PAK21

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2.

0 Pembelajaran Abad ke-21

Menurut Azalya Ayob (2003), rakyat Malaysia seharusnya dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran-kemahiran yang asas seperti kemahiran berkomunikasi, berfikir secara
kritis dan inovatif serta kefasihan dalam pelbagai bahasa. YB Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid telah pun menyatakan bahawa PAK-21 merupakan satu
pendekatan bagi membangunkan insan yang seimbang dan memenuhi Enam Aspirasi
Murid, iaitu murid yang mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran berfikir,
pengetahuan, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
(Mahdzir Thoughts, 2018). Menurut Masyuniza Yunos (2015), murid sepatutnya tidak
hanya dinilai dengan kebolehan menjawab soalan peperiksaan sahaja tetapi juga
patut dinilai penguasaan mereka terhadap kemahiran abad ke-21 seperti yang
dinyatakan di atas. Adalah dipercayai bahawa apabila disebut PAK-21, maka wujudlah
gambaran dalam fikiran kita sebuah bilik darjah yang dilengkapkan dengan
smartboard, capaian internet yang laju, komputer ataupun tablet yang cukup, serta
susunan meja kerusi yang kemas dan membolehkan murid menjalankan
pembelajaran koperatif. (Hayati Ismail, 2018).

Dengan ini jelaslah bahawa pelaksanaan PAK-21 membawa banyak impak


kepada rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan,
terutamanya kepada para murid. Pelaksanaan PAK-21 secara langsung telah
melengkapkan murid di Malaysia dengan kemahiran ICT kerana murid perlu
mempunyai pengetahuan untuk mengakses internet supaya dapat mencapai platform
pembelajaran maya seperti Frog VLE dan Edmodo. PAK-21 juga mengubah saluran
pengetahuan murid daripada hanya memperolehi maklumat daripada guru dengan
cara yang lebih maju iaitu mendapat informasi dan ilmu di hujung jari dengan
mengakses internet di mana-mana tempat yang sesuai sahaja. (Ab Halim Tamuri dan
Nur Hanani Hussin, 2017). Berbeza dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang
lama, iaitu secara satu hala sahaja, di mana guru sebagai pihak yang memberi dan
murid sebagai pihak yang menerima sahaja, PAK-21 juga memperkenalkan
pendekatan yang lebih menggalakkan pembelajaran kolaboratif, kreatif, pemikiran
kritis dan komunikasi seperti yang ditegaskan oleh YB Menteri. (Mahdzir Thoughts,
2018). Kaedah pembelajaran abad ke-21, seperti Round Table, Jigsaw Puzzle dan
Hot Seat sudah tentu memberikan perubahan yang agak besar terhadap cara
pembelajaran murid kerana murid perlu menerokai ilmu itu dengan minda sendiri dan
berkongsi ilmu yang didapat dengan murid yang lain. Menerusi pembelajaran sebegini,
murid akan dapat belajar dalam situasi pembelajaran yang lebih seimbang dalam
pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek. (Umi Kalthom Mahbib dan Ahmad
Esa, 2014).

2.1 Peranan Guru dalam Pembinaan Negara Bangsa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, negara bermaksud suatu masyarakat yang
menduduki kawasan tertentu. Bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu
ikatan ketatanegaraan dan mempunyai ciri-ciri yang sama. Dengan ini, negara bangsa
boleh difahamkan sebagai satu bangsa yang berasaskan satu negara dan mempunyai
identiti tersendiri. Dalam pembinaan negara bangsa, satu elemen yang paling perlu
diberikan perhatian ialah perpaduan antara rakyat. Menurut Mior Khairul Azrin (2011),
hubungan murid Islam dengan murid bukan Islam adalah renggang kerana kurangnya
pergaulan antara murid beragama Islam dengan murid yang bukan beragama Islam
selepas waktu persekolahan yang seterusnya berlakunya kesalahfahaman terhadap
budaya agama masing-masing. Untuk menyelesaikan masalah ini, guru sebagai
fasilitator dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang sangat
penting. Guru sendiri seharusnya mendalami budaya dan adat resam agama yang
terdapat di Malaysia dan menerapkannya dalam kelas. Sebagai contoh, semasa kelas
pendidikan Moral, guru boleh meminta murid membentuk kumpulan berdua di mana
ahli kumpulan adalah berbeza agama. Selepas itu, murid akan menulis persoalan atau
pertanyaan tentang budaya ahli kumpulannya. Setiap murid akan menjawab soalan
yang ditulis oleh ahli sekumpulannya dan guru seharusnya dapat menolong mana-
mana murid yang tidak dapat jawab soalan yang diberi. Dengan cara ini, bukan sahaja
kesalahfahamn antara kaum dapat dihapuskan, maka perhubungan antara murid yang
berlainan bangsa akan dapat dirapatkan lagi.

