mangga cheese deliscious dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah :
SYER PASARAN
Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan
syer pasaran antara pesaing dan ‘Sofia kerepek mangga cheese delicious’ adalah seperti
berikut :
Trend pasaran yang disasarkan terbahagi kepada tiga keadaan. Pertama ialah semasa
musim cuti sekolah dimana biasanya ramai pelanggan yang akan melangsungkan majlis
pertunangan atau perkahwinan. Ini akan memudahkan pihak pengurusan untuk mendapatkan
sebanyak mungkin stok terbaru dan terkini untuk dipilih oleh pelanggan. Begitu juga apabila
tibanya musim perayaan dan cuti umum. Kebiasaannya, bagi golongan wanita, mereka
memerlukan gaya yang berbeza setiap kali tiba musim perayaan untuk menggayakan fesyen baju
pelbagai jenis manik yang diminati. Justeru itu, pelanggan sekitar lokasi berpeluang ke butik kami
SAIZ PASARAN
Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh daripada jualan
kerepek mangga cheese. Disamping itu juga, kedudukan lokasi syarikat yang strategik dan
senang untuk dikunjungi oleh pelanggan kerana ia berdekatan dengan pekan membeli belah di
Lembah Klang. Status ekonomi penduduk yang pelbagai tahap samada rendah, sederhana dan
berada juga menyumbang kepada penjualan di sofia kerepek mangga cheese delicious.
Bagi menentukan saiz pasaran jualan kerepek mangga cheese di Lembah Klang kami
menggangarkan seramai 20,000 orang penduduk di sana. Setiap orang membelanjakan
sekurang-kurangnya RM 30.00 sebulan untuk membeli kudap-kudapan . Hanya 35% sahaja yang
tinggal berhampiran dengan lokasi syarikat kami.
Ramalan Jualan
= RM10,000.00
Ramalan jualan bagi Tahun Pertama rendah memandangkan syarikat ini belum dikenali
ramai dan terpaksa bersaing dengan dua lagi pesaing baru.
Penjualan produk dijangka meningkat pada bulan 3, 6, 11 dan 12 kerana cuti sekolah dan
perayaan.
Dianggarkan ramalan jualan meningkat sebanyak 15% pada tahun kedua selepas pelan
tindakan pemasaran dilaksanakan.
Manakala pada tahun kedua, peningkatan ramalan jualan ialah 12% apabila kedudukan
syarikat sudah stabil. Dijangka syer pasaran ialah sekurang-kurangnya 50%.
Promosi
Antara strategi promosi yang akan dilaksanakan oleh MDSA D’FOOD & CATERING bagi
menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah:
- Memberi perkhidmatan yang lebih cekap ,pantas dan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.
Lokasi
Harga
produk mentah pengusaha akan memperolehi sekitar 15 hingga 20% .Setelah produk
ini dimasak dijual pihak rakan rangkainiaga akan memperolehi sehinga 80% dan
lebih keuntungan.
Produk
Pihak kami yakin dengan produk yang akan dapat menandingi mana-mana
perniagaan yang ada sekarang ini.Rasa yang dihasilkan oleh chef syarikat sungguh
istimewa dan lain dari yang lain.Ramai pelanggan yang pernah berkunjung
menyatakan sangat berpuas hati .Mereka juga membuat testimoni bahawa masakan
yang disediakan oleh kami memang sedap dan dapat menandingi mana-mana
syrikat perniagaan western food yang terkenal di Malaysia bah yang datang dari luar
negara.