Dalam pembinaan negara bangsa, terdapat satu elemen yang tidak boleh
dilupai, iaitu sifat patriotisme. Apabila seorang mencintai negaranya dan tidak
mempunyai prasangka buruk terhadap budaya agama lain, barulah negara bangsa
dapat dibentuk dan negaranya dapat dimajukan. Untuk membentuk sifat patriotisme
dalam kalangan murid, adalah dicadangkan bahawa aktiviti gallery walk dijalankan
berkaitan tentang pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan di negara Malaysia. Aktiviti
ini secara tidak langsung akan mendidik murid menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap pembelajarannya dan murid akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti sebegini kerana berasa kemampuannya dipercayai oleh guru. (Rohani Arbaa,
Hazri Jamil dan Mohammad Zohir Ahmad, 2017). Dengan ini, murid bukan sahaja
akan mempunyai motivasi yang mendalam untuk mengeksploitasi sejarah tokoh-tokoh
merdeka di negara kita, tetapi murid juga dapat membentuk hubungan yang positif
dengan ahli sekumpulan semasa menjalankan aktiviti sebegini.

3.0 Penutup

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang boleh ditakrifkan sebagai usaha sesebuah
negara untuk membangunkan generasi alaf baru. (Ainun Rahmah Iberahim, Zamri
Mahamod, dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, 2017). PAK-21 seharusnya
dapat membantu murid belajar kemahiran asas dalam kehidupan seperti kemahiran
berkomunikasi dan seterusnya menolong murid belajar cara hidup bersama dengan
orang lain walaupun berbeza etnik, suku, bangsa, budaya, bahasa dan agama. (Ab
Halim Tamuri dan Nur Hanani Hussin, 2017). Peranan guru tidak harus dilupakan
dalam usaha pembinaan negara bangsa. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan oleh guru dalam kelas hendaklah memberi penekanan kepada
kerjasama yang positif dalam kalangan murid. Guru sebagai fasilitator juga hendaklah
menyediakan iklim bilik darjah yang menggalakkan perkembangan yang menyeluruh
supaya dapat membentuk generasi yang berwibawa dan beridentiti nasional.
Rujukan

Ab Halim Tamuri dan Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan abad ke 21 dalam
kepelbagaian budaya: cabaran dan harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa
ke-8 (PEDA8), Malaysia.

Ainun Rahman Iberahim, Zamri Mahamod, dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad.
(2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi
dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM, 7(2).

Azalya Ayob. (2003). Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industri


elektrik dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda,
Universiti Teknologi Malaysia.

Hayati Ismail. (2018). Pembelajaran abad ke-21: harapan, realiti dan cabaran. Dilayari
pada 23 Februari 2018, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/
utama/pembelajaran-abad-ke-21-harapan-realiti-dan-cabaran-
1.590819

Mahdzir Thoughts. (2018). Menghayati aspirasi pendidikan. Dilayari pada 23 Februari


2018, daripada http://portal.tokdet.my/2018/01/14/menghayati-aspirasi-
pendidikan/

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap


pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 5(2).

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem pendidikan di Malaysia:


dasar, cabaran dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal
Sosiohumanika, 4(1).

Umi Kalthom Mahbib dan Ahmad Esa. (2014). Kaedah koperatif sebagai pilihan kelas
abad 21: sorotan literatur. International seminar on Technical and vocational
Education 2014 (TVEIS 2014), Malaysia.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model bersepadu
penerapan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 42(1).

You might also like